Wednesday, November 24, 2010

Praktikal Sembelihan 2


Solat raya dipagi itu tenang dan damai.

Sepi dari dentuman guruh dan panahan halintar silih berganti dalam tugasan setianya sejak 2 minggu lalu.

Tenang juga dari butiran halus air hujan yang sentiasa mencurah basah.

Damai jua dari hambatan angin ribut yang meniupkan hawa panasnya.

Lembut dengan belaian keinsafan yang dituturkan Khatib di Masjid Tandop, Alor Setar itu merembes dari perdu minbar yang berjasa ke telinga dan hati jemaah yang menjamahnya.

Usainya solat kami berhimpun lagi di Taman Desa Kamela, berhimpun untuk melunasi tuntutan ibadah tanda pengabdian diri pada yang esa.

Menunggu untuk melaksanakan ibadah korban bersama Ibu Mertua saya dipagi itu. Setelah terlebih dahulu bertamu beberapa minit dirumah kenalan ibu mertua, halaman taman sudah mula dipenuhi oleh khalayak masyarakat yang sama2 berpartisipasi dalam majlis korban pagi itu.

Tak perlu menunggu lama, pemilik lembu terus membuat akad bersama para peserta korban. 2 ekor lembu akan ditumbangkan pagi itu.

Setelah berlalu ½ jam, lembu masih gagah berdiri. Meragut rumput semahunya ditepian kakinya.
Tali hidungnya belum terusik dan lembu masih mampu melenguh riang walau sesekali disentuh singgung oleh bebudak comel berbaju raya yang begitu seronok mengelilinginya.

15 minit pula berlalu, lembu semakin ceria memperagakan susuk tubuh mungilnya manakala kawanan budak mula rimas dengan gigitan sang aedes.

Saya yang bersama dipagi itu mendukung anak kecil dan bersembang sahaja bersama dengan adik2 ipar saya dan ibu mertua saya tiba2 didatangi seorang ahli surau berdekatan.

Ni, ustaz kan…., diaorang cakap ustaz pandai sembelih. Kita sedang tunggu penyembelih ni, tapi dia ada turn ditempat lain dulu barulah akan ke mari. Kalau ustaz tak keberatan, bolehlah tolong sembelihkan…. Katanya penuh adab dan berbahasa.

Senyum saya mendengar permintaannya. Tapi saying, bab menyembelih ini bukan kepakaran saya. Terasa kesal disudut hati ini kerana belum dapat menguasainya.

Sejarah saya 9 tahun bersama dengan pemuda islam di Sabah, kami berjaya melaksanakan pelbagai program yang kami serikan dengan aktiviti korban dan akikah.
Teringat saya, seawal tahun 2001 kami bertamu didada bidang bumi sabah, kalimah korban dan penyembelihan lembu sesungguhnya amat asing dibumi ini.

Tahun tersebut memperlihatkan aktiviti hari raya haji hanya disambut dengan solat raya dan sedikit ziarah. Tiada acara korban dan tiada juga pembahagian dagingnya.

Seingat saya, acara korban yang ingin dilaksanakan pun perlu dibuat di pusat ternakan dan tempat sembelihan itu sendiri iaitu di KG NYARIS-NYARIS, Membakut yang lokasinya lebih 90 km dari Kota Kinabalu. Daging yang selesai dilapah, barulah akan diagihkan kepada ahli dan rangkaian masyarakat yang terdekat.


Masjid2 yang tersergam indah tika itu disini seolah2 belum lagi berjaya membudayakan amalan dan acara korban sebegini dalam masyarakat. Namun akhirnya, dewasa kini setiap masjid bahkan surau kecil disana sekalipun sudah mampu berlumba dan mempraktikkan amali korban ini menjadi budaya islam yang dipertahankan.

Tapi sedihnya, jika tahun 2001 dahulu harga seekor lembu hanyalah sekitar RM 1500 dan seorang peserta sudah boleh mengikuti korban hanya dengan purata harga RM 210. Tapi kini seekor lembu di Sabah yang cukup umur dan sedia disembelih berharga di paras RM 2000 ke atas yang menjadikan purata harga seorang peserta ialah RM 350-400 beserta sedikit tambahan untuk kenduri dan gotong royong.

Dan sayu juga bila ada kawan saya melaporkan, ada acara korban yang tidak mampu dilaksanakan di sesetengah kawasan ekoran kekeurangan peserta hasil lambungan harga lembu yang meningkat tinggi.

Dan sepanjang nostalgia kembara pengalaman itu, saya sempat diberi peluang menyempurnakan penyembelihan seekor lembu dalam acara KORBAN PERDANA anjuran gabungan SMP dan SM Teknik Likas.

Alhamdulillah, lembunya mati dan syarat penyembelihannya sah. Terasa masih darah merah dan pekat menyembur hangat pergelangan tangan saya yang masih memegang erat hulu parang yang tajam itu. Terasa mengalirnya tanda rahmat dan permohonan moga dosa kita juga mengalir keluar sebagaimana darah tersebut.

Tersenyum puas saya melihatnya, pantas saya menoleh ke sisi. Sahabat dan juga mentor sembelih saya, Cikgu Mat Zuki mengangguk tanda puas hati dan berjaya.


Beliaulah sebenarnya tukang sembelih yang menjadi pakar rujukan untuk kami di sekitar Kota Kinabalu dalam bidang ini. Menjadi antara tempahan awal untuk acara korban di komuniti berdekatan dan beliaulah juga yang cuba untuk memprogramkan para sahabat untuk berani memegang dan mengasah pisau memotong sendiri lembu korban yang ada.

Namun tak ramai yang berani dan sanggup.

Tak ramai yang sudi dan mengangguk.

Dan kini, harapan tinggal harapan.

Saya tersenyum entah dari siapa yang mencadangkan nama saya dipagi itu.

Mungkin nama arwah bapa mertua saya yang juga merupakan pakar sembelih di daerah tersebut yang melonjakkan saham nama saya ke bursa harapan penduduk, sayangnya AYAH tak sempat menitipkan azimat dan petua sembelihan secara serius kepada saya, ilmunya tak sempat diperturunkan, kepakarannya bersemadi bersama lahad yang bernisan.

Maafkan saya pak cik, saya tak boleh. Saya belum berani dan bersedia untuk tugasan ini. Insya allah di lain kali. Kata saya menghampakan harapannya.

15 minit kemudian, akhirnya datanglah Pak Cik Man, tukang sembelih di kampong itu, namun memandangkan hanya satu yang sempat direbahkan, beliau melunasi amanahnya dengan menyembelih seekor sahaja lembu terlebih dahulu.

Tugasannya dituntut ditempat lain seusai itu. Segera.

40 minit dan sesudah selesai melapah lembu yang pertama, barulah beliau datang sekali lagi menyempurnakan tugasan yang berbaki.

Sedih …. Kecewa …..Malu……. dan Geram ……

Itulah perasaan saya terhadap kelemahan diri ini. Tatkala tuntutan masyarakat amat perlu dan berhajat. Saya dan para ustaz yang berkelayakan, masih mampu berteleku lutut.

Insya allah, satu hari saya mesti lakukannya !!

Monday, November 22, 2010

Praktikal Sembelihan

Peperiksaan PMR baru sahaja berlalu 2 minggu yang lalu, Kaum Muslimin pula bakal menyambut kedatangan Zulhijjah 2 minggu selepas itu.

Kehadiran pelajar Tingkatan 3 semakin merosot saban hari meskipun diacah dengan denda dan amaran juga disogok dengan hiburan dan program lawatan bertema hamper setiap hari, ia dianjurkan secara silih berganti oleh pelbagai panitia yang ada disekolah bagi mengisi kekosongan waktu yang ada.

Program lepas PMR itulah antara tugasan yang diberikan untuk saya sebagai ketua panitia mengisinya dengan program keagamaan yang berfaedah, jua perlu diingat ianya perlu mencerminkan ilmu, santai dan ceria. Takut budak tak mai kata penyelaras kami Encik Lim.

Teruja dengan keakraban bulan zulkaedah dan zulhijjah serta kesyahduan ibadah korban yang sinonim dengannya, saya mencadangkan praktikal sembelihan dan penghayatannya untuk menjadi agenda dasar program tersebut nanti. Apatah lagi, topic sembelihan, akikah dan korban bakal dilalui mereka tatkala berada di Tingkatan 4 nanti.

Ianya dengan mudah dipersetujui bersama, sementelahn juga pihak kantin yang dikendalikan oleh Kak Idamiah juga menyatakan kesediaannya tanpa berbelah bahagi untuk turut sama membantu.

Kertas kerja diajukan kepada pihak pentadbir dengan jumlah tertentu yang dipohon sebagai alat pelincir majlis.

Tidak sebagaimana yang saya andaikan awal, Jumlahnya dilulus tanpa banyak bicara.

Namun yang ajaibnya, tentative dan perjalanan program pula yang menimbulkan banyak pertanyaan.

Saya dan Ustazah Asmawati berulangkali menjelaskan tentang objektif perlaksanaan, kawalan pelajar, lokaliti penyembelihan, jaminan kualiti kebersihan dan ajk bertindak serta tuntutan agama untuk umatnya mengetahui dan sensitive terhadap isu pemakanan seumpama ini.

Sayangnya ….. Praktikal Sembelihan perlu dirujuk ke peringkat pentadbiran.

Dan jawapan yang saya terima keesokannya agak memeranjatkan, pihak sekolah tidak dapat membenarkan praktikal sembelihan ini dilaksanakan atas dua alasan :

1) Kita berada di territory gereja atau brotherhood, mungkin ada pantang larangnya disini yang tidak sesuai dilanggar apatah lagi melibatkan penumpahan darah binatang, kebersihan dan sebagainya.
2) Menjaga sensitivity kaum yang pelbagai disekolah ini yang antara majoritinya beragama hindu dan Buddha yang menggangap cara penyembelihan itu nanti akan menzalimi binatang serta tidak menimbulkan rasa kecilhati para guru vegetarian yang ada.

Dengan keputusan perit itu, saya didamaikan dengan satu penyelesaian, mungkin masjid sekitar sekolah yang berdekatan boleh membantu. Dan kerananya jugalah saya sempat menziarahi dan mengenali beberapa masjid terdekat dan berinteraksi dengan jawatankuasanya.

Apapun kekangan masa dan prosuder menjadikan saya selesa meneruskan program sembelihan ini dengan teori dan objektifnya. Namun sesi praktikalnya masih lagi ada dengan jamuan ala-western food yang dinikmati para guru dan pelajar muslim serta Bakti dihari jumaat yang ceria itu.

Terima kasih kepada semua yang terlibat membantu dan menjayakan dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ayam2 yang sanggup terkorban.

Antara gambar foto sesi praktikal makan ayam di surau SXI.


Bersemangat dan penuh kebuluran, pelajar yang hadir memeriahkan program.


Begitu juga rakan guru, dengan mulut yang masih penuh, mereka memuji penganjuran program dan memintanya diadakan lagi. Tak pastilah program praktikal korbannya atau praktikal makannya. Apapun layannnn ayammm dulu !


Nasi Goreng Special, sumbangan dari Kantin sekolah yang dermawan.


Coleslaw yang lemak berkrim dan diminati ramai. Licin tanpa perlu disental lagi.



SXI Fried Chicken yang awesome dan lazat. Rugi sesiapa yang tak rasa.

Korban Itu Ujian



Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

“Barang siapa yang memiliki kemampuan, namun tidak berkurban, maka janganlah sekali-kali mendekati tempat shalat kami (lapangan shalat ‘Ied).” (Shahih At Targhiib 1087)

Hadis yang tercatat di atas seakan menyatakan bukan sahaja kewajipan bahkan kemuliaan untuk mereka yang berkorban di jalan Allah, menumpahkan darah binatang sebagai tanda pengabdian diri kepada yang maha kuasa. Bahkan mereka yang leka mengabaikan, akan tersisih dari kemuliaan bersama rasulullah saw sendiri.

Kerana itulah para ulamak bersepakat menyatakan hokum sunat muakkad yang sangat dituntut untuk dikerjakan bagi seorang muslim bahkan ianya mampu ke tahap wajib bagi yang mampu.

Pengorbanan adalah citra kesetiaan dan kasih sayang.

Seseorang akan sanggup melaksanakan apa sahaja demi keunggulan cintanya.

Demi sebuah harapan, manusia juga pasti sanggup berpaut pada apa sahaja janji dan andaian, moga impiannya bisa tercapai.

Lupakah kita pada kisah persaingan cinta dan ukhuwwah yang dipertontonkan rakaman sejarah silam antara Qabil dan Habil.

Mereka diuji dengan cinta dan kesetiaan. Mereka disaring dengan integriti dan keikhlasan.

Dan penentu ujian untuk mereka ialah sebuah PENGORBANAN.

Tidakkah kita terbaca bagaimana KORBAN yang hadir dari jiwa yang suci dan penuh pengharapan mentaati sang pencipta akan mendapatkan izzah penerimaan dan makbulnya impian.

Maka untuk itulah kita juga harus memenuhi diri dengan integriti pengorbanan. Tulusnya niat beserta pembuktian cinta praktikal dengan ibadah dan pengharapan.

Moga akhirnya dipermudahkan tuhan.

(Pernah saya bertanya kepada para peserta Kem Kepimpinan Sekolah Agama yang rata2nya berada di Tingkatan 4 awal November lalu, selepas memberi sedikit intro tentang keikhlasan dan pengorbanan ; SIAPAKAH YANG BAIK , QABIL ATAU HABIL ??? Antara 13 yang ada hamper semuanya menjawab QABIL kot…. Saya bertanya kenapa kamu pilih Qabil sedangkan kamu tak pasti ? Ada antara mereka menjawab, nama Qabil lebih glamour sikit, ada pulak yang menambah entahlah saya hanya teringat tentang ekuetrian Negara QABIL AMBAK, dia pun selalu menang pingat untuk Negara, jadi QABIL baik lah kot, ujarnya. Hehehe …? Anda bagaimana ??? Bagaimana pulak jawapannya ya ?
Teringat saya kaitan mudah yang pernah diajarkan pada saya untuk senang mengingatinya QABIL = QATIL+ Pembunuh dan HABIL=HALIK+ Yang Musnah dan Mati)

Sunday, November 21, 2010

Kekeliruan Puasa 9 ZulHijjah



Tertarik saya dengan artikel dari jabatan mufti negeri johor yang mengulas tentang isu ini.

Sengaja saya lampirkan disini semoga ianya boleh memberi manfaat dan info ilmu kepada kita.

Saya yakin persoalannya akan berulang ditanya dan dibincang. Moga rujukan ini bermafaat untuk semua.

TAFSIRAN HADIS “AL-HAJJ ARAFAH”DAN IBADAT PUASA SUNAT 9 ZULHIJJAH

Pendahuluan

Kaedah penentuan Idul Adha yang diamalkan di Malaysia adalah dengan menggunakan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (kiraan falak) berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah (kebolehnampakan) sebagaimana yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja.

Namun begitu, masih terdapat sebahagian kecil masyarakat Islam yang tidak mengikut penetapan Hari Raya Korban (Idul Adha) tersebut, malah mempertikaikan kesahihannya.
Kekeliruan ini berlaku kerana beranggapan bahawa Idul Adha hendaklah disambut mengikut Idul Adha di negara Arab Saudi iaitu sehari selepas Hari Wukuf di Arafah sewaktu ibadat haji, sedangkan ia bercanggah dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan keputusan Majlis Raja-Raja. Antara sandaran mereka adalah hadis “Al-Hajj Arafah” yang telah disalahtafsir oleh mereka khususnya ibadat puasa sunat 9 Zulhijjah.

Mereka berpendapat puasa sunat itu hendaklah bersamaan Hari Wukuf di Arafah. Keadaan ini sedikit sebanyak akan menimbulkan kekeliruan dan perpecahan di kalangan masyarakat Islam.

Tindakan menyambut Idul Adha tidak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pihak pemerintah adalah menyalahi Fasal 9, Enakmen Kesalahan Jenayah Syar’iyyah 1997 Negeri Johor dan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit (RM3000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Keputusan pemerintah itu adalah demi kepentingan masyarakat Islam. Ia bersesuaian dengan kaedah;
yang bererti “tindakan pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepentingan umum”.

Hari Arafah
i. Bagi penduduk Makkah, Hari Wukuf di Arafah adalah sehari sebelum Hari Nahar (Idul Adha) mengikut ketentuan kerajaan Arab Saudi.

ii. Bagi negara atau kawasan yang berlainan terbit matahari, penentuan 9 Zulhijjah adalah mengikut ketentuan imkanur-rukyah negara masing-masing.

iii. Hari Arafah (9 Zulhijjah) mempunyai keistimewaan tertentu yang sewajarnya diambil kesempatan oleh kaum muslimin.

iv. Masa berpuasa Arafah adalah 9 Zulhijjah mengikut ketentuan rukyah awal bulan Zulhijjah negara masing-masing.



Penjelasan Hadis “Al-Hajj Arafah”
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya;
“Ibadat Haji itu (sah dengan wukuf) di Arafah”.

i. Sanad dan matan hadis
Maksudnya;
…Dari Abdul Rahman bin Ya’mur berkata bahawasanya ada seorang lelaki daripada ahli Najd berjumpa Rasulullah s.a.w. Waktu itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah. Maka lelaki tersebut bertanya kepada Rasulullah s.a.w. Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan seorang penyeru untuk menyeru “Al-Hajj Arafah!”. Ertinya; “Ibadat haji itu (sah dengan wukuf) di Arafah…”.
(Riwayat Imam al-Tirmizi)

Wukuf di Arafah itu adalah satu rukun yang terpenting dalam ibadat haji, tanpa wukuf haji seseorang itu tidak sah.

Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya;
Dari Abdul Rahman bin Ya’mar al-Diliy berkata, aku datang kepada Rasulullah s.a.w. semasa di Arafah maka satu kumpulan dari ahli Najd mengarahkan seorang lelaki bertanya persoalan ibadat haji kepada Rasulullah s.a.w. lalu baginda menjawab; “al-Hajj Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud)

ii. Maksud hadis
Al-Syeikh ‘Izzuddin Abd al-Salam berkata “al-Hajj Arafah”,
Maksudnya;
“Maksud daripada “Al-Hajj Arafah” ialah ibadat haji itu dapat sempurna (sah) dengan wukuf di Arafah”.

iii. Fiqh al-Hadis
Seorang tokoh ulama’ al-Syafi’iyyah iaitu Imam Abu Ishak al-Syirazi berkata:
Maksudnya;
Wukuf di Arafah itu adalah satu rukun daripada rukun-rukun ibadat haji, sebagaimana riwayat Abdul Rahman al-Diliy bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Ibadat haji itu sah dengan wukuf di Arafah, maka sesiapa yang dapat berwukuf di Arafah sebelum terbit fajar pada Hari Wukuf, sesungguhnya dia telah dapat menyempurnakan ibadat haji”.

Al-Syeikh Zainuddin Abdul Aziz al-Malibari menjelaskan dalam kitabnya
Maksudnya;
Rukun ibadat haji yang kedua ialah wukuf di Arafah iaitu menghadirkan diri di bumi Arafah, di mana-mana jua daripada kedudukan Arafah walaupun seketika, sekalipun dia tidur atau lalu di bumi Arafah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, “Al-Hajj Arafah”.

Al-Imam al-‘Allamah Taqiyyuddin Abi Bakar bin Muhamad al-Husaini mengulas lebih lanjut berhubung “Al-Hajj Arafah”,Maksudnya;“Rukun yang terpenting daripada rukun-rukun ibadat haji itu ialah wukuf di Arafah sebagaimana kamu kata yang terpenting di dalam rakaat itu adalah ruku’”.

Oleh yang demikian, hadis “Al-Hajj Arafah” menerangkan:
1) Bahawa wukuf di Arafah adalah salah satu daripada rukun-rukun ibadat haji.
2) Hadis di atas tiada kaitan dengan penentuan Idul Adha kerana para ulama’ al-Syafi’iyyah tidak menghubungkan hadis di atas dengan penentuan tarikh Idul Adha.

Sebenarnya hadis di atas merupakan salah satu dalil dan hujah yang menolak penentuan Idul Adha disambut mengikut Idul Adha di negara Arab Saudi. Hadis tersebut tidak menunjukkan sebarang isyarat bahawa Idul Adha itu tertakluk dengan wukuf di Arafah terutamanya negara-negara yang tidak sama terbit matahari dengan negara Arab Saudi.

Dalil Dan Hujah Yang Menolak Penentuan Idul Adha Disambut Mengikut Idul
Adha Di Negara Arab Saudi (Sehari Selepas Hari Wukuf Di Arafah)


i. Hadis dari Ummi Salamah:
Maksudnya;
Daripada Ummi Salamah bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda; “Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang mahu berkorban maka hendaklah dia (orang yang hendak melakukan korban) jangan memotong rambut dan kukunya”. (Riwayat Imam Muslim)

Hadis di atas menjelaskan bahawa penentuan Idul Adha itu khususnya bagi penduduk luar daripada negara Arab Saudi dan negara yang tidak sama terbit matahari seperti Malaysia adalah berdasarkan kepada rukyah anak bulan Zulhijjah dan tidak ditentukan berdasarkan Hari Wukuf di Arafah.

Adapun penentuan Idul Adha bagi negara Arab Saudi adalah dengan rukyah anak bulan bagi menentukan tarikh wukuf di Arafah.

Malahan hadis di atas juga memberikan panduan agar ketetapan 1 Zulhijjah atau 2 Zulhijjah atau 9 Zulhijjah (Hari Wukuf) adalah berdasarkan rukyah. Begitu juga 10 Zulhijjah (Idul Adha).

ii. Hadis dari Abi Hurairah r.a.
Maksudnya;
Daripada Abi Hurairah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda; “Puasa itu (permulaannya) adalah pada hari kamu berpuasa (bulan Ramadhan) dan Hari Raya Puasa (Idul Fitri) adalah hari di mana kamu berhari raya dan Hari Raya Korban (Idul Adha) adalah hari di mana kamu menyembelih (berkorban)”. (Riwayat Imam al-Tirmizi)



Merujuk kepada petikan sabda Rasulullah s.a.w. "
" yang bermaksud “dan Hari Raya Korban (Idul Adha) adalah hari di mana kamu menyembelih (berkorban)”, Rasulullah s.a.w. menetapkan agar ibadat korban itu dilaksanakan pada Hari Raya Korban (Idul Adha) dan hari-hari Tasyriq (11,12 dan 13 Zulhijjah).

Hadis di atas menunjukkan bahawa ibadat korban tiada kaitan dengan penentuan ibadat haji yang dilaksanakan di Arab Saudi (sehari selepas wukuf di Arafah).

Ia sunat muakkad bagi orang yang mengerjakan haji dan umat Islam di seluruh dunia. Oleh itu, Idul Adha (Hari Raya Korban) mestilah berdasarkan penentuan awal bulan Zulhijjah iaitu dengan rukyah anak bulan Zulhijjah sebagaimana yang diamalkan oleh negara anggota MABIMS iaitu negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura yang bersepakat menggunakan kaedah rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (kiraan falak) berdasarkan kriteria Imkanur- Rukyah (kebolehnampakan).

iii. Hujah Mazhab al-Syafi’i
Rukyah (melihat anak bulan) mestilah tertakluk kepada matla’ yang menunjukkan kepada waktu terbit matahari dan waktu terbit bulan.

Mazhab Syafi’i merujuk kepada dalil sunnah, qias dan logik iaitu:

a- Sunnah
Maksudnya;
Kuraib menceritakan bahawa Ummu al-Fadl telah menghantarnya menemui Muawiyah di negeri Syam. Kuraib berkata, “Aku tiba di Syam dan menunaikan hajatnya sedangkan pemberitahuan dan perisytiharan tentang kelihatan anak bulan berkumandang di udara. Aku melihat anak bulan pada malam Jumaat kemudian aku balik ke Madinah al-Munawwarah pada akhir bulan, pada masa itu aku ditanya oleh Abdullah bin Abbas yang menyebut tentang anak bulan”. Katanya, “Bilakah kamu
melihat anak bulan?”. Aku menjawab, “Kami melihat pada malam Jumaat!”. Ibnu Abbas bertanya lagi katanya, “Adakah engkau sendiri melihat anak bulan itu?”. Aku menjawab, “Ya, orang lain pun melihatnya dan mereka itu berpuasa, Muawiyah turut berpuasa”. Ibnu Abbas berkata, “Kami di sini melihat anak bulan pada malam Sabtu, oleh itu kami terus berpuasa hingga kami sempurnakan 30 hari atau hingga kami melihat anak bulan Syawal”. Aku bertanya, “Tidakkah memadai bagi kamu dengan penglihatan anak bulan itu oleh Muawiyah dan puasanya?”.
Ibnu Abbas menjawab, “Tidak! Beginilah caranya Rasulullah s.a.w. menyuruh kami”. (Riwayat Imam Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa Ibnu Abbas tidak mengambil kira rukyah penduduk Syam dan tidak menjadi wajib atas penduduk satu-satu negeri beramal dengan rukyah yang berlaku di negeri lain (berlainan matla’).

Hadis Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya;
Daripada Ibni Umar r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w. “Satu bulan mengandungi 29 hari, oleh itu jangan kamu berpuasa (di bulan Ramadhan) hingga kamu melihat anak bulan (Ramadhan) dan jangan kamu berbuka (berhari raya) hingga kamu melihat anak bulan (Syawal).
Jika terlindung hilal daripada pandangan kamu, sempurnakan bilangan anak bulan itu (30) hari”.
(Riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad)

Hadis ini menunjukkan bahawa wajib puasa tertakluk kepada rukyah (melihat anak bulan), sungguhpun begitu tidaklah dikehendaki setiap orang melihat anak bulan. Jika mendung berlaku pada malam itu, sempurnakanlah bilangan bulan 30 hari (atau dengan perisytiharan daripemerintah).

b- Qias
Ulama’ Mazhab Syafi’i mengqiaskan perbezaan terbit bulan dengan perbezaan terbit matahari yang membawa kepada berlaku perbezaan waktu solat.

c- Hukum akal
Syarak telah mengaitkan wajibnya berpuasa dengan timbulnya bulan Ramadhan dan permulaan Ramadhan adalah berbeza disebabkan oleh perbezaan negeri-negeri yang membawa kepada perbezaan mula berpuasa di negeri-negeri yang berlainan.

iv. Penggunaan Istilah
Istilah “Idul Adha” amat masyhur digunakan dalam hadis-hadis dan kitab-kitab feqah. Masyarakat Islam di Malaysia kebiasaannya menggunakan istilah “Hari Raya Korban” yang sememangnya bertepatan dengan istilah Idul Adha.

Akan tetapi tidak ada kitab hadis dan feqah yang menggunakan istilah “Idul Hajj” yang juga disebut oleh sesetengah masyarakat Islam sebagai “Hari Raya Haji”. Ini adalah satu kesilapan.

Sebenarnya istilah yang wujud hanyalah “Idul Adha” yang dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia sama ada yang mengerjakan haji atau tidak.

Ibadat Puasa Sunat 9 Zulhijjah

Sanad dan matan hadis
i. Matan hadis yang dibahaskan:
Maksudnya;
Ditanya kepada Rasulullah s.a.w. berhubung puasa pada hari Arafah, maka Rasulullah s.a.w. bersabda; “Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosanya setahun sebelum dan setahun selepas”.
(Riwayat Imam Muslim)

ii. Makna potongan hadis:
Al-Syeikh Sulaiman al-Bajairami menjelaskan;
Maksudnya;
“Yang dikehendaki dengan makna tahun sebelum hari Arafah ialah tahun yang sempurna (cukup 12 bulan) hingga sampai bulan Zulhijjah”.

iii. Fiqh al-Hadis:
Berdasarkan hujah riwayat Imam Muslim, Imam al-Nawawi sebagai mujtahid mazhab al-Syafi’i mensabitkan bahawa berpuasa pada hari Arafah itu adalah sunat. Dengan sebab itulah Imam al-Nawawi meletakkan puasa pada hari Arafah di dalam “Bab Puasa Sunat”.

iv. Pelaksanaan Ibadat Puasa Sunat 9 Zulhijjah

a- Siapakah yang disunatkan berpuasa hari Arafah dan bilakah waktunya?

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan kenyataan Imam al-Nawawi berhubung dengan berpuasa pada hari Arafah;
Maksudnya;
“Dan berpuasa pada hari Arafah itu adalah pada 9 Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji berdasarkan hadis riwayat Imam Muslim (Puasa pada hari Arafah dihitung di sisi Allah menghapuskan dosa seseorang pada tahun sebelum dan tahun selepas)”.

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan
lagi;
Maksudnya;
“Adapun bagi orang yang mengerjakan ibadat haji maka tidak disunatkan baginya berpuasa pada hari Arafah bahkan disunatkan bagi dirinya berbuka puasa sekalipun dia berkemampuan untuk berpuasa. Ini kerana mengikut amalan baginda Muhammad s.a.w. berdasarkan hadis riwayatImam al-Bukhari dan Muslim. Dan hendaklah orang yang mengerjakan ibadat haji banyak berdoa. Maka berpuasa pada hari Arafah bagi orang yang mengerjakan ibadat haji itu adalah menyalahi yang terlebih utama”.

Al-Syeikh Jalaluddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli menambah;
Maksudnya;
“Dan pendapat fuqaha’ yang lemah bahawa makruh bagi orang yang mengerjakan ibadat haji itu berpuasa pada hari Arafah. Ini kerana hadis riwayat Abi Daud bahawasanya Rasulullah s.a.w. menegah berpuasa pada hari Arafah bagi orang yang mengerjakan ibadat haji di Arafah.Ahli hadis menganggap hadis ini adalah daif kerana terdapat majhul pada sanadnya (perawi yang tidak dikenali)”.

b- Bagaimana pelaksanaan puasa sekiranya berlaku syakberhubung tarikh 9 Zulhijjah?
Syeikh Syihabuddin dalam kitab Hasyiatan menyatakan;

Maksudnya;
“(Dan hari Arafah) dan sekiranya berlaku syak berkenaan hilal Zulhijjah maka tiada haram dan tiada makruh berpuasa pada hari Arafah sebagaimana berpuasa pada hari yang ke-30 Ramadhan setelah syak pada kedudukan hilal awal Ramadhan”.

Al-Syeikh Zainuddin Abdul Aziz al-Malibari menambah;
Maksudnya;
“Dan lebih cermat lagi berhati-hati, berpuasalah pada 8 dan 9 Zulhijjah”.

Al-‘Allamah Abi Bakar Usman bin Muhammad Syata al-Dumyati mengulas;
Maksudnya;
“Kerana bahawasanya (berpuasa pada hari yang ke-8 Zulhijjah itu) kadang-kadang jatuh pada 9 Zulhijjah”.

c- Adakah puasa hari Arafah (9 Zulhijjah) mengikut negara ArabSaudi ataupun mengikut matla’ negara masing-masing?

Al-Syeikh Syamsuddin Muhammad bin al-Khatib al-Syarbini menjelaskan matan Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi;
Maksudnya;
“Dan apabila dilihat hilal di sesuatu negara maka wajiblah hukum yang sama bagi negara berhampiran sebagaimana kota Baghdad dengan kota Kufah, tidak bagi negara yang berjauhan seperti negara Hijaz dengan negara Iraq”.

Maksud di dalam negara yang satu ialah matla’ yang sama.

Bagi matla’ Malaysia adalah terletak di dalam matla’ Asia Tenggara. Oleh itu sewajarnya penentuan tarikh Idul Adha mengikut persetujuan Majlis Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama MABIMS.

Kesimpulan
Fahaman yang menyatakan “Idul Adha” disambut berdasarkan ketentuan Hari Wukuf di Arafah (sama dengan Arab Saudi) bagi negara yang tidak sama matla’ dengan Arab Saudi adalah tertolak dan tidak boleh diterima.

Ini kerana Hari Wukuf di Arafah dan “Idul Adha” adalah tertakluk kepada penentuan awal Zulhijjah menurut hisab penentuan awal bulan hijriah, ia mengambil kira cara anak bulan dilihat (Imkanur-rukyah) iaitu:

“Hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut:
a) Ketika matahari terbenam, ketinggian bulan tidak kurang daripada 2º dan jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3º,
ATAU
b) Ketika bulan terbenam, umur bulan tidak kurang daripada 8 jam selepas ijimak berlaku”.

Oleh:
Dato’ Haji Nooh bin Gadut
Mufti Negeri Johor

Puasa 9 Zulhijjah Haram ???



“Tepat gelincir matahari petang tadi, bermulalah perhimpunan agung umat islam yang mengunjungi baitullah untuk mengerjakan haji, hari ini mereka memulakan acara kemuncak perhimpunan raksasa umat dengan berkampung dipadang arafah sebagai symbol ketaatan dan penyerahan diri kepada tuhan yang maha esa.” lancar pemberita bulletin perdana TV3 di malam itu membacakan ulasan beritanya diselangi dengan rakaman dan lintas langsung temuramah dari tanah haram tersebut.

Berdesing telinga Mak Temah mendengarnya. “Ini yang aku tak suka ni !, Selalu sangat macam ni , kita dah rancang nak puasa arafah esok hari ….. melepaslah, kerajaan pun satu, buat kalender langsung tak nak ikut waktu mekah, kan mekah tu kiblat umat islam… macam mana la orang2 jabatan agama tu kerja…”ngomel mak temah menzahirkan rasa terkilannya malam tu, usianya yang sudah meningkat senja memotivasikan dirinya untuk memperbanyakkan ibadah, namun kekhilafan setengah pihak sebegini menyebabkan dirinya terlepas peluang agung menambah pahala.

Yalah Mak, kak long pun sama, pernah sekalai tu, dah bangun sahur dan niat puasa arafah baik2, tapi bila tiba kat sekolah semua kawan2 pakat berbuka dan sebut takde guna dah puasa hari ni, puasa arafah sempena wukuf di mekah, kalau wukuf dah lepas, takde maknanya puasa … mungkin boleh jatuh haram pulak sebab berpuasa dihari raya. Patutnya hari ni dah raya haji la, malu kak long, cepat2 sembunyi dan batalkan puasa … sampuk kak long arifah mengiakan ngomelan ibunya. Perasaan aib dan segan seolah masih tersimbah panas ke ruang wajah maruahnya.

Bagaimana pula anda ?

Adakah kita juga menjadi mangsa keadaan seumpama ini ?

Dua kerajaan gajah bertempur meletakkan takwim, kita kancil pula mati terhimpit ditengahnya, terlepas ruang dan peluang beribadat.



Asas prinsipnya mudah, semudah ajaran islam yang ringkas dan bersesuaian dengan segenap lapisan usia dan masyarakat, merentasi budaya bangsa dan geografi kaum.

Islam ditegakkan berdasarkan ilmu bukannya sentimen emosi, islam agama realiti bukannya fantasi, ia praktikal dan mudah difahami bukannya mitos penuh teka teki, dan islam agama ilahi milik tuhan bukannya kiblat buta pada mana2 pemimpin ataupun negara bangsa.

Mungkin saya melihat isu ini melalui beberapa sudut pandang berbeza :

1. Puasa Sembilan Vs Sembilan Puasa

Berdasarkan hadits yang tsabit (sah) dalam riwayat Ahmad dan Nasa’i dari Hafshah radhiyallahu ‘anha:

الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ َ أَنَّ رَسُولَاللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم كَانَ يَصُومُ تِسْعًا مِنْ ذِي

“Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa sembilan hari bulan Dzulhijjjah, hari ‘Asyura (10 Muharram) serta tiga hari dalam setiap bulan.”

Ternyata jelas melalui hadis rasulullah ini menyatakan tentang kemuliaan puasa sembilan hari dibulan zulhijjah, lafaz TISÁN yang bermaksud sembilan hari dan bukannya TASIÁN yang bermakna hari kesembilan di dalamnya membuktikan kewajaran pandangan ini.

Ramai antara kita yang hanya ingin mengambil kesempatan mudah dalam beribadat dan tidak mengaplikasinya berdasarkan ilmu dan dalil agama, maka kita lihat ramai yang berlumba2 untuk memprogramkan ibadah bermusim dan bukannya bervisi dan berkualiti.

Ketetapan puasa hanya pada 9 zulhijjah sahaja seperti inilah yang biasanya menyebabkan pesimis ibadah dan salah sangka. Sekiranya kita mahu benar mahu mengamalkan sunnah rasulnya, keluarlah dari kepompong ibadah program sebegini, tukarkannya dengan ibadah ilmu dan kesedaran.


Bukankah Rasul juga ada bersabda :

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

“Berpuasa pada hari ‘Arafah dapat menghapuskan dosa di tahun yang lalu dan setelahnya.” (HR. Muslim)

Bukankah hadis ini menjelaskan rasul mengalakkan kita melebihkan hari 9 zulhijjah ini dalam peribadatan puasa dan memberikannya keistimewaan dengan kemuliaan wukuf di arafah ? Inikan tanda puasa 9 zulhijjah sahaja sudah memadai.!!

Benarkah begitu .....

Allah lebih mengetahui tatkala rasul meluncurkan tinta bicaranya yang akhirnya tertulis dan tersebar keseluruh buana ini, dan lafaz rasul menyatakan secara jelasnya sebagai puasa arafah dan bukannya puasa 9 zulhijjah. !!

Mungkin sang murabbi agung ini sudah mendapat visi perselisihan umat diakhir zaman nanti yang berlainan sempadan geografi dan melata penganut islamnya ini, tatkala wukuf dilaksanakan di arafah mungkin dinegara yang berjauhan tempat terbit hilal anak bulannya masih menunjukkan tanggal 8 zulhijjah. Maknanya puasa arafah di mekah bersamaan 8 zulhijjah dinegara lain.

Dan ini juga bermakna sesiapa yang berpuasa 8 zulhijjah akan mendapat pahala sunat puasa arafah dan siapa yang berpuasa 9 zulhijjah pula mendapat pahala sunat puasa sembilan hari awal dibulan zulhijjah.

Jadi, kenapa perlu melepaskan peluang ibadah keemasan seumpama ini hanya dengan andaian cetek ilmu dan malas bertanya ?

Alangkah ruginya kita.....

Sunday, November 14, 2010

Puasa Sembilan

Kita mungkin sedia maklum tentang puasa 6 di bulan syawal dan kemuliaannya, bahkan ia diangkat menjadi penanda aras kesyukuran dan penerimaan puasa kita.

Tapi tahukah anda, puasa terbaik dan hari terbaik selain Ramadhan ialah pada tanggal 9 Zulhijjah. Tatapilah tulus riwayatnya dan praktiklah seikhlas amalnya.

3. Berpuasa selama sembilan harinya (yakni dari tangal 1-9), terutama hari ‘Arafah (tanggal 9 Dzulhijjah). Berdasarkan hadits yang tsabit (sah) dalam riwayat Ahmad dan Nasa’i dari Hafshah radhiyallahu ‘anha sbb:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَصُومُ تِسْعًا مِنْ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ

“Bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa sembilan hari bulan Dzulhijjjah, hari ‘Asyura (10 Muharram) serta tiga hari dalam setiap bulan.”

Imam Nawawiy menjelaskan bahwa puasa tersebut sangat dianjurkan sekali. Bahkan ini adalah pendapat jumhur ulama tanpa ada perselisihan lagi, dan mereka sepakat tentang keutamaannya (lih.

Haasyiyah Ar Raudhil Murabba’ 3/452) Lebih ditekankan lagi pada tanggal sembilannya (yakni hari ‘Arafah) bagi yang tidak berada di ‘Arafah. Tentang keutamaannya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

“Berpuasa pada hari ‘Arafah dapat menghapuskan dosa di tahun yang lalu dan setelahnya.” (HR. Muslim)

4. Bertakbir dan berdzikr pada hari-hari tersebut.

Hal ini berdasarkan firman Allah Ta’aala:

“Dan agar mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan.”( Al Hajj: 28)

Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan bahwa Ibnu Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu keluar ke pasar pada sepuluh hari tersebut seraya mengumandangkan takbir, lalu orang-orang mengikuti takbirnya. Dan sangat dianjurkan bertakbir setelah shalat Subuh hari ‘Arafah sampai akhir hari tasyriq, berikut ini lafaz takbirnya:

اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُ لَاِالهَ اِلَّا اللهُ اَللهُ اَكْبَرُ اَللهُ اَكْبَرُوَ ِللهِ اْلحَمْدُ

“Allah Maha Besar 2X, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, Allah Maha Besar, milik-Nyalah segala puji.”

Imam Ahmad pernah ditanya, “Berdasarkan hadits apa anda berpendapat bahwa takbir diucapkan setelah shalat Subuh hari ‘Arafah sampai akhir hari tasyriq?” Ia menjawab, “Berdasarkan ijma’; yaitu dari Umar, Ali, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhum.

” Dianjurkan menjaharkan suara takbirnya ketika di pasar, rumah, jalan-jalan dsb. Sunnahnya adalah masing-masing orang bertakbir sendiri-sendiri (tidak dipimpin). Ini berlaku pada semua dzikr dan do’a, kecuali karena tidak hapal sehingga ia harus belajar dengan mengikuti orang lain.

Antara 2 Sepuluh ?



Timbul satu persoalan .... “Hari apakah yang lebih utama antara 10 hari pertama bulan Dzulhijjah dengan 10 hari terakhir bulan Ramadhan?”

Ibnul Qayyim rahimahullah menjawab, “Malam 10 hari terakhir bulan Ramadhan lebih utama daripada malam 10 hari pertama bulan Dzulhijjah, sedangkan siang hari 10 pertama bulan Dzulhijjah lebih utama dari siang hari sepuluh terakhir bulan Ramadhan.

Dengan perincian ini kesamaran akan hilang. Yang menunjukkan demikian juga adalah karena malam 10 terakhir bulan Ramadhan memiliki kelebihan dengan lailatul qadrnya, di mana hal itu terjadi di malam hari, sedangkan 10 hari pertama bulan Dzulhijjah memiliki kelebihan di siang harinya, karena terdapat hari nahr, hari ‘Arafah dan hari tarwiyah (8 Dzulhijjah).

” Di antara amal saleh yang disyari’atkan pada 10 hari pertama bulan Dzulhijjah Setelah kita mengetahui keutamaan beramal saleh di sepuluh hari ini, maka berikut ini di antara amal-amal saleh yang disyari’atkan pada hari-hari tersebut:

1. Melaksanakan ibadah Haji dan Umrah

Haji dan Umrah termasuk amalan yang sangat utama yang balasannya adalah surga. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

وَالْحَجُّ الْمَبْرُوْرُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ اِلاَّ الْجَنَّةُ

“Dan hajji mabrur, tidak ada balasan untuknya selain surga.” (HR. Muslim)

Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda:

مَنْ حَجَّ لِلَّهِ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ

“Barang siapa yang berhajji dengan tidak berkata-kata kotor dan tidak berbuat kefasikan, maka ia akan kembali seperti hari ketika dilahirkan ibunya.” (HR. Bukhari-Muslim)

2. Memperbanyak shalat sunat setelah mengerjakan yang fardhunya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

عَلَيْكَ بِكَثْرَةِ السُّجُودِ لِلَّهِ فَإِنَّكَ لَا تَسْجُدُ لِلَّهِ سَجْدَةً إِلَّا رَفَعَكَ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً وَحَطَّ عَنْكَ بِهَا خَطِيئَةً

“Hendaknya kamu memperbanyak sujud (yakni dengan banyak melakukan shalat sunat) karena Allah, karena tidaklah kamu bersujud kepada Allah sekali saja, kecuali Allah akan mengangkat derajatmu karenanya dan menggugurkan dosamu karenanya.” (HR. Muslim)

Dan hendaknya seseorang menjaga shalat fardhu yang lima waktu dengan berjama’ah, karena besarnya pahala pada shalat berjama’ah. Apalagi bertepatan dengan hari-hari yang utama (10 hari pertama bulan Dzulhijjah).

Kemuliaan 10

Sumber Dari : http:nurihsan99.blogspot.com

Sebentar lagi hari-hari kebaikan akan tiba, hari di mana amal saleh yang dikerjakan pada hari-hari itu sangat dicintai Allah, bahkan melebihi jihad fii sabiilillah, itulah sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهَا أَحَبُّ إِلىَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ – يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ – قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللهِ ؟ قَالَ “وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

“Tidak ada hari di mana amal saleh pada hari itu lebih dicintai Allah ‘Azza wa Jalla daripada hari-hari ini –yakni sepuluh hari (pertama bulan Dzulhijjah)- para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, tidak juga jihad fii sabiilillah?” Beliau menjawab, “Tidak juga jihad fii sabiilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa-raga dan hartanya, kemudian tidak bersisa lagi.” (HR. Bukhari)

Oleh karena itu seorang tabi’in yang bernama Sa’id bin Jubair jika memasuki sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah bersungguh-sungguh sekali dalam beribadah, sampai hampir tidak ada seorang yang mampu beribadah sepertinya. Jika kita memperhatikan hadits di atas, maka kita dapat mengambil beberapa kesimpulan:

Bahwa hari-hari di dunia yang paling utama adalah sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah.

Amal saleh yang dikerjakan pada hari itu dilipatgandakan pahalanya.
Allah mencintai amal saleh yang dikerjakan di hari-hari itu.

Tentu semua ini membuat seorang muslim berupaya untuk memanfaatkan hari-hari tersebut dengan ketaatan dan ibadah. Allah bersumpah dengan sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah Dalam Al Qur’an, Allah Subhaanahu wa Ta’aala berfirman,

“Demi waktu fajar—Dan malam yang sepuluh.” (Al Fajr: 1-2)

Banyak ulama salaf yang menafsirkan malam yang sepuluh di sini dengan sepuluh malam yang pertama bulan Dzulhijjah. Di antaranya adalah Ibnu Abbas, Ibnuz Zubair, Ikrimah, Mujahid dan lain-lain.

Pendapat ini dipilih pula oleh Ibnu Jarir Ath Thabariy dan Ibnu Katsir dalam kedua tafsir mereka (lihat Zaadul Masiir karya Ibnul Jauzi 9/103). Dalam surat Al Hajj, Allah Subhaanahu wa Ta’aala berfirman:

“Supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan agar mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang telah ditentukan atas rezki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebagian daripadanya dan (sebagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir. (Al Hajj: 28)

Sebagian ulama yang berpendapat bahwa “hari-hari yang telah ditentukan” adalah sepuluh hari perama bulan Dzulhijjah, di antara mereka adalah Abu Hanifah, Syafi’i dan Ahmad berdasarkan riwayat yang masyhur darinya.

Ini juga pendapat kebanyakan ulama salaf sebagaimana diriwayatkan oleh Mujahid dari Ibnu Umar, Sa’id bin Jubair dari Ibnu ‘Abbas. Dan pendapat inilah yang dipegang oleh Al Hasan, ‘Athaa’ dan lain-lain. Hari apakah yang paling utama di antara sepuluh hari ini? Di antara sepuluh hari ini yang paling utama adalah adalah hari haji akbar yaitu hari nahr (10 Dzulhijjah), berdasarkan hadits berikut:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ قُرْطٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ أَعْظَمَ الْأَيَّامِ عِنْدَ اللَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَوْمُ النَّحْرِ ثُمَّ يَوْمُ الْقَرِّ * (ابوداود)

Dari Abdullah bin Qurth dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau bersabda, “Sesungguhnya hari yang paling agung di sisi Allah Tabaaraka wa Ta’aala adalah hari nahar, lalu hari qar (setelah hari nahar).” (HR. Abu Dawud, dishahihkan oleh Hakim)

Saturday, November 6, 2010

Menjejak Silaturrahim

Tika atmosfera kehidupan mula tenang dan berarak lancar di kediaman baru saya di kepulauan mutiara ini. Mendung masalah dan ribut kesibukan sesekali menjengah membadai rutin seharian, namun menanganinya adalah satu kewajipan.

Kita semua pasti berubah dan boleh berubah.

Jika ada yang bertanya, mampukah aku berubah ?

Yakinlah, anda sememangnya boleh berubah dan dilahirkan untuk membuat perubahan.

Percayalah !

Anda bukan lagi insan sama sepuluh tahun dahulu.

Hidung anda juga sudah betah menghirup udara dan mengawal stabil pernafasan kehidupan, bukan lagi dianggap umur hingusan yang kesan lelehan rembesan mukusnya pernah terpamer jelas di lurah bibir.

Bukankah setiap hari kita akan berubah. Rambut dan kuku yang baru.

Aliran darah dan nafas yang baru.

Malulah kita jika ada yang masih ragu untuk melakukan perubahan. Mentaliti Kita akan ditinggalkan terkebelakang oleh fizikal kita sendiri.

Yakinlah anda mampu berubah.


Dan banggalah dengan siapa diri anda selepas sepuluh tahun.

Sepuluh tahun ?

Rupanya sudah lebih sepuluh tahun saya meninggalkan bumi Jordan. Kembara ilmu yang meninggalkan pelbagai nostalgia, juga rakan seperjuangan yang bertebaran.

Dan dikesempatan pulang ke pulau mutiara ini, saya menjejak silaturrahim.

Bersama Ust Mohamad Husin, kami merancang perjumpaan.

Hasilnya, 5 keluarga berkumpul. Dengan rawak rupa yang berbeza. Dengan jambang dan badan yang berisi. Dengan koleksi anak yang bertambah.


Sememangnya kita sentiasa berubah.....

Semoga berjumpa lagi sahabat sepengajian.

1. Keluarga Ustaz Mohd azlan Mohd Nor.

2.Keluarga Ustaz Mohd Husin.

3. Keluarga Ustaz Nik Abd Malek Nik Husin.

4.Keluarga Ustaz Anjang.

5. Keluarga Ustaz Pak Sheikh Ahmad Rusydi Harun.

6. Keluarga Saya.





Wednesday, November 3, 2010

Citra Anak Kelantan


Abah ! Kelantan menang Piala Malaysia 2-1. Begitulah ceria suara anak sulung saya memaklumkan berita yang sudah saya maklumi. Ia dikongsi tika kami sekeluarga menikmati hidangan tengahari ahad yang lepas.

Bahkan debaran kemenangan penuh aksi itu saya tatapi ceria depan kaca televisyen buruk rumah saya bersama adik ipar saya dari kedah yang merupakan penyokong tegar hijau kuning. Kekalahan Kedah pada perlawanan sebelumnya menjadikan dia penyokong tentera merah pula, kita sokong pasukan underdog dan pasukan yang tak pernah jadi juara – ujarnya.

Anak-anak saya terus bercerita dengan asyiknya. Mengenai kemenangan kelantan dan asyiknya mereka tiba waktu pulang keteratak nenda mereka di Guchil Bayam Kelantan. Suara riuh rendah mereka menjadi irama gembira yang saya nikmati tengahari itu, mungkin kesan biusan kemenangan semalam masih berbunga dihati saya.

Tapi tiba2, terasa makanan tengahari itu tersekat dihalkum. Terasa sukar untuk ditelan ke usus. Tak mungkin kerana saiznya, ianya sudah saya lumatkan dengan geraham tua yang banyak berjasa ini. Pijar mata saya merenung anak2 bertuah ini.

Cerianya anak abah bercerita pasal kelantan ya ! Tapi seorang pun anak abah tak pandai kecek kelate, ujar saya menghentikan seketika perbualan mereka. Mereka menoleh pada saya. Cuba menanti hamburan kata seterusnya.


Anak2 abah pandai cakap utara dan sabah, tapi tak seorang pun yang nak cakap kelantan dengan abah. Saya terus memprovokasi mereka.

Abah la yang tak ajar kami ….. seorang anak perempuan saya menyampuk.

Kami semua lahir kat sabah dan kat kedah, sebab tu tak pandai cakap kelantan. Sampuk seorang anak perempuan saya yang lain pula dengan pelat utara campur sabahan yang masih pekat berbaki.

Semua cakap suka beraya dan jumpa keluarga abah dan sepupu2 di kelantan, tapi semua tak juga pandai bercakap dengan bahasa kelantan. Dan kalau nak jadi ore kelate sejati, semua kena suka makan keropok lekor dan budu. Spontan saya membalasnya sambil mengingati betapa fanatiknya saya pada makanan tersebut walaupun sudah merantau sekian lama, teringat betapa terkialnya saya suatu hari menguli ikan dan tepung sendiri untuk membuat keropok lekor setelah diijazahkan resepinya oleh rakan ustaz dari kelantan yang membuka perniagaan keropok lekornya di tawau.

Hehe… kami memang suka makan keropok lekor, tapi tak suka makan budu !! Budu tak sedap! Abah pun bukan selalu makan budu. Bercakap pun bukan dengan bahasa kelantan selalu. Abah ceramah tak guna bahasa kelantan pun….Mereka pula memprovokasi saya.

Betul juga …. Kekurangan yang baru saya sedar sendiri selepas terlibat memantau dan mendedikasi kelompok pimpinan mahasiswa kelantan di UMS dulu.

Ternyata dalam satu program khusus anak kelantannya saya terkial berceramah, tergeliat lidah dan terkulat dalam mesej yang tersangkut ideanya bila saya cuba mengolahnya dalam loghat ibunda saya. Akhirnya saya tewas dan meneruskan ceramah selepas terlebih dahulu meminta permisi berbicara dalam nada yang lebih standard. Sejak hari itu, saya fobia untuk dipanggil bercakap didepan program khusus anak kelantan.

Usai makan saya berfikir semula.

Kemuliaan anak kelantan bukan pada loghat atau budunya. Bukan pada gedebe dan fanatiknya. Bukan juga pada asabiyah dan comel lotenya.

Tapi kemuliaan kita adalah pada kekentalan jiwa agama yang dititip begitu lama oleh para mujahid islam terdahulu. Perjuangan tok janggut dalam mendaulatkan islam dan meminggirkan ketuanan penjajah adalah semata2 untuk menunjukkan jatidiri islam ini harus menebal dan bercambah terus merentasi generasi.

Kerana itu juga, komitmen mendaulatkan islam bersama kepimpinan ulamak juga harus terus tega bersarang di sanubari tentera merah yang mampu membuka mata khalayak untuk menilai dan menghakiminya.

Hanya islam yang akan memuliakan kita.

Dan anak2 saya perlu dibentuk seiring jiwa beragama yang memuliakan tentera merah ini.

Persis kata saidina Umar al Khattab tatkala menerima kemuliaan memegang kunci kota Palestin : Islam yang memuliakan kita, siapa yang mencari kemuliaan bukan dengan agama ini, dia akan terhina.

Tuesday, November 2, 2010

Dambaan Piala atau Piala Sembahan



Selama 89 tahun, akhirnya Bandaraya Islam Kota Bharu mampu memeluk gahnya gemerlap Piala Malaysia. Ianya tiba dalam perarakan penuh warna keriangan dan debaran syukur kepuasan ke Stadium bertuah Sultan Muhammad Ke 4 siang tadi.

Kesabaran dan komitmen seluruh rakyatnya tanpa mengira idealogi kepartian akhirnya berbaloi diraikan dengan kemenangan sulung ini. Bahkan terakam dalam sejarah, eksklusif final piala Malaysia tersebut menyaksikan kedua parti politik terbesar di Malaysia memperlahankan rentak kempen masing2 untuk pilihanraya kecil Galas semata2 untuk memberi laluan kepada kehangatan tumpuan bahang piala Malaysia yang didominasi Kelantan tempohari.

Ianya juga memberi ruang untuk anak rantau kelantan yang bertebaran untuk pulang secermat mungkin ke destinasi selepas berjaya merangkul impian yang terpendam selama ini. Ternyata kesabaran bertahun akhirnya terhapus dengan kemenangan di kemuncak pertandingan akhir semalam.

Terasa asyiknya melihat lautan merah menghuni gahnya stadium bukit jalil yang menjadi ikon pembangunan sukan di Malaysia. Ternyata malam itu milik kelantan.



Dan alhamdulillah, semasa meninjau ke blog2 anak kelantan yang masih berbicara penuh syukur dengan nikmat kejayaan ini. Saya tersingkap foto2 keunikan para tentera merah ini yang masih sempat untuk sujud mengabdikan diri pada pencipta. Dengan keluasan surau yang takkan mampu memenuhkan gelombang merah ini, mereka tanpa malu dan kekok mencari ruang solat antara bangunan yang anda untuk melunaskan amanah sebagai hamba kepada yang maha esa.


Moga ianya tanda perhambaan yang sejati, hiburan yang takkan pernah melalaikan hambanya. Moga inilah symbol pembangunan spiritual dan keagamaan yang dititik beratkan kepimpinan bersama ulama ini dinegeri kelantan, walaupun rakyatnya terus dinafikan pembangunan material dan bangunan, sahsiah unggul berteraskan iman ini harus terus terpamer dari setiap penghuni warga tentera merah ini, di ceruk dan rantau mana sekalipun ….. kerana resmi kita warga perantau, yang suatu hari nanti pulang kepangkuan rahmat ilahi.


Namun, dalam riak kegembiraan dan kesyukuran, janganlah sengaja kita menempah bencana dengan menjulang kemungkaran dan menunjangkan kebobrokan. Merayakan kemenangan dengan pesta dan keseronokan tanpa mengenal tuhan hanya akan mengecewakan kita akhirnya.

Ambillah pengajaran sebaik mungkin atas kejadian yang menimpa peserta muda dari Belia 4B Baling yang terpilih untuk meraikan kesyukuran dan menghilangkan kebosanan dengan hadiah kunjungan ke Genting. Tanpa diduga keriangan mereka mencipta duka yang berpanjangan. Siapa tahu perancangan ilahi ?

Dan kita sebagai hambanya takkan mampu merasa aman dari perancangan tuhan ini .



Bersyukur dan berwaspadalah, antara nikmat dan dugaan, terlampau banyak ranjau helahnya. Kreativiti syaitan menipu manusia.

Dan esok….. Bermula cuti Deepavali untuk saya di sekolah ST Xavier ini. Cuti panjang 5 hari yang sukar dijumpai dan rugi dibazirkan begitu saja.

Persoalannya , patutkah saya pulang ke Kelantan untuk bermandi simbahan cahaya kemenangan Piala Malaysia ini ? Berbaloikah ?

Moga Piala ciptaan manusia ini tidak menjadi tuhan yang menyesatkan manusia.