Memang agak terlambat untuk saya menghantar post ini untuk kawan semua.
Ianya petikan pesanan dan harapan dari seorang pewaris ulamak yang ingin melihat kebaikan islam ini mampu tersebar dan diserap sempurna dalam masyarakat.
Gesaannya seolah amat bertepatan dengan rencana zaman hari ini yang biasanya akan didominasi oleh rencam berita hiburan dan aneka ragam kebobrokan seni yang mengapungkan nafsu manusiawi. Namun, kehadirannya seolah tepat pada masanya dan saya terasa tidak ingin entry yang disadur daroi tinta berhikmah ini berlalu dengan permisi yang percuma. Moga saya dapat abadikannya disini.
Pernah saya menulis seketika kaki baru menjejak di pulau mutiara ini, betapa hebatnya amukan hiburan tahun baru dan ancamannya kepada muda-mudi kita hari ini. Ianya walau sememangnya amat diminati oleh jiwa remaja kini namun penyusunan dan pempograman yang diatur begitu kreatif dan memukau khalayak untuk tetap hadir, berasak dan bersesak dengan penuh rela hati dan semangat korban yang tinggi.
Dengan senarai artis gah yang disajikan rentetan persembahannya, mereka masih sempat mempromosi pelbagai diskaun untuk sambutan diambang tahun baru itu dengan tarian perdana, sukaneka dan kemuncaknya dengan kemilau bunga api yang terpahat meriah di dada angkasa.
Begitulah kreatifnya mereka .... dan saya menangisi kekurangan kita sebagai pendakwah untuk lebih kreatif dan bermotivasi dalam mendidik. Disebalik serangan dan leteran , kita jarang berhujjah intelek dan lebih jarang untuk memberi sumbangan program alternatif yang mampu menyayingi kreativiti mungkar.
Namun ... alhamdulillah, tahun ini .... saya ucapkan syabas dan teruskan komittmen anda duhai sahabat dalam merangka agenda hiburan islami yang lebih masyuk dan tangkap lentok.
Jom kita bersama tinta emas dari blog episod perjuangan mengupas kreativiti tahun baru ini :
Sambut Tahun Baru Tanpa Maksiat
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt. apabila sambutan tahun baru kali ini tidak lagi didominasi oleh aktiviti maksiat dan mungkar seperti pesta mandi buih, larian tanpa pakaian, malam tanpa seluar dalam, dan macam-macam lagi nama program karut yang menggerunkan insan beriman mendengarnya.
2. Wallahu a'lam, jika saya terlepas pandang atau tidak mengetahui bahawa masih berleluasa pesta-pesta maksiat melampau sedemikian, namun sekurang - kurangnya tahun ini sambutan tahun baru telah dimeriahkan program alternatif yang tetap menawarkan keseronokan dan hiburan yang terkawal tanpa maksiat dan mungkar.
3. Kini masyarakat mempunyai pilihan. Khasnya anak-anak muda yang tidak lagi dikepong oleh aktiviti hedonisme sebaliknya dihadapan mereka terbentang pilihan alternatif yang mampu membebaskan mereka dari pengaruh maksiat dan mungkar.
4. Antara contoh program alternatif yang saya maksudkan, untuk sekitar Lembah Kelang sahaja ada 6 program yang cukup menarik dan meriah.
a] Konsert Hibur Didik di Dataran Greenwood, Gombak.
Majlis ini bermula malam ini [31 Disember]
Menariknya program ini turut disertai DPPM membuat persembahan bersama bekas kumpulan - kumpulan rock yang mula mendekati dakwah Islam.
b] XPDC Dakwah oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), di Masjid Jamek Bandaraya KL.
- Mula pagi 31 Disember hingga pagi 1 Jan 2012.
- best sebab ada bedah buku dan boleh belajar tentang dakwah secara praktikal di Dataran Merdeka.
b] Himpunan 1000 Jiwa 1 Hati (Masjid Negara / Dewan Jawi)
- Mula tengahari 31 Disember hingga tengahari 1 Jan 2012.
- Best sebab ada Shoutul Harakah dan larian 1000 pemuda.
c] Soal Jawab Agama USTAZ AZHAR IDRUS (Dataran Kemerdekaan Shah Alam)
- Mula malam ini [31 Disember]
- Ust Azhar Idrus berganding dengan Zizan Raja Lawak.
d] Malam Apresiasi Ikim.Fm, (di Masjid Wilayah Persekutuan KL)
- Mula pagi 31 Disember hingga pagi 1 Jan 2012.
- Best sebab ada Prof Dr.Muhaya dan ramai artis nasyid yg hadir.
e] Program Indahnya Islam, (di Masjid As-Syakirin KLCC)
- Mula pagi 31 Disember hingga pagi 1 Jan 2012.
- Best sebab ada banyak bedah buku menarik terutama buku Abdul Latip dan forum oleh Fatimah Syarha.
5. DPP juga turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik untuk sambutan tahun baru. Sebagai contoh DPP Indera Mahkota akan menganjurkan XPDC ke Cherating atau ke kawasan yang dikenali "Kampung Yahudi". Begitu juga DPP turut menganjurkan mini konsert. Pastinya Motto kita ialah " HIBURAN TANPA MAKSIAT"
6. Akhirnya saya ucapkan tahniah kepada ngo-ngo Islam yang kian aktif dan berani menganjurkan program alternatif kepada masyarakat kita khasnya muda-mudi agar mereka tidak hanyut dan terjebak dalam kancah maksiat dan mungkar yang mengundang kemurkaan Allah swt. khasnya sempena sambutan tahun baru. Mudah-mudahan perkara ini akan terus berkembang dan menjadi fenomena di saban tahun.
Nasrudin bin Hassan al-Tantawi
Ulama Muda & Pendakwah
No comments:
Post a Comment