Filem Hina vs Filem Mulia
Hey kawan,
Saya pernah dijolok dengan soalan provokasi terpimpin tempohari. Apatah lagi isu hangat penghinaan terhadap nabi kita masih panas diladeni massa dalam menyatakan reaksi umat Islam ini.
Saban masa bahkan boleh dikatakan sudah seakan skrip rutin tahunan, peribadi unggul ini akan dikecam, dihina dimomokkan dengan penghinaan saban masa khususnya di September ini. Sedarkah kalian sejak 11 September meleburkan World Trade Centre dari pandangan mata manusiawi ini, laharnya tidak pernah dapat dipadamkan. Maka secara tragisnya, serangan mental dan siri penghinaan ini kerap disumbukan pada bulan kesembilan kalender masihi ini.
Masih ingatkah kalian ditahun yang lalu, provokasinya berbentuk pembakaran alQuran yang dikumpulkan di gereja dan dimusnahkan dengan andaiannya mengajar kefasadan dan keganasan, dan ditahun ini susuk agung Rasul junjungan kita pula yang menjadi mangsa.
Apakah makna semua ini ?
Kenapa kita umat Islam sering menjadi tertuduh dan terpaksa menjawab segala tuduhan liar yang dilemparkan penuh sinis dan jijik pembohongan. Mengapa kita tidak bangkit menyerang, menghentam atau sekurang2nya membalas sebagai mana yang diperlakukan kepada agama dan maruah nabi kita tercinta.
Ustaz ! Mengapa kita tidak sama mencipta FILEM yang menghina dan memalukan agama mereka ? Bukankah Islam ini agama yang mulia dan kita lebih benar dan kekal tinggi berbanding mereka. Inikan QISAS. Allah pun membenarkan kita membalas sekadar taranya. Bunuh lawannya bunuh. Hina lawannya hina. Dan filem lawannya filem. Kita sebarkan di youtube dengan nama JAHANAM STYLE agar ia menjadi fenomena paling meletup dekad ini.
Ya kawan ... ? Setujukah anda dengan anjuran ini.
Kawan, kita umat terbaik dan bermaruah. Manusia yang tinggi maruahnya tidak akan pernah merendahkan wibawanya dengan mengikuti jejak langkah tolol manusia yang kurang cerdik. Nabi sering mempamerkan contoh untuk dirinya , penghinaan bukan perlu dilawan dengan penghinaan, ianya bukti yang sudah terang lagi bersuluh tanpa perlu kita mempertikaikannya lagi. terlalu banyak kisah unggul keperibadian manusia agung ini. Bahkan bacalah kalian peringatan tuhan tentang hamba2 Ar Rahman yang dicintainya didalam ayat 65 surah al Furqan yang membawa maksud : Mereka itu sering berjalan di atas muka bumi ini dengan tenang dan penuh tawaduk, dan tatkala mereka berdepan dengan manusia jahil (jahat dan tolol), mereka pasti berkata dengan sesuatu yang baik dan menenangkan.
Keduanya : siapakah watak yang perlu menjadi target bar kita untuk membidiknya. Adakah kita tega memilih kekasih Allah nabi Isa untuk dihina dan dimalukan. Dia adalah pesuruh Allah dan kalimah buktinya untuk alam jagat ini tentang kebesaran dan kekuasaannya. Biarlah mereka membenci nabi kita kerana itu mereka digelar kafir, tapi adakah kita juga akan membenci nabi ISA kita untuk sama tergolong kafir bersama. Atau elokkah kita jadi seperti objek arang dan abu yang sama2 menanggung seksa tak kira menang atau pun kalah diakhirat nanti.
Biarlah Allah sahaja yang menelanjangkan keburukan mereka seperti pendedahan eksklusif dari bangsa mereka sendiri yang meragui dan mempertikaikan 600 jenayah seksual yang dilakukan para paderi penjaga agama mereka terhadap anak2 perempuan kecil mereka sendiri. Dan jika itu angka rasmi yang didedahkan oleh pihak berwajib seperti yang dilaporkan, tidak disangkal terdapat 10 ribu lagi kes yang didiamkan sebagaimana yang diketengahkan oleh para penyiasat kes itu sendiri.
Akhirnya,biar Allah menjalankan tugasnya. Ia memenangkan kebenaran dan menghina kebatilan.
Untuk kita, marilah kita terus menmahat kasih kepada junjungan besar ini dengan kefahaman dan pengetahuan. Jangan biarkan diri kita menjadi sebodoh mereka untuk memberi reaksi yang hanya memperbodohkan ISLAM dimata dunia apatah lagi pada pandangan Allah nanti.
No comments:
Post a Comment