Sunday, August 1, 2010

Wanita Setaraf Anjing

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A : Batal (terputus) solat seseorang kamu jika (telah lalu dihadapan kamu) seorang wanita, seekor keldai atau anjing. Hadis ini dirakamkan Imam Muslim dalam kitabnya bernombor 511 bab Sutrah bagi orang yang bersolat.

Ustaz… saya ada satu soalan untuk kamu. Ah Saw menerjahkan salamnya dengan soalan.

Seperti biasa perjalanan saya tersekat seketika dengan soalannya, urusan saya dipejabat sekolah saya tangguhkan seketika untuk meladeni soalan dari pelajar saya ini.



Saya melayari internet dan terbaca tentang kata2 dari prophet Muhammad yang menyamakan wanita dengan anjing. Betulkah begitu ?

Kaget mulanya saya bertembung soalan sebegitu, tapi saya gagahi sebagaimana biasa untuk tersenyum dan memulakan bicara. Bagaimana hadis tersebut …? Sengaja saya memancing sedikit kepastiannya untuk mengumpul detik menganilisis himpunan data tersebut diminda saya.
Sengaja saya melengahkan sedikit masa untuk mengedit strategi terbaik untuk memberi respons agar ianya menjurus kepada pencerahan ilmu dan keterbukaan minda. Sengaja saya sebenarnya menanti ilham dan pertolongan terbaik dari tuhan tentunya.

Lalu dengan sedikit pelat cinanya yang masih pekat beliau cuba menyebut kalimah hadis tersebut yang pastinya sudah dihafalnya buat pertembungan ilmu dengan saya hari ini.

Hadis yang diriwayatkan Imam Muslim pastinya bukan calang2 hadis yang boleh disanggah DHAIF.

Namun senyum kelegaan saya bila sinar maklumat semakin mencerah diminda saya, ianya persoalan tentang anjing dan islam yang saya terbaca beberapa minggu yang lalu, itupun berkaitan selebriti Islam yang bersekongkol dengan anjing dan berhujjah perbezaan mazhab membenarkan tindakannya. Seorang sahabat bertanya tentangnya dalam satu sidang LDP yang membosankan memberikan sedikit keceriaan dan manfaat pada masa saya tika itu.

Baiklah, sememangnya hadis ini termaktub dalam kata2 nabi yang disebutkan benar dan betul, namun ianya memberi sedikit perbezaan pandangan antara ulamak Islam berkenaannya.

Ini kerana ada dalam hadis yang lain disebut beliau bersembahyang dirumahnya dan isterinya Aisyah berada dihadapannya. Beliau tidak membatal dan menghentikan solatnya.

Begitu juga dalam hadis yang lain menyebut, hanya wanita yang haid sahaja akan membatalkan solat. Dan nabi juga mengatakan : hanya anjing hitam sahaja membatalkan solat, bagaimana pula dengan anjing berwarna lain, lalu rasul menceriakan kita dengan simpulan jawapan : anjing hitam adalah syaitan,( ia akan mengganggu dan memutuskan kekhusyukkan solat).

Logik pun menyatakan taraf manusia dan haiwan berbeza. Lalu dalam persoalan sebegini para ulamak Islam menyatakan maksud hadis tersebut ialah sekiranya dihadapan orang yang sedang solat mengadap tuhan itu dilalui perkara2 tersebut, ia akan menganggu konsentrasi dan khusyuknya. Maka pahala solatnya akan teroutus dan berkurangan.

Seorang lelaki yang sedang belajar diganggu perempuan yang lalu lalang ditingkap bilik belajarnya, normalnya konsentrasinya akan terganggu bukan begitu kan. Lalu dalam hadis nabi meminta kita mencari cara terbaik mengatasinya dengan membuat hadangan untuk solat yang lebih sempurna dan berfokus. Itulah yang dinamakan sutrah.

Islam tak pernah menyamakan antara wanita dan anjing.

Apa pula persepsi kita bila kita ke sebuah kedai menjual pakaian untuk lelaki dan dipintunya terpamer : DILARANG MASUK UNTUK PEREMPUAN , ANJING DAN MAKANAN.

Adakah kita juga menyatakan : pemilik kedai dan pelanggan dikedai ini menyamakan wanita dengan anjing ???

Ah Saw mengangguk faham, namun pasti… soalan mautnya sentiasa menunggu dimuncung laras bibirnya untuk dihamburkan nanti.

Allahul Mustaaan.

3 comments:

  1. jadi, adakah solat akan batal sekiranya muslimat depan kita ustaz tanpa sebarang sutrah?

    ReplyDelete
  2. Salam ,

    Sutrah adalah sunnah bahkan ianya dituntut bagi menjaga komitmen dan fokus dalam solat.
    Sebaiknya menjauhi tempat lalu lalang atau berhampiran tingkap kerana ia akan melekakan dan menganggu khusyuk kita.
    Semakin menghampiri dinding atau tiang lebih baik.
    berada dibelakang orang yang memakai baju bertulisan juga mengganggu solat.
    sebaiknya penghadang tersebut dari hati kita, maka nabi menyuruh tunduk pandangan ke tempat sujud.

    adapun sutrah sebenar, ialah sempadan tempat kita solat. ianya kawasan larangan yang tidak boleh dicerobohi sesiapa, jika tidak... padah. nabi membenarkan bahkan memeinta kita menolak dan halang orang yang sengaja lalu didepan org solat kerana itu bukannya manusia tetapi syaitan.

    terdapat dalam hadis aisyah dalam artikel yang menyatakan nabi solat malam ketika ia sedang berlunjur depan nabi. tika nabi sujud dan rukuk ditariknya kaki hingga kedadanya dan tika nabi qiam dilunjurkan semula kakinya.
    sah solat dan nabi tidak pula menghalang.
    sesuai dengan bilik nabi yang kecil bersama aisyah kala itu.

    jawapannya : tidak batal solat anda.

    ReplyDelete