Sunday, April 1, 2012

Dramatik Alma (5)


Hey kawan,

Debaran saspen semakin menghampiri klimaksnya.

Getaran dijantung ini seakan tidak tertahan. Kami akan dimuktamadkan melalui drama sepakan penalti yang pastinya tragik.

Penalti adalah kesudahan yang amat tragik. Ia boleh menjadi sangat sadis dengan kekecewaan dan kadang2 ianya cukup manis dengan kemenangan.

Kesudahannya ??

Jangan terburu2 kawan, ! Layanlah saspen drama ini, kawan !!

Penentuan sepakan penalty pula menjadi taruhan kami.

Sains memulakan sepakan. Kecekapan penjaga gol alma bijak menutup ruang. 4-5

Alma pula mengambil tendangan lemah. Mudah ditangkap. 4-4

Sains membuat tendangan kencang, bergaya penjaga gol alma menepisnya. 3-4

Alma mensasarkan bola ketengah gol. Ditahan kemas oleh penjaga gol. 3-3

Sains mencari penjuru kanan. Terbang penjaga gol alma menyelamatkannya. 2-3

Alma menerkam ketengah sekali lagi. Tendangannya ditutup kemas sekali lagi. 2-2

Sains membuat sepakan lagi. Penjaga gol masih mampu mampu membacanya. 1-2

Alma pula mengambil kesempatan melalui ketua pasukannya. Lemah dan ditangkap 1-1

Sains membuat sepakan terakhir kencang kearah atas disisi kiri gol. Deras dan padu. Nasib baik keeper alma masih sempat menahannya dengan sebelah tangan ke angkasa. 0-1

Peluang terakhir dari penyerang alma, debaran bertambah untuk semua penyokong alma yang kuat bersorak disisi kiri dan kanan padang yang memang dikuasai alma.

Penyerang import itu menyasarkan sepakan leret kencang kesudut bawah sebelah kiri yang akhirnya menewaskan keeper sains untuk tunduk akur pada kegamatan sorakan alma yang berjaya membelah sejarah sukan bolasepak hari itu.

Alma dinobatkan juara bolasepak zon bukit mertajam msspp petang itu.

Drama tangisan pula mengakhiri suasana, entah dari mana kelihatan kelibat pengetua, semua penolong kanan yang tiga orang itu tampil memberi tahniah, beberapa orang guru mengesat lengan bajunya, meluncur deras air mata kegembiraan dan segera membekas mata merah pada sebahagian besar pemain.

Aku terkedu. Tak percaya. Kami menang hari ini.

Menang dengan penuh dramatiknya.

Sememangnya hari ini penuh drama kan kawan !!!


2 comments:

  1. Wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W. MESTI BACA!!!!!

    ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...

    Assalamualaikum...... Warahmatullahi Wabarakatuh

    ini adalah surat wasiat dari penjaga makam

    Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad

    ... Maeine (Saudi Arabia).

    pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di

    makam Rasulullah SAW.

    selepas membaca lalu

    hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi

    didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada

    hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal

    dunia di zaman ini tiada seorang pun yang

    matinya dalam keadaan beriman.

    (a)isteri tidak mendengar kata suami. (b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.


    (c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat

    kebajikan.

    Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu

    menyedarkan kepada orang Islam ini supaya

    membuat kebajikan, kerana hari

    penghabisan(......Qiamat) akan tiba di mana

    bintang akan terbit dari langit, sesudah itu

    matahari akan turun di atas kepala.

    PESANAN HAMBA INI

    (a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita

    Muhammad SAW.
    (b) bertaubatlah - dengan segera sementara

    Pintu Taubat masih terbuka.

    (c) Bersembahyangla.. (d) berzakat - jangan ditinggalkan.

    (e) Menunaikan Fardhu haji - bila

    berkemampuan.

    (f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu

    bapa.
    Banyak lagi contoh-contoh orang yang

    menerima wasiat ini tetapi tidak

    mempercayainya dan tidak mengedarkannya

    atau menyampaikan kepada orang lain.

    dimana

    mereka mendapat malapetaka.

    setelah

    kejadian yang menggembirakan dan

    menyakinkan ini anda jangan lupa

    menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa

    96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu

    dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. INSYAALLAH.

    PERHATIAN

    setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.

    ReplyDelete
  2. Dari Tuan Tanah,

    Sekiranya artikel ini adalah benar sebagaimana yang dimaklumkan, saya harap anda tidak keberatan menjawab soalan2 berikut terlebih dahulu.

    1) Siapakah dia penjaga makam rasulullah yang bernama Sheikh Ahmad itu, adakah dia masih hidup ? Dan jika tidak pada, kurun berapakah beliau dilahirkan ?
    2) Bolehkah mimpi menjadi hujjah untuk mensyariatkan sesuatu hukum atau perkara, jika tidak ... mengapa tidak digunakan sahaja hadis dan ayat2 quran yang sememangnya jelas menyebut wasiat2 tersebut.
    3) Yakinkah saudara tindakan menyebarkan surat2 ini akan menjanjikan manfaat atau mudharat jika mengabaikannya. Awas, anda mungkin tergelincir aqidah jika mengiakannya.
    4) Sekiranya soalan yang dinyatakan diatas anda jawab dengan ragu2, ternyata tindakan yang anda buat dalam menyebarkan email berantai ini juga sesuatu yang amat meragukan.

    Dan Allah menyatakan : tiadalah keraguan itu mendekati kebenaran wsalau sedikit pun.

    wallahualam.

    ReplyDelete