Wednesday, January 13, 2010

Fokus Lensa Wawancara



Ruang Rasional dan Perbincangan

Tengahari itu pintu bilik saya diterjah seorang pelajar.

Berperwatakan serius, bersusuk tegap dan kelihatan penuh dengan semangat inkuiri.

Berketurunan mamak penang dan merupakan pelajar tingkatan 5.

Sehari sebelumnya, dalam perjalanan menuju kerumah saya disapa dengan salam oleh seorang yang tidak dikenali. Assalamualaikum Ustaz, saya ada sesuatu nak Tanya pendapat ustaz ni ?? terjah lelaki itu memulakan bicaranya.

Saya yang dalam keadaan terpinga2 selepas usai mesyuarat persatuan hanya menyahut salam dengan senyuman. “Baik, silakan , kalau ustaz ada jawapannya kita sama2 kongsi. Ujar saya mengingati cabaran ilmu yang saya terapkan pada pelajar disini,

Ilmu agama bukannya sesuatu yang mati dan dongengan yang hanya wujud di muzium, ianya subjek hidup yang akan kita guna dan pakai sepanjang kehidupan ini, saya lebih suka kelas ini bertanya dan membuat perbincangan atas apa sahaja subjek yang kita pelajari, ilmu ini harus kita terima dengan rasional dan yakin diri bukannya sekadar menjadi anak2 burung yang hanya menunggu untuk menerima apa sahaja habuan suapan makanan daripada ibunya.

"Saya ingin bertanya ustaz soal penggunaan kalimah Allah, boleh saya jumpa ustaz esok hari selepas kelas". Sambungnya menetap temujanji dengan saya tanpa perbincangan. "Saya sentiasa berbincang dengan non-muslim tentang perkara ini, dan makcik saya seorang peguam yang lantang dan diboikot oleh kebanyakan anggota masyarakat kristian ini" ujarnya lagi.

Saya memberikan persetujuan untuk bertemu. Janji terpatri.

Terjahan Temubual

Hari ini Yusof Khan ini menjenguk bilik saya, dikeluarkan buku catatannya dengan kemas setelah dipersilakan duduk.

"Apa hak bukan islam untuk menggunakan nama ALLAH ini, bukankah ianya hak kita sebagai penganut agama yang sah?? Soalnya memulakan provokasi. "Saya nak bertanya pada ustaz, ada atau tidak dalam quran atau hadis sebagai rujukan islam yang menyatakan Kalimah Allah adalah hak mutlak dan eksklusif untuk umat Islam sahaja.”

Saya mengambil masa sejenak dan berkata :" sebenarnya tidak ada, banyak rujukan ayat quran menyebut ianya ada digunakan oleh umat lain walau dengan ertikata yang tidak tepat merujuk kepada tuhan pencipta dan pentadbir sekalian alam."

Oleh itu untuk mengatakan ianya hak mutlak umat islam, saya rasa itu tidak wajar.

"Mereka mengatakan penggunaan ini perlu ialah kerana umat kristian disini sudah lama menggunakannya dan memang tiada istilah lain yang ada dalam kamus melayu ini yang sesuai untuk meggantikan kalimah itu, jadi untuk tujuan agama sepatutnya ia wajar dibenarkan". Ulasnya panjang membuat analisa.

Tiada Istilah Setara

Kalau frasa yang mengatakan tiada istilah lain untuk terjemahan disini saya tidak bersetuju. ALLAH bukannya perkataan bahasa melayu.

Pada mulanya ia begitu asing pada masyarakat kita yang terlalu taksub dan terjajah dengan budaya hindu yang percayakan DEWA dan YANG. Kerana itu perkataan sembahyang – adalah istilah dulukala yang membawa maksud menyembah dewa atau tuhan.

ALLAH adalah perkataan Islam dan arab. Ia ditanam, dididik, didoktrin sejak dunia melayu masih diperingkat untuk sebati menggunakan istilah unik ini.

Sekiranya kristian juga mahukan perkara yang sama, kenapa tidak menggunakan istilah sedia ada mereka seperti JESUS dan HOLY SPIRIT. Lagipun jika mereka menggunakan kalimah ini, dalam trinity mereka Kalimah ALLAH akan merujuk kepada tuhan yang mana ???

Kristian juga seharusnya mempunyai istilah tuhan mereka sendiri.

Persoalannya : apakah kalimah asal tuhan yang diguna pakai dalam Kristian?

Merujuk kepada blog Ustaz Aizam Masúd, perkataan God diterjemahkan dalam pelbagai istilah oleh agama Kristian bersesuaian pemakaian bahasa setempat. Oleh itu, kenapa GOD tidak ditranslate sebagai TUHAN atau DEWA sahaja.

Petikan dari blognya berbunyi :

Isunya di sini adalah TERJEMAHAN semata-mata!!! Jika kita mengkaji Bible, kita akan memahami bahawa agama Kristian membenarkan nama tuhan dipanggil mengikut bahasa kaum masing-masing, jika merujuk kepada Bible berbahasa Cina, mereka menterjemahkan God kepada Shen atau Shang-Ti (bagi Bible Protestan) dan Shangzhu atau Tianzhu (bagi Bible Katolik). Begitu juga dapati sesetengah Bible menyebut nama tuhan dalam bahasa Yunani kuno berbunyi Theos dan bahasa Eropah Barat berbunyi Deus. Kristian Arab pula menterjemahkan Bible mereka daripada bahasa Hebrew berbunyi Eloh, Elohim, Yahuwa dll kepada Allah. Di negara-negara Eropah, Amerika dan Australia yang didominasi oleh penganut Kristian pelbagai mazhab mereka menterjemah nama tuhan mereka sebagai 'God'.

Persoalannya, mengapa apabila mereka mahu menterjemahkan perkataan 'God' di negara ini kepada 'Allah' sedangkan 'Allah' bukan perkataan Melayu. Mengapa mereka tidak mahu menterjemahkannya kepada 'Tuhan'? Sedangkan kamus-kamus berautoriti dan pengamalan budaya masyarakat di Malaysia menterjemahkan istilah God kepada Tuhan. Keengganan mereka itu memberi indikasi bahawa di sana adalah agenda lain yang ingin dilakukan oleh pihak Kristian! MISSIONARY!!!


Mulianya disiplin Keseragaman

Dan timbul lagi satu persoalan yang saya ingin lontarkan, sudahkan golongan kristian disini menerima surat kebenaran dari pihak Vatican City untuk membenarkan penggunaan kalimah ini secara meluas di Malaysia???



Kenapa ianya tidak menggunakan kalimah standard yang dipakai dipusat agama kristian tersebut ???? Kalau begitu, dimanakah uniform dan keseragaman dalam disiplin agama yang ingin diterapkan kristian.

Berbeda Islam mementingkan disiplin dan keseragaman, KIBLAT yang sama, SOLAT yang sama, ALLAH yang sama, SALAM yang sama adalah bukti kesempurnaan dan kehebatan agama.

Saya terlihat ia mencatat sesuatu, sambil merenung bilahan kata yang terhambur dari mulut saya.

Untuk makluman Yusof lagi, sila cari fakta tentang persidangan Nicea yang menjadi titik tolak perubahan atau saya sebut penyelewengan agama kristian. Disinilah nanti akan terjawab adakah pegangan agama kristian ini adalah trinity ataupun tauhid(percaya kepada tuhan yang satu)

Insya allah ustaz, saya akan cuba carikan.

Perbincangan panjang selama 40minit kami akhirnya terhenti. Biar diri masing2 memutuskan.



Monolog Dalam Diri

Kalau penggunaan kalimah ini dibenarkan. Bagi saya ianya hanyalah satu senjata bonus Kristian untuk mengelirukan umat ini dan bukannya senjata utama.

Tanpa kalimah inipun mereka sudah mempunyai senjata duit, senjata prihatin kebajikan, senjata pendidikan, senjata pengaruh, senjata media dan senjata kuasa dunia yang sentiasa berdiri teguh dibelakang mereka.

Tapi kalau ianya berjaya dikekang dan disekat, senjata bonus tambahan ini mampu dibendung salahgunanya.

Dan juga memberi ruang masa yang lebih lama untuk gerakan missionary ini memikirkan strategi lain menembusi pertahanan agama dan perundangan serta sensitivity umat islam di Malaysia ini.

Maka bagi umat ini untuk sedar segera.

Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

Organisasi Islami di celah Chapel Bible

Mesyuarat Persatuan

Usai mesyuarat pertama Persatuan Agama Islam yang saya kendalikan bersama para pelajar islam yang tampaknya begitu bersemangat. Terasa sedikit kelegaan pada benak saya.

Tatkala persatuan lain hanya akan mengaktifkan aktvitinya pada minggu ketiga persekolahan, pelajar saya sudah dating meyerang dengan permohonan menghidupkan aktiviti persatuan seawal tahun.

Saya belum arif dengan selok belok pulau ini, belum juga mahir mengenal karektor manusia pelajar disekolah ini, saya juga belum memahami rentak gerak aliran dakwah yang mampu diketengahkan disekolah ini.

Namun, kesungguhan dan komitmen pelajarnya yang asyik menyerbu bilik agama tempat saya bermastautin memberikan sedikit tekanan untuk saya bertindak awal, sekurang-kurangnya mengenal barisan ajk persatuan islam ini lebih awal.

Agenda dakwah Murni

Didominasi oleh pelajar tingkatan 5, persatuan ini memang memasang impian untuk aktif bergerak. Mungkin sebagai sebuah persatuan yang berprogram dan mengumpul komuniti ahlinya. Atau mungkin sekadar ingin mengumpul kredit mata kokurikulum dalam akses ke menara gading nanti.

Apapun, nawaitu saya ingin membawa pelajar keluar dari streotaip berpersatuan. Melupakan soal mata dan markah, tapi lebih menumpu kepada pembinaan syakhsiah dan mencungkil bakat dan kebolehan kendiri. Memimpin diri untuk lebih berjaya dan menanam bibit semangat memberi kebaikan kepada umum dengan lebih meluas.

Bermula jam 210 petang sesudah solat zohor berjemaah, saya memulakan majlis yang dihadiri hampir 15 orang pelajar.

Impian Organisasi

Dengan data dan maklumat persatuan yang agak minima, saya membentangkan idea dan gagasan saya sebagai guru penasihat.

Melihat riak kaget dan terkesima, saya tahu mereka masih bertatih dalam membina kekuatan organisasi. Dan reaksi anggota, tampaknya mereka terhidu perubahan dalam agenda berpersatuan apatah lagi sebelum ini hanya ada ajk tertinggi tanpa ada jawatankuasa unit and bironya.

Mungkin mereka sebelum ini kelompok elit dalam kepompong mereka.

Lantas organisasi tercipta dengan perlantikan ajk dari tingkatan 5, walau sebelumnya ada yang melobi saya untuk dilantik secara automatic ke posisi tertinggi.

Saya bencikan kronisme dan saya juga tidak gemarkan kabelisme.

Saya lebih percaya dan yakin dengan kebolehan dan kewibawaan kendiri. Percayalah kepada diri dan berusahalah, manusia akan menilai sesuatu yang terbaik, permata yang tersembunyi akan termasyhur dan diketahui juga kerana kilauannya.

Saya serahkan pada perwakilan, biar mereka yang memutuskan.

Tiada sesalan dan kerugian dari majority keputusan syura.

Sesudahnya agenda terangka segera dengan aktiviti maal hijrah dan gotong royong mencuri tampuk keutamaan dan kesegeraan program. Moga allah permudahkan.

Agenda Baru Organisasi

Dalam rancaknya mesyuarat, hadir ajk tertinggi persatuandari tingkatan 6 yang terdiri dari pelajar perempuan, mereka adalah kombinasi setiausaha , penolongnya dan juruaudit yang dilantik majority sebelum ini.

Tergamam saya seketika, terkedu didalam hati melihat ajk tampuk tertinggi dalam organisasi persatuan islam disini ialah mereka yang tidak bertudung, kefahaman dan kesedaran sensitivity agama belum saya uji dan saring lagi.

Namun inilah reality agenda dakwah disini, menerima seadanya dan mengubahnya menjadi yang terbaik adalah agenda terbaru saya.

Akhirnya tergagaslah sebuah persatuan yang sederhana peranan dan komunitinya, tapi tinggi inspirasi dan impiannya.

Kerana itulah saya merangka biro-biro yang baru yang bermula dengan penerbitan dan penerangan, keceriaan dan kebersihan, surau dan bilik agama, kepimpinan dan pendidikan serta biro persembahan mengumpul aktiviti nasyid, kompang dan lakonan.

Saya titipkan tugasan khas untuk mereka semua, dan seawalnya saya menguji mereka dalam program sahabat islam yang berbentuk ala usrah bersilibeskan badar pada setiap isnin untuk semua ajk.

Melihat anggota yang masih focus dan berinspirasi, ia memberi semangat kepada saya .
Mampukah saya ??

Moga allah mempermudahkan jalan dakwah dan hidayah ini

Tuesday, January 12, 2010

Manual Cinta Islami

Menu Membuka Selera

Rangup, enak dan lazat sekali.

Senang di hadam dan mempunyai pelbagai khasiat yang berguna.

Keghairahan menikmatinya tidak terhenti pada satu dua bab tapi terasa diri terus tergoda untuk melengkapkan diri menjamunya penuh rakus tapi tetap berfokus.

Isinya yang bernas dan penuh nasihat, menjadikan pembacaan 2 buku ini cukup berguna.

Ianya adalah makanan rohani.

Ia juga santapan minda dan akal.

Ia juga kudapan untuk pengalaman dan pengetahuan yang begitu berharga.

Inilah antara garapan dan cetus minda saya bila teringin menulis tentang 2 buah buku yang saya selesai membacanya pada cuti yang lalu.



Telah saya hadam dan amatinya dari kulit ke kulit tanpa jemu dan berhenti, auranya cukup kuat untuk mengetahui pelbagai dimensi idea dan pemikiran baru dalam resam hidup berumahtangga.

Dan kerana itulah ia menjadi hadiah cukup istimewa sempena hari yang cukup istimewa bagi saya dan keluarga.

Dimensi Cinta Islami

Meneliti sudut pandang pemikiran penulis , ia membawakan saya ke satu alam reality berkaitan cara melihat kehidupan berkeluarga ini dalam dimensi yang lebih luas.

Perkahwinan bukan sahaja penyatuan dua jiwa bahkan ianya merupakan sunnatullah untuk makhluk ini. Keajaibannya akan menambah kesejahteraan dan keseronokan alam ini.

Kerana itulah ianya juga harus dibaca dan diteliti oleh mereka yang bertatih mencari cinta, atau sedang tenggelam dalam mabuknya asmara ataupun bagi mereka yang sedang menyusut cinta dalam gerbang perkahwinan.

Ianya manual cinta islami yang diadun dengan cetusan reality yang boleh diadaptasi dalam kehidupan.

Ianya pedoman untuk mereka yang mencari cinta suci tidak ternoda fitnah.

Ayat - ayat Cinta

Cinta bukan untuk berseronok, cinta hadir dengan tanggungjawab. Bercinta adalah untuk membina bahagia di gerbang perkahwinan.

Oleh itu, usah terlalu awal mencari cinta jika perkahwinan masih belum terletak dalam perancangan segera.

Binalah hidup dengan cinta allah dan ilmu, ianya amat berguna bila hati sudah dilamun cinta manusia. Dan susahnya mencari masa untuk ilmu dan agama jika diri sudah terikat dengan perkahwinan.



Dan bila sudah terbina ikatan mulia ini, jangan biarkan cinta itu menyusut. Semai dan bajailah ia dengan kasih sayang dalam perspektif hidup yang lebih mulia.

Bercintalah bukan hanya sekadar hayat didunia. Bercintalah untuk sama berteman didalam syurga.

Biar Cinta Terus Bertasbih

Lelaki seperti imam dan ia bertanggungjawab menjaga makmumnya, mengajar erti disiplin dan lkesabaran, mengajar erti kepatuhan dan kasih saying, dan utamanya mengajar nilai iman dan pengabdian kepada tuhan.

Dan kemuliaan seorang manusia itu bukan lagi pada kehebatan dirinya sendiri, bukan juga dengan kedudukannya sebagai imam, tapi kehebatannya akan terserlah jika ia mampu mendidik makmumnya dan menyebarluaskan bibit kebaikan dan kehebatan pada setiap jiwa makmum keluarganya.

Terima kasih kepada Ust Hasrizal atas lontaran idea yang begitu enak dinikmati dalam jamuan kehidupan yang serba kompleks masam masim, manis dan pahit kehidupan ini.


Ps : Nota buat BALKIS
, ingat pesanan Ustaz sejak dulu ,kunci dulu hati kalian dari menjalin percintaan, ianya hanya menjadi beban dalam menggalas tanggungjawab ilmu dan menggapai keunggulan personality, jangan mudah memberikannya kepada sesiapa pun untuk mengambil dan mencurinya, tuntutlah ilmu dan iman terlebih dahulu. Dan bila sudah tiba masanya (tahun 3 atau 4 di University) berikanlah ruang untuk jodoh bertamu dihati.

Monday, January 11, 2010

10 Tahun Bercanda Kesempurnaan

Haruman segar mewangi laman rumah kami hari ini.

Gugusan ceria dan palitan bahagia meruntun halus dalam laluan denai hidup hari ini.

Hati terasa berbunga dan merimbun indah nikmat kasihnya.

Terasa 10 tahun berlalu begitu pantas dalam dakapan rahmat tuhan, dibekalkan belaian mahmudah dan sakinah ketenangan memayungi erat hidup ini dari panas dan hujan kehidupan.

Sepuluh tahun yang lalu jugalah saya memilih istikharah untuk menyaring keputusan dan membuat pilihan bagi bekalan hidup hari ini.

Setiap manusia harus membuat keputusan dan pilihan dalam hidupnya sendiri, bukan hanya perlu bergantung kepada idea dan taste orang lain, ianya tampak sukar kerana ia menuntut pertanggungjawaban dikemudian hari kelak namun mesti dilakukan dalam melakarkan kematangan dan kedewasaan diri.

Keputusan yang kekadang membahagiakan denai jalan mendapatkan mardhatillah atau kekadang ianya keputusan bencana yang memakan impian kebahagian diri setiap insane.

Tanggal 12 Januari 2000 inilah saya memilih untuk melangsungkan perkahwinan.

Memilih untuk berada dalam pengawasan iman dan agama yang diaktifkan melalui perkahwinan.

Memilih untuk menerima anugerah nikmat dan tanggungjawab.

Memilih untuk mencatur hidup sebagai KETUA dan bukannya bersendirian.
Memilih untuk hidup berkongsi rasa dan cerita serta memanfaatkan kebaikan umur.

Memilih untuk menjadi watak pembimbing dan pendidik bukan sahaja untuk diri sendiri tapi bagi memimpin generasi dan zuriat saya di masa hadapan.

Hidup ini tidak akan bermakna sekiranya kita sahaja manusia muslim yang berpegang kepada agama, Zuriat kitalah yang akan menjadi pemangkin ceria dan bahagia kiranya mereka memegang tali ini kemas berterusan.

Dan memilih untuk hidup sempurna dengan memilih kesempurnaan, kerana itulah saya menerima isteri saya SHAMILAH MAHZIR yang bermakna kesempurnaan untuk melengkapi diri ini.

Terima kasih kepada isteri tercinta yang telah banyak berkorban dan bersabar dengan diri ini.

Terima kasih atas kasih sayang dan kebahagian yang terjalin antara kita.

Terima kasih kerana banyak mengajar diri ini untuk terus melakukan kebaikan dan berubah.

Berubah untuk terus melihat dunia ini sebagai satu tanggungjawab dakwah dan didikan.

Berubah untuk memiliki watak ketua berwibawa dan bapa penyayang dalam mendidik 5 anak-anak yang comel dan baik.

Berubah untuk hidup lebih bahagia, berdidisplin dan teliti.

Dan terima kasih juga kerana berjaya mengubah saya .. dari 63 kg kepada 76 kg.
Selamat ulang tahun ke 10 duhai Isteriku.

Saya hadiahkan 2 buah buku Dr. Cinta Ustaz Hasrizal Jamil sempena ulangtahun ini untuk dijadikan pedoman kehidupan kami.

1. Aku Terima Nikahnya.
2. Bercinta Hingga Ke syurga.

Moga allah membahagiakan kita dan menyatukan kita hingga ke syurga nanti.

Kepada Allah tempat pergantungan dan pengharapan.

Islam Menjuarai Toleransi

Konflik Cemas

Berita pembakaran gereja sedang meribut tatkala ini.

Walau ia cuba diredakan dengan jaminan polis dan pihak keselamatan, cetusan dan percikan amarahnya sedang menumpah kearah sekolah mubaligh sama ada yang dikelolakan secara persendirian atau bantuan kerjaan.

Dinihari ini, saya tergamam mendengar respon berita penularannya kesebuah sekolah Menengah Kebangsaan Convent di Taiping.

Entahlah mengkin bahangnya nanti akan merebak dan menyala tak jauh dari pintu pagar sekolah saya nanti.

Dalang Memerangi Rasul

Siapakah dalang yang memerangkap kesempatan dalam kekerohan yang berlaku ini?

Pastinya ia adalah Golongan yang menggadaikan maruah agama serta sanggup berdepan dengan cercaan Allah dan rasul.

Bukankah satu ketika dulu, Rasulullah SAW pernah melontarkan sabda agungnya dalam mengulit perpaduan antara agama ini tanpa prejudis. Hingga nabi sanggup berkata : Siapa yang sanggup menyakiti seorang kafir zimmi, maka sesungguhnya dia telah menyakiti aku.

Dan Allah mengisytiharkan pula peperangan dan persengketaan terhadap golongan yang memushi rasul dan ajarannya. “Siapa yang memusuhi wali dan kekasihku, maka aku sesungguhnya mengizinkan perang terhadapnya.

Episod sengketa dan percubaan meracuni damai persaudaraan sememangnya sejak sekian lama berlangsung. Antara dua agama yang bersumberkan wahyu samawi yang sama ini.

Bahkan ianya berlangsung dalam setiap abad untuk menjadi saksi bisu sejarah kepada umat yang mengerti.

Menoleh tinta sejarah lama, Rasul juga pernah meletakkan penanda aras persaudaraan ini.

Melalui pengalaman Hijrah, rasul merencanakan aman perlindungan melalui tangan penguasa Kristian yang berhati mulia, bukannya melalui jaminan bangsa arab yang bersaudara dan bersekutu dengannya.

Menyorot Ibrah Toleransi Islam

Saya tertarik dengan penulisan Ust Ahmad Irfan Kamal Hisyam ini yang mencoret rentetan sejarah lama yang menjadi bukti asas bahawa Islam agama toleransi dan persaudaraan. Hanya mereka yang tulus beragama sahaja yang mengecapi makna sebenar perpaduan.

Islam adalah agama yang dipenuhi dengan semangat toleransi dengan agama yang lain. Hubungan Islam khususnya dengan agama samawi (ahlul kitab) yang lain, iaitu Kristian dan Yahudi juga mempunyai keistimewaan tersendiri. Dengan sebab itulah kita dibenarkan memakan haiwan sembelihan mereka dan juga Muslim lelaki dibenarkan mengahwini perempuan ahlul kitab.

Akan tetapi, hubungan Islam dengan penganut agama Kristian adalah lebih rapat berbanding dengan penganut agama Yahudi. Fakta ini jelas termaktub di dalam surah al-Maidah ayat 82:

Demi desungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan Demi Sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.

Ketika menjelaskan ayat ini, al-Marhum Syeikh Mutawalli Sha’rawi menjelaskan yang kebenaran betapa rapatnya hubungan Kristian dengan Islam dibuktikan sejak zaman awal dakwah nabi Muhammad sendiri. Ketika baginda dan para sahabat dizalimi oleh Quraish Makkah, nabi Muhammad mencadangkan para sahabat untuk menyelamatkan diri buat sementara di bawah pemerintah Habshah bernama Raja al-Najashi yang tebal anutan Kristiannya.

Sabda nabi Muhammad:
إن بها ملكاً لا يُظلم عنده أحد فأقيموا ببلاده حتى يجعل الله لكم مخرجاً مما أنتم به

Di sana ada seorang raja yang tidak pernah seorang pun dizalimi olehnya, maka menetapkan kamu di negaranya sehinggalah Alah menjadikan kamu sebab untk keluar darinya.

Beberapa orang sahabat senior di bawah pimpinan Ja’far bin Abu Talib menuruti arahan Nabi Muhammad untuk berhijrah ke sana. Adalah benar, Raja al-Najashi adalah seorang pemerintah Kristian yang adil, dan memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain termasuklah kepada Muslim yang ketika itu baru sahaja muncul kembali di muka bumi. Para sahabat yang tinggal di Habshah disifatkan sebagai tinggal di Dar al-Amn, iaitu bumi yang aman dan selamat, sehingga dicemburui oleh pembesar kafir Quraisy yang lain.

Kedengkian Quraisy menyebabkan mereka sanggup untuk menghasut Raja al-Najashi untuk mengusir Ja’far bin Abu Talib bersama sahabat yang lain. Lalu diutuskanlah Amru bin Al-’As, Abdullah bin Abi Rabi’ah dan ‘Imarah bin al-Walid bin al-Mughirah, dan menaburkan fitnah terhadap imigran Muslim dengan menyatakan mereka adalah pemberontak yang menyeleweng daripada agama nenek moyang mereka. Mereka juga menghasut pemerintah Kristian itu dengan menyatakan yang Islam mengajar fakta yang berbeza dengan Kristian mengenai isu Jesus.

Adakah Raja al-Najashi percaya bulat-bulat dengan hasutan Pertubuhan Musyrikin Mekkah Bersatu itu? Jawapannya tidak sama sekali. Sebaliknya, sebagai manifestasi terhadap keadilan beliau, al-Najashi telah memanggil Ja’far bin Abi Talib untuk memberikan penjelasan. Lalu Ja’far bin Abu Talib menjelaskan,

Wahai Raja, kami dahulu hidup di dalam Jahiliyyah. Menyembah berhala, makan bangkai, melakukan perbuatan keji, memutus tali persaudaraan, menyakiti hati jiran, yang kuat memakan harta yang lemah. Kami hidup dalam keadaan demikian sehinggalah diutuskan seorang Rasul yang kami ketahui keturunannya, kebenarannya, amanahnya dan kasih sayangnya. Baginda menyeru kami mengesakan dan menyembah Allah dan meninggalkan cara sembahan kami sebelum ini terhadap batu dan berhala. Baginda menyeru kami berkata benar, menunaikan amanah, menyambung tali persaudaraan, berhubung baik dengan jiran …. Akhirnya kami dimusuhi qaum kami sendiri, lantas mereka menyeksa dan memfitnah kami supaya kami kembali menyembah berhala dan berhenti menyembah Allah serta kembali kepada perbuatan keji. Lantas apabila kami dipulau, diseksa dan diboikot oleh mereka, maka keluar berpindah ke negara kamu wahai al-Najashi. Kami memilih kamu berbanding negara atau pemerintah yang lain, kerana kami telah mengharapkan yang diri kami tidak akan dizalimi oleh kamu.

Setelah menyelidik kata-kata Ja’far, serta membuat analisa pandangan Islam terhadap Jesus/Isa, maka Raja al-Najashi tidak langsung mempedulikan hasutan musyrikin Quraish tadi.

Ada beberapa perkara yang wajar kita perhalusi di sebalik penjelasan Ja’far di atas. Yang pertamanya, ialah beliau berdakwah secara halus dan bijaksana kepada orang Kristian tanpa langsung mencari titik perbezaan, akan tetapi mengusahakan noktah persamaan. Sebelum ke UK, saya langsung tidak nampak hikmah di sebalik kata-kata Ja’far ini. Akan tetapi setelah terlibat di dalam program dakwah dengan rakyat tempatan (termasuklah yang atheist dan terutamanya penganut Kristian) dan juga dialog antara agama dengan mereka, barulah saya nampak kehebatan Ja’far. Iaitulah beliau menyebut ‘menghormati jiran’ di dalam penjelasannya, yang mana amalan menghormati jiran ini adalah satu amalan yang paling penting di dalam agama Kristian. Bahkan rakan Kristian saya pernah menyatakan di dalam kepercayaan mereka, dengan hanya menghormati jiran, maka akan mencukupi untuk mendapat kesejahteraan di dalam agama mereka.

Dalam banyak-banyak elemen mahmudah yang kecil di dalam Islam, elemen menghormati jiran yang dipilih oleh Ja’far, sebagai membuktikan betapa dalam berdakwah, mencari titik persamaan adalah penting.

Selain itu, kata-kata Ja’far juga membuktikan kebenaran firman Allah mengenai baiknya hubungan Islam dengan Kristian. Nabi Muhammad boleh sahaja mengarahkan para sahabat awal ketika itu untuk mendapatkan perlindungan daripada kabilah bangsa Arab lain yang mungkin bermusuh dengan kabilah Quraisy lantas memungkinkan kedua-dua pihak bersatu atas dasar bermusuh dengan musyrikin Quraisy, akan tetapi bukan itu yang dipilih oleh Nabi. Akan tetapi diarahkan para sahabat untuk bernaung di bawah kerajaan Kristian.

Akrabnya hubungan Islam dan Kristian seperti yang dianjur dan ditunjukkan sendiri oleh Nabi Muhammad menjadi inspirasi kepada pelapis baginda. Di zaman Saidina Umar, empayar Islam telah semakin meluas menjangkaui Semenanjung Tanah Arab. Antara yang berjaya dibuka oleh Saidina Umar ialah Jerusalem, yang ketika itu lebih dikenali sebagai Aeliya’.

The Old City of Jerusalem adalah merupakan pusat pemerintahan kerajaan Rom Timur ketika itu. Di situlah letaknya tapak al-Masjid al-Aqsa, dan situ jugalah terletaknya gereja suci Holy Sepulchre. Holy Sepulchere adalah merupakan gereja paling suci di dalam agama Kristian. Di situlah mereka percaya terletaknya ‘kubur’ Jesus, dan di situ jugalah mereka percaya yang Jesus akan dibangkitkan kelak. Semasa Umar membebaskan The Old City of Jerusalem, Holy Sepulchre turut menjadi istana pemerintahan kerajaan Kristian ketika itu. Yang menjadi pemerintah ketika pembebasan Jerusalem ialah Patriarch Sophronious.

Kita mengetahui dalam beberapa akaun sejarah yang Patriarch Sophronious, sama seperti Muslim, cuba untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah di dalam Jerusalem. Menghidu awal kekalahan Rom Timur, Patriach Sophronious mengibarkan bendera putih menyerah kalah, akan tetapi dengan syarat bahawa beliau hanya menyerahkan kunci kota lama itu kepada Saidina Umar. Ada laporan sejarah menyatakan bahawa pembebasan Jerusalem di tangan Saidina Umar memang telah diramalkan dan termasuk di dalam prophecy Kristian ketika itu.

Penyerahan Jerusalem kepada Muslim dilakukan dalam suasana penuh persaudaraan. Umar dipelawa untuk bersembahyang Asar di dalam Holy Sepulchre. Akan tetapi beliau menolak, kerana khuatir akan ada kelompok Muslim akan datang yang zalim akan merampas gereja suci tersebut, kerana kononnya Umar pernah solat Asar di situ. Lalu Umar bersembahyang di luar Holy Sepulchre, dan di tapak beliau solat itu sekarang didirikan Masjid Umari yang masih berdiri teguh sekarang. Masjid Umari itu didirikan bersebelahan dengan Holy Sepulchre.

Ini adalah keadilan dan toleransi Islam untuk agama lain. Dalam suasana berperang, kita dilarang merampas rumah ibadat orang lain. Apatah lagi di dalam konteks hubungan baik dengan agama Kristian, Umar sejak dari awal menutup pintu yang memungkinkan kelompok Muslim akan datang yang jahil dengan agama sendiri, daripada bertindak zalim terhadap hak agama lain di dalam negara Islam.

Tidak cukup dengan itu, walaupun lama berperang dengan tentera Muslim, akan tetapi tentera dan penduduk asal Kristian di Jerusalem semasa zaman Rom Timur diberikan jaminan oleh Umar untuk tidak dihalau. Bahkan hak kerakyatan mereka dikekalkan, dan mereka diberikan kebebasan menikmati apa yang mereka lakukan semasa pemerintahan Rom Timur dengan syarat yang adil.

Kunci Holy Sepulchre masih dipegang oleh keluarga Muslim

Sepanjang pemerintahan Islam, hubungan Kristian dan Muslim amat rapat di dalam Jerusalem. Mereka turut dilantik menjadi menteri di dalam kabinet ketika itu.

Bahkan, percayanya penganut Kristian kepada keadilan Islam terbukti apabila mereka menyerahkan kunci utama Holy Sepulchre untuk dipegang oleh Muslim. Dan tradisi itu diteruskan sehinggalah ke zaman sekarang. Kunci gereja suci itu masih dipegang oleh keluarga Muslim sekarang, diketuai oleh Wajeeh Nusaibah

Sila lawati blognya di http://abidfana.com

Saturday, January 9, 2010

Konflik Satu Kalimah - Ujian Ketahanan Peribadi Muslim

Islam agama Toleransi

Saya menginsafi saat ini merupakan ujian ketahanan iman dan ilmu seseorang muslim.

Menilai situasi berdasarkan neraca pengetahuan adalah jauh lebih baik daripada bersandar di dahan emosi.

Melempar tuduhan dan bersingsing lengan mencari kemenangan menjadi pilihan ramai daripada membimbing dan mengadaptasi isu memberi pengajaran dan membuka lembaran kebenaran.

Ianya bukanlah satu perkara yang sukar bagi ilmuwan dan cendikiawan Islam.

Ianya agenda zaman dan kegemilangan Islam.

Ianya isu TOLERANSI yang sentiasa menghuni tangga teratas dalam carta hubungan manusia sesama manusia dalam Islam.

Namun hari ini, dangkal ilmu dan pengecutnya jiwa menjadikan manusia berombak sensitive dalam menangani isu yang tercipta. Ramai menjadi juara dalam mengatur rentak mengunjuk rasa, membuak amarah dan mencipta sengketa.

Dan melalui akuan sejarah yang berlalu, saya sudah menjangkakan pasti ada pihak yang mengambil kesempatan fizikal dan vandalisme di atas kekerohan ini.

Meledak api amarah membakar diri dan seterusnya mengundang segelintir jiwa pengecut dan tidak bertamaddun untuk mengambil keputusan bodoh membakar gereja. Sangkanya inilah lagak juara membantu agama agaknya sedangkan tindakan itu hanya mengundang murka allah dan rasulnya.

Manusia punya hak untuk berbeza pendapat dan juga agama, dan kita tidak boleh memaksa sesiapa untuk bersetuju dalam semua pandangan kita.

Berlapang dadalah, ada isu yang lebih besar dari sekadar perteilngkahan pandangan ini, dan bukannya mendabik dada membakar perpaduan.

Menjangka Situasi dan Cabaran

Saya pasti, insiden ini akan menimbul kekerohan.

Ianya akan membenihkan konflik pada diri yang tidak faham agama dan cetek pengetahuan islamnya, dan pastinya warga sekolah mubaligh seperti saya adalah sasaran mudah untuk di tembak amarah dan hujahan dangkal, ekoran tindakan bodoh memarakkan api kebencian beragama.

Anak-anak didik islam disini juga pasti menjadi punching bag perhatian serong mayarakat sekolah, seolah-olah kita umat perampas dan pemeras hak yang sekian lama dikongsi bersama.

Sedangkan islam adalah juara agama toleransi yang diakui sejarah dan praktikalnya.

Hayatilah ayat dari kalam allah ini .

64. Katakanlah (Wahai Muhammad) : “Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain daripada Allah”. Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka :

“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”. (Ali Imran)
Allah telah mengajak semua umat beragama untuk kembali kepada satu kalimah yang disepakati, kalimah yang menjadi inspirasi kepada perpaduan sejagat.
Dengan strategi dakwah, Rasulullah menobatkan perdamaian dan perbincangan dengan semua agama dan mencari jalan penyelesaiannya dengan mesyuarat dan penerangan bukannya penyerangan.

Perutusan Rasulullah S.A.W. mendedahkah bagaimana golongan Ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) memakai perkataan yang sama apabila menyebut perkataan Allah, seterusnya dijelaskan dengan makna aqidah yang tepat secara ajaran Tauhid, (mengesakan Allah) tanpa syirik, sama ada syirik itu melakukan upacara ibadat dengan menyembah tuhan-tuhan yang lain daripada Allah, atau mematuhi hukum-hukum dan undang-undang ciptaan para ahli agama (paderi-paderi) dan pemimpin-pemimpin (Arbab) yang mencipta undang-undang dan hukum yang menentang hukum Allah seperti menghalal apa yang diharamkan oleh Allah dalam kitab yang diturunkan kepada Rasul mereka sendiri atau mengharamkan apa yang dihalalkan, atau memberi hak ketuhanan kepada ahli agama boleh mengampunkan dosa yang menjadi hak Allah sahaja

Ianya asas agama yang dibawakan untuk kita sebagai pedoman Toleransi agama sepanjang zaman.

Dan dalam prinsip menangani konflik, pakar komunikasi dan personality Dale Carniege dalam tulisannya menyatakan : Pilihlah method menyelesaikan konflik dengan memilih cara untuk bersetuju dan bermula dengan perkara yang disepakati.

Bukankah ini maksud yang diajarkan tuhan kepada kita.

Perpektif Dakwah

Suka saya merujuk tulisan Dr. Dzilkefly Ahmad dalam melihat isu ini dari perspektif akademik dan praktikal moral.

Untuk pengetahuan umum, penganut agama Kristian Katolik di Sabah dan Sarawak telah menggunakan kalimah “Allah” sejak 150 tahun lalu. Kalimah Allah juga digunakan oleh penganut-penganut Sikh Gudwara. Dalam konteks negara timur tengah dan negara umat Islam lain, penggunaan nama “Allah” oleh penganut lain, tidak menimbulkan masalah sejak berzaman.

Persoalan penting yang ummat Islam di negara ini perlu faham ialah, Apakah Al-Quran mengizinkan kalimah Allah digunakan oleh penganut selain Ummat Islam? Dan apa pula pendirian ulama-ulama besar terkini atau kontemporari terhadap isu ini, khususnya dalam konteks Islam dalam dunia kini?

Jawapan ini penting dan dapat mengelakkan isu ini dipolitikkan bahkan diekspolitasi sehingga mengeruhkan suasana perhubungan baik antara-agama dan antara-budaya.
Para Ulama kerap merujuk kepada beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyebutkan bahawa Allah SWT sendiri mengiktiraf, bahawa orang-orang muskrik (yang menyembah berhala) pun mengakui bahawa Allah adalah Rabb atau Tuhan yang Mencipta atau Al-Khaliq. Bermakna mereka menerima Tuhan Yang Menjadikan Semesta Alam ini (Tauhid Rububiyah). Islam secara lengkapnya dalam bab Keimanan atau Aqidah Tauhid menerima Allah selaku Pencipta (Rububiyah) dan Pentadbir/Pemberi Hukum (Uluhiyah).

Contohnya ayat dalam Surah Luqman ayat 25 :
“Dan jika (Muhammad) tanyakan mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi?”, Tentu mereka akan jawab “Allah”. Katakanlah “Segala Puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”.

Tegasnya mereka mengiktiraf Allah tetapi hanya dari sifat “Rububiyah”(Pencipta) dan tidak selengkapnya termasuk Allah selaku Yang Mentadbir dan Memberi Hukum (Tauhid Rububiyah).

Saya merujuk kepada pandangan dua tokoh besar ulama terkini, Sheikh Yusuf Qardhawi, penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 1431H dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili Tokoh Maal Hijrah 1429H. Kedua-dua berpandangan bahawa penggunaan nama “Allah” adalah dibolehkan kepada penganut-penganut agama Nabi Allah Ibrahim yakni Islam, Kristian dan Judaism.

Kedua-dua berpandangan bahawa ia adalah baik untuk menjalinkan kesatuan dan perpaduan di peringkat “persaudaraan agama samawiyat”, paling tidaknya. Mereka tidak mengambil sikap sempit macam sesetengah orang Islam di negara ini, bahawa Allah hanya untuk orang Islam secara eksklusif dan penganut lain tak boleh guna nama Allah atau macam suruh cari Tuhan lain pulak. Berapa banyak Tuhan yang ada? Bukankah Islam menganjurkan semua ummat manusia mengiktiraf Tuhan itu Esa atau Satu.

Perhatikan ayat di seterusnya ini. Allah sebutkan dalam Al-Quran:
“….kami beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu, Tuhan kami dan Tuhan kamu, satu dan hanya kepadanya kami berserah diri”…..
Surah Al-Angkabut:46.

Bukankah lebih baik, mengikut logik akal waras, di samping hujah dari al-Quran dan kata Ulama tadi, supaya kita galakkan mereka juga menerima “Allah”, walaupun Tauhid dan Aqidah mereka tak sempurna macam kita. Memanglah, itulah sebabnya mereka Kristian atau Yahudi atau selainnya.

Kalau mereka percaya macam aqidah kita tentang Allah, jadilah mereka orang Islam, bukanlah lagi Kristian dan Yahudi. Namun bolehkah kita paksa Aqidah kita itu kepada mereka? Tentunya tidak. Tidak ada paksaan dalam Islam.

Setelah mengizinkan agama lain menggunakan nama “Allah”, maka yang lebih penting adalah supaya tidak menyalahgunakan nama “Allah” itu. Ini perlu diberikan peraturan dan keterangan seperti yang ditegaskan oleh keputusan PAS, supaya jangan ada yang menyalahgunakan perkatan Allah.


Dengan itu, amat tepatlah saranan Tuan Guru Hj Abd hadi Awang dalam perutusannya merdakan gelojak jiwa sensitive massa kala ini .


Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita.

Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan agama mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan ALLAH sekadar mengubah jenama bagi melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh dizinkan sama-sekali.

Ini adalah kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci kepada umat Islam dan bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang di amal oleh umat Islam, adalah dikira menodai kesucian dan kemurnian kalimah ALLAH di hadapan umat Islam.

Friday, January 8, 2010

Dakwah Merentas Bangsa

Polemik satu kalimah

“Keluarga saya mengejek saya… inilah sikap orang-orang Islam, penggunaan kalimah Allah pun mahu dipolitikkan” ucap seorang pelajar saya mengulas kejadian yang berlaku secara langsung didepan kaca telivesyen tatkala bulletin perdana mengulas isu berkenaan.

“Bukan orang Islam sahaja yang ada hak eksklusif tentang kalimah Allah ini, orang kristian dan yahudi juga ada menggunakannya, saya ada saudara beragama yahudi ini dan mereka menggunakannya Ustaz,” jelasnya lagi. Memang saya kali ini sentiasa diasak dengan soalan sebegini.

Sikap saya untuk berdiam diri dan tidak terbabit dalam konflik isu ini mungkin akan sampai ke penghujung.

Saya yakin ini adalah permainan licik kerajaan untuk menutup pekung kehilangan enjin jet pejuang, lalu di cipta isu baru untuk mengelakkan tumpuan berterusan awam yang hanya akan membawa kejelikan dan keburukan imej kepimpinan Negara. Ulas Pak Din pembantu makmal sekolah saya yang terasa begitu sangsi dengan permainan isu lapuk ini. “Kenapa sekarang ia perlu dihebohkan, kalau tidak kerana ada agenda politik ?? Isu ini hanya akan menjolok sarang tebuan ”

Betul tu Pak Din, Maaf ya Ustaz… apa salahnya saya nak sebut dan berdoa : tuhan allah bantulah saya dan keluarga saya, berikan kami perlindungan dan kesihatan. Sambut Mr. Velloo yang beragama HINDU dan juga penjual buku di koperasi sekolah saya.

Saya hanya tersenyum tanpa membalas, mungkin kerana terfikir ada maklumat dan hujjah
agama yang belum saya perhalusinya.

Haus Ilmu dn Bimbingan

Waktu rehat, bilik agama saya tiba-tiba dipenuhi pelajar.

Gamat mereka datang memeriahkan bilik agama yang selalunya lengang tanpa penghuni kecuali jika ada kelas sahaja.

Hadir untuk bertemu dan bersua muka, juga ada yang membawa soalan yang sekian lama bersarang diminda. Bertalu –talu tembakan soalan ditujukan pada saya meminta jawapan segera.

Ternyata mereka ini dahagakan informasi agama dan amat memerlukannya.

Apatah lagi budaya dan konsep 1 Malaysia memang mendominasi sekolah ini yang menampilkan kepelbagaian budaya dan adat. Variasi bahasa dan gaya percakapan amat terserlah disini.

Moga hati mereka terus terbuka mendatangi bilik agama ini sebagai manifestasi suka dan cinta mereka pada agama. Sukarnya sekarang mencari anak muda yang suka mengunjungi rumah Allah. Apatah lagi di daerah yang tersergam salib dan patung para mubaligh kristian ini disana sini.

Agenda Mempopularkan Allah atau Mengagungkan Allah

“ Ekskulisif sangatkah kalimah Allah ini? Kenapa ianya sampai menimbulkan ketegangan awam. Bukankah semua agama itu sama , agama yang mengajarkan kebaikan…. Bukankah ianya juga berasal dari sumber yang sama. Oleh itu, kenapa nama Allah hanya khas buat orang Islam sahaja” getus pelajar saya membuka topic perbincangan tak rasmi dalam senggang waktu rehat 30 minit itu.

Mereka antara yang lebih suka bertamu dibilik agama dari memenuhkan ruang kolon mereka di kantin sekolah pada masa yang sama tika itu.

“ Kalimah Allah bukan ekskulisif, ianya kalimah popular dan mesra disebut oleh setiap orang tanpa mengira pangkat, jantina mahupun warna kulit. Tak kira status ekonomi mahupun gender, semua akan mengadu dan berharap pada Allah yang maha berkuasa.

Kalimah yang cukup agung ini menggambarkan pemiliknya yang maha hebat dan bijak.

Ianya tunggal dan merujuk kepada tuhan yang esa.

Sememangnya ustaz mengakui melalui pelbagai frasa ayat al Quran menyebutkan tentang perkongsian nama yang sama antara penganut agama samawi, mereka mempercayai dan mengikitiraf ALLAH sebagai pencipta dan pengatur perjalanan alam ini. Benarlah kalau disebut agama lain juga menggunakan nama Allah, ustaz akuinya.

Tapi penggunaan nama Allah bagi agama lain tidak mencakupi fungsi dan reality ketuhanan dalam Islam, mereka menidakkan tauhid. Bagaimana mungkin satu hari nanti mereka akan mengisytiharkan bahawa Allah itu mempunyai anak dan pasangannya dalam kepercayaan trinity, ini akan menodai kesucian akidah ketuhanan orang islam.

Sedih kita bila Allah dipermainkan, dimomok dengan pelbagai andaian palsu.

Penggunaan Berhemat

“ Tapi ustaz, dah lama penggunaan nama Allah ini diigunakan, Indonesia dan kepulauan borneo termasuk sabah dan Sarawak biasa berkongsi kalimah ini tanpa prejudis.

Malahan dinegara barat juga mereka menggunakannya. Saudara saya beragama yahudi sering menyebut nama Allah, langsung tak ada perbezaannya. Saya pernah ke Tokyo dan Beijing, mereka yang beragama Islam menyambut setiap tetamu dengan sopan dan tidak pernah menimbulkan konflik” ujarnya yang juga antara wakil Wushu Negara yang pernah memenangi hampir 20 pingat emas di kejohanan besar dunia.

“ Tidak Lee ! Asal kalimah Allah dari bahasa Arab dan ianya memang nama unik dan khas untuk Tuhan yang disembah dikalangan umat Islam.

Agama lain tidak menggunakan nama Allah, mereka secara tradisi dan kepercayaan sentiasa menggunakan nama gOD atau GOD atau LORD. Hingga hari ini kalimah itu masih digunakan di vatican city dan Negara barat, adakah bila beralih ke timur nama tuhan mereka juga perlu di ubah. Dimanakah keseragaman agama dan identity ketuhanan yang sepatutnya mulia dan istimewa kalau begitu.

Atau niat penggunaan itu hanyalah untuk tujuan meluaskan dakyah kristian kepada orang Islam dan seterusnya mendatangkan kekeliruan yang tidak berpenghujung.

Saksi Sejarah

Dan kalau kita merujuk kepada kamus2 bahasa yang berwibawa seperti oxford dan
britanica : perkataan ALLAH disebutkan sebagai name of God among Muslim’s. Jelas saya sambil mengingati beberapa fakta suntingan dari kertas kerja sahabat saya Ustaz Aizam Masud pegawai Jakim mengenai hujjah balas penggunaan kalimah Allah ini.

Dan fakta sejarah ini juga menunjukkan ianya milik umat islam yang tidak pernah dicabar, tapi persoalannya mengapa sekarang??

Untuk itu, memang boleh dan tiada siapa menafikan …. Jika sesiapa dalam mana agama sekalipun berdoa dan mengharapkan keajaiban bantuan Satu Kuasa Yang Maha Hebat, itulah ALLAH.

Tapi, sebagai rakyat di Malaysia, penggunaan kalimah Allah ini biarlah hanya dilaungkan oleh penganut Islam sahaja bagi mengelakkan ketegangan, ianya antara keputusan cabinet Malaysia pada tarikh 16 Mei 1986 yang mengisytiharkan 4 kalimah istimewa khas untuk islam tanpa boleh dicabar iaitu ALLAH, SOLAT, BAITULLAH dan KAABAH.

Penggunaan mestilah berhemat dan tepat pada maksudnya yang menzahirkan kekuasaan dan keesaan tuhan bukannya mendustai zat ketauhidan yang menjadi pujaan umat Islam ini.

Mahukah satu hari nanti mereka yang beragama hindu dan Buddha juga akan sibuk meminta hak milik Kalimah Allah untuk agama mereka yang mempercayai dewa dewi dari kayangan??