Saturday, September 29, 2012

Yang menghina semakin terhina...

Hey kawan, 

Bacalah artikel yang tepat pada masanya ini.

Ianya isu kebenaran.

 Biar ia menjadi reverse psikologi kepada golongan yang sering memomokkan Islam.

Allah pernah bersumpah mereka takkan mampu memadamkan api kebenaran Islam itu sendiri.

 Bacalah tulisan dari luahan ilmu : Ustaz Aizam Masuud dari blognya Mufakkir Islam.

Yang menghina semakin terhina...


Belum pun reda kemarahan umat Islam terhadap penayangan filem anti-Islam Innocence of Muslims seperti yang disebarkan dalam  youtube, kini muncul pula karikatur Nabi Muhammad dalam keadaan tidak wajar dalam majalah Charlie Hebdo di Perancis. Benar pada satu sisi, orang-orang jahil dan bodoh di kalangan musuh-musuh Islam akan sentiasa berusaha memomokkan susuk Baginda Rasulullah SAW dengan pelbagai penghinaan dan penistaan. Namun pada masa yang sama, mereka tidak boleh menafikan bahawa cerdik pandai dan intelektual mereka yang benar-benar mengkaji tentang Nabi Muhammad SAW sendiri tidak mampu menolak keistimewaan dan kehebatan Nabi Muhammad yang dikeji oleh golongan bodoh itu. Antaranya lihat beberapa kenyataan orientalis tersohor di bawah:

W. Montgomery Watt, MOHAMMAD AT MECCA, Oxford, 1953, p. 52.

"Kesanggupannya menempuh tentangan atas keyakinannya, ketinggian moral para pengikutnya, serta pencapaiannya yang luar biasa “semuanya menunjukkan integritinya. Menganggap Muhammad sebagai seorang penipu hanyalah memberikan masalah dan bukan jawapan. Lebih dari itu, tiada tokoh hebat yang digambarkan begitu buruk di Barat selain Muhammad".

Annie Besant, THE LIFE AND TEACHINGS OF MUHAMMAD, Madras, 1932, p. 4.

"Sangat mustahil bagi seseorang yang mempelajari karakter Nabi Bangsa Arab, yang mengetahui bagaimana ajarannya dan bagaimana hidupnya untuk merasakan selain hormat terhadap beliau, salah seorang utusan-Nya. Dan meskipun dalam semua yang saya gambarkan banyak hal-hal yang terasa biasa, namun setiap kali saya membaca ulang kisah-kisahnya, setiap kali pula saya merasakan kekaguman dan penghormatan kepada sang Guru Bangsa Arab tersebut."

THOMAS CARLYLE in his HEROES AND HEROWORSHIP

"Betapa menakjubkan seorang manusia sendirian dapat mengubah suku-suku yang saling berperang dan kaum nomad (Badwi) menjadi sebuah bangsa yang paling maju dan paling berperadaban hanya dalam waktu kurang dari dua dekad. Kebohongan yang dipropagandakan kaum Barat yang diselimutkan kepada orang ini (Muhammad) hanyalah mempermalukan diri kita sendiri".

James A. Michener, "Islam: The Misunderstood Religion," in READER'S DIGEST (American edition), May 1955, pp. 68-70.

"Muhammad, seorang inspirator yang mendirikan Islam, dilahirkan pada tahun 570 masehi dalam masyarakat Arab penyembah berhala. Yatim semenjak kecil dia secara khusus memberikan perhatian kepada fakir miskin, yatim piatu dan janda, serta hamba sahaya dan kaum lemah. Pada usia 20 tahun, dia sudah menjadi seorang pengusaha yang berjaya, dan menjadi pengelola perniagaan seorang janda kaya. Ketika mencapai usia 25, majikannya melamarnya. Walaupun usia perempuan tersebut 15 tahun lebih tua Muhammad menikahinya dan tetap setia kepadanya sepanjang hayat si isteri.

Seperti halnya para nabi lain, Muhammad memulai tugas kenabiannya dengan sembunyi-sembunyi dan ragu-ragu kerana menyedari kelemahannya. Tapi adalah perintah yang diperolehnya, -dan meskipun sampai saat ini diyakini bahwa Muhammad tidak boleh membaca dan menulis dan keluarlah dari mulutnya satu kalimah yang akan mengubah dunia: Tiada tuhan selain Allah. Dalam setiap hal, Muhammad adalah seorang yang mengedepankan akal. Ketika puteranya, Ibrahim, meninggal dunia disertai gerhana dan menimbulkan anggapan ummatnya bahawa hal tersebut adalah wujud rasa perkabungan Tuhan kepadanya, Muhammad berkata: Gerhana adalah kejadian alam biasa, adalah suatu kebodohan mengaitkannya dengan kematian atau kelahiran seorang manusia. Saat setelah ia meninggal, sebahagian pengikutnya hendak memujanya sebagaimana Tuhan dipuja, akan tetapi penerus kepemimpinannya (Abu Bakar) menepis keinginan ummatnya itu dengan salah satu pidato keagamaan terindah sepanjang masa: Jika ada diantara kalian yang menyembah Muhammad, maka ketahuilah bahawa ia telah meninggal. Tapi jika Tuhan-lah yang hendak kalian sembah, ketahuilah bahwa Ia hidup selamanya".

Lebih mengagumkan lagi bagaimana seorang penulis Barat, Micheal H. Hart dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History boleh meletakkan Nabi Muhammad sebagai tokoh nombor satu paling berpengaruh sedangkan Nabi Isa sendiri diletakkan pada ranking yang ketiga. Micheal H. Hart menjelaskan alasan pemilihan seperti berikut:

"Jatuhnya pilihan saya kepada Nabi Muhammad dalam urutan pertama daftar Seratus Tokoh yang berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sementara pembaca dan mungkin jadi tanda tanya sebahagian yang lain. Tapi saya berpegang pada keyakinan saya, dialah Nabi Muhammad satu-satunya manusia dalam sejarah yang berhasil meraih kejayaan-kejayaan luar biasa baik dinilai dari ukuran agama mahupun ruang lingkup duniawi. Berasal-usul dari keluarga sederhana, Muhammad menegakkan dan menyebarkan salah satu dari agama terbesar di dunia, agama Islam. Dan pada saat yang bersamaan tampil sebagai seorang pemimpin tabah, tulen, dan efektif. Kini tiga belas abad sesudah wafatnya, pengaruhnya masih tetap kuat dan mendalam serta berakar".

Tahukah anda apa agama Micheal H. Hart? Dia sebenarnya adalah seorang Yahudi Amerika. Benarlah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 146 bermaksud:

"Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian)".

Kesimpulannya, perbuatan bodoh sesetengah pengikut Kristian dan Yahudi yang cuba menghina dan memomokkan keperibadian Baginda Rasulullah SAW pada hari ini sebenarnya hanya akan menampakkan kebodohan dan memakan diri mereka sendiri. Lihatlah, kesannya nanti semakin ramai golongan bukan Islam akan semakin berminat untuk mengambil tahu dan mengkaji siapakah Nabi Islam yang hebat itu, Muhammad SAW.

Filem Hina vs Filem Mulia

Hey kawan,  

Saya pernah dijolok dengan soalan provokasi terpimpin tempohari. Apatah lagi isu hangat penghinaan terhadap nabi kita masih panas diladeni massa dalam menyatakan reaksi umat Islam ini. 

Saban masa bahkan boleh dikatakan sudah seakan skrip rutin tahunan, peribadi unggul ini akan dikecam, dihina dimomokkan dengan penghinaan saban masa khususnya di September ini. Sedarkah kalian sejak 11 September meleburkan World Trade Centre dari pandangan mata manusiawi ini, laharnya tidak pernah dapat dipadamkan. Maka secara tragisnya, serangan mental dan siri penghinaan ini kerap disumbukan pada bulan kesembilan kalender masihi ini. 

Masih ingatkah kalian ditahun yang lalu, provokasinya berbentuk pembakaran alQuran yang dikumpulkan di gereja dan dimusnahkan dengan andaiannya mengajar kefasadan dan keganasan, dan ditahun ini susuk agung Rasul junjungan kita pula yang menjadi mangsa.

Apakah makna semua ini ?

Kenapa kita umat Islam sering menjadi tertuduh dan terpaksa menjawab segala tuduhan liar yang dilemparkan penuh sinis dan jijik pembohongan. Mengapa kita tidak bangkit menyerang, menghentam atau sekurang2nya membalas sebagai mana yang diperlakukan kepada agama dan maruah nabi kita tercinta.

Ustaz ! Mengapa kita tidak sama mencipta FILEM yang menghina dan memalukan agama mereka ? Bukankah Islam ini agama yang mulia dan kita lebih benar dan kekal tinggi berbanding  mereka. Inikan QISAS. Allah pun membenarkan kita membalas sekadar taranya. Bunuh lawannya bunuh. Hina lawannya hina. Dan filem lawannya filem. Kita sebarkan di youtube dengan nama JAHANAM STYLE agar ia menjadi fenomena paling meletup dekad ini.

Ya kawan ... ? Setujukah anda dengan anjuran ini.

Kawan, kita umat terbaik dan bermaruah. Manusia yang tinggi maruahnya tidak akan pernah merendahkan wibawanya dengan mengikuti jejak langkah tolol manusia yang kurang cerdik. Nabi sering mempamerkan contoh untuk dirinya , penghinaan bukan perlu dilawan dengan penghinaan, ianya bukti yang sudah terang lagi bersuluh tanpa perlu kita mempertikaikannya lagi. terlalu banyak kisah unggul keperibadian manusia agung ini. Bahkan bacalah kalian peringatan tuhan tentang hamba2 Ar Rahman yang dicintainya didalam ayat 65 surah al Furqan yang membawa maksud : Mereka itu sering berjalan di atas muka bumi ini dengan tenang dan penuh tawaduk, dan tatkala mereka berdepan dengan manusia jahil (jahat dan tolol), mereka pasti berkata dengan sesuatu yang baik dan menenangkan.

Keduanya : siapakah watak yang perlu menjadi target bar kita untuk membidiknya. Adakah kita tega memilih kekasih Allah nabi Isa untuk dihina dan dimalukan. Dia adalah pesuruh Allah dan kalimah buktinya untuk alam jagat ini tentang kebesaran dan kekuasaannya. Biarlah mereka membenci nabi kita kerana itu mereka digelar kafir, tapi adakah kita juga akan membenci nabi ISA kita untuk sama tergolong kafir bersama. Atau elokkah kita jadi seperti objek arang dan abu yang sama2 menanggung seksa tak kira menang atau pun kalah diakhirat nanti.

Biarlah Allah sahaja yang menelanjangkan keburukan mereka seperti pendedahan eksklusif dari bangsa mereka sendiri yang meragui dan mempertikaikan 600 jenayah seksual  yang dilakukan para paderi penjaga agama mereka terhadap anak2 perempuan kecil mereka sendiri. Dan jika itu angka rasmi yang didedahkan oleh pihak berwajib seperti yang dilaporkan, tidak disangkal terdapat 10 ribu lagi kes yang didiamkan sebagaimana yang diketengahkan oleh para penyiasat kes itu sendiri.

Akhirnya,biar Allah menjalankan tugasnya. Ia memenangkan kebenaran dan menghina kebatilan.

Untuk kita, marilah kita terus menmahat kasih kepada junjungan besar ini dengan kefahaman dan pengetahuan. Jangan biarkan diri kita menjadi sebodoh mereka untuk memberi reaksi yang hanya memperbodohkan ISLAM dimata dunia apatah lagi pada pandangan Allah nanti.


Lensa Nadwah 2012

Mengiringi pegawai SPI Penang turun padang bergelumang dengan lumpur pengalaman dan keringat pengorbanan bersama peserta Nadwah.

Meladeni ukhuwwah bersama petugas dan pegawai Nadwah 

 Bersama menyuntik keyakinan diri buat para duat cilik ini di masjid negeri pulau pinang.

 Mula mendaftar selaku fasilitator nadwah dengan penuh keterujaan dan kegelisahan

Laskar cilik para duat membuat Forum Dini di Masjid Negeri

Saturday, September 8, 2012

Fasi Nadwah 2012

Hey kawan,

Benarkah kata pepatah purba yang mendendangkan : Singa yang perkasa tidak akan dilahirkan kecuali oleh Sang Penguasa Singa yang menjadi Raja Rimba yang tidak pernah tewas.

Itulah hukum alam.

Bahkan seorang anak yang beriman dan bertakwa biasanya terasuh dari persekitaran dan jiwa soleh muslih yang telah dibentuk oleh murabbi pertamanya iaiti ibu dan ayah.

Kerana itu, untuk mencetak kepimpinan yang meyakinkan dan berkesan perlu dihadirkan terlebih dahulu dari perdu  jiwa para pengislah yang membentuk ketumbukan fasi yang memasang objektif mendidik dan membentuk akhlak dan faham qiyadi yang terbaik.

Para fasi pula terlebih dahulu diasak dan dipupuk jiwa tulus dan semangat pengorbanan yang tiada belah bahaginya demi agama.

Biarpun antara kami ada yang kemalangan kenderaannya, ada yang terpaksa mencairkan akaunnya hampir RM500 demi membaiki keretanya yang tersangkut dijalanan berbukit kala itu, ada yang kematian saudara terdekat, ada yang terdera fizikalnya dengan kepenatan ekoran minggu sebelumnya yang juga penuh diasak program, ada yang diuji dengan anak2 yang sakit dan uzur, ada yang baru kehilangan ......namun, momentum untuk melihat para peserta yang merupakan tunas dan benih dakwah yang akan melata dimuka bumi allah dengan agenda islam ini subur menguatkan sendinya terus menjadi pemangkin untuk para fasi sabar berjuang.

Memang berjuang itu pahit, tapi sesungguhnya itulah harga syurga yang perlu dibayar untuk memperoleh nikmat syurgawinya. Apatah lagi bila madu nikmatnya juga adakala Allah
dahulukan tatkala melihat jernih mata dan tulus hati para wajah yang bertandang ke nadwah tempohari.

Ustaz Alrizualdy, seunik namanya seanggun susuknya yang banyak memberikan komitmen serta kreativiti bernas dalam memimpin para fasilitator.

Sememangnya wajah yang soleh tak pernah menipu, ia hadir dari hati yang bercahaya.
Janji Allah untuk mereka yang berbaiah menjaga agama, kesannya terpamer pada cerminan muka yang berseri dengan keikhlasan dan kebaikan.

Duhai alam, bersaksilah kami telah melaksanakan tugasan kami. Kami telah mencuba dan berusaha sebaik dan setulus yang mungkin. Kami mengimpikan hadirnya hati cilik yang mampu menyayangimu sepanjang masa ya Allah.

Ya rahman, berikanlah kami hati yang sentiasa mendambakan kasihmu, luruskanlah nawaitu dan ikhlaskanlah hati kami dari bengkok riyak dan menunjuk2, leburkanlah mazmumah diri kami dengan hiasan mahmudah yang bertakhta, belailah kami dengan kelembutan rahmatmu, dan terimalah amalan kami.

Moga ianya mampu membekalkan hidayah dan taufik penuh keberkatan dalam baki usia kami yang bersisa.
 Barisan fasilitator yang berkhidmat di Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam.


Saf para fasilitator perempuan yang bertugas.

Klik Untuk Nadwah 2012

Hey kawan,

Sesungguhnya setiap program yang terlaksana pasti meninggalkan bekas kenangan yang bukan sedikit, ianya tak mampu terucap dengan kata2. Bicara hati dan rasa sahaja yang mampu mengolah segalanya.
 


Seputar program pastinya terangkum sketsa indah, perit dan saspen yang tidak dijangka. ianya seperti skrip spontan yang terluah bebas penuh meriah, tulus dan asli. Ianya hadir dalam biasan cahaya telus tanpa lakonan dan aksi yang sudah dipatenkan.Hanya memori yang terakam sahaja mampu merangkum makna kejadian, getusan perasaan malahan getaran emosi yang keruan kala itu.


Moga sedikit gambar yang saya kutip dari FOTO GALERI di blog SPI PENANG ini mampu membangkitkan getaran itu, mengaktifkan magnet ingatan untuk mengimbas kenangan bahkan melantunkan rafak syukur dan doa dalam ikatan ukhuwwah yang tidak terlerai.

Hey kawan....

Tataplah beberapa sketsa dari klik spontan seputar nadwah yang berlangsung.









Usai Nadwah 2012

Hey Kawan,

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kami menamatkan modul latihan kepimpinan pelajar islam di sini. Program yang bertaraf KEBANGSAAN itu sememangnya mencabar dan penuh dengan kejutannya yang tersendiri.

Tahukah anda kawan.

Pulau Pinang menjadi tuan rumah untuk memimpin gerak kerja dan sambutan besar bagi acara melestarikan hasrat murni untuk membidani kelahiran bakal2 pemimpin muda negara suatu hari nanti yang berjiwa islamik dan berwatak agama dalam kehidupan diri dan keluarganya.

Tahun ini, saya antara para jurulatih dakwah dan fasilitator yang terpilih untuk merealisasikan hasrat murni ini.

Bersama dengan gabungan para asatizah yang mendahulukan pengorbanan dan ithar mereka, kami merencanakan modul latihan ini agar ianya bukan saja berbentuk nadwah keilmuan untuk para pimpinan bahkan ianya sewajarnya menjadi nadwah praktikal dan amalan buat semua yang terlibat. Sekiranya program ini gagal mengalih hati peserta ke butang perubahan dan amal,saya kira program ini sememangnya telah gagal sepenuhnya.

Ya, Selamat datang diucapkan kepada semua kontinjen dari seluruh negara ke negeri P.Pinang yang akan menjadi tuan rumah Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan kali ke-9 pada 3 hingga 6 September 2012.

Para peserta akan bernadwah dan berkampung di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau




Alhamdulillah, setelah kerangka modul untuk nadwah ini digubal dengan sentuhan agenda murni dan kreativiti yang terbaik, ianya juga telah berjaya diuji di peringkat negeri dengan
jumlah yang sama iaitu 240 orang peserta, ianya juga nadwah yang berjaya dengan memaksimakan aktiviti mengasah dan menggilap bakat kepimpinan pelajar ke tahap maksima di samping meletakkan konkrit kesedaran agama ke tahap yang sewajarnya. Ianya juga telah dibengkelkan semula untuk mengatasi beberapa kelemahan kecil dengan penambahbaikan yang memerlukan perincian yang besar dan komitmen.

Dan, kami sememangnya telah bersedia fizikal dan mental untuk tujuan murni ini.

Namun, nadwah dan modulnya yang kami rancang sebaik mungkin untuk melahirkan kepimpinan ini penuh dengan saspen dan kejutannya, kami hanya mampu merancang modul dan latihan ...... tapi modul dan latihan Allah rupanya lebih baik dan mengujakan.

Didikan dan Cetakan Allah, siapakah yang boleh menandingi kehebatan perancangan dan agenda Allah ini .

Kami diuji akhirnya dengan MODUL KEKURANGAN AIR dan seterusnya KETIADAAN ELEKTRIK buat beberapa ketika. Ianya memang menguji diri. Mengacah kesabaran dan menimang pergantungan yang terhebat dan berkuasa hanyalah ALLAH sahaja.

Alhamdulillah, moga amalan kami diterima oleh nya sebagai amal soleh yang berkekalan.