Hey kawan,
Salam
Syaaban untuk semua dan rasanya masih belum terlambat untuk aku santunkan
ingatan mulia ini menjadi mukaddimah perbualan kita kali ini.
Tahukah
kalian Syaaban sudah menginjak remaja ke usianya 10 hari, memberikan
perkhabaran untuk kita tersedar bahawa hitungan kedatangan bulan mulia Ramadhan
semakain hamper kepada kita. Bulan yang Allah janjikan dengan ganjaran terbesar
ini sememangnya wajar untuk kita dambakan kerana ia akan mengotakan janji tuhan
dengan gandaan pahala yang amat besar juga pembasmiaan dosa yang amat
menakjubkan.
Benar
kawan, Ramadhan adalah bulan mulia impian setiap orang yang mempunyai iman dan
kepercayaan kepada tuhannya. Justeru,
kita memasang harapan akan dapat kembali ke teratak ar -Rahman dengan limpahan
rahmatnya dan penerimaannya.
Moga2 kita berjaya
menuju ke dalam dakapan syurgawi nanti, insya allah.
Namun dalam
kesibukan kita melontarkan harapan jauh mengintai kejelitaan Ramadhan yang
semakin menghampir, kita senantiasa terlupa pada kerlingan Syaaban yang seolah2
meminta perhatian kita menatap keayuan untuknya jua. Sememangnya ramai yang terleka dengan bulan
yang Syaaban ini, kalau ada lintasan ingatan sekalipun mungkin ianya lebih didominasikan
oleh kumpulan wanita yang belum melunasi hutang Ramadhannya, jadi hendak atau
tidak..bulan inilah antara medium terbaik jika bukan terpaksa untuk mereka
mengQadha tuntutan Ramadhan yang belum tertunai lagi.
Bagaimana
pula dengan golongan homo-sapiens yang bergender lelaki ? Pastinya lebih banyak yang akan terhenyak seperti penulis
sendiri dengan kejutan kecewa dan terkilan tatkala Syaaban sudah berada
dipenghujungnya nanti.
Aaah … dah
nak masuk Ramadhan rupanya !!Cepatnya masa berlalu… mungkin ayat itulah yang
sentiasa
terpacul dalam memori sejarah silam kita saban tahun. Leka dan
sentiasa menangguh azam, akhirnya kita terlepas peluang yang dijanjikan.
Dan kalau
inilah fenomena kita setiap tahun, ianya berbetulan dengan agakan Nabi SAW kita
ditanya tentang bulan Syaaban yang mulia ini. Nabi lebih banyak berpuasa dalam
bulan ini melebihi bulan2 yang lain. Nabi seolah mula menekan gear ibadatnya
untuk memanaskan badan menuju kemuncak mihrab pengabdian dan penyerahan sebelum
Ramadhan nanti. Ianya aplikasi amali nabi sebagai persediaan bukannya omongan
azam kosong untuk berlumba tanpa persiapan lebih awal sebelumnya.
Lalu, dalam
satu hadis yang diiktiraf hasan : Nabi ditanya oleh para sahabat tentang
puasanya yang agak banyak dalam bulan syaaban berbeza dengan bulan yang lain :
Nabi dengan tenang dan memotivasikan menyatakan INILAH BULAN YANG RAMAI MANUSIA
LUPA (TTG FADHILATNYA), IANYA BULAN YG TERLETAK ANTARA REJAB DAN RAMADHAN…..
Dan dalam hadis yang lain nabi ada menggambarkan tentang akaun amalan dan
pahala dosa akan diangkat menuju peti besi allah untuk disteril dan disimpan
disana sememangnya dijadualkan penghantarannya pada bulan Syaaban, lalu rasul
mengetuk rohani kita dengan menyatakan : AKU SUKA AMALAN AKU DIANGKAT KETIKA
AKU SEDANG BERPUASA(SEDANG BERIBADAT MENYERAHKAN DIRI UNTUK MENDAPAT RESTU
TUHAN).
Inilah
antara hadis yang paling baik untuk dideklamasikan oleh para agamawan untuk
memimpin audiens menuju persiapan ramadhan.
Atau kita
terkhilaf untuk sama terleka dengan langkahan waktu yang tak pernah berhenti
perlahan.
Lalu,
tatkala nabi berkata JANGAN TERLUPA TTG SYAABAN …..
Janganlah pula
kita akhirnya mengaku : OPS NABI, AKU MEMANG TERLUPA ??
Atau kita
lebih senang menyatakan : TAKPA , LAIN KALILAH ??
Atau kalian
lebih bersetuju dengan stigma lama : Melayu memang mudah lupa kan ??
No comments:
Post a Comment