Sunday, December 18, 2011

Dimanakah kaki mu, kawan ??



Hey Kawan …

Dimanakah kaki anda ?

Mungkin kalian seperti dijolok soalan bodoh dari hujung jemari laptopku hari ini.

Soalan yang mana mungkin ditanya seorang yang waras kepada para pembaca seperti kalian , kawanku yang sememangnya bijak dan begitu menyintai kebenaran dan kebaikan, jika tidak sedemikian takkan kalian tekun mengunjung baca teratak travelog ku ini.

Ya, kawan , terasakah kalian dimanakah kaki kalian malam ini. Masihkah ia bersatu dan bersama dengan kalian, terasakah kalian kewujudannya kala ini atau ianya seperti kain basahan yang tidak bernilai, diguna bila perlu dan dicampak bila uzur berkhidmat dan diganti bila pencen terkoyak.

Kewujudan yang terhijab

Aku sendiri tersentak dengan kakiku malam ini , kurenung dengan nafas yang tertahan, sambil ku lurut panahan mata bersatu urutan tangan kepangkal lututku ……

Aaah, betapa aku seperti tidak pernah menyedari kehadirannya selama ini. Walau ianya banyak berjasa menyusunlangkah kehidupanku, tidak pernah aku syukurinya. Apatah lagi untuk berterima kasih dan memanjakannya dengan penuh kasih saying selama ini … Ku kira, mungkin duri yang menusuk jariku sahaja yang mampu menyedarkan aku tentang kehadirannya ini.

Jika aku tersadung jejak, barulah ku mengerti bahawa aku tidak pernah berdiri sendiri. Aku akan sentiasa dibantu anggota2 bisu yang berkhidmat setia tanpa balasan dan penghargaan. Khidmatnya percuma tanpa ganjaran sempurna.

Kawan, marilah kita bersyukur mempunyai kaki yang masih setia menemani.

Mengekori jejak langkahan kita yang entah bila akan terhenti. Menurut pasrah tanpa bantahan .

Redha dan Ikhlas.

Moga kita juga sebolehnya begitu teman.

Alam ini milik Allah. Tuhan berhak memperbuat apa sahaja untuk menguji dan mengacah hidup hambanya. Penuh kuasa dan hak milik sempurna.

Jika ditanya kepada pemilik sekawan lembu dikandang, perlukah beliau meminta izin sesiapa untuk menyembelih lembunya sekandang, atau bisakah dia memperoleh restu IBU LEMBU untuk mengorbankan anak2 zuriat tangkai jantung hatinya… Jawapan tuntasnya memang TIDAK kerana dialah pemilik yang MUTLAK. Bisa memperbuat apa sahaja untuk harta dan pemilikannya.

Untuk itu teman, kenapa kita selalu merajuk, bertanya dan beralasan.

Merajuk tatkala doa lambat dikabulkan.

Putus asa bila berTAHUN disisihkan penghargaan, walau perkhidmatan cemerlang melebihi rakan sejawatan, namun pengiktirafan professional langsung tidak singgah menyanjungi kita … Kita lupakan bahawa kita ini masih berTUHAN yang sentiasa menyimpan pahala dikocek syurga.

Sentiasa bertanya pelbagai soalan yang beragam tanpa pasrah menerima dan redha. Untuk apa kita beribadat dan melakukan kebaikan?? kenapa perlu ada halal dan haram ?? kenapa tuhan lakukan begini dan begitu ?? dan pelbagai ragam lagi yang berempah rasa tidak sedar dan sombong.

Beralasan untuk sentiasa membina kemalasan, berhelah untuk membela diri dengan rasa dan angan2.

Malunya kita pada kaki kan kawan !


Kaki yang SATU

Dan tanpa sedar, saya terserempak satu kaki di perdu dinding Masjid Bertam Indah yang tidak bertuan, dalam puluhan jemaah yang menghadiri solat fardhu berjemaah disitu seakan lali dengan kewujudannya saban masa.

Empunya nya sedang khusyuk diulit nikmat solat.

Mulianya kaki ini kan, walaupun ianya hanya palsu tapi kita kagumi realiti kebaikan yang pasti termaktub janji pahalanya … PASTI.

Jadi untukmu kawanku, dimanakah kaki mu kawan ???

Bisakah ia menjadi rakan pembelamu atau musuh licik pemusnahmu.

No comments:

Post a Comment