Ramadhan
|
Tarikh
|
Hari
|
Tempat
|
Alamat
|
1 Ramadhan
|
20 Julai
|
Jumaat
|
Surau As Salikin
|
Bandar Putra Bertam
|
2
|
21
|
Sabtu
|
||
3
|
22
|
Ahad
|
||
4
|
23
|
Isnin
|
||
5
|
24
|
Selasa
|
Surau An Nur
|
Taman Seri Menerung,
Kubang Menerung
|
6
|
25
|
Rabu
|
Surau As Salikin
|
Bandar Putra Bertam
|
7
|
26 Julai
|
Khamis
|
Surau Bagan Tambang
|
Telok Air Tawar
|
8 Ramadhan
|
27
|
Jumaat
|
Surau As Salikin
|
Bandar Putra Bertam
|
9
|
28
|
Sabtu
|
Master Bahasa Arab
Di INSANIYYAH
|
Mergong, Alor Setar
|
Surau Taman Markisa
|
Bukit Mertajam
|
|||
10
|
29
|
Ahad
|
Surau As Sakinah
|
Taman Seri Pauh ,
Pmtg Pauh
|
Masjid Bukit Indera
Muda
|
Kuliah Subuh
|
|||
11
|
30
|
Isnin
|
||
12
|
31
|
Selasa
|
||
13
|
1 Ogos
|
Rabu
|
Masjid Permatang
Janggus
|
Pmtg Pauh
|
14
|
2
|
Khamis
|
Surau Madinatul
Anbiya’
|
Kuarters Pegawai
Kastam, Bukit Gelugor
|
15 Ramadhan
|
3
|
Jumaat
|
||
16
|
4
|
Sabtu
|
Master Bahasa Arab
Di INSANIYYAH
|
Mergong, Alor Setar
|
17
|
5 Ogos
|
Ahad
|
Surau An Nur
|
Taman Serai Wangi,
Padang Serai
|
18
|
6
|
Isnin
|
||
19
|
7
|
Selasa
|
Surau As Salikin
|
Bandar Putra Bertam
|
20
|
8
|
Rabu
|
Masjid Al Muttaqin
|
Bandar Putra Bertam
|
21
|
9
|
Khamis
|
Surau Al A’la
|
Taman Desa Sena ,
Kepala Batas
|
22 Ramadhan
|
10 Ogos
|
Jumaat
|
Surau SMK Convent
|
Bukit Mertajam
|
23
|
11
|
Sabtu
|
Master Bahasa Arab
Di INSANIYYAH
|
Mergong, Alor Setar
|
24
|
12
|
Ahad
|
Surau Al Furqan
|
Taman Seri Indah,
K.Batas (Subuh)
|
Surau Tati
|
Telok Air Tawar
Indah
|
|||
25
|
13
|
Isnin
|
Surau An Nur
|
Taman Seri Menerung,
Kubang Menerung
|
26
|
14
|
Selasa
|
Surau SMK Alma
|
Bukit Mertajam
|
27
|
15
|
Rabu
|
Surau Taman Markisa
|
Bukit Mertajam
|
28
|
16
|
Khamis
|
Masjid Al Muttaqin
|
Bandar Putra Bertam
|
29
|
17
|
Jumaat
|
||
30
|
18 Ogos
|
Sabtu
|
||
1 Syawal
|
19 Ogos 12
|
Ahad
|
Masjid At Toyyibah
|
Kg. Guchil Bayam,
Kelantan
|
Friday, August 17, 2012
Tazkirah Ramadhan
Lembaran Ramadhan
Hey Kawan,
Lembaran
rahmat tuhan dalam ramadhan kali ini semakin menghampiri penghujungnya.
Lembaran terakhir menuju lebaran ini
seharusnya kita manfaatkan sebaiknya. Sesungguhnya ramadhan takkan sama sekali
sama dengan pelbagai kemeriahan bulan2 yang lain, ianya amat unik dan istimewa
dengan sulaman rahmat, maghfirah, ukhuwwah, rasa bertuhan, keprihatinan dan
melebihkan orang lain (ithar), dan juga mendapatkan sijil pembebasan dari api
neraka kemurkaan Allah.
Ternyata
setiap ramadhan berbeza dengan yang lain.
Moga
ramadhan kali ini juga dapat mencetuskan keistimewaan tersendiri buat kita,
biar ia menitipkan pengalaman hati yang terindah buat kita, biar ia segar
membalut keazaman hati kita yang dulunya sentiasa pecah, luka dan kecewa.
Bukankah ini ramadhan terakhir kita ?
Ramadhan
kali ini agak berbeza buat saya. Ia Ramadhan yang penuh dengan tanggungjawab.
Tanggungjawab mengisi ruang kosong keilmuan, menyuntik elemen kesedaran dalam
beribadah dan seterusnya menuntun massa untuk kekal berombak semangat dan
motivasi kebaikan sepanjang Ramadhan yang ada.
Ramadhan
kali ini membawa saya menjelajah.
Saya diberi
tanggungjawab menyampaikan TAZKIRAH.
Memperingatkan
dan memberi amaran. Memotivasikan dan menyuburkan iman dan kesedaran.
Disamping
memperbanyakkan versi bukti dan saksi untuk saya dihadapan Allah suatu hari
nanti dengan mempelbagaikan tempat sujud saya dirumah2nya yang bertaburan di
dunia ini. Saya juga Alhamdulillah dapat bertemu mata dengan para pendamba
kasihnya yang tega untuk memilih taat dari sesat, memilih ibadat dari
penderhakaan dan memilih mujahadah dari kelalaian.
Benar,
bertemu dan meyambung silaturrahim bersama mereka yang kasihkan Allah ini amat
mendamaikan jiwa, kekadang dari cebisan kata spontannya mampu untuk
menyampaikan sisi tazkirah buat para duat dan pemberi tazkirah, cetusan
kraetiviti agama dan kesungguhan mereka juga memanifestasikan qudwah buat diri
para penutur ilmu serta kesopanan mereka menyantuni dan menghormati
menghidupkan hati kita untuk kekal menjalin kasih kerana Allah. Walau wajah
tidak pernah bersua, nama sama sekali tiada dalam memori kenalan, tapi aura dan
jernih hati mereka mempertautkan rasa bahagia dan kebersamaan kita. Moga inilah
yang dikatakan berkasih kerana Allah, bertemu dan berpisah semata-mata mencari
keredhaannya.
Moga
dengannya kita mampu menyelinap dalam senarai mereka yang dinaungi arasynya
nanti.
Saturday, August 11, 2012
A to Z - Mendambakan Malam Seribu Bulan
Oleh Dr.Norazamudin bin Umar, Ahli Lembaga Penasihat Pusat Pendidikan Islam an-Nur( Tahfiz).
Apabila kerajaan mengumumkan bonus hari
raya setengah bulan dan minimum 500 ringgit semua kakitangan awam
gembira dan tetapi tersenyumkah kita apabila Allah swt memberi bonus
seribu bulan kepada kita pada salah satu malam dari sepuluh malam yang
terakhir di bulan yang mulia ini. Firman Allah (s.w.t):
“Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” Surah al-Qadr ayat 3
Sabda Rasul (s.a.w):
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي
الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ
الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“ Dari A’isyah R.anha berkata: “Adalah
Rasul (s.a.w) beri’tikaf pada 10 hari yang terakhir dari bulan Ramadan
dan bersabda: Carilah malam al-Qadar pada sepuluh malam yang terakhir
dari bulan Ramadan.” Hr al-Bukhari
Dalam riwayat yang lain juga dari ‘Aisyah R.a bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“Carilah
lailatul-qadri itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari
bulan Ramadhan –iaitu malam ke 21,23, 25, 27 dan 29. (HR al-Bukhari)
Hakikatnya siapa sahaja boleh mendapat
ganjaran lailatul Qadar mengikut amalan yang ramai yang menyangkakan
lailatul qadar hanya untuk orang yang melihat tanda-tandanya lantas
ramai yang mencari tanda-tandanya sedangkan malam al-Qadar merupakan
anugerah Allah swt kepada mana-mana hamba-Nya yang menghidupkan malam
tersebut dengan ibadat. dilakukan oleh seseorang pada sepuluh malam yang
terakhir dari bulan Ramadan.
Sekiranya amalannya berbuka puasa, solat
maghrib di rumah, solat Isyak berjemaah dan solat terawih 8 rakaat
serta witir 3 rakaat dan sahur di awal pagi maka itulah amalan yang dia
perolehi pada malam al-Qadar. Ringkasnya apa jua amalan yang dilakukan
antara azan maghrib sehingga azan subuh, maka ia mendapat ganjaran
beribadat 1000 bulan. Sekiranya sedikit amalan yang dilakukan maka
sedikitlah ganjarannya dan sekiranya banyak amalan yang dilakukan maka
banyaklah pula ganjaran yang diperolehi.
Supaya kita mendapat ganjaran maksimum
pada malam al-Qadr digariskan dalam perenggan yang berikut beberapa
cadangan pengisian 10 malam terakhir yang boleh dipraktikkan supaya kita
tergolong di kalangan mereka yang memperolehi keuntungan bonus 1000
bulan (83 tahun 4 bulan).
(a) Beriktikaf pada sepuluh malam
terakhir dari bulan Ramadan. Dengan beri’tikaf bermaksud kita mendapat
ganjaran beri’tikaf selama 83 tahun 4 bulan sekiranya bertepatan dengan
malam al-Qadr. I’tikaf bermaksud berdiam diri di masjid untuk melakukan
ibadah. Hukumnya adalah yang sunat bagi kaum lelaki dan harus bagi
perempuan dengan syarat mendapat keizinan wali. Ia sunar di setiap waktu
dan diutamakan pada bulan Ramadhan, dan lebih dikhususkan sepuluh hari
terakhir untuk mengharapkan datangnya Lailatul Qadr.
Sabda Rasul (s.a.w)
:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ
رَمَضَانَ
Maksudnya: Dari Abdullah bin
‘Umar (R.anhuma) berkata: Adalah Rasulullah (s.a.w) beri’tikaf pada 10
hari yang terakhir dalam bulan Ramadan.” Hr al-Bukhari.
Dalam riwayat ‘Aisyah sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari pula dinyatakan bahawa Nabi (s.a.w)
beri’tikaf pada 10 hari yang terakhir dari bulan Ramadan dan ini menjadi
amalan baginda (s.a.w) sehingga baginda (s.a.w) wafat dan amalan
I’tikaf diteruskan oleh isteri-isteri Nabi (s.a.w) selepas baginda
wafat.
Majoriti ulama’ berpendapat bahawa tiada
masa minima untuk I’tikaf. I’tikaf sah walau hanya duduk seketika di
dalam masjid. Al-Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:
“Adapun tentang minima tempoh I’tikaf,
pendapat yang benar yang diputuskan oleh jumhur ulama’ ialah disyaratkan
berada di dalam masjid, dan dibenarkan melakukannya dalam tempoh yang
panjang mahupun pendek, hatta walau satu jam mahupun seketika”
[al-Majmu’, 6/514] (Dipetik dari http://soaljawab.wordpress.com/2011/08/15/panduan-ringkas-itikaf/.
I’ktikaf yang paling baik ialah dilakukan
di masjid yang melakukan solat Jumaat dan boleh juga dilakukan di
musalla atau surau yang didirikan solat berjemaah lima waktu. Supaya
mendapat pahala beri’tikaf seseorang itu perlu berniat seperti sahaja
aku beri’tikaf di masjid ini kerana Allah (s.w.t)
(b) Sentiasa berada dalam keadaan
berwuduk dan berada dalam keadaan bersih seperti bersiwak, memakai
pakaian yang cantik serta memakai wangi-wangian bagi kaum lelaki.
Sekiranya pada waktu yang biasa pun kita digalakkan berada dalam keadaan
berwuduk maka lebih utama untuk kita berada dalam keadaan berwuduk pada
malam yang berlakunya malam al-Qadar. Sesetengah ulama berpendapat
adalah digalakkan untuk kita mandi pada setiap malam al-Qadar.
(c) Berusaha untuk menjadi muazzin(bilal)
pada salah satu solat maghrib atau Isyak. Jika bertepatan dengan malam
al-Qadar kita mendapat ganjaran azan 83 tahun!
(d) Berusahalah untuk berbuka puasa di
masjid dan memberi makan kepada orang yang berbuka puasa walaupun dengan
sebiji kurma. Saya melihat amalan ini hidup di masjid al-haram. Setiap
orang berlumba-lumba untuk memberi makan kepada orang yang berbuka puasa
dengan pelbagai cara. Pernah suatu petang saya diberi sebiji kurma oleh
seorang hamba Allah dan saya bersolat maghrib di hadapan Ka’bah dan
dengan kurma yang diberikan oleh hamba Allah tersebut saya berbuka
kerana itu sahaja makanan yang ada di tangan saya.
Belilah sekotak kurma tangkai atau kurma
madu dan bawalah bersama semasa berbuka di masjid, insya Allah ada orang
yang akan memakan kurma tersebut dan Nabi (s.a.w) menyebut orang yang
memberi makan kepada orang yang berbuka puasa mendapat pahala sama
dengan orang yang berbuka puasa. Bayangkan kita mendapat pahala memberi
makan kepada orang yang berbuka puasa selama 83 tahun!
(e) Mulakan berbuka dengan makanan yang
sederhana dan sebaik-baiknya dengan buah rutob (kurma basah) atau tamar
(kurma kering) seperti yang dilakukan oleh Rasul (s.a.w) supaya kita
dapat melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum maghrib dan sementara
menanti iqamat isikan masa dengan berzikir,berselawat atau mana-mana
amalan supaya kita tergolong dalam golongan yang benar-benar menghargai
waktu yang sangat berharga. Ingatlah ia datang sekali setahun sahaja.
(f) Dicadangkan supaya Imam memanjangkan
sedikit solat maghrib dari biasa untuk merebut pahala yang besar.
Semakin panjang ayat yang dibaca, semakin panjang bacaan-bacaan yang
dibaca dalam rukuk dan sujud, maka semakin banyak ganjaran yang
diperolehi kerana ganjaran pahala adalah berasaskan kesusahan yang
dilakukan,namun perlu diingat sekiranya imam mendengar tangisan bayi
maka bersegeralah memendekkan bacaan dan solatnya seperti yang dilakukan
oleh Rasul (s.a.w).
(g) Jangan abaikan wirid selepas solat
kerana ingin mengejar makan. Jangan lupa istighfar, ayat kursi,
tasbih,tahmid, takbir masing-masing 33 x dan akhiri dengan
memperbanyakkan doa kepada Allah (s.w.t). Antara doa yang dianjurkan
oleh Rasul (s.a.w) untuk diperbanyakkan yang diajar kepada Sayyidah
‘Aisyah (r.anha) sekiranya bertemu dengan malam al-Qadar ialah اَللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تٌحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي Maksudnya:“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan mulia, kamu suka memaafkan, maafkan aku.”HR Imam al-Tirmizi.
(h) Solat sunat selepas maghrib.
Panjangkan bacaan anda dalam solat sunat dari kebiasaan diikuti bacaan 5
muka surat al-Qur’an sebelum makan makanan yang berat.Sekiranya
berkemampuan kurangkan makanan kerana makan yang banyak boleh
menyebabkan rasa mengantuk.
(i) Menjaga adab-adab ketika makan.
Mulakan dengan doa dan ramai yang lupa membaca doa selepas makan. Hayati
doa yang kita baca sebelum dan selepas makan. Lihat Nabi (s.a.w)
mengajar kita memohon perlindungan dari azab neraka sebelum makan dan
mensyukuri nikmat Islam selepas makan. Fikirkan apa kaitan makan dengan
azab neraka!!! “Ya Allah berkatilah apa yang engkau rezekikan kepada
dan selamatkan kami dari azab nerakamu” dan doa selepas makan : “ Segala puji bagi Allah yang memberi makan kepada kami dan jadikan kami dari kalangan orang Islam.”
Ini menunjukkan makan bukanlah matlamat!!!Kita makan supaya kita dapat
beribadat yang menjadi salah satu sebab untuk menjauhkan kita dari apa
neraka…
(j) Perbanyakkan membaca al-Qur’an.
Letakkan target contohnya untuk mengkhatam al-Qur’an dalam tempoh
sepuluh hari yang terakhir. Ini bermakna target anda tiga juzuk satu
hari. Saya masih ingat saya pernah mengikut sekali beberapa orang anak
muda yang menghidupkan 10 malam terakhir yang solat tahajjud seawal jam 1
pagi sebanyak 8 rakaat dan mereka khatam al-Qur’an dalam 10 malam
tersebut. 3 juzuk bersamaan 60 muka surat dibahagi 8 rakaat, bermakna
setiap rakaat mereka akan membaca 7½ halaman. Kita mungkin boleh
mengikut amalan ini. Kalau di Mekah dan Madinah mereka akan membaca 20
juzuk pada sepuluh malam terakhir. 1 juzuk dalam solat terawih yang
dilakukan sebanyak 20 rakaat. Ini bermaksud 1 muka surat setiap rakaat
dan 1 juzuk dalam solat tahajjud yang dilakukan sebanyak 10 rakaat.
Kalau jutaan manusia di Mekah dan Madinah mendapat ganjaran ini maka
bagaimana kita?
(k) Solat sunat sebelum isyak 2 rakaat
(l) Imam memanjangkan bacaan dalam solat Isyak dan solat terawih berbanding dengan 20 hari yang awal dari bulan Ramadan
(m) Imam dan makmum jangan abaikan wirid
selepas solat Isyak. Sekurang-kurangnya membaca tasbih, tahmid dan
takbir 11 x atau 33x seperti yang dianjurkan oleh Rasul (s.a.w).
(n) Panjangkan solat sunat selepas Isyak dari kebiasaan
(o) Cubalah sedaya upaya untuk solat
terawih sebanyak 20 rakaat. Ingatlah bonus 1000 bulan hanya datang
sekali setahun dalam tempoh lebih kurang 11 jam sahaja, apa ruginya kita
menghidupkan 11 jam x 10 hari=110 jam berbanding 24 jam x 360
hari=8640jam. Baru 1% dari kehidupan kita dalam satu tahun atau lebih
kurang 4 ½ hari dari satu tahun yang kita lalui. Hanya dengan
menghidupkan 4 ½ hari Allah bagi ganjaran beribadah 1000 bulan=83
tahun!!!! Sekiranya tidak mampu solatlah 8 rakaat.
(p) Disarankan supaya ada majlis tazkirah
setiap malam selepas 8 rakaat antara 5-10 minit menyentuh pelbagai
topik. Bayangkan dapat pahala menyampaikan tazkirah@mendengar
tazkirah
83 tahun!!!!
(q) Selesai terawih, carilah mana-mana kumpulan tadarus al-Qur’an atau bacalah sekurang-kurangnya 1 juzuk al-Qur’an.
(r) Panjangkan solat tahajjud anda dari
biasa. Disarankan supaya semua masjid menganjurkan solat tahajjud
berjemaah 8 atau 10 rakaat yang diselang seli dengan amalan zikir
seperti tasbih 100x, tahmid 100x, selawat 100x, istighfar 100x,
tazkirah. Solat boleh dimulakan sekitar jam 2 pagi dan diteruskan selama
1 ½ jam-2 jam mengikut kemampuan. Kalau lebih kurang 2 juta umat Islam
bertahajjud secara berjemaah di masjidil haram bermula jam 1 pagi maka
bagaimana di tempat kita???
(s) Bagi yang berkebolehan untuk menulis,
boleh mengisi malam al-Qadar dengan menulis nasihat atau ilmu mengikut
kesesuaian masa. Bagi mereka yang berblog boleh menulis pengisian yang
berfaedah…
(t) Sebarkan SMS nasihat-nasihat yang
baik kepada rakan dan kenalan. Pilihlah 10 orang atau 20 orang atau
lebih dan hantarkan 1 mesej yang berkaitan hadith Nabi (s.a.w) sebagai
contoh dalam tempoh bermula azan maghrib dan sebelum masuk waktu subuh.
(u) Akhiri menghidupkan malam al-Qadar
dengan solat witir tiga rakaat. Kalau di Mekah Imam membaca doa qunut
selama 20 minit dan pada malam yang ke-27 sekitar setengah jam,
sekiranya solat witir dilakukan secara berjemaah disarankan Imam berdoa
selesai solat witir, selepas salam membaca doa yang panjang dalam bahasa
Melayu supaya ia difahami oleh jemaah. Jangan lupa mendoakan umat Islam
yang sedang ditindas dan diuji seperti di Syria dan Myanmar.
(v) Manfaatkan sepenuhnya sepuluh malam
yang terakhir dengan melakukan pelbagai bentuk kebaikan sama ada berupa
sedekah. Lakukan sedekah setiap malam mengikut kemampuan kita mungkin
RM10 atau RM 100 setiap malam, boleh dimasukkan dalam tabung masjid atau
mengirim duit kepada orang yang disayangi, bank ini kepada mana-mana
NGO atau pertubuhan yang melakukan aktiviti membantu golongan fakir
miskin, umat Islam di Palestin atau lain-lain.
(w) Jika masjid berkemampuan, bolehlah
dianjurkan bersahur secara berjemaah dan umat Islam diberi peluang untuk
bersedekah bagi menampung kos sahur tersebut.
(x) Perbanyakkan solat sunat yang lain
yang dilakukan secara bersendirian atau berjemaah seperti solat tasbih,
hajat, taubat, istikharah, sunat wuduk, sunat tahiyyatul masjid…
(y) Memberi hadiah. Antara bentuk hadiah
yang boleh diberi ialah minyak wangi, buku, kayu sugi, majalah ilmiah
seperti Solusi, Gen-Q, al-Ustaz, Q&A dan sebagainya.
(z) Menambah ilmu pengetahuan seperti
membaca buku ilmiah atau majalah ilmiah, mengadakan majlis ilmu seperti
kuliah maghrib kira-kira setengah jam sebelum Isyak. Menurut pemerhatian
penulis, di Makkah al-Mukarramah majlis ilmu tetap diteruskan selepas
maghrib walaupun pada bulan Ramadan!!!
Ini beberapa saranan untuk menghidupkan
sepuluh malam terakhir semoga kita keluar dari bulan Ramadan sebagai
kita menjadi graduan ramadan yang berjaya memperolehi bonus seribu
bulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

