Pengertian
Talak
TALAK IALAH
melepaskan ikatan perkahwinan atau membubarkannya sama ada secara segera atau
tertangguh dengan menggunakan lafaz tertentu yang membawa maksud yang jelas ke
arah perceraian.
Ianya
merupakan satu sistem yang unik dan mengambarkan keindahan islam yang praktikal
dalam mencorakkan kehidupan manusiawi
yang sentiasa berempah dengan segala macam perbezaan ragam dan sikap
individunya. Walaupun Islam mendambakan perkahwinan ideal yang menyatukan kedua
pasangan hingga ke syurga namun ianya tetap memahami karenah rumahtangga yang
tidak pernah berhenti pasang surutnya ombak pertelingkahan dan perbezaan antara
keduanya.
Kekadang
variasi sikap,kecenderungan dan ragam ini boleh menjadi pelengkap binaan
kebahagiaan kedua mempelai yang pastinya akan jemu dengan rutin dan hobi yang
sama, tapi ianya juga bukan sedikit impaknya untuk kekadang mencalar luka lisan
perkahwinan yang selama ini serasi bersama.
Bukan
sekadar idealistic dalam mempertahankan sebuah singgahsana perkahwinan yang
pastinya berjalur liku dan selekohnya tanpa penyelesaian jika ianya dihempas
badai masalah dan komitmen,bukan juga sekadar bergantung pada talian hayat kaunseling
dan nasihat,akan tetapi Islam membuka jalan praktikal untuk bukan sahaja
menyelamatkan perkahwinan dengan memberi pukulan kesedaranuntuk perpisahan
sementara yang dibolehkan rujuk, bahkan ianya juga menyelamatkan sebuah
institusi kekeluargaan dari
kebobrokan dan kekejaman perkahwinan.
Maka kerana
itulah talak di syariatkan dalam Islam yang digambarkan oleh para cendikiawan
Islam, Islam adalah agama kebaikan dan mengajarkan kebaikan dalam semua
perkara, jika tiada lagi kebaikan dalam sesebuah rumahtangga maka talak adalah
jalan terbaik untuk memilih kebaikan semula.
PENGERTIAN
MABUK
Mabuk
biasanya didefinisikan sebagai hilang kemampuan dan kewarasan fungsi akal untuk
berfikir, membezakan dan memilih sesuatu perkara.
Tidak
hairanlah himpunan takrifan para ulamak Islam juga merujuk kepada pendefinisian
yang sama dengan sedikit tokok tambah penerangan dan pentamsilan. Sebagai
contohnya, Ibn Abidin meletakkan takrifannya dengan mengatakan Mabuk ialah sesuatu
keseronokan khayal yang menghilangkan kewarasan akal hingga tidak mampu
membezakan antara langit dan bumi mahupun jantina lelaki atau perempuan.
Ibn Hazam
pula menukilkan Had Mabuk yang dimaksudkan memberi kesan kepada hukum ialah
apabila percakapan seseorang itu sudah bercampur antara perkara yang sedar dan
tidak, serta mengucapkan perkataan yang menggambarkan hilang kewarasan dan ketidaksedarannya.
Ibnu
Qudamah al Hanbali pula menyatakan tahap mabuk yang akan dikenakan hokum ialah
apabila pertuturannya sudah bercampur aduk hingga tidak lagi mampu mengenal
selendangnya dan kasutnya sendiri.
Firman
Allah :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ
وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا
عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ
أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ
تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ
وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا (43)
Kesemua
pengertian ini bersenandung bersama mercu ayat 43 surah an nisak ini yang
merujuk kepada tanda jelas bagi seorang yang mabuk ialah hilang kewarasannya
dengan apa yang dilafazkannya.
No comments:
Post a Comment