Hey
Kawan,
Kita
sukakan persaingan. Bahkan kehidupan inipun penuh dengan persaingan. Mereka
yang aktif dan tega bersaing mampu mencabar kehidupan di tempat yang lebih
terhormat. Akan tetapi yang gagal dan lemah, biasanya akan mudah tersungkur di
lembah kekecewaan.
Islam
memuji persaingan.
Persaingan
yang penuh dengan kemuncak cabaran dan keterujaan.
Positifnya
mengapungkan kebaikan kepada manusia.
Objektif
inilah yang di akui sang pembawa rahmat Rasulullah tika menyemat kalimat
keramatnya ke dada ibrah ummah dengan mengatakan tuntas : Orang Mukmin yang
kuat itu lebih baik dari orang mukmin yang lemah.
Kekuatan
ialah lambang kemuliaan.
Kekuatan
dan semangat persaingan meningkatkan adrenalin cabaran untuk menobatkan penghormatan
untuk manusia.
Mereka
yang menang dan berjaya di puncak popular tapi yang gagal biasanya disumpah
kekecewaan dan putus asa.
Islam
tidak membenci pertandingan dan perlumbaan.
Bahkan
Islam menyuntiknya dengan galakan demi kemuliaan jihad dan keutuhan perpaduan
umat. Bukankah Allah telah berfirman dalam surah al Anfal ayat 60 yang
bermaksud : Bersedialah (untuk menuju )dengan segala asas kekuatan. Lalu nabi
mentafsirkannya dengan ketepatan panahan dan kemahiran lontaran yang mengenai
sasaran dan perlu dipelajari serta dikuasai sebaiknya.
Bukan
sahaja sunnah qauliyyah yang sentiasa diucapkan rasul, bahkan baginda sendiri
mengemudi pertandingan dengan perlumbaan bersama sahabat2nya.
Kita
biasa mendengar kisah nabi bergusti bukan, kita juga tidak janggal apabila
diceritakan kisah perlumbaan jarak dekatnya bersama saidatina aisyah dalam
venue romantisnya hubungan rumahtangga.
Akan
tetapi pernahkah kalian mendengar tentang kisah seekor unta nabi yang bernama
ADHBA’ , seekor unta terlatih dan mampu maju kehadapab dengan laju tanpa
terkalahkan. Dalam pelbagai perlumbaan yang dianjurkan disekitar kota, nabi
biasanya akan memenangi pertandingan dengan keampuhan larian pecut makhluk
tuhan yang istimewa ini.
Hingga
tiba suatu hari dalam catatan Imam Muhaddisain kita ALBUKHARI, nabi dicabar
dalam pertarungan sengit bersama seorang Arab Badwi dengan unta liarnya yang
memecut laju memintas larian unta rasul kala itu.
Terkejut
para sahabat nabi kala itu dan terbelah dada mereka dengan kekecewaan kekalahan
buat rasul kesayangan mereka. Mana mungkin sang pemimpin akan dikalahkan
sebegini !!!? tukas mereka kegelisahan.
Tapi
tenangnya nabi menguruskan adat pertandingan yang pastinya ada kalah dan
menang, nabi berkata dengan penuh ceria : Sememangnya telah menjadi prinsip tuhan
yang maha agung dan berkuasa, tidak ada sesuatu pun yang allah angkat kepadanya
kemuliaan dan kemenangan di dunia ini kecuali suatu hari Allah pasti akan
menjatuhkannya. (Hadis 2872)
Sahabat
terkedu tenang mendengarnya.
Dan
begitulah kebesaran jiwa sang murabbi ini kawan.
Berlumbalah
untuk kebaikan. Bertarunglah untuk mengumpul kekuatan dan mengasah kemahiran.
Bermainlah
untuk memuliakan agama dan bukannya mempermainkan agama.
Allah pasti menilainya
No comments:
Post a Comment