Saturday, January 30, 2010

Mengambil Cuti

Suara saya masih serak dan bergetar, nafas dada masih semput dan paru-paru saya belum mampu dipenuhkan semaksimanya, terasa kering pangkal leher dibalut keperitan dihulu kerongkong.

Apatah lagi, bila memaksanya bercakap tanpa henti dengan suara yang terpaksa dikeraskan selalu. Kelas pelajar lelaki lebih sukar dikawal.

Hari isnin saya terpaksa mengambil cuti bagi mengumpul baki nafas yang masih ada, tarikan nafas yang pendek-pendek menyebabkan dada tercungap sedikit. Automatik juga thermometer suhu tubuh saya terus meningkat kepada demam. Badan terasa lemah dan batuk mula menjadi teman saya.

Jam 10pagi saya bergegas ke Klinik Syifa’yang berdekatan dengan rumah saya menyerah diri. Dengan tubuh yang digagahkan juga saya sebenarnya masih mampu menahan lesu, apatah lagi bekalan ubat anak2 yang kebelakangan ini asyik demam masih banyak tersusun bakinya di penjuru peti sejuk saya, cuma saya rasa masih teramat penting bagi saya untuk berjumpa doctor.

Memang kekadang kata-kata doctor itu cukup ajaib dan merupakan penawar segera, bertemu dan bersua tangga klinik juga kekadang mengembalikan 50% kesegaran badan, apatah lagi menatap wajah doctor yang sejuk dan tenang.

Mungkin setiap doctor itu ada auranya tersendiri, seolah kuasa rawatan untuk penyembuhan berada ditangannya, kerana itu saya lihat setiap doctor mempunyai keistimewaan tersendiri, senyumnya, bicaranya juga harga ubatnya memberikan orang awam ketenangan untuk dating menyerah diri dengan rela dan puas hati.

Saya melihatnya sendiri di tempat lama saya di Likas, Klinik Dr. Mustapha dengan segera menarik hati saya dan keluarga untuk terus bertamu dan mendapat nasihat. Bukan sahaja sebagai pakar perubatan tapi bicaranya lebih kepada seorang kawan yang mengambil berat soal pesakit dan keluarganya. Ia seakan sihir mendorong anak saya yang sebelum ini amat bencikan ubat sentiasa teruja untuk bertandang ke klinik bila tiba time sakit asmanya.



Tika menunggu menerima rawatan, giliran panjang yang selalunya penuh hingga menjangkau ke larut malam, saya terkejut bila disapa seorang kenalan, sanggup datangnya dari tempat sejauh Papar hanya untuk bertemu dan mendapatkan rawatan Dr. Mustapha ni, ada ubat guna-guna kot doctor ni gamaknya. Begitu ajaib sekali pengaruh dan kesan tarikan rawatannya.

Tapi semua itu tidak menghairankan saya, peribadinya yang saya kenal dan mesra dengan pergaulan, menjadikan dia seorang yang mudah didekati. Saya juga pernah melihatnya duduk bersila ditepi tiang masjid bandaraya seusai solat zohor bulan ramadhan lepas mendengarl mesej tazkirah puasa yang disampaikan oleh ustaz iyen, seorang tokoh guru agama di sabah. Tanpa jemu dan gelisah, beliau menghabiskan tazkirah ramadhan hingga selesai ketika orang lain hanya memalingkan wajah dan memberikan punggung sahaja kepada guru agama ini.

Sememangnya disinilah auranya, keistimewaan seorang doctor berada pada personality dan peribadi rohaninya.

Pesanan yang selalu perlu diingat oleh setiap pendakwah : Orang yang sakit tidak akan dapat merawat dan menyembuhkan pesakit.

Moga allah memberkati Dr. Mustapha dan juga keluarganya. Doa saya dikejauhan Pulau Mutiara ini.



Klinik syifa saya kunjungi, agak sederhana dan merupakan sebuah rumah dwi fungsi. Klinik dan rumah digabungkan sekali, dan itulah yang sentiasa saya saksikan disini,kebiasaannya rumah doctor akan diubah suai menjadi klinik.

Ianya klinik islamik, dihadapannya penuh dengan ayat-ayat quran dan artikel mengenai keagungan dan kehebatan islam. Seruan keinsafan untuk kembali berpegang pada agama jelas terpamer pada dindingnya. Beberapa buku agama juga diselitkan dimeja menunggu mungkin sebagai santapan minda dan rohani pesakitnya, satu suntikan awal untuk rawatan barangkali.

Rupanya klinik yang saya kunjungi itu milik Dr Daniel Zainal Abidin, pengarang kepada beberapa buku ilmiah islam yang saya miliki sebelum ini. Alhamdulillah. Seorang ilmuwan yang bukan hanya berfalsafah tapi penuh dengan eksperimen dan beramal.

Pagi itu saya hanya bertemu dengan isterinya juga seorang doctor. Dr. Daniel hanya bertugas di syif malam kata pembantunya.

Begitulah amat pentingnya aura seorang doctor.

Dan amat pentingnya bagi saya menghadirkan diri bertemu doctor hari itu.

Tapi bukan untuk mendapatkan ubatnya, bukan juga mendengar manis bicaranya, atau mendapat suntikan rawatannya.

Tapi …. Apa yang penting bagi saya ialah : mendapatkan perakuannya bahawa saya tidak sihat dan perlu mendapatkan rehat dari tugasan.

Ya…. Kehadiran saya ke Klinik ialah untuk mendapatkan surat cuti sakit. MC ? itu sahaja. Ya memang teramat penting.

Sambutan Maal Hijrah di SXI

George Town - Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah SMK ST XAVIER anjuran Panitia Pendidikan Islam dan BAKTI meriah.

BAKTI adalah sebuah persatuan pelajar Islam yang baru ditubuhkan. Ianya membawa auranya yang tersendiri sebagaimana akronim namanya Badan Kepimpinan dan Tarbiah Islam.

Sebuah persatuan yang berstamina tinggi dengan jawatankuasa pelajarnya yang berdedikasi dan sedia memberi komitmen.

Ianya terbukti apabila sambutan maal hijrah peringkat sekolah berjaya dilaksanakan dengan baik.

Majlis bermula dengan paluan kompang mengiringi penceramah jemputan, seterusnya dimulakan dengan bacaan doa oleh ketua biro kepimpinanya , saudara akeef, dan disusuli ucapan salam perjumpaan oleh pengerusi BAKTI, Saudara Hazmizal.

Berikutnya majlis berlangsung dengan focus pelajar bertumpu pada penceramah jemputan yang juga merupakan ketua panitia pendidikan islam sekolah berkenaan Ustaz Hafizullah Ubaidah.

Dalam tempoh sejam, pelbagai nasihat dan pengajaran dijalin kemas menjadi mutiara yang cukup berharga bagi para pelajar mendedikasikan mesej HIJRAH ke dalam perwatakan mereka.

Acara diteruskan dengan persembahan sajak dan nasyid pelajar , ia juga diselangi dengan acara kuiz yang dijalankan secara santai dengan hadiah diberikan terus kepada pelajar yang paling pantas dan tepat menjawabnya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah tokoh maal Hijrah iaitu kepada 3 pelajar cemerlang PMR tahun lepas.

Majlis yang berlangsung seawal jam 8 itu akhirnya bersurai pada detik 10.45 pagi.

Tahniah kepada semua ajk pelaksana program sambutan maal hijrah 2010.

Wednesday, January 27, 2010

Membentuk Rencana Zaman

Masuk ke Bulan Kedua dalam Kalender Masihi melihatkan bagaimana pantasnya masa berlalu.

Tahun 2010 mengorak pantas meninggalkan manusia yang alpa terus tersisih manfaatnya.

Allah mentakdirkan masa yang sama untuk semua manusia, terpulang kepada kita mengguna dan memanfaatkannya.

Wawasan mulia tidak harus hilang tanpa perancangan.

Kata seorang penjual ikan di kampong saya : If you fail to plan, you plans to fail.

Bijaklah merancang, kerana perancangan seorang muslim itu bukan hanya terhenti di dunia.

Bahkan ianya menjangkau jauh ke negeri abadi.

Kepada mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan, saya kongsikan data ini.

Sekali lagi ianya diambil dari blog sahabat lama saya Ust Zamri Rajab, Pensyarah IPGM Kampus Rajang ,di Sibu, Sarawak.

Moga ianya bermanfaat.

BAKTI Berbakti

Hari ganti persekolahan

Sabtu lalu merupakan hari persekolahan ganti buat warga SMK ST Xavier.

Persediaan awal untuk cuti seminggu meraikan warga sekolah yang majority berbangsa Cina untuk merayakan tahun baru cina pertengahan bulan dua nanti.

Perancangan yang membolehkan saya dan ahli jawatankuasa persatuan islam di sekolah ini memulakan kempen awal menyubur semangat organisasi dan membugar fitrah keislaman dikalangan anggota.

Prihatin Bumi

Lalu, program gotong royong terlaksana cermat sebagaimana yang terpatri dalam agenda awal, ianya bermula seusai sesi persekolahan ganti hari itu.

Dengan dokongan baik 10 orang ajk tertinggi, program gotong royong tersebur berjalan lancer dalam suasana muhibbah sehinggalah ke jam 4 petang.

Sampah yang terkumpul tidak dibuang begitu sahaja, inisiatif bijak dari seorang ajk dan usaha nekadnya mengheret 10 karung plastic berisi kertas dan nota lama menyaksikan kantung persatuan bertambah RM 8.10 daripada kedai recycle barang lama.

Agenda SUCI

BERSIH dan KEMAS adalah agenda Islam terawal. Ianya harus selalu diterapkan pada diri anggota.

Kerana itulah saya mengambil masa sekitar 5 minit selepas solat zohor untuk bercakap soal hati dan peribadi yang bersih.

Menyinggung sedikit tabiat kurang sopan ketika membuang air sesetengah rakan guru disini yang hanya menggunakan cara buang jarak jauh tanpa perlu menutup pintu tandas dan berdiri memancutkan air kumuh ke sana –sini. Percikan air yang terkena seluar atau kaki langsung tidak diambil pusing.

Saya menyentuhnya berdasarkan 2 perkara, etika KEBERSIHAN diri yang perlu dijaga bukan sahaja dari segi fizikal bahkan hati. Ia berkait rapat dengan rasa MALU dalam diri. Mereka yang pembersih pastinya akan rasa canggung dan jijik bersikap rakus dalam pembuangan bahan kumuh tersebut, bila hati sudah tidak pedulikan kebersihan diri, bagaimana pula dengan kebersihan rohani? Tidakkah keduanya berkaitan.?

Begitu juga dengan KEBERSIHAN pakaian, bukankah ianya uniform harian yang kita pakai sentiasa? Bagaiamana kita mahu kekal suci dan bersedia untuk solat jika pakaian kita belum terjamin yakin bersih dari najis. Ramai yang memandang mudah dan mengambil alasan seluar kotor untuk tidak solat. Persoalan besarnya kenapa kita redha dengan kekotoran dan tidak berhati-hati menjaganya. Ianya seolah-olah memberi gambaran kita seorang yang tidak gemar menjaga kebersihan samada luaran mahupun dalaman.

Dan sesudahnya kami makan nasi ayam dalam suasana yang cukup ukhuwwah.

Memperutuh BAKTI

Penghujungnya juga, akhirnya ketetapan tercapai.

BAKTI – Badan Kepimpinan dan Tarbiah Islam terpilih menjadi nama persatuan kami yang akan memayungi dan mengerakkan massa pelajar kearah penghayatan nilai keislaman disamping berusaha keras menjadi hamba tuhan yang maha penyayang.

Sebuah nama yang terpilih dengan muafakat, moga ianya mendatangkan berkat.

Moga BAKTI akan terus berbakti demi agama yang tercinta ini.

Doa untuk Perubahan

Tanggal 28 Januari terpilih sebagai satu momentum baru kearah penghayatan misi perubahan.

Di dunia serba baru ini, panitia dan persatuan islam kami menganjurkan sambutan Maal Hijrah untuk semua warga muslim di sekolah.

Mungkin ianya agak terlewat dari tarikh kebiasaaan biasa.

Namun ianya belum terlewat bagi sesiapa pun untuk menerima mesej Hijrah.

Berubahlah untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Di kejauhan malam, saya sempat mengedit doa ini untuk bersama warga sekolah merafak permohonan buat yang maha esa.

Akan dibacakan oleh seorang pelajar saya,Akeef... pesan saya mintalah dengan penuh pengharapan dan keinginan.

Nescaya allah akan perkenankan.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM

KAMI BERMOHON KEPADA MU PADA PAGI YANG MULIA INI, YA ALLAH BERKATIKANLAH PROGRAM MAAL HIJRAH YANG KAMI ANJURKAN PADA HARI INI, JADIKANLAH IA PROGRAM YANG BERJAYA MENDIDIK HATI-HATI KAMI, MEMBERI INSPIRASI KEPADA PERUBAHAN DIRI KAMI KE ARAH YANG LEBIH BAIK, SEBAGAIMANA KAMI MENGHARAPKAN IANYA DAPAT BERJALAN LANCAR DAN TERSUSUN DENGAN PERKENAN DAN REDHA MU TUHAN.

YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN KAMI DGN KUDRAT DAN KEAGUNGANMU, KURNIAKANLAH KECEMERLANGAN DAN KEJAYAAN PADA KAMI DALAM SEMUA URUSAN KEHIDUPAN KAMI, TABAHKANLAH JIWA-JIWA KAMI DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP INI, TANAMKANLAH PADA HATI-HATI KAMI.. SEMANGAT JUANG DAN AZAM YANG TINGGI UNTUK MENDEPANI SEGALA PERSAINGAN DALAM KEJOHANAN INI.BERIKANLAH KAMI KESUNGGUHAN DAN KETEKUNAN , BERIKANLAH KAMI SEMANGAT GEMILANG UNTUK TERUS BERJAYA DALAM SEGENAP LAPANGAN HIDUP KAMI…SAMADA DI BIDANG SUKAN, KEMASYARAKATAN MAHUPUN AKADEMIK DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT.

YA ALLAH … BERIKANLAH KESIHATAN PADA TUBUH BADAN KAMI, BERIKANLAH KEKUATAN PADA PENDENGARAN KAMI, BERIKNLAH KESIHATAN PADA PENGLIHATAN KAMI DAN LINDUNGKANLAH KAMI DARI SEGALA BENCANA DAN KEMALANGAN.

YA ALLAH JADIKANLAH KAMI ORANG YANG SUKA MENDENGAR KEBAIKAN DAN TERUS MENGAMALKANNYA, DAN JADIKANLAH KAMI ORANG YANG MENGETAHUI KEBURUKAN DAN TERUS MENJAUHINYA.

YA ALLAH BERIKANLAH KECEMERLANGAN YANG BERTERUSAN DAN KESEJAHTERAAN BAGI SEKOLAH KAMI… BERIKANLAH KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN BAGI BARISAN PENTADBIR KAMI DAN KELUARGANYA, GURU – GURU KAMI, KEDUA IBU BAPA YANG SENTIASA SETIA MEMBANTU KAMI SERTA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN KAMI SEKALIAN.

YA ALLAH KURNIAKANLAH KEPADA KAMI KEKAYAAN ILMU PENGETAHUAN DAN HIASILAH DIRI KAMI DENGAN SIFAT LEMAH LEMBUT YANG PENUH KESANTUNAN, MULIAKANLAH KAMI DENGAN KETAKWAAN DAN SEMPURNAKANLAH KEINDAHAN DIRI KAMI DENGAN KESEHITAN YANG BAIK.

YA ALLAH , JADIKANLAH PROGRAM KAMI PADA KALI INI, SATU PERTEMUAN YANG BAIK DAN BERMANFAAT, DAN JADIKANLAH PERPISAHAN KAMI NANTI SATU KESUDAHAN YANG BAIK DAN PERPISAHAN YANG ENGKAU BERKATI.

Tuesday, January 26, 2010

Sekolah Berprestasi Tinggi

20 SBT diumum
Oleh HELMI MOHD. FOAD dan HASHNAN ABDULLAH

PUTRAJAYA 25 Jan. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan senarai 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dalam usaha kerajaan mengangkat kualiti sekolah terbaik di seluruh negara ke taraf dunia.

Sekolah terbabit terdiri daripada 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah harian biasa dan enam sekolah kebangsaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemilihan SBT dibuat berdasarkan prestasi cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan kebitaraan, sekali gus melayakkan sekolah berkenaan menikmati kuasa autonomi tambahan.

Muhyiddin berkata, kerajaan menyasarkan 30 sekolah lagi akan dipilih sebagai SBT pada tahun depan manakala 50 lagi pada 2012 menjadikan keseluruhannya 100 sekolah.
Katanya, langkah itu bagi mewujudkan inovasi pentadbiran sekolah dan meningkatkan keberhasilan murid.

“Kuasa autonomi tambahan itu melibatkan kurikulum fleksibel dan pemilikan bajet, antara lainnya membenarkan para pelajar cemerlang menamatkan persekolahan setahun lebih awal melalui kaedah lompat kelas.

“SBT juga diberi kelonggaran dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi mata pelajaran wajib dan elektif,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom.

…………..

Begitulah skrip kehidupan manusia yang sentiasa berada di kayangan.

Terlalu manis dan selesa dipujuk dengan keindahan dan kesenangan semata-mata.

Pernyataan SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI itu sendiri pun sudah mengguris perasaan hati saya, hati seorang guru kepada anak watan yang kehilangan, kemiskinan dan tersisih.

Igauan SBT yang akan mengangkat kualiti sekolah kita ketahap dunia amat penuh dengan kebobrokan dan inspirasi menyelamatkan pendidikan awam.

Betapa saya tersentuh dengan pendifinisian ini sebagaimana juga dengan pendiskriminasian yang berlaku.

Sekolah dengan infranstruktur lengkap, lokasi strategic dan elit, guru yang berpengalaman dan murid pintar yang terpilih, diulas sebagai menguji dan menobatkan tahap keintelektualan dan kehebatan pendidikan Negara.

Saya tidak herankan kecemerlangan mereka.

Saya juga tidak mengkaguminya.

Tapi saya kagum dengan sekolah kampungan beralaskan mengkuang dengan prasarana daif dan tidak pernah genap cikgunya, apatah lagi mempastikan kualiti pengajaran dan bahan Bantu mengajarnya. Tapi sekolah yang diasaskan dengan komitmen dan pengorbanan membela agama dan anak bangsa inilah yang satu hari nanti akan melahirkan anak watan patriotic yang berjaya, teruji dan berwibawa.

Mungkin Laskar pelangi banyak mempengaruhi saya, dengan kejamnya lurah alam yang menidakkan keintelektualan mereka yang layak untuk mendapatkan apa yang terbaik buatnya.



Juga dalam menyatakan bahawa sekolah kampong ini tidak akan mampu melahirkan insan cemerlang dan bergemerlapan inteleknya. Bahkan sebaliknya, manusia hebat lahir dari keluarbiasaan halangan yang mencabar dirinya, jika ia mampu bangkit dan berjaya, dialah manusia paling mulia untuk menerima kehebatan dan pengiktirafan.

Apa kagum dan ajaibnya kejayaan bagi sekolah yang dibarisi budak-budak pintar sahaja.

Bahkan saya juga lahir dari sebuah sekolah agama yang daif prasarananya, kurang tenaga pendidiknya, tidak terpilih pelajarnya, namun kekuatannya terletak pada guru yang ikhlas dan keberkatan rabbani yang sentiasa memayungi anak-anak ini untuk terus melakar cemerlang.

Bukankah lebih baik dihantar peruntukan besar untuk memandu masyarakat pedalaman untuk keluar dari kepompong kejahilan, bukannya sebagai alternative bajet belanja bagi para pengetua yang juga terpilih dan mengejar pengiktirafan.

Mungkin kerana itu, allah masih memilih saya disekolah yang bukan terpilih.

Bahkan motto sekolah ini ialah MENYENTUH HATI DAN MENGUBAH KEHIDUPAN TANPA MEMILIH SESIAPA, MAHUPUN YANG TERCOROT, TERMISKIN ATAU YANG TERSISIH.

Monday, January 25, 2010

Laskar Pelangi - Pencerahan Melalui Ujian



Alhamdulillah, hari ini saya berjaya menamatkan pembacaan buku Laskar Pelangi karya Andrea Hirata.

Ianya adalah idea dan perkenalan yang diunjukkan oleh rakan seniour saya di Sabah iaitu Cikgu Juhari Ajamain, kerana ketiadaan novel pembangun jiwa ini dipasaran beliau sanggup memuat turun dari internet dan kemudian mencetakknya menjadi satu naskah buku berbinding yang boleh dibaca.

Kekagumannya terhadap buku ini dikongsi ringkas bersama saya namun berharap agar saya dapat turut serta dalam satu program mendiskusikan buku ini kepada para pelajar tingkatan enam di sekolah.

Bukunya yang sarat dengan ujian dan halangan bukannya dongengan penyedap halwa telinga, tetapi ianya reality kehidupan lumrah alam untuk menempuh hari muka yang penuh pancaroba dan misterinya.

Keajaiban yang terhasil disebuah sekolah desa aliran islam Muhammadiyyah diangkat menjadi latar penceritaan yang mengkisahkan sebuah epik persaudaraan, semangat, komitmen ilmu, kegeniusan, kesusahan dan halangan, fantasi dan kasih saying.

Ianya digarap penuh teliti dan tidak hairanlah jika ianya menjadi : satu sastera Indonesia yang terlaris dalam sejarah.

Saya sendiri terkesima meniti situasi dan keajaiban kisah benar ini, menuntunnya hingga ke akhir menjadikan hati saya begitu terharu, bersemangat dan kesedihan dalam masa yang sama.

Hati tak pernah terhenti berfikir teka-teki endingnya, bagaimanakah rupa mereka dan status mereka tika dewasa nanti, setelah masa kecilnya diadun sopan pendidikan agama dan etika murninya.

Dan penghujungnya memberi jawapan, alangkah kejam hidup ini namun itulah lumrah alam yang perlu ditakluki dengan redha dan percaya diri.



Melalui google, maklumat ini tercatat :

Laskar Pelangi adalah novel pertama karya Andrea Hirata yang diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada tahun 2005. Novel ini bercerita tentang kehidupan 10 anak dari keluarga miskin yang bersekolah (SD dan SMP) di sebuah sekolah Muhammadiyah di pulau Belitong yang penuh dengan keterbatasan. Mereka adalah:

1. Ikal aka Andre Hirata
2. Lintang; Lintang Samudra Basara bin Syahbani Maulana Basara
3. Sahara; N.A. Sahara Aulia Fadillah binti K.A. Muslim Ramdhani Fadillah
4. Mahar; Mahar Ahlan bin Jumadi Ahlan bin Zubair bin Awam
5. A Kiong (Chau Chin Kiong); Muhammad Jundullah Gufron Nur Zaman
6. Syahdan; Syahdan Noor Aziz bin Syahari Noor Aziz
7. Kucai; Mukharam Kucai Khairani
8. Borek aka Samson
9. Trapani; Trapani Ihsan Jamari bin Zainuddin Ilham Jamari
10. Harun; Harun Ardhli Ramadhan bin Syamsul Hazana Ramadhan

Mereka bersekolah dan belajar pada kelas yang sama dari kelas 1 SD sampai kelas 3 SMP, dan menyebut diri mereka sebagai Laskar Pelangi. Pada bagian-bagian akhir cerita, anggota Laskar Pelangi bertambah satu anak perempuan yang bernama Flo, seorang murid pindahan. Keterbatasan yang ada bukan membuat mereka putus asa, tetapi malah membuat mereka terpacu untuk dapat melakukan sesuatu yang lebih baik.

Laskar Pelangi merupakan buku pertama dari Tetralogi Laskar Pelangi. Buku berikutnya adalah Sang Pemimpi, Edensor dan Maryamah Karpov.

Buku ini tercatat sebagai buku sastra Indonesia terlaris sepanjang sejarah.

Anjing Hensem

Memang kelakar. Walau pernah terbaca entry dan sindiran halus ini, namun kali ini ianya seolah masih sudi menggeletek hati saya dan otak bawah sedar saya.

Terima kasih atas kreativiti umat Muhammad ini.

Macam muka sapa ye ??? Asal jangan macam saya, buruk sangat nanti, nasib matanya tak sepet.

Saya menyalinnya dari blog sahabat saya : http://gpi-skmutiara.blogspot.com/


Anjing yang hensem



LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "Hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram". Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat)adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya'. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

Sunday, January 24, 2010

INSAN BERKUALITI MENJANA MASYARAKAT HADHARI

INSAN BERKUALITI MENJANA MASYARAKAT HADHARI

Bismillahirahmanirahim……..
Assalamualaikum wrt….
Alhamdulillah…..............................................

Yang dimuliakan saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang
menjunjung panji keadilan, penjaga masa seterusnya warga dewan yang
dirahmati Allah.

Tampilnya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang
bertajuk ‘INSAN BERKUALITI MENJANA MASYARAKAT HADHARI’Terlebih dahulu izinkan saya mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya pada pagi ini.

Frasa “Insan berkualiti” adalah merujuk kepada individu yang bermutu dan cemerlang.
Manakala frasa ”masyarakat hadhari” pula adalah tunggak dan pendukung kearah melahirkan masyarakat cemerlang.

Wacana fikrah pertama "Insan Beriman Dan Bertakwa Teras Masyarakat Hadhari".

Hadhirin-hadhirat, pengabdian diri dengan sepenuh hati terhadap segala perintah Allah sudah tentu bertitik tolak daripada keimanan yang utuh, kemudian dipancarkan melalui kesungguhan amalan melahirkan ummah cemerlang bertepatan dengan penegasan Allah dalam Surah al-Mu'minun ayat 1 :
( قد أفلح المؤمنون )

Keimanan dan ketakwaan yang teguh inilah penyelamat Bilal bin Rabah daripada lembah kekufuran biarpun diazab penuh dahsyat oleh tuannya. Iman yang mantap dan teguh inilah yang memperkasakan jatidiri ummah dan menyelamatkan mereka daripada gejala negatif seperti penagihan dadah, pelacuran serta pergaulan bebas.Statistik dadah kebangsaan 2004 menunjukkan 90% penagih terdiri daripada remaja muslim.Nah! terbuktilah iman dan takwa teras masyarakat hadhari memacu kecemerlangan ummah.


Wacana fikrah kedua " Insan Berakhlak MuliaTeras Masyarakat Hadhari".
Ini amat bertepatan dengan motif utama pengutusan Rasulullah ke muka bumi demi memurnikan akhlak manusia sebagaimana Sabda Baginda :

( إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق )

Terpancarlah keutuhan akhlak dan sahsiah terpuji Rasulullah melalui karektor beliau sebagai seorang pemimpin negara yang beretika, seorang sahabat yang prihatin serta ketua keluarga yang penyayang.Imbau sahaja keindahan akhlak Rasulullah dengan pemuda Yahudi yang kencing di dalam Masjid Nabawi,Baginda tidak memarahi pemuda tersebut bahkan baginda sendiri membasuhnya menyebabkan pemuda tadi memeluk Islam di hadapan Baginda. Lihatlah hari ini lantaran kerapuhan akhlak, remaja kita dirobek rakus oleh budaya punk , black metal memuja syaitan serta vandalisme meranapkan hartabenda awam.Ternyata akhlak mulia tonggak ummah bertamadun.

Wacana fikrah ketiga "Insan Berjiwa Merdeka Teras Masyarakat Hadhari".
Ini amat bertepatan dengan prinsip Islam Hadhari Ketiga "Rakyat Berjiwa Merdeka".

Hadhirin-hadhirat,

Lantaran goyahnya iman , jiwa dan jatidiri remaja muslim kita dijajah rakus gejala negatif seperti penagihan dadah, pelacuran serta seks bebas.Statistik dadah kebangsaan 2004 menunjukkan 90% penagih adalah remaja muslim bukti penjajahan terhadap jiwa dan identiti ummah oleh unsure-unsur negatif.Sabda Rasulullah :

(لا يَزْنِي الزَّانِي حِينَ يَزْنِي وَهُوَ مُؤْمِنٌ وَلا يَسْرِقُ السَّارِقُ حِينَ يَسْرِقُ وَهُوَ
مُؤْمِنٌ وَلا يَشْرَبُ الْخَمْرَ حِينَ يَشْرَبُهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ)-
Imbau sahaja kisah Rabiatul A'dawiyyah ,lantaran kemantapan iman beliau berjaya membebaskan jiwa daripada cengkaman kemaksiatan bertukar kepada perempuan sufi idaman sepanjang zaman.Bersamalah kita memerdekakan diri daripada cengkaman gejala sosial demi masyarakat hadhari tercinta.


Wacana fikrah keempat "Insan Berilmu Teras Masyarakat Hadhari"
amat bertepatan dengan prinsip Islam Hadhari keempat "Penguasaan Ilmu Pengetahuan. Beriman tanpa ilmu sesat.Inilah yang belaku kepada pengikut ajaran sesat Ayah Pin serta black metal memuja syaitan, lantaran kedangkalan ilmu mereka tersesat mencari Tuhan.Ini amat bertepatan dengan konsep Iqra' yang dianjurkan oleh dalam surah Al- A'laq ayat 1-3 :

( اقرأ باسم ربك الذي خلق . خلق الإنسان من علق . اقرأ وربك الأكرم
الذي علم بالقلم )

Konsep Iqra' yang diperkenalkan Rasulullah inilah yang mengeluarkan masyarakat Jahiliyyah daripada cengkaman kejahilan serta kebangkitan Tamadun Baghdad dan Andalusia menguasai dunia..Imbau kembali,kesungguhan Imam Mazhab yang empat menerokai pelbagai cabang ilmu meninggalkan khazanah berharga menjadi rujukan ummah sepanjang zaman..Mantapkan diri kita dengan ilmu demi ummah cemerlang ,gemilang dan terbilang.

Wacana fikrah kelima"Insan Berdaya Saing Teras Masyarakat Hadhari "

Kepercayaan yang teguh terhadap Qadha' dan Qadar mencetuskan muslim yang gigih berusaha, berdaya saing serta tidak menyalahkan takdir semata-mata menjadikan mereka berdiri sama tinggi, duduk sama sebaris dengan bangsa lain.Keazaman membara serta keyakinan yang tinggi kepada Allah menjadi kunci kejayaan Datin Paduka Mazlina ,wanita pertama di dunia belayar secara solo di Benua Antartika ,namanya gah terukir dipersada dunia.Ini bertepatan dengan seruan Allah:
( فاستبقوا الخيرات )
Sebagai contoh, imbau masa lampau, lantaran suburnya sifat berdaya saing serta berlumba-lumba dalam penerokaan ilmu muncullah nama besar seperti Ibnu Sina perintis ilmu matematik, al Khawarizmi perintis ilmu astronomi serta Ibnu Batuta ahli pelayaran tekemuka. Nama mereka meniti dibibir sepanjang zaman.Justeru, marilah kita suburkan sifat juang serta daya saing yang tinggi untuk kita berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain.

Wacana Fikrah terakhir "Insan Beramanah Dan Jujur Teras Masyarakat Hadhari ".

Dengan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan rasa muraqabah Allah dalam segenap urusan hidup lantas tertegaklah konsep Al ihsan:

( أن تعبد الله كأنك تراه وإن لم تكن تراه فإنه يراك )

Imbau sahaja betapa jujur dan amanahnya seorang pemimpin bergelar Omar Abdul Aziz , yang sanggup bergelap bila membicarakan urusan keluarga kerana tidak mahu menggunakan harta kerajaan.Bilamana menyuburnya benih amanah dalam jiwa ummah maka lahirlah insan yang jujur kepada Allah, diri sendiri dan orang lain sekaligus terhindar daripada segala unsur penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.Jikalau hadhirin masih ingat, agenda pertama yang dilaungkan Perdana Menteri kita sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan adalah memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa.Ingatlah, tanpa jujur dan amanah hancurlah ummah.
Konklusinya, tidak tertegak rumah tanpa tiang, tidak tertegak agama tanpa iman, dan tidak tertegak masyarakat hadhari tanpa peribadi unggul.Justeru hiasi diri dengan senyuman, hiasi masyarakat hadhari dengan peribadi unggul, pasti cerialah hidup.

Keunggulan Keluarga Pencetus Minda Kelas Pertama

Antara Teks Syarahan MTQ yang mungkin boleh dikongsi dan dimanfaatkan buat semua.

KEUNGGULAN KELUARGA PENCETUS MINDA KELAS PERTAMA


Keunggulan Keluarga ditakrifkan sebagai institusi keluarga yang gah, terbilang.dan berjaya mewujudkan biah solehah bertepatan dengan ajaran Islam.

Pencetus Minda Kelas pertama pula ialah pemangkin generasi ulul al-bab yang mampu bersaing
dipersada dunia.

Wacana Fikrah Pertama: Keluarga Beriman Tonggak Negara Terbilang.

Keluarga yang ditunjangi keimanan sudah tentu berada pada landasan hidup yang sebenarnya bertepatan dengan Sabda Rasulullah S.A.W:
تركت فيكم أمرين ما إن تمسكتم بهما لن تضلوا ابدا كتاب الله وسنة رسول لله
-Rawahu Al-Bukhari.
Imbau kembali, penderitaan penuh azab yang ditanggung keluarga Yasir bin Amir oleh tuan mereka Abi Huzaifah Al-Mughirah. Lantaran mempertahankan kalimah tauhid, sang isteri Sumayyah binti Khabbat dipakaikan baju rantaian besi, dijemur di tengah terik mentari padang pasir dan akhirnya tengkuknya ditikam dengan lembing sehingga gugur syahid. Tapi malangnya hari ini, lantaran rapuhnya tunjang akidah dalam institusi keluarga, jiwa ummah dirobek rakus ajaran sesat Ayah Pin tersasar mencari Tuhan serta kebiadaban Black Metal memijak al-Quran.Jelaslah keluarga yang jitu imannya menjadi paksi negara yang sejahtera.

Wacana Fikrah Kedua: Keluarga PenyayangTonggak Negara Terbilang.

Rasulullah tontonan terbaik, seorang suami, bapa serta datuk yang penyayang, memanggil isteri Baginda Aisyah dengan panggilan penuh manja, Humaira’ ya Humaira’, manakala belakang baginda menjadi tunggangan cucu kesayangan Husin dan Hasan. Bertepatan dengan sabda Baginda:
ارحموا ترحمون
-Rawahu Al-Bukhari
Tetapi yang amat menyedihkan hari ini, kes perceraian, penderaan dan pembuangan bayi,serta sumbang mahram merobohkan keutuhan institusi keluarga.Masih hangat, berita harian 2 Mac 2007 mendedahkan seorang ibu Rosniza Ibrahim didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau atas dakwaan menjerut dua anak menggunakan wayar seterika sehingga mati.Lantaran kepincangan inilah, Datuk Seri ShahrizatAbdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggariskan 10 Prinsip Keluarga Bahagia untuk memperkasakan institusi keluarga. Nah terbuktilah, keluarga penyayang pemangkin negara yang terbilang.

Wacana Fikrah Ketiga: Keluarga Berwawasan Dan Berdaya Saing Tonggak Negara Terbilang.
Kepercayaan yang teguh terhadap Qadha' dan Qadar mencetuskan muslim yang gigih berusaha, berdaya saing serta tidak menyalahkan takdir semata-mata menjadikan mereka berdiri sama tinggi, duduk sama sebaris dengan orang lain.Kecekalan seorang ibu tunggal Maimunah Sulaiman 57,penjual lontong untuk melihat anak-anaknya berjaya ternyata tidak sia-sia apabila kelima-lima anaknya berjaya ke universiti dan beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hihrah Melaka 1428h, kategori Ibu Mithali awal tahun baru-baru ini.Ini amat bertepatan dengan firman Allah:
( فاستبقوا الخيرات )
Imbau kembali, sebenarnya sifat melihat ke depan dan berdaya saing ini, telah ditonjolkan tokoh-tokoh ilmuwan terdahulu seperti Ibnu Batutah yang sanggup mengorbankan tenaga, harta dan masa, belayar mengelilingi dunia demi meluaskan penguasaan ilmu.Justeru, ayuh wahai keluarga berwawasan cekalkan hati dan pandang jauh ke depan demi negara yang terbilang.

Wacana Fikrah Keempat:Keluarga Yang Jujur Dan Amanah Tonggak Negara Terbilang.
Keluarga yang dipupuk dengan sifat jujur dan amanah akan melahirkan masyarakat yang jujur kepada Allah, diri sendiri dan orang lain sekaligus terhindar daripada segala unsur penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah.Jikalau hadhirin masih ingat, agenda pertama yang dilaungkan Perdana Menteri kita sebaik sahaja memegang tampuk pemerintahan negara adalah memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Sehingga kini beliau sentiasa mempopularkan slogan “bekerja bersama saya” bagi melahirkan ummah yang amanah. Ini amat bertepatan dengan konsep al-Ihsan sepertimana digambarkan Rasulullah:

( أن تعبد الله كأنك تراه وإن لم تكن تراه فإنه يراك )
Imbau sahaja sifat jujur dan amanah Omar Abdul Aziz , yang sanggup bergelap bila membicarakan urusan keluarga kerana tidak mahu menggunakan harta kerajaan serta jujurnya seorang perempuan di zaman pemerintahan Omar Al-Khattab, yang tidak sanggup mencampurkan susu dengan air walau diperintah ibunya sendiri. Jelaslah keluarga yang jujur dan amanah tonggak kesejahteraan negara.

Wacana Fikrah Kelima: Keluarga Berdaya Kepimpinan Unggul Tonggak Negara Terbilang.
Kesibukan menerajui tampuk pemerintahan negara bukanlah batu penghalang untuk baginda menjadi ketua keluarga mithali.Bertepatan dengan sabda Baginda :
( خيركم وخيركم لأهله وانا خيركم لأهلي ) – رواه الترمذي
Biah solehah yang diwujudkan seperti penekanan terhadap penguasaan ilmu, akhlak terpuji yang disemai, serta kasih sayang yang melimpah ruah terhadap anak isteri ternyata membuahkan keluarga bahagia.Kejayaan Rasulullah memimpin keluarga dapat dilihat bilamana baginda berjaya mendidik Sayyidatina Aisyah sehingga menjadi tempat rujukan utama ummah setelah kewafatan Baginda .Daya kepimpinan kedua cucunya Husin dan Hasan juga dapat dilihat sejak kecil lagi, apabila dengan berhikmah mereka menegur orang tua yang tidak betul wudhu’nya. Kempen rumahku syurgaku, budi bahasa budaya kita, serta hormat pada yang tua sayang pada yang muda merupakan langkah bijak kerajaan menyahut seruan Rasulullah untuk melahirkan institusi keluarga yang utuh.Terbuktilah, keluarga yang berketerampilan serta berkemimpinan mampu memartabatkan negara.

Wacana Fikrah Keenam: Keluarga Yang Penyabar Tonggak Negara Terbilang.
Dunia ini pentas ujian dan cubaan.Keluarga yang ditunjangi sifat sabar yang tinggi sahaja mampu menghadapi segala gelombang konflik yang berlaku. Firman Allah dalam surah Al-Mulk : ayat 2:
ي    

Imbau sahaja, kesabaran serta kecekalan rasul-rasul ulul azmi yang begitu kental menghadapi ujian daripada kaum mereka serta betapa cekalnya hati seorang ibu tua daripada Bani Dinar yang redha dengan kematian ayah, suami dan anaknya sebaik sahaja dikhabarkan mereka gugur di medan Uhud.Berkat kesabaran serta menginsafi nasib keluarga, yang saban hari melihat di depan mata sendiri keperitan bapa sebagai tukang kebun sekolah, Mohd Khairul Azhar Mat Jurit, pelajar Sekolah Menengah Tanah Merah 2, muncul antara pelajar terbaik STPM Negeri Kelantan 2006. Justeru, bersamalah menyemai benih kesabaran yang jitu dalam keluarga demi negara yang terbilang.

Wacana Fikrah Terakhir: Keluarga Berakhlak Terpuji Tonggak Negara Terbilang.
Ini amat bertepatan dengan motif utama pengutusan Rasulullah untuk memurnikan akhlak manusia.
إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق
Lantaran pincangnya rumah tangga, maka lahirlah ummah yang rosak akhlaknya seperti budaya punk, mat rempit, serta vandalisme.Justeru hiasi keluarga dengan akhlak terpuji demi negara yang harmoni.

Sepilah Adam tanpa Hawa, gelitalah malam tanpa purnama, dan pincanglah negara tanpa keluarga yang gemilang. Ayuh bersama memperkasakan institusi keluarga demi negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Justifikasi Hakim dan Jurulatih Syarahan

Perkongsian pintar dan berhemat mampu melahirkan persaingan yang lebih terbuka dan mencabar.

Pastinya ia lebih menarik untuk ditonton dan dihakimi.

Namun, kami peringkat jurulatih syarahan team kota kinabalu sabah pernah mengusulkan teks yang sama untuk digunakan sebagai rujukan.

Para peserta pertandingan boleh mengolahnya dengan bahasa sendiri dan diperkuatkan dengan contoh dan isu semasa terkini.

Namun apa yang terjadi ditahun itu, amat mengecewakan kami.

Para pelajar yang disogok teks contoh ini akhirnya menghafal umpama terkukur, seolah tersihir dengan keajaiban teks, ianya ditelan tanpa penghayatan, integriti dan keyakinan. Kala itu, tiada yang mengujakan, semua yang ke pentas mengalunkan definisi dan isi yang sama, ia menjadi pertandingan hafazan teks lebih daripada syarahan. Kami terkedu dan kecewa.

Ianya umpama Nobita yang sentiasa bermasalah, walau dibantu beribu kali oleh kucing doraemonnya. Dia tetap anak kecil yang sentiasa dirundung malang rapuhnya personality.

Lalu untuk tahun berikutnya, hanya perkongsian isi sahaja yang didedahkan. Guna sebagai hujjah dan modal syarahan.

Ianya lebih adil, kreatif dan mengasyikkan.

Mungkin selepas ini saya akan lampirkan beberapa teks syarahan agama untuk MTQ untuk tatapan semua.

Moga ianya bermanfaat.

Friday, January 22, 2010

Berkongsi Keajaiban

Kenangan Pidato

Terkenang saat awal menyertai pertandingan dan membuat skrip syarahan untuk anak didik dalam zero info berkaitan format.

Saya tercari maklumat dan mengejarnya dimana yang ada. Dengan bebanan mencipta teks arab dan agama serentak, cemburu masa yang singkat dan himpitan tugas awalan yang padat, akhirnya minda saya berselirat keliru dan buntu.


Baju Kontinjen Kota Kinabalu 2008


Pasti saat serupa untuk semua yang bergelar guru, kita hadir untuk berkongsi dan membantu. Moga saya juga begitu.

Alhamdulillah untuk ilmu yang saya banyak terima daripada Ust Nik Anuar Zakaria dari SMKA KK yang tidak pernah lokek ilmu dan murni hatinya tentang penghakiman syarahan agama dan arab serta formatnya.

Rujukan Skrip Syarahan

Mungkin sebagai perbandingan dan rujukan awalan, berikut ialah contoh teks Syarahan Agama Majlis Tadarus Al Quran saya.


“ Assalamualaikum… salam integrasi pembuka bicara,

Alhamdulillah…………

Kalungan terima kasih buat pengemudi acara, salam takzim untuk kombinasi saf kehakiman yang berpanjikan keadilan, seterusnya, warga dewan pencetus wawasan sekalian.

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi yang indah itu agama.
Begitulah bunyinya kiasan maudhuk syarahan agama saya pada hari ini yang bertemakan : kemantapan akidah teras masyarakat hadhari.

Lantas, izinkan saya untuk melampirkan takrifan frasa berikut bagi menjelaskan interpretasi maudhuknya:

Frasa kemantapan akidah membawa konotasi : keampuhan dan kekuatan simpulan kepercayaan yang bertunjangkan keyakinan secara mutlak pada allah dengan iman yang yang kukuh yang menjurus kepada kepatuhan dan kecintaan total hanya kepada Allah.

Manakala frasa teras masyarakat hadhari pula membawa maksud : sumber dan asas pembinaan sebuah komuniti masyarakat yang sentiasa berminda positif dan cemerlang berlandaskan tuntutan agama.

Tuntasnya, tajuk ini memperkatakan tentang akidah yang mantap dan utuh mampu menjadi agen dan pemangkin kepada pembinaan masyarakat madani yang berjiwa gemilang dan berdaulat.

Warga dewan bermisi cemerlang,

Meniti hujah saya yang pertama dibawah lembayung kata :

Kekuatan akidah menjana kecemerlangan ilmu dan kesarjanaan.


Sejak zaman dahulu lagi, islam begitu konsisten dangan laungan ilmu dan kecendikiawanan, bahkan ianya menjadi gagasan keutamaan yang mengangkat kedudukan dan darjat manusia sebagaimana janji allah dalam ayat 11 al mujadalah :

يرفع الله الذين امنوا منكم والذين اوتوا العلم درجات

Ini jelas terbukti dengan ketokohan pelbagai intelektual islam yang mengimplentasikan ilmu pengetahuan untuk manfaat manusia dan alam sejagat, lihatlah bagaimana ibnu sina dengan kitabnya al qanun fit tib berjaya mengangkat martabat akidah agama dengan menjadi sumber rujukan utama dalam bidang perubatan di dunia bagi menjana kesejahteraan pada semua umat. Bahkan kejayaan adik SITI FATIMAH MUKHTAR yang berjaya mendapat 17a1 yang menyamai rekod nur amalina dalam spm tahun ini dari sekolah agama maahad muhammadi perempuan, Telah membuka mata semua orang bahawa institusi agama dan pendidikan akidah bukanlah penghalang kepada kemajuan dan kecemerlangan intelektual.

Jadi jelaslah kepada kita bagaimana aqidah yang tulen akan melonjak martabat keilmuan dikalangan umat.

Muslimin muslimat pemacu kabngkitan ummah,

Menyorot wacana fikrah saya yang kedua “keampuhan akidah mengakis kebejatan social dan kesonsangan budaya”

Gugusan kalimah akidah itu sendiri merupakan satu symbol dan semboyan penafian mutlak kepada segala bentuk maksiat dan kemungkaran.tatapilah permulaan ayat surah almukminun menceritakan perilaku manusia yang berjaya :
قد أفلح المؤمنون الذين هم في صلاتهم خاشعون والذين هم عن اللغو معرضون

Lihatlah generasi awal sahabat persis saidina umar dan penduduk madinah yang diasuh imannya sanggup menuangkan dan memecahkan bejana arak bila menyahut seruan tuhan tanpa bangkangan. Natijahnya, peribadi yang dipasak dengan konkrit akidah mampu mengatasi segala elemen gejala social dewasa kini . bahkan hanya akidah yang mantap sahaja mampu menjadi jawapan dan ubat yang paling mujarab bagi mendepani segala krisis budaya ini, termasuklah budaya hedonisme, liberalisme, sumbang mahram, pergaulan bebas, buli dan penahgihan dadah..apatah lagi mengikut statistic dadah kebangsaan tahun 2004 memperlihatkan lebih 90 % remaja muslim terlibat dengan najis ini menuntut kita kembali mencari penawarnya segera.

Nyatalah kepada kita, akidah yang baik akan memperkasakan jatidiri ummah.

Menjulang indicator saya yang ketiga dibawah lembayung kata :
Kesyumulan akidah melahirkan kepimpinan berintegriti

Akidah yang tulus dan ihsan kerana allah mampu melahirkan kepimpinan berkrtedibiliti, bersih dan amanah. Apatah lagi ianya merupakan pegangan rasulullah dalam pembentukan mukmin bertakwa melalui sabdanya :
ان تعبد الله كأنك تراه فان لم تكن تراه فانه يراك

Imbau sahaja sifat amanah saidina umar alkhattab berjaga malam, meronda denai dan lorong bagi memastika semua warga rakyatnya selamat dan aman sentiasa, begitu juga kelibat cucunya khalifah umar abd aziz sanggup bergelap bila membicarakan urusan keluarga, tanpa sedikitpun mahu menumpang cerlangya cahaya harta kerajaan.
Dan jikalau anda masih ingat, inilah agenda pertama Negara sebagaimana yang dilaungkan PM dalam memerangi rasuah dan segala bentuk penyelewngan kuasa kepimpinan. Malahan insane yang jujur dengan Allah pastinya akan terhindar dari segala elemen penipuan , penyalahgunaan kuasa mahupun rasuah.

Sinonimya, akidah memacu keteguhan peribadi ummah berdaulat.

Meniti wacana fikrah saya yang keempat : ketinggian akidah nucleus solidarity dan perpaduan ummah

Tema ukhuwwah dan [erpaduan bukanlah satu isu lapuk yang dibiarkan diatas lantai sejarah, bahkan islam telah menobatnya mengisi tampuk keutamaan dan menjadi prinsip asas islam. Kerana itulah allah menyeru umat islam agar terus mempertahankan kesatua
ummah yang ada sebagaimana firmannya dalam surah al hujurat ayat 15 ……………

انما المؤمنون اخوة فأصلحوا بين أخويكم

Lihatlah betapa damai dan utuhnya perpaduan ini andai dibina atas paksi akidah yang jelas. Marilah kita menyorot generasi awal para sahabat yang mendapat asuhan langsung dari rasul tercinta, berkumpul dibawah bumbung masjid nabawi dengan penug integrasi tanpa ada sekelumit rasa perbezaan taraf dan warna kulit. Beitulah kekuatan madinah yang dipersaudarakan nabi dalam elemen pembentukan kota bercahaya ini dan kiaskan lah bagaimana negara kita cuba mempraktikkannya dalam penubuhan sekolah wawasan yang berkongsi misi dan usaha untuk terus gemilang bersama perpaduan dan keamanan.

Tuntasnya integrasi nasional berpaksikan agama teras kemakmurn ummah.

Menyusuri sorotan hujah saya yang kelima dibawah monomen bicara : keampuhan akidah pencorak jatidiri tamadun gemilang

Iman yang teguh akan memanipulasikan kejayaan dan ketamadunan umat manusia. Selaklah helaian sejarah rakaman dunia yang memaparkan kelansungan dan kehancuran umat dulu kala adalah berteraskan sumber akidah mereka. Bagaimana kaum ad,nuh dan thamud hancur kerana kesonsangan fikrah yang mereka bawakan. Tatapilah ayat quran yang menjelaskan kedaulatan peradaban dunia melalui firman allah surah al a’raf ayat 96 …
لو أن اهل القرى امنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والارض

Alngkah indahnya islam bila disepadukan antara iman dan pembangunan, antara rohani dan materialnya. Bahkan ianya bukanlah fantasi tak yang tidak berpijak dibumi nyata bahkan rasul tercinta telah membuktikannya dalam pengurusan gemilangnya dikota madinah mengubah lanskap peta dunia dalam mengiktiraf kuasa islam sebagai kuasa merdeka dan berdaulat diseluruh pelusuk dunia hingga kini.bahkan Negara iran hari ini yang mempertahankan aqidahnya digeruni lawan dan juga kawan disemua peringkat kehormatan harga identitinya.

Fikrahnya : keimanan kepada allah adalah elemen pertama dalam membentuk kredibiliti ummah terbilang..

Menuntun bicara hujah saya yang keenam ; keagungan akidah pencetus semangat jihad dan pengorbanan.

Dengarlah ayat 41 surah at taubah
انفروا خفافا وثقالا وجاهدوا بأموالكم وأنفسكم في سبيل الله ذلكم خير لكم ان كنتم تعلمون

ayat ini secara jelas merupakan satu slogan bagaimana kejayaan umat islam kini dieksprementasikan melalui usaha dan jihad yang berterusan dalam semua lapangan samada ekonomi, kesihatan, pembangunan mahupun ketenteraan. Dan bagaimana umat terdahulu persis saidina khalid alwalid , qutaibah bin muslim, solahuddin al ayubi mampu menjadi penakluk dunia dan benteng terampuh menjaga keselamatan agama. Juga persis abdrahman bin auf melancarkan jihad ekonomi dalam memecahkan monopoli ekonomi kapitalis yahudi penjajah dimadinah 14 dekad yang lalu.

Dan hari ini kita melihat bagaiman kesan semangat jihad dan kekuatan pertahanan sebagaiamana prinsip ke9 islam hadhari berjaya mengaplikasikan system ekonomi islam yang membantutkan kesan kejatuhan ekonomi dahsyat ekoran pergantungan pada tipu daya kewangan penjajah dan speculator dunia pada julai 1997 yang lalu.

ironinya kekuatan jihad merupakan aspirasi daulah berwibawa.

Konklusi dari hujahan saya tadi, ummah yang gemilang perlu menrealisasikan gagasan islamisasi ilmu dan pemikiran islam mereka kepada ketamadunan dan peradaban ulung berteraskan akidah dan paradigma yang dibawa oleh alquran dan sunnah.

Akhirnya :
Indah mawar kembang bersemi , izinkan saya mengundur diri
Dengan lafaz yang mulia

Assalamualaikum….”

Rahsia Menjulang Girang

Mengimbau pengalaman lalu, saya hairan apabila pasukan SMP selalunya kandas diperingkat daerah lagi, MTQ tidak berseri bagi sekolah kebangsaan seperti kami.

Skrip awal kemenangan sememangnya telah tertulis hanya untuk pelajar sekolah agama sahaja.

Baik di peringkat acara Tilawah dan hafazan yang sememangnya bias untuk mereka, juga bagi acara formal yang lainnya.

Kami seolah memasang hampa dalam kunjungan ke pertandingan, bukan sahaja untuk mencabar, hendak bersaing duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi juga nampaknya amat janggal sekali.

Dimana silapnya ?? Dimana rahsianya ??

Akhirnya setelah terlibat sendiri dalam acara dipelbagai venue pertandingan MTQ barulah saya mula menghidu dan mengcungkil rahsianya.

Formulanya amat canggung dan tidak bersifat adil.

Persaingan rupanya diatas padang yang tidak rata. Pastinya pasukan menghadap matahari hampir buta dan silau matanya diasak tendangan bola dari pelbagai sudut. Kesukarannya di tahap yang amat berganda.

Lalu, inisiatif beberapa sahabat, bengkel MTQ perlu dilaksanakan untuk meraih kejayaan terbaik, bukannya sekadar jaguhan kampong yang hanya menang di daerah bahkan mampu digeruni cabarannya diperingkat nasional.

Disanalah juga segalanya terserlah, dan saya kiranya boleh berbangga dengan anak didik seperti Afifah Amin yang pernah memenangi syarahan Bahasa Arab peringkat Daerah, Puteri Attia Burhan yang menggondol tempat kedua di peringkat negeri dalam syarahan agama walaupun para hakim seterusnya memberi kredit tentang keistimewaan beliau bersyarah diluar kotak kebiasaan peserta MTQ.

Dan sempat juga saya merasa, menaiki podium penerima hadiah tempat ke 3 acara Syarahan bagi kakitangan peringkat negeri sabah di Kudat tahun 2008 terdahulu.

Manisnya saat itu, berkat doa dan harapan, saya mengisi sudut pengalaman ini dengan penuh makna.

Tugasan Awal

Tugasan awal di sekolah baru ini menuntut saya lebih focus dalam berperancangan.

Beberapa sisi kelemahan mula tampak kelihatan sama ada disudut gerak aktiviti persatuan, mahupun amali akademik dan pengurusan panitia. Ianya sesuatu yang lumrah dalam pengurusan namun perlu diperbetulkan segera.

Ikatan dan halatuju yang tidak jelas menyaksikan persatuan pelajar terarah hanya dengan satu aktiviti nasyid dan kompang sahaja untuk menarik ahli dan mengisi takwim tahunan persatuan, pengurusan fail pula masih diperingkat baru dan banyak dokumen malahan fail yang kosong, ianya perlu ditangani segera apatah lagi surat pemantauan dari jabatan pelajaran pulau pinang sudah menjenguk meja saya.

Rombongan akan datang menziarahi kami dalam nada salam perkenalan dan lebih tepat lagi pemantauan atas gerakerja panitia dan guru selama ini.

Maka terpaksalah saya sedikit kelam kabut menyiapkan apa yang patut untuk menutup lompang yang ada.

Kalau setakat menjawab dengan lisan, itu kerja senang bagi saya, namun mengorek tembus mencari kesilapan kedalam pengurusan dokumentasi dan fail adalah kelemahan utama saya.

Sebelum ini betapa saya tidak tahu melakukan tawaran pembelian semudah nota minta, tidak juga pandai menyusun dan mengemaskini fail yang biasanya diuruskan oleh Ustz Noraini selaku setiusaha tetapnya. Dan sebagai bendahari, ust norzam lebih cekap menyusun kewangan.

Saya hanya berpengalaman mencari dana dan menjana ikatan kesatuan organisasi sahaja. Memikirkan program dan mengisinya adalah kepakaran saya.

Tapi disini, jawatan sebagai ketua kepada panitia islam yang dianggotai oleh dua orang sahaja menuntut saya melakukan segalanya.

Dengan azimat pengalaman lama berkhidmat mungkin, saya perlu bersedia untuk melunaskan segala tuntutannya, membetulkan kesilapan yang ada, menambah yang kurang dan menyerikan yang suram.

Moga saya berjaya mengharunginya.

Antara tugasan yang diberikan kepada saya kali ini ialah menyiapkan pasukan MTQ sekolah untuk menyertai dan memeriahkan acara itu nanti.

Dengan perasaan senang hati saya cuba untuk menerimanya dan berlapang dada

Namun, bagi saya pasukan ini bukan sekadar penyeri dan pak pacak seperti hang cangkul lagaknya.

Kita akan mengharungi MTQ ini dengan azam dan tekad, kita hadir sebagai pencabar bukannya si muka tebal iaitu mereka yang sudah kalah sebelum bertanding.

Dan ini cabaran untuk kita semua, seru saya meniup semangat juang anak-anak persatuan pelajar Islam St Xavier ini.

Thursday, January 21, 2010

Pengalaman Menjadi Taruhan Kejayaan



Sejarah Mengajar Kematangan

Salah seorang penulis berprolifik tinggi yang saya pernah temui dan kagumi dalam selera pembacaan kreatif saya.

Walaupun bukan merupakan peminat fanatic dan penagih novel atau sastera seni, tapi saya suka melayan apa sahaja bentuk pembacaan yang boleh menambahkan ufuk pengetahuan dan informasi intelek saya terutamanya yang berkaitan agama, pengalaman hidup dan sosial masyarakat.

Sesuatu yang paling berharga dalam kehidupan ini ialah PENGALAMAN.

Ianya merupakan anugerah rasa dan sedar yang diperoleh lewat panjangnya kehidupan dan tragiknya peristiwa yang merangkai jalan hayat kita. Pengalaman akan membentuk persepsi, pengalaman mematangkan kendiri, pengalaman menjadi manusia lebih tua dan hebat berbanding usianya.

Namun tidak semua variasi pengalaman mampu kita tempuh dalam jangka pendek hidup kita, tidak juga kita mahu menempuh hitam pedihnya atau putih manisnya mahupun semua positif dan negatifnya.

Oleh itu, mereka yang benar-benar hebat ialah manusia yang menimba ilmu dan membina prinsip dari kejadian dan pengalaman hidupnya dan juga hidup manusia di sekelilingnya.

Saya ulangi pepatah agung Saidina Ali Radiallahu Anhu : Sebaik-baik manusia ialah mereka yang sentiasa mengambil mesej dan pengajaran dari hitam putih kehidupannya. Saya angkatnya menjadi motto blog kerdil travelog hidayah saya ini.

Penulis Berkarya Wawasan

Mungkin penulis ini sememangnya tidal lekang dari kontroversi misi dan idealismenya. Namun saya melihatnya sebagai rencam alam yang serba kontradiksi sifatnya, kepelbagaian dan perbezaan melahirkan keunikan dan keistimewaan.

Apa yang baik dan berhikmah harus dijadikan sebagai bekalan kebaikan untuk memandu kehidupan manakala yang buruk dan rosak handaklah ditinggalkan.

Membaca dan menghayati ketelitiannya dalam berkarya amat mengkagumkan saya.

Sejarah dua Novel

Pernah membaca 2 buah buku tulisan beliua yang saya pinjam dari antara peminat setia wawasannya CIKGU JUHARI AJMAIN senior saya di SMP dahulu.

Buku yang saya khatamkan pembacaannya itu ialah KOMBAT 1511 dan MANIKAM KALBU.

Novel yang digarap penuh penelitian dan bukannya sambil lewa, kita dapat merasainya lewat halaman demi halaman terhadap huraian dan pengkisahan yang diceritakan.

Terpamer citra dan reality hidup manusia atas kanvas buku KOMBAT 1511 ini bila ia cuba menghidupkan watak Panglima Muhammad Amin sebagai tenaga utama penggerak Jihad Islam menentang kebobrokan dan kebejatan musuh agama. Jelas terzahir kemampuan penulis untuk membawa fiksyen masa depan kealam fantasi berunsurkan islam, amat mengujakan.



MANIKAM KALBU lebih saya sedari ketelitiaannya, menghasilkan suatu daya kreativiti yang bukan sedikit lelah dan penatnya dalam menggarap wawasan budaya bangsa agar tidak hilang ditelan rakus zaman baru. Seni dan industri tekstil menjadi pokok bicaranya dengan karektor kucing hitam hikmah sebagai pencerita dan teman bicara. Kali ini pandangan kita membawa kepada pelbagai dimensi berbeza antara zaman, yang lamadan kuno serta zaman baru terkini. Di adaptasikan dengan bahasa mudah santai untuk remaja menggapai mutiara pusaka yang hilang.

Dengan rujukan yang begitu berdisiplin dan berfokus, saya memberikan kredit pada penulis ini.

Tak hairanlah beliau mampu memenangi anugerah2 yang dipertandingkan buat menghargai bakat dan inovasi kreatif mindanya.

Tahniah dari saya dan moga yang lain boleh sama meneliti debar suspen fiksyen dalam novel garapannya.

Bersama penulis menceritakan detik kejayaaannya dalam blog beliau tersendiri.
Faisal Tehrani.

Bedar Sukma Bisu dan Manikam Kalbu Terima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006-2007

Alhamdulillah tiga karya saya menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006-2007 malam ini bagi 3 Kategori iaitu:

i. Kategori A: Novel ( Bedar Sukma Bisu, DBP, 2007)
ii. Kategori B: Esei ('Pengabaian Ilmu dalam Karya Sastera', Dewan Sastera, Jun 2006) dan
iii. Kategori C: Novel Remaja (Manikam Kalbu, DBP, 2007)

Novel-novel saya seperti Perempuan Politikus Melayu, Cinta Hari-hari Rusuhan, 1515 dan 1511H Kombat pernah disenaraipendekkan untuk Hadiah Sastera Perdana sebelum-sebelumnya, tetapi rezeki belum tiba. Tambahan pula saingan pada waktu itu sengit, dan karya lain hebat-hebat belaka.

Saya gembira kerana Manikam Kalbu (si kucing bertuah itu) menerima anugerah berganda-ganda. Bermula dengan memenangi Sayembara Jubli Emas DBP kategori novel remaja, pada 22 Disember 2009 lalu, Manikam Kalbu dianugerahkan pula Anugerah Buku Kebangsaan Malaysia kategori Buku Remaja Fiksyen Terbaik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. Bedar Sukma Bisu pula telah diterjemahkan oleh Dato Dr Zawiyah Baba (UKM) ke judul The Prau With The Silent Soul terbitan ITNM.

Anugerah dan hadiah adalah satu galakan untuk pengarang terus memberikan yang terbaik. Maka sebagai pengarang, saya berterima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka, juga Kementerian Pelajaran bagi pihak kerajaan Malaysia.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada editor-editor saya yang merapikan novel-novel di atas iaitu Puan Halilah Haji Khalid (Bedar Sukma Bisu) dan Puan Mahani Che Ibrahim (Manikam Kalbu). Tanpa penyunting yang baik karya tidak akan menjadi baik. Terima kasih juga buat Puan Rozninah Abdul Azib yang menyiarkan esei 'Pengabaian Ilmu dalam Karya Sastera', dalam Dewan Sastera, Jun 2006. Tidak dilupakan kepada saudara Naga yang melukiskan kulit buku yang luar biasa (lain dari kebiasaan buku-buku Dawama).

Buat para pembaca, doakanlah saya memberikan karya yang lebih elok dari yang ada sekarang ini. Dan dapat menyediakan remedy atau penawar dalam karya saya buat masalah ummah, bangsa dan negara meskipun ia kontroversial hari ini, tetapi, Insya-Allah akan diterima ramai di masa hadapan. Ini kerana karya sastera menjadi 'perdana' bukan kerana ia menang hadiah atau anugerah, tetapi kerana karya sastera itu tahan zaman dan dapat membuatkan khalayaknya berfikir merentasi batas masa. Saya teringin menulis karya yang merakam lebih dari latar, perwatakan dan plot. Karya yang merakam 'kebenaran'.

Akhir sekali, yang terutama, ini adalah kesyukuran buat Ilahi kerana dengan rahmat-Nya, kesejahteraan daripada Rasulullah saw dan ahlul baitnya - maka ketiga-tiga karya ini terpilih lalu terpandang sehingga dibuka segala jalan yang tampak tertutup.

Wednesday, January 20, 2010

Merancang Kewangan

Jadual Gaji Tahun 2010

Alhamdulillah, tahun baru 2010 telah bermula dan masuk ke penghujung minggu ke 3.

Bulan tua merupakan istilah orang yang keputusan kewangan dan menunggu tarikh gaji baru.

Ramai yang meminati dan ingin mengetahui tarikh gaji ini, sekurang-kurangnya untuk merancang dan membuat persediaan awal bagi merencana kewangan ditahun yang baru ini.

Ada juga yang menunggu tarikh ini untuk menggarap aktiviti dan program baru, juga merancang kiranya masa manakah sesuai untuk diadakan publisiti jualan atau juga bercadang untuk membuat kutipan derma mahupun wakaf.

Dari blog sahabat saya, Ustaz Zamri Rajab, saya kongsikan bersama maklumat berikut :

Melayan Aspirasi Agama Luahan Ust Shamsuri



Alam Berubah Ganjil

Petang itu, suasana alam seperti asing. Pekan kecil yang dulunya tenang dengan rutin biasa , hari ini berubah riak dan wajahnya.

Perkarangan masjid didatangi penjaja jalanan yang agak ramai sejak jam 4.30 petang lagi.

Berbeza dengan pasar malam mingguan setiap rabu, tempat jualannya ini menghampiri pagar masjid. Ada yang menjual air, keropok, makanan ringan, pakaian malahan buku dan cd ceramah juga kelihatan diatur penuh berseni di atas meja kaunter jualan.

Awan berarak tenang, membawa bersama sinar senja ke penghujungnya.

Gelap malam mula memenuhi pekat ruang angkasa. Hanya kerdil sinar bulan menerangi buana.

Namun di Masjid Taqwa, Taman Sardon ini, suasana agak berbeza. Suluhan terang memenuhi ruangan masjid, dengan ahli jamaah yang pada andaian saya mencecah 700 orang hadir kerumah allah di malam ini tidak terkecuali saya.

Hati dilanggar ceria

Malam ini, minda dan hati diceriakan dengan kedatangan UST Shamsuri Hj Ahmad ke Masjid ini sempena ceramah bulanannya. Rupanya al Fadhil Ustaz mengadakan ceramah bergerak dari masjid ke masjid untuk memberi ilmu dan hujjah agama.

Bersamanya, ada pendengar setia yang sentiasa mengekori langkah Ust Shamsuri tak kira dimana ceramahnya berlabuh. Mereka hadir membawa hati dan iman, mereka ingin dididik dengan ilmu dan ketakwaan.

Menggunakan Kitab Tafsir Nurul Ihsan, beliau menghamburkan penerangan tentang kalam allah dengan penuh berhemat dan berhikmah.

Hadis Muqaddimah

Antara mukaddimahnya yang suka saya kongsikan disini ialah :

“ Kisah seorang sahabat nabi yang telah dimuliakan dengan janji syurga, bernama Said bin zaid, adik ipar kepada Saidina Umar al Khattab, beliau telah difitnah oleh seorang wanita bernama Arwa’, terfitnah sebagai perampas tanah perempuan itu secara zalim dan penipuan. Lalu ketika berita ini sampai ke pengetahuan Marwan Bin Al Hakam, khalifah islam ketika itu , beliau dipanggil dan disoal siasat.

Beliau dengan tegas berkata : adakah aku yang akan merampas tanah perempuan itu, sedangkan telinga aku sendiri masih terngiang-ngiang sabda nabi SAW yang menyatakan : sesiapa yang mengambil tanah orang lain secara zalim (tidak sah) walaupun sejengkal, allah akan menghempas diatas kepalanya tanah dari 7 lapis bumi.

Dan demi allah, sekiranya permepuan ini sengaja berdusta kepada aku : Ya allah, aku pohon supaya dia tidak bertemu dengan kematian kecuali engkau butakanlah matanya dan matikanlah dia terhina di atas tanahnya sendiri.

Lalu setelah lama berlalu, perempuan itu didapati meninggal dalam keadaan buta terjerumus didalam perigi buta di tanahnya sendiri”


Takutlah dosa kepada Allah, walaupun kecil.

Jangan sesekali menyakiti hati mereka yang dikasihi Allah, buruk padahnya,

Doa orang yang dizalimi tidak ada pendinding daripada Allah.

Mulianya manusia apabila mentaati perintah allah dan rasulnya.

Tuesday, January 19, 2010

Program Sahabat Islam - mengisi medium tarbiyah

" Ditimpa badai konflik yang bukan sedikit, mereka dipaksa untuk mengucap kata kufur mendustakan keesaan Allah.

Jumlah yang sedikit tidak memungkinkan mereka melawan secara fizikal, namun menyerah untuk terjerumus kelembah jijik mensyirikkan allah tidak sama sekali.

Mereka membawa diri berkelana dalam gelap malam, seolah lari dari gelap kekufuran. Mereka bertemu kerana Allah, berpadu dan bersatu, mengangkat fikrah dan tindakan yang sama.

Mereka lebih rela memilih gua sempit menyelamatkan iman dari dunia luas tanpa sempadan yang merobohkan kemuliaan hati dan harga diri mereka.

Disanalah mereka disemadikan dalam lena tidur yang panjang, ditemani anjing karib yang diangkat mulia agama ini hanya kerana bertemankan manusia soleh.

Lena mereka tidak terganggu, misi menyelamatkan aqidah mereka akhirnya berjaya.

Dan rencana Allah selepas 309 tahun bagi menobatkan kenyataan bahawa kekuasaan Allah mampu menghidupkan manusia selepas mati menjadi kontroversi nyata dan reality benar pada mata mayarakat tika itu.

Merekalah pemuda Islam yang berkelana membawa iman sebagai pakaian.

Merekalah organisasi islam yang berjuang dalam pandangan dan tindakan yang sama.

Merekalah pemuda ashabul kahfi".


Begitulah antara muqaddimah saya membawa penegasan dan gagasan saya dalam mengukuhkan sebuah persatuan pelajar islam disekolah ini.

Persatuan yang bukan hidup pada nama tapi mulia pada keanggotaan,wawasan dan aktiviti yang mampu membangkit jiwa sedar manusia untuk kembali menganut Islam dengan rasa bangga dan segar.


Program Sahabat Islami
– itulah nama aktiviti mingguan yang saya cuba ketengahkan dalam memberi didikan informal dan tarbiyah kepada pelajar saya.

Berbentuk ala usrah dan menggunakan silibes BADAR, saya merancang untuk mempelbagaikan aktivitinya bukan sekadar tazkirah dan pembentangan. Saya bercadang untuk melampirkan permainan, zikir rohani dan public speaking sebagai momentum tarikan utamanya.

Julung kalinya, ia dihadiri lebih 19 pelajar. Dari riak wajah mereka, saya pasti mereka anak2 islam yang mengharapkan bimbingan dan sokongan.

Usia rebung sebegini memerlukan mereka lebih memahami dan mengamalkan agama, bekalan pada usia matang nanti.

Berjanjilah pada diri sendiri dan Allah, Aku mahu masuk syurga !! Jelas saya menamatkan program.

Biar perasaan ini berbunga dihati mereka, biar mereka rindukan keindahannya, biar mereka mencarinya, biar mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya satu hari nanti.

Bukankah Allah pernah berkata : Barangsiapa yang mengharapkan untuk bertemu dengan Allah (pastinya didalam syurga), maka laksanakanlah amalan yang soleh dan janganlah kotorinya dengan syirik (dan dosa) kepada Allah dengan sesiapapun.

Inilah method saya, memberikan tabsyir (berita gembira) untuk semua merasakan hampirnya kasih dan rahmat Allah kepada kita, disamping sentiasa ingat bahawa Inzar (amaran) dari Allah yang mampu mengazab manusia derhaka dan memilih kecelakaan.

Sabda Nabi : Yassiru wala tua’ssiruu, basyyiruu wala tunaffiruu.

Permudahkanlah dan jangan dipersusahkan, khabarkan kegembiraan dan jangan jauhkan manusia dari kebenaran.

Moga Allah menunjukkan jalan hidayah kepada kita.

Monday, January 18, 2010

Memuliakan Tetamu

Alhamdulillah, tanpa di sangka, sepanjang minggu lepas saya dikunjungi 2 orang sahabat lama.

Walau tempoh dan jarak memisahkan, ianya bukan alasan untuk tidak berhubung dan menyapa khabar.

Cikgu Rosnani Awang

Rakan sejawat saya yang masih bertugas di SMK Perempuan Likas.

Baru habis berpantang anak keduanya dan sedang mengunjungi rumah mertuanya di sebelah Buterwoth.

Dalam kesempatan sebelum bertolak semula menyambung tugas di Sabah, beliau sempat menjejakkan kaki ke rumah saya yang masih belum teratur perabot dan peralatannya.

Ruang tamu dan halaman masih dipenuhi kotak yang belum dibuka.

Sedangkan timbunan kotak2 lama memenuhi ruang parking didepan rumah menyebabkan keadaan sedikit sebanyak tidak meneyelesakan tetamu saya.

Hadir bersama suami dan 2 anak permata hatinya, saya kiranya ia kunjungan yang cukup bermakna.

Daniel masih nakal dan aktif seperti biasa dan mesra dengan telor bahasanya manakala Danisha anak keduanya baik dan tidak banyak meragam.

Hampir sejam setengah kami berbual dan bercerita.

Pastinya berita SMP dan Sabah yang kami rindui. Disanalah terpacul berita : Ust Norawi akan berpindah ke SMK PITAS sebagai Penolong Kanan Petang. Betul ke ??

Apapun , jam 5.30 petang kami saling melambai perpisahan. Janji untuk bertamu dan menziarahi lagi kiranya ada kelapangan dan kesempatan. Dengan izin Allah jua.

Ust Nik Rafik Sani

Namanya adalah Rafik yang bererti kawan, sememangnya beliau rakan dan teman lama saya.

Bersama sekapal melanjutkan pelajaran ke Jordan, dan pulang menyambung tugas. Kami terpisah dalam jarak masa yang bukannya singkat.

Sepanjang tempoh itu, saya kira kami tidak pernah bersua.

Takdir allah tiada siapa yang mampu menolak.

Beliau berkhidmat di Institut Perguruan Pulau Pinang bersebelahan RECSAM dan terletak sebenarnya setentang dengan jalan besar ke perumahan saya.

Terpatri janji antara kami untuk bertemu. Lepas solat Jumaat di masjid Taqwa,Tun Sardon.

Bicara soal rakan, soal keluarga, belajar dan bekerja adalah topic utama kami.

Bermula sebagai guru di Kuala Tembeling Pahang dan merantau hingga ke Sekolah Agama Masyhoor Perempuan, akhirnya beliau memilih jurusan pengurusan di IP ini.

Berumahtangga di KULIM SQUARE dan mempunyai 2 orang anak yang belum saya ketemu. Mungkin ianya satu sebab untuk saya menjejaki silaturrahim kerumahnya satu hari nanti.

Allah mengasihi mereka yang menjaga silaturrahim, moga kita termasuk didalamnya.

Ajaibnya Khutbah

Satu kisah yang saya pernah baca.

Di angkat sebagai sebahagian cerita jenaka timur tengah dengan menjadikan JUHA, iaitu Pak Pandir Arab untuk menjadi Karektor penceritanya. Hayatilah kisahnya dengan olahan baru dan bebas dari saya.

Tengah malam itu, sepasang suami isteri resah di penjuru rumah. Dengan riak muka terpancar keletihan dan kegelisahan yang amat sangat.

Dengan bebanan masalah yang kian meruncing, mengganggu komitmen dan keonsentrasi kehidupan mereka. Tapi mereka bukannya bersengketa, jauh lagi berkonflik kerana insan ketiga.

Cuma ianya hadir dengan gelagat insan ketiga yang mereka amat sayangi. Entah penyakit apa yang meyinggah, dia menangis saban hari persis cerita popular AHMAD ALBAB.



Puas sudah ikhtiar mereka mengubati suasana, namun tangisan anak kecil kesayangan mereka belum juga mahu mereda.

Dicuba berjumpa dukun dan bomoh, di beli permainan bermacam aneka, di ajak bermain dan diacah ketawa, mahupun diketuk pintu rumah dan tandas ala ahmad albab juga tidak berjaya.

Raungan anak kecil yang didambakan ceria rupanya mengubah musibah gelisah sengsara yang tidak berkesudahan.

Tiba-tiba mereka teringat pada sang pendita, JUHA namanya, ia dikenali sebagai seorang yang baik dan pemurah, suka menolong orang dan mesra gelagatnya, juga sebagai seorang bijak laksana ala nujum pak belalang, bijak dengan temberang dan lawak jenakanya.

Lantas dimalam pekat mereka redah ke rumah JUHA, biar apa yang berlaku, mungkin JUHA boleh membantu. Mereka dating memohon pertolongan agar dapatlah pendita JUHA membaca mantera dan jampui serapah barang seminit dua, mungkin ada berkat dan masin mulutnya , anak kecil ini akan terhenti sampuk tangisnya.

“Ada apa kami kerumah saya di malam buta begini” Tanya JUHA kepada pasangan yang bertamu dihalaman rumahnya.

“Tolonglah PAK JUHA, kami sudah tak tahu mahu merujuk sesiapa pun lagi, anak kecil kami ini menangis tak berhenti2, dari pagi membawa ke malam, kerjanya asyik nangis… nangis… nangis, bila dia tidur barulah ia berhenti la. Tolonglah pak juha bantulah kami. Dah ramai dukun yang kami jumpa masih belum mampu mengubati penyakit sawan tangis anak kami ini. Tolonglah kami …… ramai orang yang menunjukkan kami rumah pak JUHA yang pemurah ini dan bijak sana ini, mungkin boleh membantu kami.”rayu pasangan itu mengharap.

JUHA berfikir sejenak, dia bukannya dukun pengubat sawan, bagaimana dia mahu membantu.

Tunggu sekejap, nanti saya fikirkan sesuatu”jawab JUHA tiba2 sambil kembali mencari sesuatu di almari tumahnya, “nah ini dia” getus JUHA dalam hati sambil membelek risalah keramat itu.

Nah, ambil jampi ini, bacakan dia kepada anakmu bila tiba dirumah nanti, nescaya keadaan akan pulih seperti biasa” kata JUHA.

Terima kasih PAK JUHA, kami akan mencubanya.

Setiba dirumah, mereka lantas mengambil buku mantera itu dan terus dibacakan kepada anak kecil mereka yang meracau dan meraung tangis.

Entah keajaiban jampi menunjukkan kesan, menyihir keadaan untuk menjadi bisu dan diam, serapah jampi umpama dodoian keramat untuk anak it uterus terlena dalam penuh keasyikan.



Wah .. hebatnya jampi ini, tak rugi kita berjumpa PENDITA JUHA itu.

Setiap kali anak itu mula menangis panjang, mantera itu mereka bacakan dan keajaibannya muncul memeberi kesan tanpa menghampakan, anak kecil mereka pulih dan tidur ketenangan.

Dan pantas, keesokannya, mereka bergegas kerumah JUHA untuk mengucapkan salam dan terima kasih.

“Hebat buku jampi ini pak JUHA, ianya memang berkesan menidurkan anak saya dengan dodoiannya. Apakah buku ajaib ini pak JUHA.” Sungguh hebat kata pasangan itu ketakjuban.

Alaah, buku biasa sahaja, TEKS KHUTBAH… kalau ia mampu menidurkan ratusan khalayak setiap hari jumaat, takkanlah anak kecil kami seorang pun dia tak mampu tidurkan” jawab JUHA selamba.
Mungkin ianya satu lelucon biasa, namun bagi saya ianya satu sindiran tajam buat umat ini.

Jangan sesekali memandang remeh pada sesi kemuncak pertemuan mingguan umat ini. Ia sepatutnya diangkat tinggi ke gerbang intelektual kesedaran islam yang mulia dan diisi dengan penuh kualiti ilmu dan wawasan bermanfaat.

Sunday, January 17, 2010

Guru Khutbah



Pendita Khutbah

Beliau anak kelahiran dan bermukim di Besut, Terengganu.

Menyambung silsilah hinggalah bertemu antara insan termulia dan tersohor di Kelantan.

Merupakan anak saudara kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.

Mempunyai perwatakan pendiam, tapi tegas dan pemikirannya membaca keadaan dan situasi amat menggagumkan.

Seorang yang mudah mesra, senang didekati dan bijak memilih bicara adalah antara keistimewaannya yang paling utama.

Beliau ialah Al Fadhil Ust Nik Zawawi Salleh seorang guru dan abang dalam perantauan ilmu saya di Negara tadahan wahyu bumi syam, Jordan dahulu.

Mantan Ahli Dewan undangan negeri, Besut dan kini antara ahli jawatankuasa dewan Ulamak Pas Pusat.

Rujukan Ilmuwan Syafei

Semasa di bumi Jordan, beliau merupakan pakar rujuk kami dalam pelbagai cabang ilmu.

Tidak lokek ilmu dan sanggup meredah malam untuk memastikan anak bangsa tidak kering ilmu islam untuk dibawa pulang nanti.

Beliau selama bertahun lama menghambakan diri menabur ilmu agama kepada kami, antara kitab yang kami habiskan TALAQQI bersamanya ialah Kitab Anwarul Masalik WaUddatun Nasik, sebuah kitab FEQAH Imam Syafei.

Terapi Bercakap

Namun, saya dapat juga berkongsi keistimewaan bersamanya, terpilih mengganggotai Kumpulan 15, satu kumpulan Public Speaking dibawah kelolaan al Fadhil ustaz.

Beliau menerangkan secara terperinci tugasan dan tanggungjawab besar sebagai daie yang perlu persiapan. Antara senjata daie ialah kebijaksanaan melaksanakan tugas menyampaikan melalui lisan dan tulisan.

Kami didedahkan dengan teknik dan etika ceramah dalam pelbagai dimensi dan perlaksanaannya.

Ada yang berbentuk ceramah, diskusi buku, forum, debat dan yang paling asasnya ialah KHUTBAH.

Kata2nya lah yang merangsang saya untuk terus berkhutbah dan berkarya diatas mimbar melontarkan haruman ilmu dan kesedaran kepada masyarakat dengan penuh gaya dan tarikan, bukannya hambar dan tolakan.

Kisah Khutbahnya

Beliau menyarankan untuk kami berkhutbah dan bukannya MEMBACA khutbah, apatah lagi kisahnya untuk dikenali dikampung hadir apabila khatib bertugas untuk jumaat tidak hadir.

Setelah menunggu beberapa ketika, akhirnya diumumkan kepada awam…siapakah yang boleh menjadi imam dan khatib pada hari tersebut. Beliau bersetuju dan khutbahnya hari itu bukan sekadar mengganti bidan terjun atau secukup makan.

Bicaranya telah memukau hadirin, menyihir massa dan khutbahnya lantas semerbak harum ke laman daerahnya. Beliau dihormati rakan dan lawan.

Inilah GURU KHUTBAH saya. Moga Allah meluangkan pahala atas setiap bicara khutbah saya untuknya.

Saturday, January 16, 2010

KHUTBAH

Rutin Jumaat

Beberapa sesi jumaat saya di Pulau Mutiara ini saya abadikan di Masjid Taqwa Gelugor bersama anak sulung saya.

Bergegas pulang dari halaman sekolah tepat jam 12.30 tengahari memerangkap saya seketika dalam lautan kesesakan yang baru bermula.

Biasanya saya sempat untuk balik dan bersiap ke Masjid dan tiba awal sebelum Imam menaiki mimbar.

Tanggungjawab seorang ayah meletakkan saya dalam situasi perlu bersusah dan amanah menjaga anugerah Allah ini. Saya perlu mendidik anak ini untuk mengenal dan menyembah Allah.

Bukankan doa kita panjatkan saban waktu mohon kesejahteraan keluarga dan juga untuk menjadi imam bertakwa kepada keluarga kita, maka ayah perlu menjadi contoh dan model ikutan untuk para anak dibawah asuhan kita.

Indahnya Khutbah

Mencari dan mendengar bkhutbah bukanlah suatu perkara yang asing dan susah.

Ia rutin mingguan formal yang dilalui setiap lelaki muslim.

Namun untuk mendengar dan mengikuti satu khutbah yang berkualiti, bernas, bertenaga dan mampu menanam bibit kesedaran dan penghayatan amat susah sekali.

Jumaat menjadi hambar dan tidak menarik untuk diikuti, ianya hanya kewajipan pak turut kepada kebanyakan jemaah.

Mereka hadir hanya kerana ingin di cop muslim, bukan sedikit yang tiba lewat pada khutbah kedua dan lebih leka bercerita dibawah garaj kereta mahupun serambi masjid mengalahkan anak2 kecil, dan kekadang tanpa silu memasang api di hujung gulungan rokok mereka.

Bagi masid yang berdekatan restoran dan kedai makan, waktu jumaat menjadi waktu rehat TIGA DALAM SATU untuk makan, jumpa kawan, berborak dan diakhiri dengan solat.

Cuba kita renungkan bersama, berapa ramai yang mengambil pengajaran dari khutbah.

Yang khusyuk berada dalam masjid juga belum tentu mendapat habuan pahala jumaat ini, lebih ramai yang tunduk dan terlena dibuai keletihan bekerja, yang menghantar pandangan dan wajahnya ke arah imam untuk mendengar butir bicara serta aksinya boleh dikira dengan jari.

Bahkan mungkin boleh dikatakan : teks khutbah ini adalah ubat tidur yang paling mujarab untuk sekelian manusia tanpa perlu preskripsi doctor. Jemaah seolah diulit dan diransang dengan dodoian paling lembut untuk memejamkan mata. Bukankah begitu.

Pengaruh Khutbah

Berapa ramai antara kita yang terpengaruh dan berpuas hati dengan kualiti khutbah jumaat di tempat kita.

Buktinya : berapa ramaikah antara kita yang mengangkat ISI DAN ISU KHUTBAH sebagai modal bercerita dan pengajaran semasa kita menikmati jamuan tengahari seusai jumaat.

Biasanya, kita adalah para pendengar setia yang membiarkan saja kalimah khatib berlalu tanpa rasa dan perasaan.

Bukan mudah menjadi seorang khatib yang berjaya.

Ia memerlukan ilmu, keyakinan, keinginan , kemampuan dan keupayaan tersendiri.

Bacalah BUKU DR BASRI IBRAHIM tentang khatib berjaya ini jika ingin mengetahui keperitan dan kesukaran mencari khutbah berkualiti.

Kenangan Mimbar Kayu

Lama saya tinggalkan mimbar khutbah,ia pergi dengan kenangan manis dan debar yang tersendiri.

Mengemudi mimbar dan menerajui khalayak dalam berkhutbah dan mengimamkan jumaat meletakkan saya dalam keadaan penuh debar dan waspada tiap masa.

Saya perlu focus dan bersedia minda dan fizikal untuk tujuan ini.

Bertuah juga saya kerana ada kawan2 yang sudi memperbetulkan kesilapan dan mengacah perbuatan luar kawal saya dalam berkhutbah, akhirnya saya dapat memperbaiki diri.

Apalah kau ini : KHATIB MARILAH BERSAMA2 ka ??, sampuk teman saya mengulas tabiat saya mengulang frasa ini terlalu kerap tanpa saya sedari.

Mereka akhirnya pecah perut mengutuk saya diatas mimbar tika tiba waktu makan tengahari.

Khutbah kau ni terlalu panjang la… orang dah lapar ini, sambil dia mengacah menunjukkan isyarat PAUSED kepada saya di atas mimbar.

Dan kekadang bila saya tersasul dan tersalah maklumat, adalah teman yang sudi membetulkan atau memperbincangkan.

Alhamdulillah kerana rakan disana banyak membantu menuetralkan debar saya.

Saya juga kekadang ingin menguji kewarasan dan kesedaran para jemaah. Biar khutbah menjadi titik mereka menerima ilmu dan mendapatkan info agama berguna.

Tika tabung masjid susut dan ada pula tempat yang memerlukan bantuan kewangan, saya lebih suka mengisytiharkannya di atas mimbar setelah terlebih dahulu mempromosikan pahala bersedekah.

Pernah satu ketika saya, mengisyaratkan kpeada bilal, seorang pelajar SMK LIKAS untuk bangun membawa tabung kepada saya, lalu saya masukkan not RM50 dihadapan ramai sebagai tarikan dan motivasi.

Alangkah indahnya saat itu.

Reaksi Khutbah

Dalam keterbatasan masa dan kalimah, saya juga suka bermain bahasa, biar mereka yang sedar mendapat manfaatnya.

Di antara jumaat terakhir di likas, wajah persekitaran sekolah mula berubah, pembinaan kompleks pendidikan sudah memasuki fasa pertama.

Korbannya adalah sebuah padang bole kesayangan ramai di tapak sukan smk likas. Sedih dan geram bertali arus menjengah gegendang pendengaran saya dari mereka yang sudah mesra dengannya.

Lalu, tika jumaat berlansung suatu hari … saya bawakan isu kematian dan ujian, sempena juga dengan pemergian ibu seorang rakan karib saya disekolah.

Saya menyusun ayat penuh berhati-hati : sesungguhnya ujian tuhan ini dating silih berganti kepada kita, itu tandanya dia amat menyayangi kita.

Kita manusia memang layak menerima ujian tuhan, mahukah kita menolek kasih saying dari tuhan biar apapun caranya. Bila allah menghantar ujian, pastinya allah menginginkan kebaikan untuk kita serta memilih yang terbaik sebagai gantinya.

Kita akan diuji dengan pelbagai ujian, mungkin ada yang kematian ibubapa dan kehilangan mereka yang tersayang, ada yang diuji gempa dan ribut, ada yang kegagalan dan kerugian, ada yang kehilangan padang bola yang begitu indah dan disayangi…. Ada yang kemalangan mengorbankan harta dan nyawa.

Itulah ujian allah, tanda kasih pencipta kepada kita dan dia akan menggantikan yang lebih baik buat kita.

Saya lontarkan bicara ini kepada khalayak jemaah, saya perhatikan reaksinya.

Tersentak mereka dalam lamunan tersendiri, dan saudara FAKAR memerhatikan saya sambil bibirnya menguntum senyum nakal.

Saya tersentuh dan ketawa dalam hati, nasib baik sempat dikawal kalau tidak terburai jumaat kami.

Usai solat, jemaah bersalam dengan saya sambil isu kehilangan padang mula berjalan dibibir mereka dengan redha dan tawakal.

Alhamdulillah, saya puas, umpan khutbah saya mengena. Harap ianya mampu memberi manfaat. Walau seketika Cuma.

Moga allah mengampunkan saya dan kita semua.

DEMI MASA !



Allah memperuntukkan masa yang sama untuk semua manusia.

24 jam sehari adalah anugerah Allah kepada mereka yang menghuni dunia ini.

Yang tua dan muda, miskin atau kaya, lelaki mahupun wanita.

Masa adalah ujian dari Allah.

Beruntung mereka yang tahu dan mampu memanfaatkannya.

Rugilah mereka yang mensia-siakannya.

Sebelum ke akhirat, manusia akan disoal dengan 2 pertanyaan berhubung masa.

Tentang umur dan usia muda di atas dunia fana ini.

Manusia hebat ialah manusia yang tahu mengurus masa dalam kehidupan mereka.



Satu pepatah yang saya terbaca dan mendapat ilham di Surau Flat Kastam, Gelugor yang saya ziarahi semasa solat Isyak.

“ Masa amat berharga, masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.

Ia umpama air di anak sungai yang mengalir deras dan banyak, kita menyentuhnya ketika ia berlalu pergi, tapi kita takkan berjumpa dengan air yang sama.

Ia pergi buat selamanya, mungkin kegunaannya bermanfaat untuk kita membersihkan diri dan berwuduk, atau ia berlalu ketika kita sedang mengotorkannya dengan membuang najis dan isi perut.

Ia akan terus berlalu dan pergi. Membawa kesucian iman atau najis dosa kita.

Oleh itu, pilihlah yang terbaik untuk kehidupan kita”

Thursday, January 14, 2010

Kalimah Allah- Suatu Hari nanti ?





Mungkinkah ini akan berlaku dan meluas di negara kita ??