Monday, November 2, 2009

Sudahkah ku syukuri nikmat Mu tuhan.

Hari ini saya ada dua undangan jamuan di Hotel, Pertama bersama rakan –rakan sejawat di SMP berlangsung di Cafe Bole manakala malamnya say bersama meraikan graduan ke 7 para pelajar OUM di kota kinbalu. Saya adalah salah seorang tutor sambilannya yang mengajar subjek Bahasa Arab dan Pengajian Islam sejak 2005 lagi.

Semasa saya kekenyangan menikmati pelbagai juadah makanan yang disediakan, maklumlah sekarang ini sempena penghujung tahun dan penutup musim perkhidmatan 2009, undangan memenuhi jamuan perut lebih hebat berbanding jamuan rohani. Teringat saya pada nikmat rezeki yang allah pinjam dan berikan kepada kita, begitu banyak dan tidak terhitung … tapi diri ini tertanya2 adakah kita sudah berjaya mensyukuri dan melaksanakan tuntutan nikmat itu sendiri… atau kita lebih banyak tersipu malu menggunakan banyak budi nikmat tuhan yang tak pernah kita balas, mungkinkah aku juga dikalangan manusia biadap ini… astaghfirullah.

Ya allah, ya tuhan kami… berkatilah rezeki yang engkau berikan kepada kami, jadikanlah kamu hambaMu yang sentiasa bersyukur dan tidak menyalah gunakan nikmatmu, jadikanlah kami hambamu yang patuh dan taat mengerjakan perintah mu, dan meninggalkan segala laranganmu.

Ya allah, jangan lah engkau benci dan marah kepada kami,jangan lah engkau buang kami dari rahmatmu, jangan engkau sishkan kami kelembah hina dan kehancuran, dan janganlah engkau biarkan kami leka dengan nikmat ini,tuhan.,

Ya allah, jika engkau tulis diri ini sebagai manusia celaka, ampunkanlah kami …. Kami takkan sanggup mengharungi nerakamu tuhan, tolonglah kami tuhan, padamkanlah kecelakaan itu dari takdir kami dan gantikanlah ia dengan kebaikan…Basuhkanlah dosa-dosa kami dengan iringan air mata yang sentiasa basah mengingatimu, gugurkanlah noda kesalahan kami dengan getar rasa takut padamu, dan hapuskanlah zulmat hati ini dengan cahaya penyesalan yang tidak kunjung padamnya…

Ya allah, jika engkau takdirkan kami sebagai hambamu yang mulia dan baik, maka tetapkan lah iman kami ..berilah kami istiqamah, campakkan rasa cinta dan saying kami padamu dan agamamu tuhan, jangan biarkan kami menyeleweng … dan jangan izinkan kami tuhan melakkukan perkara yang engkau benci…

Ampunkanlah kami tuhan… dan terimalah kami menjadi hamba yang engkau sayangi, menjadi hamba yang engkau paling sayangi dan menjadi hamba yang engkau paling, paling , paling sayangi…..

Aminn, ya rabbal alaminn.

Moga Allah terima doa manusia yang banyak dosa ini…………

Jamuan Oh Jamuan.....!

Hi – Tea Guru-Guru SMK Perempuan Likas

Tarikh : 31 Oktober 2009
Masa : 12.30 tgh – 4.30 petang
Hari : Sabtu
Tempat : Café Boleh, Sutera Harbour.

Antara gambar warga SMP menikmati jamuan yang disediakan dengan penuh suasana ukhuwwah dan jalinan silaturrahim.



Tenaga penting di Sekolah, Puan Pengetua Puan Hetty dan Pengerusi PIBG SMP Hj Darus.



Suasana di meja jamuan, kelihatan para guru sedang menikmati hidangan



Cikgu Husin dan Cikgu Abrin, antara jejaka rebutan di SMP tapi awas.. dah kahwin.



Bersama rakan sejawat Ust Norzam dan Abang Juhari.



Siapa yang tak kenal... Datuk K di SMP.

MENJUNJUNG IZZAH DI HATI - RENUNGAN BERSAMA PELAJAR POLITEKNIK KK


Memetik kata-kata Dr Daniel Zainal abidin dalam buku bestsellernya Minda Muslim Super : Kiranya satu perkataan yang boleh mengambarkan kekuatan iman maka saya akan mengatakannya umpama ledakan NUKLEAR, ia amat wajar kerana iman dan nuclear membawa ledakan besar yang membawa perubahan yang ketara dan mengejutkan.
Tapi yang membezakan keduanya ialah nuclear membawa kemusnahan dan menghancurkan tapi ledakan iman membawa kebaikan dan menghidupkan jiwa dan akal.

Inilah kekuatan yang sedia ada pada umat Islam hari ini dan inilah yang sepatutnya menjadi nadi penggerak ummat seluruhnya. Rasa bangga dan Izzah dengan Islam harus ditanam sejak awal lagi kedalam hati sanubari umat dan inilah yang akan menjadikan kita istimewa dan sanggup mempertahankan agama ini biar apa yang terjadi kerana kita memang dilahirkan cukup istimewa.Inilah gambaran yang dipertontonkan sejarah awal islam apabila ikon islam para sahabat nabi sanggup bergadai nyawa dan jiwa hanya kerana menjaga kemuliaan islam dan kemanisan iman yang ada pada mereka.

Masih ingatkah kita pada kata keramat Khalifah Umar al Khattab : kami adalah satu kaum yang dimuliakan dengan islam dan sekiranya kami mencari kemuliaan bukan dengan agama ini maka kami akan dihina oleh Allah.

Lalu kerana inilah AM Lothrop Stoddard menyebut dalam bukunya : The New World of Islam ,dengan pujiannya berkata : Kebangkitan Islam adalah kebangkitan yang paling menakjubkan yang pernah berlaku dalam sejarah kehidupan manusia, Bermula (seolah ledakan)dikawasan terpencil oleh manusia tidak dikenali, islam berkembang dengan psatnya hingga dalam masa satu abad, ia sudah menguasai setengah dunia, kebangkitan islam melahirkan dunia yang baru …dunia islam (yang aman dan menyelamatkan).

Berceramah didepan 80 pelajar politeknik Kota Kinabalu dipagi hari Sabtu lalu, diserambi masjid tuaran yang begitu nyaman dan tenang, saya mengulas persoalan aqidah islam dengan membawa akal budi para audiens untuk kembali merasai Izzah islam ini semula, moga ianya akan menyemarakkan rasa cinta pada agama dan menzahirkan semangat sanggup berkorban dan terkorban.

Lihatlah bagaimana bersemangat dan khusyuknya para pelajar politeknik ini mengikuti kuliah dasar mereka dalam Program Kem Remaja Islam Kamsis 2009. Moga gambar dibawah ini dapat menceritakan sesuatu……





Sunday, November 1, 2009

Malam Qiam Muhasabah SPM 2009

Alhamdulillah dalam rencam hidup bergerak pantas mengejar roda masa yang berlalu laju, tatkala umur 2009 juga kian hampir ke penghujungnya, para pelajar SPM juga kian kencang debaran jantungnya, serasa sesak dan sebu menyergah ruang perasaan dan minda mereka saban hari…

Dengan inisiatif ahli jawatankuasa BALKIS (Badan Latihan dan Kepimpinan Islam) sebuah persatuan pelajar Islam yang bergiat aktif di sekolah ini memberi cadangan untuk sama2 meredakan ketegangan ini dan memugar restu ilahi,lalu dengan rangka program berbentuk munajat dan muhasabah, program ini akhirnya selamat diadakan pada 30.10.2009 iaitu hari Jumaat yang lalu dengan disertai lebih 50 orang pelajar SPM dan Ajk Balkis. Dan ia diberi nama Malam Qiam Muhasabah SPM 2009.

Program diserikan dengan tazkirah oleh pelajar UMS sdr Fezri dan muhasabah kecemerlangan oleh tenaga2 penting Persatuan Siswazah Sabah (PSS), slot kesedaran oleh Ust Nadir dan seterusnya Qiam Hajat dan Munajat dipenghujung pagi yang hening dengan doa yang dipanjatkan panjang memohon redha dan kejayaan, Tazkirah subuh disampaikan oleh Ust hafiz dan akhirnya ditamatkan dengan sesi renungan bersama para AJK Tertinggi Balkis yang diketuai oleh Syaza Syafeeqah Khasnan dan pengarah program ini Munawwarah Jamaludin.





Antara peserta program yang hadir dengan nawaitu hati yang sama.



Slot Kesedaran Oleh Ust Nadir



Tazkirah Subuh oleh Ust hafiz



Antara fasilitator pembantu Program, terima kasih PSS.

Masihkah kau ingat lagi..

Buat Sahabat2 Jordan,Bumi anbiya'dan dataran syam....

Masihkah kau ingat ….. hari pertama, dalam kepayahan menerima takdir yang tersurat, kita menapak kaki juga penuh berat mengunjungi sakan dan mendaftarkan nama… disinilah nanti bermulanya permusafiran ilmu kami ya allah..terimalah kami yang terbuang ke bumi ini.Sesudah itu kita, bergegas pula kita ke masjid jamiah… untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba tuhan….

Sesampainya disana , berdiri kukuh dan mantap dipenjuru masjid sebelah kanan dengan dikelilingi para khalayak yang lain, seorang pemuda petah berbicara, dengan raut wajah penuh keyakinan dan suara lantang dan tegas mengulas fakta, dengan susuk dan gaya kemas menampilkan kewibawaan dan skill perawakan yang tersendiri, memukau sekelian anak-anak kembara ilmu ini bukannya dengan lantunan suara lantangnya memecahkan keheningan malam, bukan juga dengan retorik bahasanya yang berbunga-bunga akan tetapi… dialah sebenarnya pada peringkat awal pembuka minda ilmu dan intelek kita untuk mempunyai wawasan keintelengesiaan dan amanah ilmu dalam agama ini, petahnya menggulung hujjah bersulam fakta, disunting pula dengan petikan dalil yang dihafalnya penuh mantap, disinggung dengan rujukan kitab muktabar dari halaman dan penerbitnya… juga isu pemurniaan sejarah islam yang disentuhnya tentang berani dan amanahnya Tariq bin ziad dan juga khalifah mujahid Muawiyah bin abi sufyan dengan begitu santun dan mempesonakan . Pastinya anda semua dapat mengagak siapakah lelaki misteri itu..

Ya dialah dulunya yang kita pernah memanggilnya Ust Asri, presiden persatuan mahasiswa jordan dan kini sudah mendapat gelaran Dr. asri dengan jawatan mantan sahibus samahah negeri perlis.

Ikatlah ilmu Mu dengan tulisan



Semasa muqaddimah tazkirah pagi ini diluncurkan penuh semangat oleh saudara penceramah, lensa kamera ini sempat saya halakan ke beberapa tempat untuk merakam situasi yang berlaku di sekeliling..

Lagipun inilah rasanya rutin sebagai blogger baru, daripada tinta menulis berita, rasanya lebih yakin dan berkesan bila gambar yang bercerita..

Saya terus mengambil gambar2 yang sesuai dengan seberapa segera takut2 terlepas telinga ini dari hamburan ilmu Ust Zahazan di awal pagi ini,mengambil gambar adalah satu perkara baru yang saya buat demi dakwah dan ilmu ini saya kira jangan lah sampai mencacatkan komitmen dan konsentrasi saya pada ilmu… oleh itu saya snap seawal dan sebanyak yang mungkin peristiwa subuh hari itu…mungkin ada yang berguna dan sesuai untuk dipamerkan di alam maya nanti.

Namun tika berlangsung pertengahan kuliah, mata saya terpandang mesra dari kejauhan ragam seorang manusia ini yang sebelumnya sama2 berjemaah subuh dengan saya kerana kami sampai ketika slam terakhir oleh imam pagi itu… setelah solat, masing2 membawa diri mencari tempat sesuai untuk berlabuh… saya memilih ruang tengah yang lebih jelas dan mudah menangkap wajah dan reaksi sang penceramah, manakala dia lebih suka mengambil sudut tepi tanpa halangan berdepan dengan penceramah…

Namun, bukan seperti tetamu ilmu yang lain … dia bukan sekadar membawa hati dan telinga, bahkan dia turut membawa buku catatannya, pennya dan memegang erat handphonenya untuk merakam setiap aksi Ustaz zahazan hari itu… Mulia sungguh lelaki ini,moga allah terus memperhebat rasa cintanya pada ilmu dan islam..

Begitu juga kita wahai para sahabat…. Sepatutnya kita bersama sunnah para ulamak yang sentiasa menyebut prinsip ilmu ialah manusia mudah lupa lalu untuk melawan kelemahan ini mereka berkata : qayyidul ilma bil kitabah – maksudnya ikatlah ilmu itu dengan tulisan. Dan hari ini kita pun sama2 mengakuinya, ilmu yang diperolehi dengan pendengaran hanya akan bertahan selama 5 jam berbanding ilmu melalui pandang dengar yang mungkin menjangkau 10 jam, tapi ilmu yang diikat dengan penulisan ini mampu bertahan selamanya kerana kita mampu merujuk dan memperbaharui ingatan kita semula…

Untuk nota, lelaki itu rupanya seorang siswa UMS, dalam jurusan perubatan dan kini berkhidmat secara praktikal di hospital bkt padang, berasal dari Perak dan merupakan seorang peminat setia kuliah tafsir ust zahazan yang dirakam dan didengar setiap hari di radio IKIM untuk menjadi koleksi dan khazanah pusaka ilmu dan amalnya.

Allah takdirkan saya bertemu dan mengenalinya disebuah restoran ketika saya menunggu bahan photostat latih tubi pelajar saya, disitulah baru saya berkenalan dan menegurnya sebagai seorang yang amat memuliakan ilmu dan tekun menghargainya.. Saya baru mengenalinya sebagai Dr. Mohamad dari Hospital Bukit Padang.

Terima kasih atas ibrah yang kau tunjukkan pada kami DR !

Halaqah ilmu…. Taman Syurga atau Rumpun Belukar.


Atas tema mengintai ibrah di sebalik hitam putih kehidupan ini lah … saya juga ingin mengambil benda kecil dan remeh yang berlaku dipersekitaran kita tidak kita pedulikan…sedangkan ia boleh memberi kesan dan impak besar dalam kehidupn kita..

Dalam syahdu kalam hidayah dilontarkan al Fadhil Ustaz Zahazan Mohamad disubuh pagi yang bening, para tetamu rumah allah pula kelihatan khusyuk dan tenang memberi perhatian kepada bicara Ustaz yang penuh berhikmah. Mereka datang dan duduk mengelilingi umpama ladam kuda yang utuh dan semangat mendengar yang baik..

Rapat dan khusyuk, itulah dua gambaran yang boleh saya coretkan disini bagi menggambarkan kuliah agama dipagi itu, sesuatu yang jarang sebenarnya berlaku kepada kita dalam kuliah umum atau harian di masjid2 kita di sabah ini, imbas sedikit suasana kuliah disini (dan sekadar mengambil contoh dua masjid gergasi Sabah, masjid negeri dan masjid bandaraya….)biasanya apabila saja pengkuliah mengisi kerusi dan mengambil mikrofon memulakan bicara.. para pendengar biasanya akan duduk menyandar nun jauh nya 350meter daripada ustaz, itupun ada yang duduk berkelompok membuka ceramah dalam ceramah bersama rakan2 mereka, ada yang bermain biji tasbih dan ada yang membuka quran, atau ada yang cepat2 mengangkat punggung meninggalkan sejadah atas urusan yang dirasakan mungkin lebih penting dari omongan kosong penceramah…dan tika itu, entah dimana nilai majlis ilmu dan dimana silapnya taman syurga ini tidak subur berbuah dan taman ini kurang seri dan hilang keindahannya umpama semak belukar yang menyakit rasa dan pandangan.

Sepatutnya kita menjadikan sirah nubuwwah sebagai bekalan… baginda pernah bersabda :
Siapa yang keluar menuntut ilmu, maka dia berada di jalan allah (dalam Jihad Fisabilillah) hinggalah dia pulang semula (Hadis Riwayat Tarmizi dalam kitab ilmu bernombor 2649)

Baginda bersabda lagi : Siapa yang allah kehendaki hidupnya dengan kebaikan, allah akan menjadikannya ahli agama yang sukakan ilmu/terpelajar. (Hadis Riwayat Bihkari dan Muslim dari hadis Muawiyah)

Dan nabi bertutur lagi memberikan motivasi ilmu : siapa yang berjalan merentas denai lorong mencari ilmu, allah akan bukakan padanya jalan ke syurga, dan tidak berkumpul suatu kaum dirumah allah lalu mereka membaca dan mempelajari alquran serta agama bersama2, maka allah akan menghantar malaikat untuk melindunginya, menurunkan ketenangan, menyelubunginya dengan rahmat dan akan disebut nama mereka disisi allah. (Hadis riwayat Muslim dan AlHakim menyatakan hadis ini sohih dalam mustadraknya bernombor 105)

Moga kita dapat mengambil ibrahnya…..