Saturday, February 26, 2011

Maulidurrasul di DHMNA



Sambutan Maulidur-Rasul peringkat sekolah DHMNA akan diadakan pada:

Tarikh : 25 Februari 2011
Hari : JUMAAT
Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi
Tempat : Dewan Utama SMK DHMNA
Perasmi : PN. HJH. NORRAIHAN BT. ABDUL RAHMAN
Ceramah: Ust. Ahmad Hafizullah B Ubaidah


Tema:" Wasatiyyah Teras Keagungan Ummah"

16 Febuari 2011



entah mengapa perpisahan sentiasa mengiringi perjalanan kita.

di setiap selekoh kehidupan, kita pastinya akan kehilangan.

kehilangan yamg tidak disangka2.

dan tanpa sedar, kita terpaksa dan merelakan.

dan yang tersembunyi dan saling kita alpakan.....

ialah hikmat tuhan disebalik setiap kejadian.

kita tangisi dan sentiasa kegelisahan.

merencana dan merancang

menahan dan tidak melepaskan...

berhujah dan beragenda seribu perancangan..

namun, kita lupa ...

jangan campuri kerja tuhan

laksanakan tugasan kita...

dan allah menyempurnakan iradat dengan kudratnya...

tanggal 16 Febuari 2011

saya secara rasminya dipindahkan buat kali ketiga dalam jangka masa setahun sebulan

ke ......

SMK ALMA

BUKIT MERTAJAM


Selamat tinggal sahabat

Selamat tinggal SMK DHMNA

Monday, February 14, 2011

Ceramah Maulidurrasul di Mutiara FM

Sempena sambutan Maulidurrasul 1432 H / 2011 M Peringkat Negeri Pulau Pinang, Jabatan Mufti telah bersidang dan bermesyuarat untuk mengadakan siri ceramah penerangan Maulidurrasul melalui radio sebagai satu medium dakwah kepada para pendengar di Pulau Pinang.

Justeru, Radio Mutiara FM yang dapat di dengar melalui frekuensi 97.5 menjadi asset dakwah terbaru.

Dan melalui gabung jalin kerjasama yang erat antara Jabatan Mufti dan Jabatan Pelajaran ini, seramai 8 orang penceramah dari bidang pendidikan Islam ini telah dijemput menyampaikan slot bicara sirah ini bermula jam 2.30 hingga 3.00 petang selama 10 hari bermula 11 Febuari hinggalah 20 Febuari nanti.

Moga slot ringkas ini mampu membaja benih rasa cinta Rasulullah dalam diri kita.


SESSI CERAMAH MAULIDURRASUL SECARA LANGSUNG MUTIARA FM 11-20 FEB 2011


1 Penerimaan Wahyu Ustaz Suhaizi bin Semail
Penolong Pengarah Kawalan Akidah dan Pemikiran Islam JPN P.Pinang - 11 Februari 2011
(Jumaat)

2 Rasulullah SAW Sebagai Ketua Keluarga Ustazah Marziah bt Zakaria,
Penolong Kanan Pentadbiran, SMK Paya Keladi - 12 Februari 2011(Sabtu)

3 Suasana Masyarakat Sebelum Kelahiran Rasulullah SAW Ustaz Syamizam bin Ibrahim
Guru Pendidikan Islam SJKC Keong Hoe- 13 Februari 2011 (Ahad )

4 Tujuan Diutuskan Rasullullah SAW Tuan Haji Abd Moin bin Hasim
Penyelia Kanan Pengukuhan Budaya dan Nilai Islam JPN P.Pinang - 14 Februari 2011
(Isnin)

5 Kepimpinan Rasulullah SAW Ustaz Ahmad Majdi bin Yusoff
Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Barat Daya - 15 Februari 2011 (Selasa)

6 i. Kehidupan Rasullullah sebelum diangkat menjadi Rasul
ii. HIjrah Rasul Tuan Hj.Rozali bin Mohamad
Ketua Unit Unit Operasi Dakwah JPN P.Pinang - 16 & 17 Februari 2011(Rabu & Khamis)

7 Sahabat didikan Nabi ( Siri 1 ) Khairul Asfani bin Nasir
Guru Pendidikan Islam SMK Abdullah Munshi - 18 Februari 2011 (Jumaat)

8 Sahabat didikan Nabi ( Siri 2 ) Ahmad Hafizullah bin Ubaidah
Guru Pendidikan Islam SMK Datuk HJ Mohamed Nor Ahmad
19 Februari 2011 (Sabtu)

9 Kewafatan Rasulullah SAW Ustaz Alrizuady bin Abdul Rahman
Penolong Pengarah Pengurusan Pengembangan Syiar Islam JPN P.Pinang
- 20 Februari 2011 (Ahad)

Skrip Selawat Nabi

Terkadang selawat nabi ini tidak betah melekat di minda. Ianya kekadang menghilang tatkala diperlukan.

Beberapa kali saya tak mampu mengungkapkannya sempurna tatkala ditanya rakan atau dijemput mengendalikan majlis selawat spontan tanpa teks.

Namun, bersama dengan rakan seangkatan ... kami bersama melagukan selawat setakat yang termampu dengan skrip ikatan yang tersemat lekat di minda. Alhamdulillah ianya tidak menghampakan.

Baru2 ini seorang rakan bertanya skrip ini secara spontan.

Saya tergamam lagi. Melalui internet saya menjumpai skripnya.

Saya kongsikan disini moga ada manfaatnya untuk yang mencari dan memerlukannya spontan dan urgent nanti.

Selamat Menyambut Maulidurrasul.


SELAWAT NABI (SAW)

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ

أَشْرَقَ البَدْرُ عَلَيْنَا فَاخْتْفَتْ مِنهُ البُدُورُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُورِ

أَنْتَ شـَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ أَنْتَ نُورٌ فَوْقَ نُورِ
أَنْتَ اِكْسِيْرٌ وَغَالِي أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُورِ

يَا حَبِيْبِي يَا مُحَمَّد يَا عَرُوسَ الخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد يَا إِمَامَ القِبْلَتَيْنِ

مَنْ رَّأَى وَجْهَكَ يَسْعَد يَا كَرِيمَ الوَالِدَينِ
حَوْضُكَ الصَّفِى الـمُبَرَّد وِرْدُنَا يَومًا النُّشُورِ

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى مُسْتَجِيبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ اِرْحَمْنَا جَمِيعًا بِجَمِيعِ الصَّالِحَاتِ

وَصَلاَةُ اللهِ عَلَى أحْمَد عَدَّ تَحْرِيرِ السُّطُورِ
أَحْمَدُ الهَادِى مُحَمَّد صَاحِبُ الوَجْهِ الـمُنِيرِ

Sunday, February 13, 2011

Robohnya Tembok Diktator Mesir



SUMBER: Hosni Mubarak tunduk desakan 18 hari rakyat, letak jawatan (MALAYSIAN INSIDER)

KAHERAH, 12 Feb — Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan kebangkitan rakyat - meletakkan jawatan pada hari ke-18 demonstrasi semalam (tengah malam waktu Malaysia).

Naib Presiden Omar Suleiman mengumumkan Hosni sudah menyerahkan kuasa kepada pihak tentera yang mengetuai sebuah majlis berkuasa tinggi.

Mengumumkan peletakan jawatan Hosni, Omar berkata kuasa diserahkan kepada tentera.

“Presiden Hosni Mubarak telah memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai presiden republik ini dan telah meminta majlis berkuasa tinggi tentera mentadbir hal ehwal negara,” katanya dalam satu ucapan menerusi TV kerajaan tengah malam tadi (waktu Malaysia).

“Semoga Tuhan membantu (anda) semua,” katanya lagi.
Menyusul pengumuman Omar ialah kenyataan pihak tentera.
Kenyataan itu menghargai tindakan Hosni tetapi mengakui kuasa popular rakyat yang membawa perubahan.

“Tiada legitimasi kecuali (kuasa) rakyat,” kata kenyataan itu.
Perintah tertinggi tentera itu diketuai oleh Menteri Pertahanan Mohamed Hussein Tantawi.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata Mesir mesti bergerak ke arah pemerintahan awam dan demokratik.
“Rakyat Mesir sudah bercakap, suara mereka sudah didengar,” katanya.
“Mesir tidak akan sama seperti sebelum ini,” kata beliau lagi.
Pengumuman Omar itu disambut dengan gembira oleh penunjuk perasaan yang turut bersalam dengan tentera yang berkawal di Kaherah dan sorakan kejayaan.

Beberapa jam sebelum Omar membuat pengumuman laporan awal menyebut Hosni telah meninggalkan ibu negara Mesir bersama keluarganya sementara momentum tunjuk perasaan yang masuk hari ke-18 terus meningkat - sehari selepas presiden itu menegaskan tidak akan berundur segera.
Pihak tentera pula berjanji akan menarik balik perintah darurat yang dikuatkuasakan sejak tiga dekad lalu selepas keadaan semasa reda.
Hosni memerintah negara itu sejak 1981 dan kini berhadapan dengan kebangkitan rakyat.

Laporan NBC News berkata, Hosni meninggalkan Kaherah untuk menuju resort Laut Merah Sharm el-Sheikh.

Laporan itu menyebut Hosni meninggalkan ibu negara, salah satu lokasi demonstrasi sejak tiga minggu lalu, bersama keluarganya dari pangkalan tentera Almaza.

Bagaimanapun laporan stesen TV Al-Jazeera yang dipetik msnbc pula berkata, Hosni sudah pum meninggalkan Mesir dan terbang ke Emiriah Arab Bersatu.

Thursday, February 10, 2011

Pemergian Dr Fadal Hasan Abbas - Mutiara Ahli Tafsir



Dari blog sahabat saya Ust Norazamuddin memaklumkan berita sedih ini.

Kepada mereka yang pernah berkelana hingga ke bumi syam pastinya mengenali susuk dan peribadi lelaki ini, seorang ulamak besar khususnya dalam bidang tafsir telah pergi meninggalkan kita. Walau halangan tiada penglihatan membataskan pergerakannya, namun pengembaraan ilmunya bersama Quran tidak pernah terbatas.

Moga allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Bersama saya tampalkan coretan kenangan al Fadhil Ust Norazamuddin bersama gurunya.

Antara kata-kata beliau:
Saya hidup dengan al-Qur’an puluhan tahun tetapi dihadapan al-Quran saya masih lagi seorang pelajar yang kerdil.”’

Tanggal 9 Februari 2011 bersamaan 6 Rabiulawwal 1432H saya menerima mesej dari sahabat saya al-akh ustaz Shahrul Nizam “ Salam, alfatihah, semoga d cucuri rahmat dr fadhal hasan abas telah kembali ke rahmatillah 3 jam yang lalu. Pemergian al-marhum syaikh merupakan satu kehilangan besar kepada dunia Islam, seorang tokoh dalam bidang tafsir dan ijaz al-Quran.

Saya mencari dinternet dan tertulis: Syaikh Fadal Abbas meninggal dunia dalam perjalanan ke Mekah untuk mengerjakan umrah………dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang…

MAULIDURRASUL

Sebagaimana yang pernah saya tulis dalam entri yang lalu, syaikh Fadl mengisi bulan Rabiulawwal dengan mengingati maulidurrasul selama sebulan, sempena pemergian beliau pada bulan Rabiulawwal saya catatkan semula nasihat beliau yang ada dalam catatan peribadi penulis sempena memperingati maulid al-nabawi 1419H pad 12 R.Awwal 1419H bersamaan 6 Julai 1998 di rumah beliau:

ذكر سيدنا رسول الله … وما أعظم ذكرى وما أطيبها….كلها ترتفع بِهذا الأنسان….ومن أجل يعرف الإنسان ذاته، يدرك إنسانيته…يرد ما يليق بإنسانيته ..كل هذه ذكريات …لكن ذكر المولد يبقى لها شرفها…لماذا؟ لأنها هي الأساس (الهجرة، البدر، الإسراء، نزول القرآن، فتح مكة…لأن هناك عظيما قد تشرقت به الحياة، هناك عظيما قد ولد…لكل هذه دفعات الطيبة تستنير بها الصدور.كل ذلك دفع القوي، الندى الذي يسابق مع ضوء القمر والشمس ويسابق مع نسمة الصباح من أجل أن يدرك الإنسان إنسانيته. لقد كانت الحياة قبله مزيجا من الحق والباطل . وخالطا من الشر والخير. كانت شيئا فيها النور وفيها الظلمة ولكن أراد الله أن يدرك الكون . ما هو وأين هو؟ لذلك قضت حكمته سبحانه وتعالى…يكون نبوته خير الأنبياء وختم الأنبياء ورسالته ختم الرسالة..القرآن ختم الكتاب…منذ أن خلق الله آدم وأسكنه الجنة. شاء ربنا الله أن يخرجوا من الجنة ( أهبطوا منها) وظلت الإنسانية تتذكر كيف خرجت من الجنة؟ لماذا…لا بد حتى تتسم المعادلة أن يكون هناك من يرد الإنسانية اعتبارها…فتح له باب الجنة من أجل أن يخرجوا…ورسول الله يعلم الإنسان كيف يدخل الجنة مرة أخرى

Memperingati Saidina Rasulullah(s.a.w)…Betapa besar mengingati dan betapa baiknya…kesemuanya mengangkat manusia…supaya manusia mengenali hakikat dirinya, hakikat kemanusiaan, dia mengembalikan apa yang patut bagi manusia…semua ini merupakan memperingati akan tetapi memperingati mawlid mempunyai kemuliaanya…mengapa? Kerana mawlid adalah asas(hijrah, peperangan badar, israk mikraj, nuzul al-Quran, pembukaan Mekah) tanpa mawlid semua ini tidak akan berlaku…memperingatinya kerana di sana ada sesuatu yang besar…yang menyinari kehidupan, disana sesuatu yang agung telah lahir, semuanya yang baik ini menerangi hati.semuanya merupakan sebab yang kuat, bisikan yang mengejari cahaya bulan dan matahari dan mengejar angin pagi…supaya manusia mengetahui hakikat kemanusiaan. Kehidupan sebelum kelahirannya bercampur antara kebenaran dan kebatilan, bercampur aduk antara keburukan dan kebaikan..di sini ada sedikit cahaya dan di dalamnya penuh dengan kegelapan akan tetapi Allah s.w.t mahu dunia ini mengetahui. Apakah dia dan di mana dia? Oleh itu Allah s.w.t menetapkan hikmahnya…Allah menjadikan kenabiannya sebaik-baik nabi, penutup nabi-nabi dan risalahnya adalah risalah yang terakhir, al-Quran adalah kitab yang terakhir…qada Allah s.w.t ditetapkan sejak Allah s.w.t menciptakan Adam dan meletakkannya di syurga dan Allah s.w.t inginkan mereka keluar dari syurga(turunlah kami darinya) dan sejak itu manusia mengingati bagaimana mereka keluar dari syurga? Mengapa? Dari sini adanya kesinambungan supaya ada disana manusia yang mengembalikan hakikat manusia…pintu syurga dibuka supaya keluarnya rasulullah(s.a.w) untuk mengajar manusia bagaimana untuk masuk ke syurga semula…

Saturday, February 5, 2011

Redha dengan yang ada

Redha dan Rahmat Allah impian kita semua.

Redha semua manusia adalah sesuatu yang mustahil.

Kasihnya allah tersimpan dalam balutan hadiah redha.

Walaupun kekadang ia hadir dalam pakej kesakitan, kesusahan dan kemiskinan.

Terimalah segala ujian kesukaran ini dengan janji allah memberi merit kemuliaan.

Bukankah janji tuhan kehidupan ini adalah medan penilaian untuk manusia mempersembahkan amalan terbaik mereka.

Kunyahlah kelat dan pahit kulit kepayahan ini dengan penuh ketabahan kerana kemanisan redhanya tersimpan dibalik empuk intinya.

Usahlah memanjangkan angan2 kerana ia mendustai niat dan amalmu.

Jadi... Bersyukurlah.

Hiduplah sebagai hamba Allah yang mulia dan penuh redha.

Tatapilah karikatur ini dalam ulitan ibrah penuh pengertian :

Friday, February 4, 2011

Ibrah Tahun Baru Cina

Allah Maha Berkuasa.



Kuasa Allah tiada batasannya, kuasa pemerintah ada waktunya dan kuasa rakyat, hadirnya mengundang gila dan keajaiban. Berhati2lah menggunakan kuasa rakyat agar ianya tidak menyelewng dari tuntutan agama.

Jika tidak, kuasa Allah pasti menghukum lagi.


Allah Berkuasa memilih dan memuliakan seseorang dan Allah juga yang menilai dan menghina sekaligus menjatuhkan seseorang.



Tidak ada yang kekal di bumi tuhan melainkan kebenaran Allah.



Kezaliman dan kemungkaran pasti akan terhukum dan dibalas, tiada siapa yang akan terlepas dari hukuman Allah.



3 dekad kesombongan darjat dari pemerintahan diktator dan kuku besi, jarak masa yang diunjukkan tuhan buat taubat dan perubahan, namun jika ianya disia2kan ... pintu kehinaan pasti menerpa datang walau jangka masa pembalasannya berlangsung 3 hari cuma.



Bersama menginsafi KUASA tuhan yang maha AGUNG.