Pandangan
Pilihan
Meletakkan
pandangan pilihan merupakan sesuatu yang agak sukar kepada para pengkaji hukum
yang baru seperti kita, apatah lagi apabila kita berdepan dengan dua pandangan
yang berbeza dengan hujjah yang kuat dan logic berdasarkan kepatuhan pada
syariah.
Memilih
majority dengan pakej dua dalam satu iaitu hukuman serta pengajaran dikira
wajar untuk mencegah sikap lewa dan tidak acuh para pemabuk supaya bersikap
bijak dan menolak maksiat dari memusnahkan kehidupannya.
Namun zaman
globalisasi kini yang mencetuskan fenomena kurang kepedulian dalam agama dan
pengabaiaan tanggungjawab dalam keluarga memangkinkan lagi banyak kesan buruk
terhadap masa depan generasi muslim, apatah lagi keruntuhan institusi
kekeluargaan menyaksikan beban kebejatan social semakin berat untuk dijunjung
dan ditangani. Oleh kerana itulah, factor yang boleh mempermudahkan perceraian
seperti ini patut dinilai semula.
Mengutamakan
keutuhan rumahtangga patut dijadikan sandaran utama kepada pemilihan qadhi
untuk menjatuhkan hukuman, contohnya jika si pesalah ternyata terkhilaf cakap
dalam mabuknya dan ianya jelas terpamer rona kesal dan sesal di wajahnya serta
seisi keluarga yang menyayanginya kaget terperanjat dijatuh talak tanpa sedar
sebegini perlulah dinilai tidak sah demi kemaslahatan keluarga.
Adapun bagi
pesalah yang sengaja mencabar kewibawaan agama dengan berulangkali melafazkan noda sama tanpa endah menginsafi
serta terlibat pula dalam penderaan fizikal terhadap isteri atau keluarganya,
maka seeloknya dinilai jatuh untuk menyelamatkan keluarganya yang nyata tidak
bersalah dan perlu dibebaskan dari kerakusan tolol suami pemabuk.
Mungkin
juga boleh dijadikan suatu informasi yang berguna kepada kita dan ia juga diguna
pakai dalam enakmen undang-undang keluarga di Syiria dan Mesir yang menoktahkan
Undang-Undang Bilangan 25 Tahun 1929 di Mesir contohnya menyatakan : Tidak
dikira talak yang dilafazkan orang yang mabuk, sebagaimana undang-undang
keluarga syiria bilangan 89 menyatakan : tidak jatuh talak yang dilafazkan
orang mabuk, orang yang hilang kewarasan kerana marah, panic dan sebagainya
juga orang yang dipaksa.
Rujukan :
1. FIQH
ISLAMI WA ADILLATUHU – DR. WAHBAH ZUHAILI , DAR FIKR, DAMASCUC SYIRIA, CETAKAN
KETIGA TAHUN 1989, JILID 6 MS 366
2. FEQAH
MANHAJI ALA MAZAHIB IMAM SYAFEI – DR MUSTAFA BUGHA DAN RAKAN, DAR QALAM DAMASCUS, CETAKAN KEDUA TAHUN 1996,
JILID 2 MS 125
3. AL
MUFASSAL FI AHKAMIL MAR’AH WAL BAITUL MUSLIM – DR ABD KARIM ZAIDAN , MUASSASAH
RISALAH, BEIRUT LUBNAN, CETAKAN KEDUA 1994, JILID 7 MS 368-373
4. KITABUL
FIQH ALA MAZAHIBIL ARBA’AH – ABD RAHMAN AL JAZIRI ,DAR KUTUBIL ILMIYYAH, BEIRUT
LUBNAN ,CETAKAN PERTAMA TAHUN 1990,
JILID 4 MS 250 -253
5. FATAWA
MUASARAH , DR YUSUF AL QARADAWIY
6. FATHUL
BARI SYARAH SAHIH AL BUKHARI.
No comments:
Post a Comment