Hey
kawan,
Dalam
meniti kehidupan ini, kita pasti lelah dengan dugaan. Tiada ketenangan dalam
melayari kehidupan ini kecuali dengan sabar dan redha. Selagi kehidupan ini
bernama ujian, ianya pasti menyakitkan.
Setiap
kesakitan memerlukan pengorbanan. Setiap pengorbanan menuntut korban rasa yang
bukan sedikit.
Alam
dunia hanyalah sementara, ianya alam untuk beramal dan menabur bakti. Tiada
yang lebih indah dari bertemu tuhan dalam keadaan yang disenangi dan
diredhaiNya. Untuk itu, amal memerlukan usaha, kerja memerlukan kesungguhan,
kesungguhan menjanjikan penat, dan penat menuntut kesakitan.
Wajarkah
untuk kita sakit dan berpenat di dunia ? Berbaloikah kita melupakan nikmat
senang dan ingin berseronok menikmati anugerah tuhan yang sementara ini.
Mungkin
jawapan kita masih bernada : Tak salah ! Tuhan mahukan kita menikmati dunia ini
untuk perjalanan menuju akhirat. Ambil lah dunia dan berusahalah untuk akhirat
yang lebih gemilang.
Tapi
sayangnya kawan, itulah bermulanya angan dan mimpi kita. Akhirnya kita
tenggelam dalam menikmati dunia hingga mengabaikan akhirat kita.
Kawan
ingatlah, dunia tempat beramal. Bukannya tempat berseronok. Tempat bekerja
bukannya tempat berehat sambil joli bersantai.
Hanya
KEMATIAN permulaan kesenangan, ianya pembuka kerehatan dan keseronokan bagi
orang yang beriman dengan janji tuhannya. Dengannya kita mampu berjumpa kasih
dan menyaksikan reality janji tuhan.
Jadi
kawan, ayuh kita bekerja untuk agama ini. Biar berpenat dan berkeringat pedih
dan sakit. Kita pasti akan diganjari pahala. Bukankah janji tuhan bagi sesiapa
yang menikmati sakit dan susah untuk agama ini akan mendapat pahala. Biar
terencat agenda seronok dan terbantut impian duniawi demi merebut kasih janji
tuhan dalam menabur rahmat pahalanya ini. Berbaloi kan ???
Oleh
itu, usahlah kita menggantikan pedih dan sedih untuk agama demi sengketa dan
prasangka. Ianya langsung tidak menguntungkan bahkan menambah beban dosa. Sedih yang tidak berguna, pedih yang hanya
memijar rasa bagai untung sabut timbul, tapi ruginya batu tenggelam begitu
sahaja.
Perlukah
kita masih ingin bermasam muka,ingin dimanja prihatin dan sering meneka rasa
dan sangka sedangkan kerja islam dan dakwah masih membukit banyaknya? Tekanlah
butang STOP untuk permusuhan dan terasa hati, kita sepatutnya terus menerus FORWARD
untuk kerja dan perjuangan. Bukankah kerja Islam itu banyak cabarannya ???
Saya
nukilkan dari buku : Bahtera Penyelamat karangan Fathi Yakan beberapa hadis
memintal hati kita untuk bersatu dan tabah menghadapi dugaan.
Rasulullah
Sallallahu’alaihi Wasallam telah meramalkan cabaran dan dugaan-dugaan yang
dihadapi oleh para Mukmin, Da’ei dan Mujahidin di jalan Allah Subhanahu
Wata’ala.
Beliau
bersabda: Orang Mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang susah:
1.
Mukmin yang dengki padanya
2.
Munafiq yang benci kepadanya
3.
Kafir yang memeranginya
4.
Syaitan yang menyesatkannya
5.
Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya
(Hadith
ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dan hadith Anas
dalam
tajuk: “Akhlak Yang Luhur.”)
ORANG MUKMIN YANG DENGKI KEPADANYA
Sebagaimana
lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya. Hasad boleh mengikis Iman seseorang Mukmin jika ia
tidak cepat kembali siuman, bertaubat kepada Tuhan dan
tidak dilimpahi ‘Inayah dan Rahmat Subhanahu Wata’ala. Tepat seperti yang apa disabdakan oleh
Rasulullah
Sallallahu’alaihi
Wasallam:
دب اليكم داء الامم قبلكم , الحسد و البغضاء .والبغضاء هي الحا لقة
.أما اني لا أقول تحلق الشعر ولكن تحلق الدین
“Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu;
iaitu hasad dengki dan
permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau
pencukur, Saya tidak maksudkan
ia mencukur rambut, tetapi (yang saya maksudkan) ialah ia
mengikis agama.”
(Hadith
riwayat Al-Baihaqi)
Rasulullah
Sallallahu’alaihi Wasallam bersabda lagi:
ما ذ ئبان جائعان أرسلا في زریبة غنم بأفسد لها من الحرص على
المال والحسد في دین المسلم .وانالحسد تأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب
“Bencana melepaskan dua ekor serigala lapar di dalam
kandang kambing tidak lebih
besar daripada bencana yang menimpa pegangan agama seorang
Muslim dan sifat
serakah terhadap harta (tamakkan harta) dan hasad dengki.
Sesungguhnya sifat hasad
memamah segala kebaikan persis seperti api menjilat kayu
kering.”
(Hadith
riwayat Al-Tirmizi)
Dalam
hubungan ini Allah Subhanahu Wata’ala telah memerintahkan
Nabi
dan umatnya supaya berlindung dari bencana golongan pendengki.
Allah
Subhanahu Wata’ala berfirman:
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ( 1) مِن شَرِّ مَا خَلَقَ ( 2) وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا
وَقَبَ
( 3) وَمِن شَرِّ
النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ ( 4) وَمِن شَرِّ
حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ ( 5 )
“Katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai
Subuh, dan kejahatan
makhluknya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap
gelita, dan dari kejahatan
wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada
buhul-buhul, dan dan kejahatan
orang yang dengki apabila ia dengki. ”
(Surah
Al-Falaq: Ayat 1-5)
Rasulullah
sendiri melarang sifat hasad dengki dan saling dengki mendengki. Beliau melarang sifat benci dan saling menimbulkan
kebencian. Beliau juga melarang sifat saling membesar
diri dan jebak-menjebak antara satu sama lain.
Beliau bersabda:
Maksudnya:
“Awas kalian daripada sifat prasangka. Sesungguhnya
prasangka itu adalah kata-kata
yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok,
intai-mengjntai, atas-mengatasi, dengki
mendengki, benci-membenci dan jebak menjebak. Jadilah
kalian laksana hamba-hamba
Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan
kepada kalian. Seorang Muslim
itu adalah saudara bagi seorang Muslim yang lain. Janganlah
ia menzalimi saudaranya;
janganlah ia membiarkannya (apabila ia dizalimi); janganlah
ia menghina saudaranya.
Taqwa itu (letaknya) di sini, seraya baginda menunjuk ke
dadanya. Cukuplah bagi
seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya
yang Mukmin haram bagi
seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa) nama baik
dan harta seseorang
Muslim yang lain.”
(Hadith
riwayat Malek, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Babak-babak
dakwah Islam yang dilalui sepanjang sejarah zaman dahulu
dan
kini banyak memperlihatkan peristiwa-peristiwa tragis di mana penyebab
utamanya
ialah sifat hasad dengki. Bukan sifat dengki dan orang jauh tetapi
yang
datang dan kalangan sahabat handai sendiri. Salah seorang penyair
bermadah:
وظلم ذوي القربى أشد مضا ضة على المرء من
وقع الحسام المهند
Penganiayaan oleh kaum kerabat
lebih berbisa dirasakan,
oleh seseorang,
dari tusukan pedang waja India.
ليس مني ذو حسد ولا غميمة ولا آهانة ولا أنا
منه
“Orang yang berhati dengki, yang menjadi batu api, beramal
dengan yang karut-marut
bukan daripada umatku dan aku bukan ikutan mereka.”
Kemudian
baginda membaca firman Allah Subhanahu Wata’ala yang berbunyi:
وَالَّذِینَ یُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اآْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا
( وَإِثْمًا مُّبِينًا (
58
“Orang-orang yang menyakiti para Mu‘min lelaki dan
perempuan (dengan membuat
fitnah) padahal mereka (orang-orang yang beriman tersebut)
tidak berdosa maka
sesungguhnya pembawa fitnah tersebut telah memikul beban
pendustaan dan dosa yang
nyata.”
(Surah
Al-Ahzab: Ayat 58)
Aaaah,
cukuplah sekadar ini kawanku. Ayuh kita jernihkan suasana, kalau keruh air di
muara jangan kita terus melatah prasangka, jom kita mudik ke hulu bersama2
pasti ada jernihnya muafakat dan indahnya persaudaraan disana.
No comments:
Post a Comment