Hey kawan,
Suis negatif
masih terpasang di dinding hidupku. Hawa dinginnya pantas menggigit kulit aku
dan memamahnya perlahan2 hinggalah ke sulbi hatiku. Aku tersepuk kepedihan.
Saat ini
aku hanya memikirkan tentang kematian.
Penghujung
kehidupan.
Pemusnah
angan dan pemutus kenikmatan.
Terkadang
aku ingin bangkit menguraikan cengkaman hitam ini, aku ingin bangun gagah dan
ceria seperti dulu. Aku ingin tega bersyukur.
Tapi, hati
kecilku seperti pasrah … redha … dan tekal memilih jalan suram ini. Aku
terjerat dalam suratan harapan yang kelabu, dan aku seolah gembira di penjuru
gelap ini.
Tiba2 aku
teringat beberapa potongan nasihat yang sempat ke titipkan kepada beberapa
orang sahabat.
Persisnya seperti paku serpih yang dipulangkan kedulangnya. Atau
mungkin juga ianya air tepukan tanganku yang terpercik ke mukaku sendiri.
Aku pernah
ditanya dulu. Benar sememangnya aku masih belum melupainya. Aku dipinta nasihat
berhubung seorang rakan yang asyik diburu lembayung maut disebalik tirai
kehidupan. Begitu juga bila seorang pelajarku bertanya tentang rasa kematian
yang semakin menghimpit dan menghampirinya, seakan maut menyorot matanya yang
tajam untuk membaham rakus kehidupannya dan mencariknya bila2 masa.
Aku sedar
aku pernah mengutarakan nasihat. Aku yakin aku sempat menitipkan pesan.
Tapi kawan,
aku rasa aku kini pula yang berganti baton memegang giliran merasai renungan
maut ini kepundak nyawaku. Aku serasa lemah, pasrah dan tak lagi bermaya.
Aku seakan
tewas wahai kawan….
Adakah
pesan untuk ku teman ??
Sebelum
saat aku melangkah pergi …
Sebelum
segalanya bertukar sejarah ….
Sebelum
travelog mematikan langkahan …
Biar silam
sahaja yang menguntum salam.
Tanda aku
pernah bersama kalian…. Berkongsi rasa dan memintal pesan.
……….
Biarkan aku pergi kawan !!......
………………..
No comments:
Post a Comment