Friday, December 30, 2011

Jom Sayangi Remaja - Ambang 2012


Hey Kawan ...

Jom Sayangi Remaja

Bagi menyahut seruan para pimpinan dakwah yang kerap menyatakan bahawa tugasan ahli jawatankuasa masjid dan surau bukan hanya terhenti di sempada empat penjuru surau sahaja. Bahkan para pendakwah kini perlu lebih giat dan aktif meranduk denai dan sumur yang dilalui para mad’u berstatus remaja ini dengan penuh keprihatinan dan kasih sayang.

Remaja semakin jauh dari masjid dan budaya solehah. Mungkin juga herdikan, sindiran dan lerekan mata sinis kita para pendakwah di anjung masjid menjerakan mereka untuk lama2 bermesra dan berjinak ke surau. Mungkin tugas menegur dan membetulkan mereka dengan cara tunjuk dan ajar bukanlah method yang terbaik sekarang.

Ada yang mengatakan, remaja perlu disayangi dan dibimbing dengan penuh mesra dan lemah lembut.

Jiwa yang sentiasa memberontak penuh amarah mungkin bisa tenang dan dingin jika disiram curahan kata perangsang dan perhatian pendakwah dengan penuh didikan dan sapaan.

Apapun persepsinya ... para pendakwah juga perlu bersedia untuk dakwah era baru.

Untuk itu, Program Dakwah Lapangan yang bertemakan JOM SAYANGI REMAJA dilancarkan sempena ambang tahun baru 2012 nanti .

Program akan bermula pada jam 6.30 petang di kawasan Rehat dan Rawat di Bagan , Seberang Perai Pulau Pinang yang sekian lama menjadi tempat julukan sebagai kawasan terbaik remaja berpeleseran dan memadu janji asmara.

Dengan pembaharuan aktiviti selaras dengan tema memasyarakatkan islam bersama remaja, pengisian program merupakan adunan konvoi bermotor, motivasi santai , persembahan kesenian jalanan, solat berjemaah, kaunseling kelompok dan juga edaran risalah.

Moga kerancakan penyertaan yang dianjur oleh Jabatan Dakwah dan Pembelaan Islam terus bersambut hangat dengan keterlibatan Jabatan Amal, DACS , Gabungan NGO seluruh Pulau Pinang dan jug a J/kuasa Masjid dan Surau.

Ayuh para sahabat, kita jumpa di sana.

Thursday, December 29, 2011

Kembara Zaman


Hey Kawan,

Perjalanan mentari semakin menghampiri garis zon penamat tahunannya, melengkapi putaran paksinya dengan taat dan patuh menandakan usia dunia bertambah lagi ke angka tuanya 2012.

Persis sikap manusia, mereka sentiasa memusuhi sesuatu yang mereka kurang arif dan tahu. Kejahilan menjadikan mereka musuh kepada sesuatu perkara walaupun ianya sebenarnya penuh dengan kebaikan dan keberkatan.

Manusia membenci JIHAD walaupun ianya KETAATAN yang tertinggi darjatnya.

Manusia membenci HUDUD walaupun ianya memberikan KEHIDUPAN kepada kemanusiaan dan kedamaian.

Manusia membenci FITRAH walaupun ianya naluri kejernihan budi dan nilai akal.

Manusia akan membenci setiap sesuatu yang mereka jahil, mereka anti kepada sesuatu perkara yang abstrak dan misteri.

Lalu, dengan menjana kejahilan manusia sebagai modal , ada pihak yang mendakwa memiliki AURA KETUHANAN dengan dakwaan kiamat ditahun 2012 nanti. Dakwaan songsang yang memandulkan kuasa akal dan membejatkan rasa kehambaan bila dianuti dan dipercayai. Tiada siapa yang mengetahui tarikh kiamat walaupun statusnya ialah nabi terulung mahupun malaikat terdekat, inikan pula title yang sekadar manusia biasa tanpa ilmu bukan juga imam muda atau ustazah pilihan.

2012 kawan merupakan satu angka yang bisa berlaku apa sahaja.

Angka yang merupakan makhluk allah yang tunduk kepada segala ketentuannya.

Baik dan buruk berada dalam neraca timbangan dan penghakiman Allah, ianya mengotakan segala kehendaknya dengan ketentuan mutlak tanpa mampu disangkal sesiapa pun.

TOTAL...... MUTLAK .... MUKTAMAD. Itulah kuasa sang pencipta.

Setiap dini hari, subuh menjelang dengan alunan qunutnya yang syahdu tapi bernada tegas ... Allah yang mengangkat seseorang insan, allah juga yang akan menurunkannya, allah memuliakan satu bangsa, dan pasti allah juga mampu menghinanya, lalu ingatlah... allah pasti memuliakan pembantu agamanya dan menghina perusuh agamanya tanpa mampu dicabar dan tercabar.

Bersedialah kawan.... untuk kehadiran tahun baru yang menjanjikan seribu misteri.

Misteri ialah magis ketuhanan.

DIAlah yang menguasai segalanya.

Marilah kita tunduk mengakui keesaan dan keagungannya.

Tuesday, December 27, 2011

Melatih Kepemimpinan

Hey Kawan.

Kepimpinan ialah satu seni.
Menjadi pemimpin bukannya perkara semudah memilih hitam atau putih.
Mengadaptasi suasana dan bijak bertindak pada masanya adalah warna warni keseniaan dalam memimpin.

Pemimpin bukannya pengarah dan bukan juga orang yang di arah.

Akan tetapi seorang pemimpin seharusnya terarah mindanya untuk menyumbangkan kebaikan bagi kemanusiaan dalam apa keadaan sekalipun dan sanggup memberikan hidupnya untuk susah demi orang lain dan sebuah keredhaan ilahi.

Ianya sesuatu yang amat sukar dan tidak berbaloi untuk diangankan percuma. Ianya perlukan latihan, kemahuan dan kesungguhan untuk menempatkan diri ke status ini dengan kesedaran bahawa setiap yang mendaki ke kemuncak akan terhempas lebih sakit dan berkecai ke bumi.

Namun, pemimpin yang adil adalah para kekasih tuhan yang telah di tempah tempatnya di syurga bersama restu kemuliaan para anbiya'. Ianya sememangnya satu penghormatan tertinggi. Namun risikonya lebih menjurus kepada realiti yang disabdakan nabi - ramai para hakim dan pemimpin akan terjerumus lebih banyak dalam neraka.

Untuk itu, tugas melatih kepimpinan adalah lebih sukar.

Memberi kesedaran untuk para negarawan cilik ini untuk menyedari hakikat diri adalah sesuatu yang cukup rumit dan memerlukan komitmen tinggi.

Teringat saya dalam satu program tarbiyyah anjuran JPN Penang ini, kami mengumpulkan beberapa kelompok pemimpin elit dari pelbagai sekolah terpilih disekitar negeri. Didalamnya kami cernakan mereka dengan pembentukan dan persediaan akhlak dan ilmu seorang pemimpin dan mempersiapkan mereka dengan cabaran semasa seorang pemimpin kini yang lebih mencabar.

Untuk merealisasikannya, kami berikan kebahu mereka tugas memimpin dalam rangka peranan dan fungsi tersendiri sebagai penghulu dan penghuluwati program. Dengan pemilihan peserta terbaik dan terpopular, beberapa nama telah terpilih dan diberi tugasan.

Tapi tahukah kawan, setiap tugasan yang gagal mereka penuhi dan tersalah peranannya akan ditarik secara terus jawatannya tanpa permisi. Bayangkan kawan... serasa saya itulah kem kepimpinan yang terbanyak penghulu dan penghuluwatinya sehingga kem yang berlangsung selama 4 hari dan 3 malam itu memiliki bersilih ganti hingga 3 dan 4 orang pemimpin program yang bertukar silang antara mereka.

Tugasannya santai tapi penuh madah berhelah.

Kekadang hanya diminta untuk para pimpinan ini menyusun kerusi dan meja berselerakan ketempat yang diarahkan dalam masa tertentu.

Penghulunya hanya seronok makan dan bersembang dengan rakan hingga terlewat melaksanakan tugas dan dibereskan oleh rakan2 peserta yang lain - tugasnya di tamatkan kerana gagal memimpin dan menunjuk contoh kepimpinan yang baik.

Penghuluwatinya pula lebih prihatin dan bersedia menerima arahan, dalam kelembutannya beliau terus melaksanakan kerja bersemangat dengan dibantu seorang dua rakan yang bersimpati, dan dalam masa yang berbaki semua kerja dapat dijalankan dengan sempurna dan jayanya - tyapi tugasnya juga diTAMATkan kerana beliau juga gagal memimpin, gagal membahagi tugas, gagal mempengaruhi rakan untuk mewujudkan budaya kerjasama, gagal menunjukkan contoh kepimpinan terbaik iaitu kebersamaan dan bukannya one man show.

Alangkah uniknya latihan itu ... kepimpinan ..... moga mereka beroleh sesuatu.

Monday, December 26, 2011

Nilai Sebuah Ger GAJI


Hey Kawan,

Sebagaimana yang tertera di atas adalah jadual pembayaran GAJI untuk tahun 2012.

Ianya jadual yang diusahakan penuh tekun dan konsisten oleh seorang rakan saya Ustaz Zamri Rajab di blog popularnya sejak tahun 2008 lagi. Dengan kemahiran ICTnya, beliau mempermudahkan susunan maklumat yang diberikan pihak akauntan negara untuk sama2 dikongsi manfaatnya untuk semua para kakitangan awam.

Moga ianya bermanfaat. Dan moga allah mengembalikan kebaikan dan kesenangan untuk mereka yang sentiasa mempermudahkan dan menyenangkan kehidupan orang lain. Bukankah mereka yang terbaik itu ialah mereka yang banyak melebarkan kebaikan untuk orang lain.

Namun, jadual GAJI ini takkan bermanfaat jika ianya tidak di laraskan berdasarkan perancangan kewangan yang baik, berhemat dan menabung.

Juga yang paling AFDHALnya ialah dengan sentiasa memperingati bahawa disetiap persen GAJI yang diperolehi itu terdapat hak dan kewajipan agama untuk mereka yang berhak dan memerlukan.

Yakinilah hadis nabi tika mengungkapkan : Tidak pernah akan kecewa mereka yang bermesyuarat dan takkan pernah muflis dan rugi bagi orang yang suka menderma.

Sunday, December 25, 2011

GAS - Klik Untuk Kembara Malam


Pidato Senja - Hj Azman bercerita dengan jiwa penuh kebapaan menasihati anak2 untuk menjadi pengunjung setia rumah Allah.



Ketua Faslitator - Amnan Tarmizi memotivasikan peserta dalam perjalanan malam yang penuh sepi itu bagi membangkitkan kesedaran dan keinsafan berpanjangan.

Bagai si buta ditengah pertualangan hidup- Menanti sinar hidayah pohon dipimpin kearah kebaikan dan keredhaan ilahi.

Santai - Gabungan J/kuasa Masjid tekun memberi amanat , kelihatan dari kiri Cikgu Azmi, En Wahab, Sdr Nazri Celcom dan Pilot Hj Ezal begitu teruja berkongsi cerita dan nasihat.

Motivasi Permainan - aktiviti ringkas anjuran Fasi dalam program kembara malam itu menjanjikan kelaianan dan gamat suasana penuh ceria.

GAS - Mengangkasa Budaya Solehah

Sejuk mata memandang, anak2 kecil diajar tunduk bersujud kepada yang esa

Hey Kawan,

Rahmat tuhan dan kurnianya.

Akhirnya kami jawatankuasa Surau Salikin di Bertam Putra berjaya melaksanakan amanah yang ditugaskan atas pundak kami dengan jayanya.

Penyempurnaan program dilaksanakan secara kolektif bersama kerjasama erat tanpa berbelah bahagi daripada rakan seperumahan, jawatankuasa surau dan juga rakan Rukun Tetangga yang memberi komitmen hebat sepanjang program berlangsung.

Program yang dirangka dengan penuh sedar dan insaf tentang tanggungjawab sosial untuk membentuk budaya dan iklim solehah dipermukiman dan perumahan ini yang semakin disengat dengan arus pemodenan yang kurang sihat dan imej bejat sosial yang di frame kan para penuntut muda sebuah kolej perubatan yang terlalu sosial mengancam jiwa fitrah anak2 yang masih kecil , ianya lantas mengapikan semangat keprihatinan para rakan surau untuk menjernihkan semula kesedaran bukan sahaja untuk para peserta cilik, anak kecil ini bahkan juga untuk para ibubapa pencorak warna jatidiri di atas lanskap putih fitrah anugerah rabbani ini.
Memupuk ukhuwwah, acara makan bertalam disajikan dengan menu berkhasiat yang menyelerakan

Percayalah kawan.... kiranya ia hadir dari kesedaran untuk menjaga kepentingan jiwa dan harta berharga milik kita. Kita pasti takkan pernah mengeluh letih dan berpeluk lutut dipinggiran sahaja, bahkan saya penuh takjub melihat para ibubapa yang datang mendaftarkan anak2 kecil mereka ini dengan bayaran seminima RM 10 dengan deretan kereta yang menepati masanya. Mereka datang menyerahkan amanah, mereka datang bersama doa, mereka datang membentuk pakatan untuk melihat HIJRAH SOLEHAH berlaku dalam citra baru suasana rumah mereka nanti.

Khusyuk ditaman ilmu - seawal rebung anak dididik mencintai agama

Dan yakinlah kawan, mereka para ibubapa ini bukan sekadar datang dan pergi... bahkan merekalah yang menjadi penunggu dan petugas setia .... mengawasi, membentengi dan melaksanakan program hingga ke akhirnya. Percayakah kalian jika saya nyatakan disini petugas keselamatan yang menjaga surau dalam gelap malam hingga ke subuh berjumlah 30 orang.

Alhamdulillah ... dengan kepercayaan dan komitmen begini, saya mengharapkan anak2 ini akan terbentuk dengan iklim solehah sebagaimana saya lebih mengharapkan ianya juga berjaya mengetuk jiwa ibubapa untuk lebih terkedepan menampilkan akhlak dan biah yang lebih solehah.
Islam Power - mengaplikasikan kesihatan dan kekuatan jasmani dalam diri

Moga ... Ibubapa lah yang terlebih dahulu berubah sebelum mampu dan bermimpi untuk mengubah anak2nya.

Harapnya juga ... konsentrasi jiwa kecil yang dibentuk ini akan berterusan ... dan untuk itu, kami warga surau menyatakan resolusinya :

1. MOHON PARA IBUBAPA UNTUK MENJADI PELOPOR DAN PEMBIMBING KEBAIKAN UNTUK ANAK2.
2. KEAMPUHAN DOA DAN HARAPAN KEPADA ALLAH ADALAH AZIMAT PENYELESAIAN SETIAP MASALAH DALAM KELUARGA.
3. PIMPINLAH PARA ANAK UNTUK MENDATANGI SURAU SENTIASA DENGAN BIMBINGAN ADAB DAN NILAI KESOPANAN YANG TERPUJI.
4. UNTUK MEMASTIKAN KELANSUNGAN KOMITMEN INI, PROGRAM SURAU MEMPERUNTUKKAN RUANGAN SETIAP MALAM AHAD UNTUK PROGRAM KHUSUS UNTUK PARA REMAJA DAN ANAK2 DENGAN PENGISIAN YANG SEMEMANGNYA MENJURUS DENGAN MINAT DAN KESEUAIAN MENTALITI REMAJA.


Aktiviti apakah ini ????? Cuba teka ???

Hijrah Mencari Tuhan


Hey Kawan...

Salam Maal Hijrah.

Salam ingatan buat semua.

Ingatan untuk kita sentiasa memperbaharui tekad dan keazaman dalam kehidupan ini.

Di setiap selekoh kehidupan, Allah akan sentiasa memboncengkan kita dengan peringatan dan pengajarannya agar kita sentiasa beringat dan memilih kejayaan.

Imbas kembali diari lama yang berlalu pergi, seawal muharram kita disemarakkan api perubahan dan keazaman dengan kedatangan hijrah rasul. Bersatu mempertahankan iman dan bersedia mendada pengorbanan.

Bersilihnya kedatangan rabiul awal yang mengkaryakan episod lakaran kelahiran insan agung penyelamat umat dengan maulidurrasul yang membumbui jiwa kita dengan kesyukuran dan kegigihan taat. Sesungguhnya kita ada rasul yang mampu diteladani dan ada penyelamat yang mampu digantung harapan syafaatnya nanti.

Seterusnya kalender besar insan mencoret tarikh rejab, syaaban dan ramadhan yang merangkai ertikata bulan ketaatan dan perhambaan yang penuh keajaibannya.

Dengan zulhijjah membarisi latar terakhir takwim , kita diungkapkan allah dengan peringatan taat, korban dan pasrah hanya kepada allah semata2.

Walaupun diari hijrah setahun yang lalu telah selamat bersemadi di khazanah waktu, namun ruh perjuangan rasul yang meniupkan semboyan kegigihan dan kepasrahan pada tuhan sentiasa mengalun segar di kelopak telinga pendengaran insani.

Dengan lenggok perjuangan dan pengorbanan inilah kita perlu sentiasa bermuhasabah dan memperbaiki diri.

Benarlah : Dengan Memperingati Pengajaran Kehidupan ini akan Mematangkan manfaat untuk umat sejagat.

Friday, December 23, 2011

Memberi Untuk Bahagia


Hey Kawan....

Sanggupkah anda membeli bahagia ?

Jika ditanya, yang manakah pilihan utama anda ..... harta atau ketenangan ? Ragukah anda untuk membuat pilihan.

Atau anda bisa spontan dan setenang air dikali dalam berkata : Saya akan pilih bahagia dan ketenangan . Benarkah ??

Muktamad dan takkan berganjak lagi, getus respon dalam diri bergema gamat. Ya, saya sanggup gadaikan apa sahaja untuk mencari kebahagiaan diri, belas hati anda mengiakan cetusan rasa.

Oh ... Jika begitu. Alhamdulillah. Moga Allah memimpin anda untuk terus bahagia dan ceria.

Namun, tahukah anda ... sememangnya KEBAHAGIAaN akan datang bersama PEMBERIAN dan SUMBANGAN.

Mereka yang menyumbang .... dan memberi akan disuci hati untuk menempa bahagia.

Mereka yang hidup untuk memberi akan sentiasa menerima kehidupan yang indah.

Dan setiap sumbangan .... mendekatkan anda untuk sebuah kebahgiaan.

Yakin kah anda ???

Atau anda masih lagi sangsikannya ...

Atau adakah anda masih lagi memilih keputusan sama jika berada dalam situasi konflik sebegini, jika suatu hari anda hanya ingin menyapa mesin ATM seketika untuk mengambil duit buat keperluan diri .... sedangkan motokar anda sempat anda parkir ditempatnya tanpa sempat anda menjelaskan bayaran meternya, hujjah akal anda... takkan kerana lima minit untuk mengambil wang di ATM perlu anda bazirkan 50 sen untuk bayaran parking. Tentunya tidak berbaloikan ???

Tapi, tepatkah pilihan anda ? ingatkah prinsip jawapan spontan anda terdahulu ??
Berbaloikah anda untuk terus gelisah .... tidak tenang. Hati sentiasa disengat curiga takut2 kereta akan disaman penguasa tanpa sempat anda melunas hajat yang sementara cuma.

Benarkah anda kala itu ??

Muktamadkah jawapan anda yang dahulu ...

Jika masih ya ! Bantulah mereka .... untuk kebahagiaan anda .

Wednesday, December 21, 2011

Geng Anak Soleh

Insya allah, tanggal 24 - 25 Disember ini akan berlangsung satu program yang julung kali diadakan dipermukiman Bertam Putra ini iaitu Program pemantapan Aqidah, Ibadah dan juga Sahsiah khusus untuk anak2 remaja Generasi Y di sekitar taman perumahan ini.

Ianya program yang mensasarkan anak2 seusia 9 - 14 tahun bagi mengisi vakum kekosongan minda, perserpsi dan waktu mereka untuk di isi dengan sesuatu yang mampu membina diri dan memberi dampak kesedaran islam yang baik.

Dengan kerjasama dan idea total dari masyarakat surau dan perumahan setempat, harapannya kerja bergotong ini akan mampu membina ukhuwwah yang baik dan berpanjangan dalam meniti redha ilahi.

Diperturunkan agenda dakwah dan penghayatan bagi program cuti sekolah yang diberi nama Geng Anak Soleh , Surau Salikin , Taman Putra Bertam (GAS) ini mampu mengapungkan geng kecil ini untuk menjadi antara tetamu dan tentera Allah di surau dan masjid dimana sahaja mereka berada.

GAS - Mengangkasakan Budaya Solehah

CADANGAN TENTATIF PROGRAM GENG ANAK SOLEH (GAS) SURAU SALIKIN

HARI PERTAMA (Sabtu 24 Disember 2011)

9.00-10.00 Pagi

10.00-11.00 pagi

11.00 – 12.30

12.30-2.00 petang

2.00-3.30 petang

3.30 – 4.30 petang

4.30-5.00 petang

-Pendaftaran / pembahagian kumpulan

Ice Breaking /

Taklimat program

Fasi Amnan

Pengisian 1 :

Man Ana ??

-Asal usul manusia

-X-plorace “Mengenali Diri”

Ust. Khairul

Hemat diri /

Solat zohor

Makan tengahari

Kapten Ikwan

Pengisian 2 :

Solat Tiang Agama

Ust. Asri Ghani

LDK: Syahadah & Solat Sendi Agama

Fasi Amnan

Solat Asar / Minum petang

5.00 – 6.30 petang

6.30-7.00 malam

7.15 – 9.00 malam

9.00-9.30 malam

9.30-11.00 malam

11.00 – 4.30 pagi

Explorace / Sihat Diri

Fasi Amnan

Unit Sukan RT

Hemat diri /

Solat maghrib

Tazkirah : CCTV

Solat Isyak

Ust Hafizullah

Makan Malam

Sdr Zahimi

LDK : Kembara Malam

1. Taat Ibubapa - Sdr Yahya

2. Jaga Solat – Sdr Wahab

3. Pilih Kawan – Sdr Ezal

4. Ayat Hafazan – Hj Azman

Kembara mimpi

HARI KEDUA (Ahad 25 Disember 2011)

5.00-5.30pg

5.30-7.00pg

7.00-8.00 pg

8.00 –

8.45 pg

9.00-10.30pg

Pengurusan Diri

-Solat Tahajjud, Taubat, Hajat, zikir Munajat

-Solat Subuh berjamaah

Ust Tarmizi

-Sihat badan

Fasi

Unit Sukan

-Sarapan pagi

Pengurusan diri

Pengisisan 3 : Qudwah Hasanah

Ust. Sayuti

10.30-11.00pg

11.00-12.30 pg

1.00-2.00ptg

2.00-2.30ptg

Kudapan

Temuduga / Refleksi Bersama Ibubapa

Ust Hafizullah

-Makan tengahari

-Solat Zohor

Salam Jamaie / Majlis Bersurai