Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Ibu


Syahdu ditangkai hati tatkala saya dikerumuni anak-anak kecil saya berkomplot di satu hari.

Kesempatan masa diwaktu petang dimanfaatkan sebaiknya2 oleh anak saya untuk memasang konspirasi.

Abah... Kami nak buat suprise untuk mama di Hari Ibu nanti, jelas Anis anak kedua saya dalam kelancaran bahasanya. Sememangnya dia anak yang bijak dan petah berkata-kata lebih dari yang lain.

Abah tolonglah kami untuk beli hadiah nanti ... sambungnya sambil adik2 yang lain mula memasang telinga dan menerpa saya.

Auni pun nak belikan hadiah untuk mama, sebelum itu kami nak buatkan kad ucapan buat mama juga ujarnya dibuai ceria. Lagaknya mengambil pen dan kertas melakar kata2 dikad ucapan terus ditiru dua lagi anak kecil saya spontan seperti dipetik suis automatik.
Sememangnya anak ini umpama guru kecil kepada dua adiknya lantaran umur yang tidak luas jarak batasnya.

kami nak buat kad ucapan untuk mama ... jerit mereka menggamatkan petang itu, kehangatan petang terasa sirna sementara.



Kami pun nak beli kek untuk mama jugak la abah, tolong belikan ya, nanti kami bagikan duit untuk abah. duit kami tak banyak, tapi kalau RM5 sorang boleh ya , cadang anis bernas sambil menguit sang abangnya Anas untuk segera memberi persetujuan.

Anas dengan watak selambanya terpinga2. Ya lah2, anas pun bersetuju. jelasnya.

Oklah semua, esok kita buat suprise untuk mama ,... tapi semua kena berjanji untuk jadi anak yang baik, tak bergaduh, selalu tolong mama dan temankan mama selalu ya. Saya mengutip sedikit kesempatan terluang untuk menyulam nasihat, moga ingatan pada hari ibu ini mendewasakan ingatan mereka pada PUSAT kebaikan ini, mengingati jasa ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka.

Moga kamu semua menjadi anak yang soleh dan solehah, Amin ya Allah.

Gema doa bersarang dirongga hati. Moga Allah perkenankan.

Friday, May 6, 2011

Osama di dada Akhbar


Cuak saya menatap akhbar hari itu.

Dengan bebelan dari Obama tentang kejayaan bersejarah penuh gemilang diatas pembunuhan penjenayah paling dikehendaki abad ini, Osama Ben Laden.

Paparan berikutnya mempamerkan keriuhan sambutan penuh kesyukuran di pelbagai tempat seluruh dunia termasuk di zero point tapak jenayah terancang pengeboman World Trade Centre satu ketika dulu. Sambutan diadakan dengan penuh warna -warni, gamat dan tersusun seperti sudah dirancang sebelum ini.

Dan paling memualkan juga laporan akhbar berikutnya memaparkan respon spontan para pemimpin dunia yang senada dengan presiden Amerika itu meraikan kematian seorang lelaki yang bersosok sederhana dengan pakaian biasanya.

Terselit reaksi dari sekutu rapatnya Israel, Perancis, Britain yang begitu gamat mengulang suara Kesyukuran dan Kemenangan ke atas keganasan.

Tapi sayangnya, mengapa ada nada seakan sama dari pemimpin kita yang seagama.

Pastikah kita dengan keganasan yang dilakukan Osama ??? Atau ia sekadar kambing hitam penutup rencana penjajahan Amerika yang sebenarnya.

Saya dipanah soalan rakan yang semeja di Kantin kala itu, Ustaz percayakah Osama dah mati ??



Tanpa berselindung saya mengambil paper dan berkata spontan , Sukar untuk saya mempercayainya atas beberapa sebab :

1) Bukankah sejak 2001 lagi Osama sudah dilaporkan berjaya dibunuh dalam operasi terancang dipergunungan Afghanistan satu ketika dulu. Berita pembunuhannya seolah memaku khalayak dari terus beremosi dan prihatin terhadap seruan dakwah dan mesej islamnya.
Setelah ianya disahkan mati dahulu, siapakah pula yang ditembak sekarang ?? Mingkin 10 tahun akan datang ada Osama lain pula yang kan ditembak lagi.... Tunggu dan Lihat.

2) Gambar Jenazah Osama yang terpamer langsung mengeletek hati saya yang tidak langsung ada pengetahuan tentang photoshope. Namun lakarannya terlalu dangkal untuk menipu seorang budak sekolah menengah sekalipun.
Lantas ulasan berikutnya didada akhbar yang sama membuktikan kepalsuannya yang sebenarnya sudah beredar di alam maya sejak 2009 lagi.

3) Jenazah Osama disempurnakan dengan istiadat agama dengan penuh kehormatan dan disemadikan dilaut untuk mengelakkan pemujaan dan motivasi pembalasan dendam.
Alasan yang memang jelas rapuhnya seoalah tidak pernah mendapat nasihat setiusaha politiknya.
Kenapa perlu tergesa2 melupuskan bahan buktinya, sedangkan 10 tahun masa yang diperlukan untuk membedil dan membunuhnya. Tak bolehkah mayatnya disimpan seketika untuk mematikan hujjah para pembangkang dan peragu kesahihannya.

Sejak bila pula Amerika boleh menyantuni jenazah dan begitu prihatin pada hak2 kemanusiaan sejagat dengan memberikan penghormatan terbaik semasa persemadiannya. Tanpa memejamkan mata pun kita masih terngiang lagi berita kezaliman tentera Amerika di penjara Abu Gharib dan selainnya.

Atau jawapan sebenarnya ialah :

Amerika sekadar mereka cerita, menjaja publisiti dan menguji respon dunia Islam.

Benarkah Osama Ben Laden Mati ??


Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.


Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.


Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.




Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin?


Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.


Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar puntidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.


Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?


Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan, 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Ekspo Pendidikan Islam 2011

Sunday, May 1, 2011

Nikah Khitbah


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE AR-SA

Mungkin beberapa panduan dari seorang tokoh pemimpin pemuda islam ini boleh dijadikan panduan :

Melalui blog ust nasaruddin bin Hassan at tantawi saya nukilkan kepada para sahabat semua …

1.Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , saya menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak-pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .Firman Allah swt yang bermaksud : Dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui . (An Nuur : Ayat 32)

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ].


Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin

Memberi insentif sebagai galakan berkahwin

Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan

Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma

Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan

Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan

Merendahkan hantaran perkahwinan

6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai 'Nikah Gantung' . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

1. Suami

2. Isteri

3. Wali

4. Saksi

5. Aqad [ Ijab Qabul ]

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

Masih menuntut di kolej atau uniersiti

Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah

Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan 'Nikah Gantung' ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar, murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi

http://episodeperjuangan.blogspot.com

Taysir zawaj


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE AR-SA

Tips Dakwah Kontemporari

Malam jumaat itu saya seperti biasa diberi podium kecil untuk berucap.

Masyarakat yang dahagakan ilmu dan didikan agama ini amat teruja sebenarnya dengan pengisian kuliah antara maghrib dan isyak. Saya melihat fenomena ini amat berbeza daripada tempat yang biasa saya diami, ternyata untuk mengumpul puluhan pasang mata yang sanggup bersengkang menghadap kitab pengajian amat mudah disini.

Budaya ilmu yang berakar dari pengamalan islam yang baik ini harus diteruskan.

Tahniah juga kepada majlis agama islam negeri yang semakin rancak membudayakan pengajian agama ini untuk terus menjalin pintalkan pemahaman islam yang benar2 dihayati. Berbeda dengan sebelumnya.

Langsung berkuliah, saya menyatakan pendirian saya dalam berkongsi ilmu, bertanyalah dan kritislah dalam menyoal … moga ianya membuka ufuk pemikiran kita dalam memahami sesuatu dalam sudut yang pelbagai. Pertanyaan adalah kunci pada khazanah ilmu yang tersimpan.

Membina pandangan pelbagai dimensi

Saya amat kurang bersetuju dengan cara dakwah sehala. Ianya membeku jumudkan pemikiran.

Janganlah menerima sesuatu dengan hanya mendengar dan menelan, tetapi timbang tara dan hadamlah ilmu selumatnya…

Jika sebelum ini ramai penceramah berkata : Isu anak luar nikah ini sudah menjadi barah masyarakat kita, ianya kesan dosa dan gaya hidup songsang masyarakat kita dan ianya pasti menjemput bala allah yang amat ngeri…..

Para muda mudi juga kurang memenuhi ruangan serambi ilmu di masjid ini, mereka lebih rela dicandukan dengan hiburan dan pembaziran masa melepak dan bertawaf disekitar kampung. Inilah reality lanskap generasi kita yang akan dating pastinya, entah apa warna dan corak masyarakat yang akan hadir dalam kanvas kehidupan Negara kita di masa depan..

Dengarlah dan berfikirlah.

Dan kalau boleh jujurlah wahai sahabat untuk kita bertanya para agamawan ini, apakah kerja yang semampu mungkin kita lakukan untuk menangani fenomena ini.

Sekurang2nya kita mampu membentuk minority masyarakat kecil yang masih menjaga kesopanan diri dan susilanya ini.

Cadangan Nakal Bersulam Hikmah

Berikan cadangan dan alternative tindakan yang boleh kita sebagai individu, sebagai keluarga dan sebagai komuniti masyarakat untuk turut sama berperanan…

Dan jika kita ditanya tentang gejala social impak pergaulan bebas dan cabaran semasa untuk para muda mudi serta cara penyelesaiannya…

Sengaja saya mengacah minda mereka dengan cadangan, jikalau remaja kita yang seusia 17 tahun dan masih bersekolah di tingkatan 5 dah mula nak menggatal dan sudah menunjukkan potensi mereka nak jadi ayah dan ibu … apa kita nak buat ? bolehkah kita menahan mereka.

Pernah terpapar di media cetak taktik remaja ini mengadu sakit kepada ibubapa mereka untuk tidak hadir ke sekolah. Dan selepas para ibubapa ini berpergian ke sekolah, kreativiti mereka akhirnya membolehkan mereka bertemu dan bersekedudukan di rumah. Mujurlah ada kejiranan yang prihatin untuk memberkas mereka sebelum benih sperma sempat dirembeskan.

Jadi, bolehkah cadangan penyelesaian masalah seumpama ini untuk kita jodohkan sahaja pasangan ini segera agar mereka terpelihara dan lebih bertanggungjawab. Biarlah mereka masih dibawah jagaan keluarga masing2 namun hubungan suami isteri mereka terus terjaga dengan kadar rasa kebertanggungjawaban dan kesedaran mereka lebih tinggi.

Tak dinafikan mungkin ini boleh kita namakan sebagai kahwin monyet diusia muda yang tak tahan ujiannya. Perpisahan dan perceraian boleh terputus bila2 masa sahaja. Dan sesuatu yang pasti, pelbagai masalah rentetan perceraian ini pastinya merimaskan kita.

Tapi sejujurnya jika kita ditanya, manakah yang lebih baik dan mulia …. Menjaga anak halal kandungan dari zuriat yang sah taraf atau membela anak luar nikah yang wujudnya tidak berdosa, tapi bayangannya sudah pasti mencalit arang yang bukan sedikit kewajah maruah.

Dan ini mungkin sekadar cadangan, namun ianya lebih baik dari hanya menuding dan menyalahkan.

Dan saya bawakan pada entry berikutnya, pandangan dan cadangan yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab untuk menjadi renungan dan alternative perubahan sikap dan minda.