Hey
kawan,
Berapakah
harga sebuah cermin sisi ? Mahalkah harganya ya ??
Hidup kita
adalah persaingan.
Untuk maju
dan terkehadapan dalam segala bidang memerlukan kita menjadi seorang yang peka dan berani.
Bijak bertindak dan membuat
keputusan segera adalah ciri golongan yang akan mencipta kehebatan. Mereka yang lemah dan lambat bertindak
biasanya akan ketinggalan dan sugul meratapi prestasi diri. Hampanya diri
tatkala terhumban kekandang kekecewaan.
Oleh itu,
kita mesti berani mendepani persaingan.
Persaingan takkan sentiasa mengunjungi kita dengan hilai tawa dalam
santai rutinnya, tapi ianya akan datang dengan desakan pengorbanan dan deretan
keperitan bagi menatijahkan ujian buat yang berjaya dan yang gagal.
Justeru,
untuk melakukan yang terbaik kita mesti sentiasa yakin pada diri. Hormati diri
merupakan refleks syukur terhadap anugerah Allah yang menjadi dan meminjamkan
kita personality ini.
Allah
mencipta manusia dengan variasi karektor yang berbeza. Perbedaannya memberi
biasan warna-warni yang indah untuk alam ini.
Oleh itu, gembiralah…. Yakinlah…senyumlah, diri kita adalah jelmaan
kasih Allah. Kita tidak perlu menjadi orang lain dan kita juga tidak perlu
dengki kelebihan orang lain. Allah takkan bertanya kita didalam kasut dan
kondisi orang yang lain.
Allah akan
menilai kita berdasarkan watak kita, situasi kita, sikap kita dan pemikiran
kita.
Apapun
elemen negative dan positif yang berlaku di alam persaingan kerja kita,
hadapilah ia dengan tenang.
Kita yang membina warna untuk diri dan situasi
hidup kita.
Kegagalan
tidak semestinya bewarna kelam dan menyedihkan. Bahkan golongan yang membina
empayar kemewahan dan keglamouran lebih gemar membina hidup mereka bermula
dengan kegagalan. Bahkan mereka akan sentiasa mendabik dada dengan berkata :
Aku pernah gagal sehingga tiada lagi yang mampu menutupi aurat tubuhku, semua
wang aku hilang sekelip mata dengan hutang bertompok yang tidak mungkin mampu
dibereskan. Semua orang menjangkakan bahawa kiamat sudah berlaku untukku lebih
awal dari tarikhnya ………. Tapi, hari ini mereka sebenarnya yang silap. Kegagalan
adalah warna keemasan untukku bangkit dan Berjaya seperti hari ini.
Percayakah
anda dengan kata2 seperti ini yang berlaku rutin dalam kehidupan kita ?? kalau
anda belum lagi percaya, aku rasa penulis buku ” Dare to fail “ karangan BILLY LIM takkan
menjadi antara buku bestseller untuk motivasi pengurusan dan keusahawanan.
Aah ! semua
orang biasa menempuh susah dan persaingan bukan.
Tapi yang
menentukan tafsiran kehidupan ini adalah diri kita bukan ?? Kita sebenarnya
yang menentukan kejayaan atau kegagalan diri.
Lantaran itu, jadikanlah hormat dan respek diri sebagai azimat untuk
terus maju dan bersyukur. Pujilah allah dan bisikkan selalu pada diri : aku suka
diri aku dan aku mampu melalui persaingan ini. Alunkanlah ungkapan : Aku rasa
hebat dan aku bertuah dikurniakan tuhan dengan perasaan ini.
Mmmm,
magisnya sentuhan kata ini. Ia membangkitkan aroma inspirasi positif yang bukan
sedikit kepada
kita.
Disamping
itu juga kawan, tiada guna lagi kita membuang masa memasang keluhan dengan
mencipta alasan dan omelan. Ianya tidak akan membantu kita. Tahukah kalian, 80%
manusia diluar sana sememangnya tidak akan pedulikan masalah kita, mereka hanya
memikirkan masalah diri mereka sendiri. Namun tinggal 20% lagi manusia, yang
mungkin membantu kita tapi dengan perasaan gembira kerana kita bermasalah dan
tak mampu menyerap tekanan masalah tersebut. Jadi, mahukah lagi kalian
berkongsi masalah ??
Pekerjaan
sememangnya penuh saingan!
Hingga
setiap pagi menuju ke tempat kerja pun takkan ada permaidani merah dengan
escort polis untuk mengiringi lancer perjalanan kita ke tempat kerja dengan
segera dan pantas. Yang ada, hanyalah hidangan kesesakan dan jem yang amat
memualkan kita. Apatah lagi dengan bingit hon dan makian manusia yang tidak
bertamadun, hari kita terpaksa bermula dengan aura pagi yang sentiasa negative.
Setiap
pagi, saya mengemudi jentera dua roda laju menuju destinasi kerja. Tapi laluannya
bersimpang siur dengan pelbagai ragam pemandu apatah lagi jika melihat kepada
agam jenteranya. Pengguna motorsikal seperti kami biasanya akan teraniaya ke
sisi jalan sahaja, mungkin juga itulah lorong yang terbaik untuk kelangsungan
perjalanan dan juga keselamatan kami.
Alhamdulillah, lorong keselamatan kekadang amat berjasa
besar buat kami pendita kerdil dijalan raya.
Tapi kawan
, wajarkah dan apakah penyelesaiannya pula bila pengguna jentera besar seperti
kereta dan lori menghimpit kami hinggakan kelorong keselamatan ini. Mereka
menceroboh sempadan milik jentera kecil kami, kami teraniaya …. Saban hari,
saban pagi disepanjang kesesakan lalulintas dipulau mutiara ini.
Dengan
lagak ego berfizikal besar mereka menidakkan hak kami.
Yang mampu
kami zahirkan hanyalah dengan membeunyikan hon dan memandang sinis ke celahan
cermin kereta mereka.
Tapi persis
manusia kebal yang ego, cermin mereka juga kebal dengan tinted gelapnya. Mereka
memang
kalis maki dan sindiran.
Akhirnya,
aku seperti pengguna motorsikal yang lain hanya kematian hak dan keistimewaan.
Apakah ada
penyelesaiannya buat kami kawan ???
Inilah
bukti kejamnya persaingan ke tempat kerja kan kawan……
Tiada
noktah penyelesaian !
Aku pasrah
dalam kawanan geram dan perasaan berbulu.
Hinggalah
muncul jawapannya suatu hari ???
Hingga tiba
suatu pagi, aku menunggang dibelakang seorang mamat motor ranggi berbaju
Yamaha. Kami memandu dilorong kecemasan
mengelakkan kesesakan kereta yang sudah mati akal dan mati enjin. Tiba2
beberapa jentera besar menghimpit kami ke dinding divider, begitulah rencamnya
kami sentiasa terperangkap ke tembok bahaya. Lalu dengan upaya kami, beberapa
penunggang hanya mampu menyeringai geram dengan sahutan hon berbunyi tanda
protes.
Tapi,
apalah makna protes untuk sang gajah yang ego dan agam. Geram kami hanyalah
aksi lelucon sahaja baginya.
Tiba2,
tanpa disangka sesiapa. Lelaki berbaju Yamaha tadi mula beraksi. Tanpa salam
hon mahupun kalam sindiran, kakinya pantas menujah sisi kereta menghentam side
mirror hingga bertabur dijalanan. Beberapa kereta dan lori menjadi mangsa
tendangan kemas laju tanpa bayangnya, kami tergamam dan tertanya2. Mungkin
inilah jawapannya untuk mereka yang gemar menceroboh laluan keramat kami
dilorong kecemasan lain kali.
Kejamkah ??
Aku tak
pasti ! Tapi ianya mungkin satu jawapan bukan, kalau semua pengguna motorsikal
beraksi demikian… takkan ada lagi golongan ego berjiwa individualistic dalam
persaingan yang akan menyalahgunakan lorong kecemasan bukan ???
Gila ??
Aku pun tak
tahu ??
Sebab
itulah aku bertanya kalian diawal teks ini tadi, berapakah harga sebuah side
mirror kereta ya ?? Mahalkah harganya atau mahalkah juga pengajaran yang dapat
kita ambil untuknya ??
No comments:
Post a Comment