Salam kawan,
Lama rasanya saya berhibernasi dalam suasana sepi saya sendiri. Pelbagai insiden kehidupan berlalu percuma tanpa sempat untuk berkongsi bersama. Entahlah, adakah jemari ini masih punya aura dan suara untuk berbicara. Harapnya ia tidak kematian rasa. Moga kita masih terus menyambung rahim ukhuwwah kita diteratak bisu ini bersama lagi.
Selang beberapa jumaat yang lalu, saya diberi lorongan oleh TG Ustaz Rosli Osman, Imam Besar masjid at Taqwa, Bertam Indah untuk menyampaikan khutbah rasmi hari guru peringkat pulau pinang di masjidnya. Dengan jemaah yang melimpah sehingga membilang anak tangga dan beranda masjid, saya dipermudahkan dengan teks khutbah sempena hari guru yang diselaraskan oleh JPN PP sendiri. Dengan sedikit selang seli tambahan dari olahan bahasa saya sendiri, saya menyampaikan amanah untuk guru pada tanggal 17 Mei yang lalu. Moga ianya bermanfaat untuk dikongsi teksnya bersama.
KHUTBAH HARI GURU 2013
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ
الْقَائِلِ،
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ
لَه وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،اَللَّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ
وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ,
فَيَا عِبَادَ اللَّهِ!
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru
kepada sidang jumaat yang dikasihi sekelian, marilah sama-sama kita bertaqwa
kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala
perintahnya dan menjauhi segala larangannya, mudah-mudahan kita berbahagia di
dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Kerjaya guru merupakantugasmulia di sisi
Islam, apatahlagimembabitkandisiplinilmuberkaitan agama. Islam sebagaisatu
agama yang mementingkanilmupengetahuan,
memandangtinggimartabatseorangpendidiksamaadaberkaitanilmuduniawidanukhrawi.
Tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang
amat bermakna bagi setiap warga guru. Guru pasti diingati, dihargai dan
diraikan dengan sewajarnya. Tidak kiralah siapa pun yang pernah mengajar kita,
banyak atau sedikit ilmu yang dicurahkan, tidak kira apa bangsa atau agamanya,
mereka tetap guru kita. Merekalah yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira
supaya kita menjadi insan yang berilmu.
Oleh yang demikian, adalah wajar untuk kita mengiktiraf sumbangan dan jasa guru
terhadap pembangunan masyarakat dan negara.Ianya selari dan bertepatan dengan
tema sambutan Hari Guru pada tahun ini “Guru Malaysia : Satu Aspirasi
Satu Agenda”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dewasaini, pelbagaiberita yang
bolehdikirasebagaikeadaan di manamartabat guru cubadirendahkan.
Segalanilai-nilai yang perluadabagisetiap yang menuntutilmu, tidakdiamalkan.
Hal inimenyebabkankeberkatandaripada Allah itutiada. Makadenganitu, masyarakatberilmutetapakanlahirnamundaripadaaspek
yang bukankitacari.
Sebagaiperbandingan, padamasasekarang,
sangatramaiahliprofesionaldaripadabidangmasing-masing yang tampakhebatpadakacamatamanusia.
Merekamenunjukkanprestasi yang baikdalammenjalankantugasmereka. Namun,
kitaakandapatmelihatperbezaanantara orang yang menjagaadabdan yang sebaliknya.
Seseorangakanbenar-benarikhlasdalammenjalankantugaskesandaripadaadabterhadap
guru.
Oleh yang demikian, adab-adabterhadap guru
dalam menuntut ilmu sangat penting. Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada
guru meskipun mereka tidaklagi mengajar kita.Seorang guru
sudah pasti mempunyai pengetahuan yang
tinggitentangsesuatubidangsehinggamampumengajar orang lain.
Olehsebabitulah menghormati mereka adalah dituntutolehsyaraksebagaimanafirman Allah
SWT :
Maksudnya
: Allah meninggikandarjat orang-orang yang berimandiantarakamu, dan
orang-orang yang diberiilmupengetahuan
agama( darikalangankamu) beberapadarjat. Dan ingatlah, Allah
mahadalampengetahuannyatentangapa yang kamulakukan.
Muslimin
yang dirahmati Allah
Pernahdiceritakantentang Imam Syafie menghormatigurunya.
Padasuatuhari, sedangbeliaumemberikuliahkepadaribuanpelajar-pelajarnya,
masuklahseorangbadwi yang
amatcomotsertaamatbusuksekali.Melihatsahajabadwiitumasuk, Imam
Syafielantasberhentidaripadamemberikuliahdanmendekatibadwiitusertamemeluknyadenganerat.
TergamamanakmuridnyamelihatperlakuanImam Syafieitu. Selesaisahajamemberikuliah,
makabertanyalahanakmuridnyakepada Imam
Syafiemengapabeliaumemelukbadwitersebut.Imam
Syafieberkatabahawawalaupunbadwiitubusukdancomot, tetapibadwiituialahgurunya.Sebabitudia memeluk badwitersebutsebagai caramenghormati
guru. Makin terpegunpelajar-pelajarnyaapabiladiberitahutentangbadwi yang
jahilitumenjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Syafie, "Padasuatuhari,
sedangakumenuliskitabfekah ,akumempunyaisatumasalahiaitubagaimanakahhendakmengenalidanmembezakan
di antaraanjing yang cukupumurdengananjingyang belumcukupumur.
Laluakufikirtentubadwitahukeranabadwibanyakmemeliharaanjinguntukmengawalkambing-kambingmereka.
Aku pun bertanyahaltersebutkepadabadwi yang akupeluktadi.Badwiitumenerangkanbahawaanjing
yang cukupumurmengangkatsebelah kaki belakangapabilakencing, manakalaanjing
yang tidakcukupumurtidakmengangkatkakinyabilakencing.Denganpanduanbadwiitulah,
makaakudapatmenyiapkankitabkuitu."
Begitulahceritanya.Walaupunterlalusedikitjasabadwiitukepadanya,
Imam Shafieamatmenghargainyadanmenghormatisehinggamenggelarnya guru.Saidina Ali R.A jugapernahberkata“Barangsiapa
yang mengajarakuwalaupunsatuhurufmakaiaadalahtuankepadaku:”.
SidangJumaat
yang dirahmatiAllah ,
Dalam menjana tranformasi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia, tugas guru bukan sekadar menjadi
mudarris(pendidik), tetapi guru juga sebagai mua’llim ( penyampai yang benar),
sebagai murabbi (pengasuh dan pendidik anak-anak dengan kasih sayang), sebagai muaddib
(pembentuk adab dan akhlak anak-anak), dan sebagai mursyid(pembimbing ke arah
kebenaran).
Kehidupan seorang guru tidak dapat lari dari
hidup secara berjemaah atau dengan kata lain “Hidup Bermasyarakat”
Apabila kita jauh dari sanak saudara dan ahli keluarga , maka orang yang paling
hampir dengan kita ialah jiran tetangga atau lebih dikenali sebagai masyarakat.
Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda :
مَنْ
لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ وَمَنْ أَصْبَحَ
وَهَمُّهُ غَيْرَ اللهِ فَلَيْسَ مِنَ اللهِ
(رواه
الطبراني)
Maksudnya
:“Sesiapa yang tidakmengambilberat di atasurusan orang
musliminmakabukanlahdiadarikalanganmereka. Dan sesiapa yang
padapagiharimengutamakanperkaraselaindaripada agama Allah
makabukanlahdiadaripadagolongan yang diredhai Allah.”
Lihatlahtokoh-tokohulamanusantaraseperti Prof. Dr. Hamka, Syeikh
Muhammad Idris al-Marbawi, Tuan Guru TokKenalidanramailagi,
merekatelahmencurahkanbaktidalammenyampaikanilmudanbergiataktifdalammasyarakat.
Kesinambunganusahamerekaitusewajarnyaditeruskanolehgenerasipendidikmasakini.
Sidang Jumaat
yang dihormati,
Kita tidak boleh meletakkan peranan membentuk
akhlak dan peribadi anak-anak kita hanya kepada guru-guru di sekolah sahaja.
Ibu bapa serta ahli masyarakat sewajarnyamemainkan peranan secara bersama.
Gunakanlah ruang permuafakatan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk
menjana idea dan menyelesaikan masalah.
Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak diberikan
kasih sayang dan perhatian secukupnya. Usaha mendidik anak-anak sebenarnya
bermula darirumah, terutamanya dalam mendirikan solat secara istiqamah,
membaca, memahami serta menghayati isi kandungan al-Quran.Ianya selari dan
bertepatan dengan hasratKementerian Pelajaran Malaysia yang telah
memperkenalkan “sarana ibubapa”
dan “sarana sekolah” sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan
penglibatan ibubapa, komuniti dan sektor swasta kearah bersatu dan menyokong
satu matlamat iaitu membantu murid berjaya. Penglibatan semua mampu mengubah
sistem pendidikan negara kearah kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti
yang diharapkan.
Sidang Jumaat
yang dihormati;
Justeru, sempenaHari Guru
yangdisambutsetiaptahun, kitaperlukembalimengenangjasa guru yang banyakmembantu
agama, bangsadannegara. Hal inibertepatandengansarananBaginda SAW yang mengajarumatnya
agar sentiasaringanmulutuntukmengucapkan ‘terimakasih’ kepadasesiapasahaja yang
berbaktikepadamereka.Sesungguhnyasegalaamalbaktiseorang guru
dalammenyampaikanilmu yang
bermanfaatkepadaanakdidiknyaakanmelayakkandirinyamendapatganjarankebaikan, meskipunsetelahpergimenghadapilahi.
Mengakhiri khutbah pada hari ini mimbar menyeru
dan berpesan, marilah kita menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru melalui
tindakan berikut:
Pertama: Mendoakan kebahagian buat guru-guru, sama ada
yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Kedua: Menziarahi guru-guru untuk mengeratkan
silaturrahim.
Ketiga: Menghulurkan apa juga bentuk sumbangan
mengikut kemampuan masing-masing kepada
institusi pendidikan.
Keempat: Berkatalah dengan lemah-lembut dan jangan
sekali-kali menyakiti hati guru.
Kelima: Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru dan
semua insan yang pernah menabur bakti dan budi kepada kita.
Buat para guru , teruslah beristiqomah dengan
penuh keikhlasan dan kesabaran dalam menyampaikan ilmu kepada anak bangsamudah-mudahan akan diberi
ganjaran oleh Allah s.w.t.
Firman Allah dalam surah al-Jumu’ahayat 2:
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي
الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ
وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي
ضَلَالٍ مُبِينٍ (2)
بَارَكَ اللهُ لِىْ
وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ
مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا
وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ
هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيم.
No comments:
Post a Comment