Wednesday, June 1, 2011

Orang Baru



Ceria seisi keluarga saya disimbah kunjungan putera ke 6.


Dengan rasminya, Alif perlu bersedia menyandang title abang tanpa kompromi.



Akram Haziq - Nama yang akhirnya menjadi doa keluarga kepada sang bocah kecil untuk terus hidup mulia bertunjangkan bakti pada kedua ibubapa dan agama hendaknya.

Warna Warni Mewarna


Ekspresi Saspen para hadirin menanti keputusan pertandingan diumukan tepat jam 4 petang.



Antara hadiah yang menjadi tarikan para peserta.



Ust Rozali JPN Penang, antara tenaga paling kanan dalam membantu merealisasikan pertandingan mewarna ini dengan jayanya mengambil kesempatan memberi sedikit tazkirah dan promosi perjalanan ekspo pendidikan islam ini.


Ustaz Khairul asfani mengemudi majlis penyampaian hadiah dengan penuh karismanya.

Tahniah kepada semua yang berjaya.

Mewarna Meriah



Mewarna santai bersama ibu, terasa aroma kasih sayangnya.



Pecah panggung, antara citra pengunjung pertandingan mewarna hari itu.



Mesranya simbahan warna yang terlorek dalam corakan kebersamaan keluarga ini, moga ia berterusan.



Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Pertandingan Mewarna Meriah dengan gelagat dan penyertaan luarbiasa.

Kuliah di Surau Salikin


Jadual Pengajian Di Surau Salikin

Monday, May 23, 2011

Syarat Khusus Mewarna


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE AR-SA

Gambar Sekadar Hiasan


Kategori A (Pra Sekolah)

Syarat Penyertaan Dan Pertandingan :

1. Setiap penyertaan mestilah terdiri daripada seorang peserta Pra Sekolah bersama salah seorang ahli keluarga terdekat seperti ibubapa atau adik beradik.

2. Setiap penyertaan hanya diberikan sebuah lakaran berukuran kertas A3 untuk diwarnakan.

3. Masa pertandingan bagi kategori A ialah 1 jam sahaja dan akan bermula pada jam 2.00 hingga 3.00 petang.

4. Hanya pensil warna atau Krayon sahaja dibenarkan untuk kegunaan mewarna.

5. Peserta perlu menyediakan bahan dan peralatan mewarna masing-masing.Peralatan tambahan seperti tikar dan meja kecil adalah dibenarkan.

6. Peserta boleh mewarna mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.



Kategori B ( Sekolah Rendah )

Syarat Penyertaan Dan Pertandingan :

1. Setiap penyertaan mestilah terdiri daripada seorang peserta Sekolah Rendah bersama salah seorang ahli keluarga terdekat seperti ibubapa atau adik beradik.

2. Setiap penyertaan hanya diberikan sebuah lakaran berukuran kertas A3 untuk diwarnakan.

3. Masa pertandingan bagi kategori B ialah 1 jam sahaja dan bermula pada jam 2.15 hingga 3.15 petang.

4. Hanya pensil warna atau Krayon sahaja dibenarkan untuk kegunaan mewarna.

5. Peserta perlu menyediakan bahan dan peralatan mewarna masing-masing. Peralatan tambahan seperti tikar dan meja kecil adalah dibenarkan.

6. Peserta boleh mewarna dan mengolah lakaran mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.


PERTANDINGAN MEWARNA BERSAMA KELUARGA

SEMPENA MAJLIS TADARUS AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHUN 2011

Tarikh pertandingan : 28 Mei 2011 (Sabtu)

Masa : 1.45 petang hingga 4.30 petang.

Tempat : SMK( A) Al Irshad, Kepala Batas, SPU

Syarat Pertandingan Mewarna

PERTANDINGAN MEWARNA BERSAMA KELUARGA

SEMPENA MAJLIS TADARUS AL QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN

TAHUN 2011

Tarikh pertandingan : 28 Mei 2011 (Sabtu)

Masa : 1.45 petang hingga 4.30 petang.

Tempat : SMK( A) Al Irshad, Kepala Batas, SPU

SYARAT –SYARAT DAN PERATURAN AM PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada semua murid Pra sekolah (Tadika), dan Sekolah Kebangsaan / Swasta.

2. Penyertaan terbahagi kepada DUA kategori, iaitu Kategori A : Pra Sekolah / Tadika; Kategori B : Sekolah Rendah (Tahun 1 hingga 6).

3. Tema bagi lukisan ini ialah “ Al Quran Teras Kesejahteraan Ummah Gemilang ”.

4. Waktu pendaftaran akan bermula pada jam 12.00 tengahari hingga 1.30 petang.

5. Peserta dikehendaki berada di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula.

6. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada jam 4 petang.

7. Peserta hendaklah berhenti mewarna setelah tamat tempoh yang diberikan. Tindakan membatalkan penyertaan boleh diambil sekiranya peserta masih terus mewarna.

8. Hadiah-hadiah yang menarik disediakan dengan Johan bagi setiap kategori pertandingan ini akan membawa pulang sebuah basikal, manakala 100 pendaftaran terawal bagi setiap kategori akan mendapat cenderamata istimewa dari pihak penganjur.

9. Hadiah akan disediakan untuk Johan, Naib Johan , Tempat Ketiga dan 7 tempat saguhati.

10. Hasil karya peserta adalah menjadi hak milik pihak penganjur.

11. Keputusan pengadil adalah muktamad, sebarang bantahan tidak akan dilayan.

12. Sebarang pertanyaan sila hubungi Ustaz Hafizullah di talian 019-8608724


Jejak Kasih Kuasa Doa IBU



Kejadian tanah runtuh Hulu Langat pertemu ibu, anak berpisah 11 tahun


AMPANG: Di sebalik kesedihan kehilangan sepupu, rakan dan penjaga Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat, Sabtu lalu, tragedi tanah runtuh itu rupa-rupanya ada hikmah tersendiri buat Muhd Aizad Qusyhairiry Abd Karim, 13, apabila dapat bertemu ibu kandungnya yang terpisah sejak 11 tahun lalu.

Tanpa diduga, Muhd Aizad Qusyhairiry yang sedang dirawat di wad khas bencana Hospital Ampang di sini, semalam dikejutkan dengan kehadiran ibu kandungnya, Nor Suzana Abdullah, 37. Malah, pelajar Tingkatan Satu itu tidak mengenali wanita terbabit sehingga diberitahu ibu angkatnya, Nor Aida Yaacob, 37.
“Terkejut... tak sangka di hospital ini saya bertemu semula dengan ibu kandung yang berpisah sejak berusia dua tahun. Perasaan memang tak dapat digambarkan. Gembira bercampur sedih dan terharu,” katanya yang patah pergelangan tangan dan retak siku kiri akibat tertimbus dalam runtuhan tanah sehingga paras dada dalam tragedi yang mengorbankan 16 mangsa.
Sejak ibu bapanya berpisah pada 2000, Muhd Aizad Qusyhairiry dan abangnya, Mohd Alif Zafran, 15, dijaga dan dibesarkan oleh Nor Aida yang juga ibu saudara mereka.

Sepanjang tempoh 11 tahun itu, Muhd Aizad Qusyhairiry tidak pernah mendengar khabar berita, apa lagi bersua muka dengan ibu kandungnya, walaupun pelbagai usaha dilakukan keluarga angkatnya untuk mencari Nor Suzana, termasuk melalui akhbar.

Nor Suzana yang tinggal di Jalan Klang Lama bersama suami barunya, pula berkata, ketika berpisah dengan dua anak serta bekas suaminya 11 tahun lalu, beliau sedang mengandung anak perempuan, Aerryssa Fadiana, yang kini berusia 11 tahun dan dalam jagaannya.

“Bukan saya tidak pernah cuba mencari dua anak saya itu. Sudah empat kali saya ke rumah bekas suami di Semenyih untuk berjumpa mereka, tetapi ketika itu tiada sesiapa di rumah,” katanya yang mendapat tahu Muhd Aizad Qusyhairiry terbabit dalam tragedi tanah runtuh itu selepas menonton Buletin Utama TV3.
Beliau berkata, hatinya berdebar-debar apabila melihat nama Muhd Aizad Qusyhairiry dipaparkan di televisyen antara mangsa terselamat.

“Jauh di sudut hati, saya yakin budak itu anak kandung saya yang berpisah sekian lama. Berikutan itu, saya bulatkan tekad datang ke hospital menemuinya dan melepaskan kerinduan yang terbuku 11 tahun lamanya.

“Saya bersyukur kerana bukan saja dipertemukan semula dengan Muhd Aizad Qusyhairiry, malah lebih penting dia terselamat dalam tragedi itu. Saya berharap selepas ini dapat menjaganya dengan penuh kasih sayang seperti remaja lain,” katanya yang sebak dengan pertemuan tidak disangka itu.

Sementara itu, Muhd Aizad Qusyhairiry ketika menceritakan pengalamannya berdepan saat cemas tanah runtuh itu, berkata beliau tertimbus sehingga paras dada dan dihempap papan hampir dua jam sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

“Ketika itu, saya cuma teringatkan ibu (ibu angkat, Nor Aida). Saya hanya mampu memanggil nama ibu. Apa yang berlaku di sekeliling ketika itu saya sendiri tak dapat mengingatinya,” katanya yang kelihatan sihat tetapi masih trauma dengan tragedi berkenaan.

Dalam tragedi itu, sepupunya, Mohd Riezman Abdul Latif, 9, turut terkorban. Muhd Aizad Qusyhairiry tinggal di asrama madrasah berkenaan sejak empat tahun lalu, manakala abangnya menuntut di sekolah lain di Hulu Langat.