Hey kawan,
Moga rahmat
Allah sentiasa bersama kalian.
Aku
menyayangi kalian kerana Allah. Aku ingin menyantuni kalian sebaik yang
dianjurkan Rasulullah. Aku rela menggadaikan masa terluangku untuk bersama
menyunting silaturahim agar kekal berseri dijambangan ukhuwwah, bukankah
SILATURRAHIM ini penyubur perpaduan dan evidens akhlak mulia yang bersemi di
sanubari jiwa.
Tapi Kawan,
Hati aku
terasa pilu.
Mudahnya
goresan sedih ini mencalarkan gebu ceria syawalku.
Kilatan
permukaan perasaan yang sekian lama telah ku polish dan gilapkan sepanjang
Ramadhan yang lalu kini semakin kabur dipuput kabut dan debu perjalanan ini.
Coretan
khilaf pantas menampal di cerminan rasa. Aku terkedu langsung terkilan.
Kawan,
Maafkan aku
untuk berkongsi rasa.
Sesak juga
rasanya bila diterjah teguran. Kedu membalut rasa.
Aku bukan
seorang yang sering on-line. Mungkin selepas 3-4 hari, baru aku punya masa
untuk mengunjungi teratak maya ku ini. Rutinku memaksa aku begini. Namun,
cukuplah aku katakan aku sememangnya
selesa begini.
Kerana itu
aku tidak memilih method social seperti facebook, twitter dan lain-lainnya
sebagai medium berhubung. Aku takut aku tak punya masa dan kesempatan berbalas
salam dan sapaan. Kalau sekadar senyum, aku tak kisah ….. aku kan sentiasa
senyum untuk kalian.
Aku juga
bimbang ianya akan mempengaruhi dan memberi kesan kepada rutin kehidupanku
nanti yang akan sentiasa terkejar2 dengan sesuatu yang bersifat HAJIYAT
semata2. Justeru, aku senang memilih wacana kurang popular seperti blog ini
untuk berbicara dan menyatakan …. Aku masih update bermakna aku masih hidup.
Aaah,
itulah pilihan mediumku buat setakat ini. Mungkin di kemudian hari nanti ia
akan berubah.
Tapi
senyumku kawan tak selebar dulu.
Hari ini
aku diterjah rambang diruangan komen.
Oleh
seseorang yang amat akrab, kerana itu mungkin ianya melestarikan nick name
TEMAN yang sentiasa
lebih rapat dan intim dari kawan bukan.
TEMANku
menulis : ZIARAHLAH DAN HUBUNGILAH TEMAN2 ANDA, JANGAN ASYIK BERTAZKIRAH
SAHAJA. BUKANKAH ITUPUN AJARAN NABI JUGA.
Terima
kasih teman, atas ingatanmu.
Ingatan
yang cukup tulus dan baik ….. maklumlah datangnya dari TEMAN yang ikhlas
sehingga segan untuk bermadah salam dan menyatakan identity. Bukankah
menyatakan identity juga adalah sunnah nabi yang cukup anti kepada orang yang
hanya ingin bersembunyi disebalik nama Ana, Ana, Ana ….. Man Ana ?????
Justeru,
aku tidak ingin tersinggung dengan teguran.
Cuma aku
tersentuh kiranya aku sebenarnya, memang telah menyakiti dan mengabaikan ramai
kawan2ku diluar sana. Seakan aku terpetik suis automatic untuk membayangkan
slide wajah kawan2 yang mencetuskan ceria dalam hidupku ….
Aku
terbayang taulan seperjuanganku dibumi syam dahulu.
Aku
terkenang rakan sepengajianku di maahad muhammadi sebelum itu,
Aku tersilau
cerminan wajah sahabat2 pemuda di bumi bawah bayu dahulu,
Aku
terimbau figura teman sepasukan di pulau mutiara ini yang menunjangi aktiviti
dakwah pelajar dan
pengajian berguru, juga rakan sepemuda yang baru sepekan ku
kenali,
Aku
tertoleh ke memori imej anak2 didik balkis dan bakti yang kini bertaburan
meneruskan nafas perjuangan,
Aku
terenung dengan imbasan watak sahabat kesarjanaan yang menghuni teratak kuin
sekarang ini,
Aaah,
siapakah gerangan engkau wahai teman yang telah aku calari susilaku …
Dalam
kehairanan aku bertafakur, mengamati salah dan bodohku, berkumat –kamit aku
hitungkan keburukanku…. Aku sememangnya bukan manusia sempurna.
Maafkan aku
duhai teman…..
Tanpa
sedar, aku mula bersetuju dengan pandangan al Imam al Ghazali ketika beliau
mengupas tajuk uzlahnya di lembaran bukunya Minhajul abidin ila jannati rabbil
alamin, untuk menuju jalan selamat …. Ke teratak kasih ar Rahman, ambillah
jalan yang menjauhi massa, elaklah untuk berterusan menggauli manusia,
sesungguhnya ramai manusia dan rakan itu akan melalaikan diri dari ibadah dan
mengingati allah, manusia juga punca kerosakan hati dan diri, pujian manusia
adalah pemusnah, penghormatan mereka adalah hamparan untuk riak dan bangga
diri, apatah lagi ianya juga sumber kesedihan dan kepedihan …. Bukankah kita
akan terasa lebih sakit bila ditegur dan dimarahi oleh orang yang kita lebih
sayangi berbanding orang yang tidak kita kenali ??
Maknanya :
semakin ramai TEMAN dan KAWAN , kita bisa disakiti berulang kali , bahkan
bisanya lebih pedih menyengat ulu hati.
Benar juga
petikan ucapan yang terhambur dari bibir DR Zulkifli al Bakri pada perhimpunan
Guru Mursyid kebangsaan di IAB, Genting tempohari, Buku adalah sebaik2 rakan
dan ianya tidak akan sekali2 menyakiti mu, pilih dan berpadalah dalam berkawan,
kerana kawan bukan semuanya akan menguntungkan diri dan maruah agamamu, bahkan
ramai kawan yang sebenarnya tidak engkau perlukan sama sekali….
Atau ,
mungkin juga ayat al quran yang membisikkan makna : Para pencinta, rakan taulan
yang berkasih saying dan berkenalan di dunia ini suatu hari nanti akan saling
bermusuhan di hari akhirat nanti kecuali lah mereka yang benar2 bertakwa dan
memilih berkasih hanya untuk Allah dan agamanya.
Aaah, aku
ingin berada dikelompok suram ini, dalam kelompok bak melukut ditepi gantang,
tanpa perlu didendang di mata manusia, biarlah amal dan bakti menjadi wira dicakna
malaikat pencatatnya.
Terima kasih
teman atas teguran.
Aku tidak
ingin tersinggung lagi.
Dan tatkala
engkau datang lagi selepas sekian lama menyepi sejak syawal dahulu dan berkata
dengan mengharmonikan nick name baru iaitu KAWAN, aku tahu engkau TEMANku yang
sama.
KAWAN pun
berkata : bila nak ziarah dan jemput kawan kawan mai rumah, janganlah kedekut
sangat.
Aku tersenyum
dan berterima kasih atas ingatanmu.
Jika engkau
pun kawanku, jemputlah ke rumahku tanpa perlu diundang.
Pasti engkau
sudah tahu jalan dan lorongnya kan.
Atau sebagai
kawan dan teman, hantarkan lah suaramu ke corong telefonku bertanya khabar dan
salam, aku pasti menyantuni mu. Takkan engkau tidak tahu nombor telefonku kan
??
Dan alangkah
baiknya kalau engkau tanggalkan seketika topeng zorro nick name mu untuk
sekurang2nya aku mampu menatap ceria ikhlas wajahmu. Dan aduhai malangnya kalau
tidak, dapat juga aku jemput dalam kenduri sulung dirumahku pada 23 Disember
yang lalu. Kenduri meraikan rakan sekejirananku di bertam putra ini, juga buat
mensyukuri kedua anakku yang Berjaya khatam bacaan al-quran kali pertama mereka,
juga buat meniup semangat buat anak sulungku Anas yang Berjaya melanjutkan
pelajaran di asrama penuh, SMKA al Masyhur lelaki sana … juga buat memohon
keberkatan dan keamanan pada kediamanku agar dapat dimanfaat dan bermanfaatkan.
No comments:
Post a Comment