Wednesday, June 30, 2010

Moga Berbahagia Sahabatku

Tanggal 26 Jun yang lalu saya menerima kunjungan mesej ini :

Alhamdulillah, Muhammad Nasirin dan Nafisah telah selamat diijabkabulkan. Terima kasih di atas sokongan dan persahabatan kalian. Doakanlah kami dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Amin... Spontan bibir saya melafazkan. Tanda kesyukuran diatas kebahagiaan dan anugerah tuhan yang telah tercipta.

Sememangnya kisah hidup manusia ini tertulis di atas skrip kehidupan dan pengalaman yang berbeza. Warna-warninya akan mencetak keharmonian dan kematangan dalam melayarinya. Garisan dan noktah pastinya bersimpang siur merentang setiap kanvas kehidupan ini, melorek pengajaran dan ibrah berbeza. Namun kesudahannya amat bermakna bagi mereka yang sabar dan percaya kepada janji tuhanNya.

Dan bagi mereka yang bersungguh mencari cinta dan redha TUHANnya, pasti dia akan menemuinya. PASTI !.

Tahniah pada sahabat saya yang baru melangsungkan perkahwinannya. Biarpun jejak lensa rakaman perkahwinannya masih belum saya temui. Namun berita ini amat saya tunggu dan doakan selalu. Moga ALLAH memberkati kalian.


Saudara Nasirin berbaju putih ditemani saya dan sdr Dzulfahmi, moga teman kasihnya kini akan bahagia sentiasa menemaninya.

Dan dikesempatan ini juga saya merakam syabas dan tahniah kepada para sahabat SE-SABAH dahulu yang sentiasa bergulat dengan program dan dakwah bersama,merasai denyut dan nadi perjuangan saban masa, Hari ini antum akhirnya berjaya kegerbang rumahtangga, memasuki era perjuangan baru yang tentunya lebih mencabar apabila bergelar suami , bapa dan daie.

Moga kita semua tabah dan diredhainya.

Maafkan saya kerana mungkin terlambat mengucap tahniah dan terkhilaf untuk tidak dapat memenuhi jemputan walimah, hari bahagia kalian.



Tahniah untuk saudara Aswadi dan isterinya.



Tahniah untuk akh Nizam dan pasangannya.



Syabas kerana sabar menanti buat Bunyamin dan isteri.

Bersama Gerakan Rakyat Membantah Judi

Setiap umat islam perlu membawa sikap menyokong kebaikan dan membenci kemungkaran walau apapun keadaannya. Meredhai kejahatan dan kemungkaran samalah seperti menghancurkan agama dan iman yang terpatri di hati.

Mengatakan YA pada JUDI umpamanya, telah merobek keluhuran syahadah penyaksian kita kepada tuhan. Menjunjung syahadah bermaksud menyayangi dan menunduk segala kepentingan peribadi diri hanya untuk zat yang maha agung ini dan juga kemahuanNya.

Mana mungkin kita berkata YA untuk judi. Bersamalah kita membantah segala elemen PERJUDIAN yang diperangi dan dibenci oleh semua agama.









Monday, June 28, 2010

Qunut Nazilah untukMU Palestin







Di atas keringat dan darah pekat yang mengalir lesu dari tubuh umat yang tidak berdaya, marilah kita panjatkan seribu doa buat mereka.

tika manusia kian alpa dengan permainan minda dan hiburan global, jangan kita lalai dari terus memberi sokongan kepada para wira palestin.

ayuh... berdoalah dengan sepenuh hati. panjatkan qunut nazilah ini tika kita bersujud memohon pembebasan Allah pada bumi bertuah dan penduduknya ... Amin.

Moga kita menjadi antara umpama beburung kecil yang cuba memadamkan marak api namrud yang cuba membakar nabi Allah Ibrahim. Allah takkan bertanya kesannya tapi allah akan bertanya tentang apa yang kita perbuat.

Saya perturunkan DOA QUNUT NAZILAH ini kerana ada permintaan dari sahabat. Ayuh manfaatkan.

Friday, June 25, 2010

Allah sumber Hidayah

Allah adalah sumber / pemberi cahaya kepada seluruh langit dan bumi. Perumpamaan cahayanya seperti sebuah lubang yang tidak tembus, dan didalamnya terdapat sebuah pelita. Pelita itu berada didalam kaca dan ianya seakan-akan bintang berkilauan, dinyalakan dari minyak pohonan zaitun yang banyak keberkatannya, tumbuhnya bukan disebelah timur mahupun barat, minyaknya terus menerangi walau tidak pernah disentuh api. CAHAYA DIATAS CAHAYA. Allah membimbing siapa yang dia kehendaki kepada cahayanya, dan Allah membuat pelbagai perumpamaan (untuk faedah dan pengajaran) bagi manusia, dan ALLAH maha mengetahui segala sesuatu. (maksud surah an Nur ayat 35)


Benarlah janji Allah, tuhan yang memiliki sumber petunjuk dan sinarannya, bertuahlah bagi mereka yang berjaya mendapat cebisan sinarnya.

Dalam melalui rutin kehidupan seharian, alhamdulillah dengan kesempatan masa yang berbaki, allah masih mengurniakan ruang keizinannya untuk saya menatap dan mengulit manfaat dari beberapa buku versi hidayah ini dalam koleksi ilmu dan informasi dakwah saya.

Kesemuanya berkitar pada topic mencari kebenaran dan hakikat ketuhanan. Dan apabila datangnya kebenaran, kebatilan dan kepalsuan itu akan sirna dan terhapus.



Antara buku yang saya sempat membacanya ialah : KISAH SAYA SAUDARA BARU oleh NURAISYAH CHUA ABDULLAH seorang pensyarah undang2 di UITM.

Beliau memaparkan kisah hidupnya mencari iman dalam suasana masyarakat dan keturunan tionghuanya yang begitu asing dan fobia pada Islam. Mereka bersikap tidak endah untuk menukar agama kepada kepercayaan yang lain asalkan bukan islam. Ini kerana pada pandangan mereka memasuki Islam bermakna membuang semua saudara, kebudayaan, pemakanan , pemakaian bahkan segalanya mesti berbeda samasekali hinggakan nama ayah pun akan dikorbankan hanya kerana masuk Islam.

Begitulah pelbagai cerita hidup dan pengajaran reality dilambung ombak kehidupan yang serba mencabar dalam erti mempertahankan keislamannya. Antara azimat katanya ketika menghadapi tentangan sengit berita pengislamannya yang saya masih ingat ialah … maafkan saya ayah, antara intan dan permata, saya tetap memilih Islam.



Buku keduanya ialah DARI KUIL KE PANGKUAN ISLAM OLEH HAJJAH DALILAH ABDULLAH.

Saya lebih meminati buku ini dan gaya penceritaannya, kisah tragis kehidupan awal dan ujian Allah yang silih berganti kepada seorang anak India bernama Lecthumy diestet pedalaman Sg petani Kedah tika itu.

Ianya pilihan beragama yang amat tepat, lahir dari keinsafan hati dan kesedaran sendiri yang amat bererti. Bukannya kerana ianginkan kekayaan atau kedudukan, bukn juga kerana pilihan mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihan, tetapi ia hadir dengan kuasa hidayah dan pilihan allah yang maha kuasa.

Dengan bilangan adik beradik 21 orang dan tidak berpendidikan, juga bukannya memiliki rupa paras yang menarik dan dibanggakan, apatah lagi nikmat memiliki sekupang duit juga amat susah untuk lekat ditangannnya.

Namun kesedaran Islam ini hadir dengan keajaiban WUDUK yang dilihatnya spontan meruntun keinsafan. Dan dengannya beliau memasuki gerbang Islam dengan begitu yakin dan mengharap.

Namun bayarannya amat mahal dengan pelbagai ujian mendatangi, dihalau keluarga sendiri, difitnah serong keluarga islam yang awalnya melindungi, dihimpit cubaan bunuh dan kurung, ketiadaan kerja semata2 meyelamatkan iman, sehelai sepinggang mencari sekelumit ihsan saudara seagama, digigit binatang bisa, kecekalan menuntut ilmu dan kesungguhannya untuk berubah amat mengujakan siapa sahaja yang membacanya.

Perhatikan tinta katanya ini : aku selalu menanamkan azam dalam hati. Sekali kedua-dua belah kakiku sudah melangkah kekanan, aku tidak akan berpatah balik ke belakang. Meskipun kedua kaki ini luka berdarah ditikam onak dan duri, aku tidak akan peduli. Aku ingin terus menjadi seorang islam biarpun harus berhadapan dengan neraka dunia.

Kesungguhan dan kesabarannya itu tidak dipersiakan oleh yang maha kuasa. Anugerah nikmat dan rezekinya berlipat ganda dibayar tuhan tika didunia lagi, mereka yang membuangnya kini mula mengaku saudara kembali.

Alhamdulillah, beliau berjaya berkongsi 3 orang anak dalam perkahwinan yang bahagia dan bayangkan seorang wanita India yang dulunya hitam gelap dipenuhi habuk kilang kayu, tapi kini bergelar jutawan dengan perolehan gajinya lebih RM17,000 sebulan dan memiliki beberapa buah banglo besar dan kereta Mercedes mewah yang dipandunya sendiri.

Dan yang lebih utama,hitam gelap sumpahan nasib serta kepercayaannya juga akhirnya berubah dengan keputusannya memilih akidah suci Islam yang murni ini.

Wednesday, June 23, 2010

AYAH SAYA SUDAH BERSEDIA..



Kembali saya ke teratak damai di permukiman Pulau Mutiara ini, melayani semula rutin harian sebagai pendidik dengan kerja berterusan yang tidak kunjung tamat.

Setelah lama juga berkelana mencari damai hati bertemu rakan-rakan lama dan juga keluarga ,namun apabila bermulanya persekolahan, masa saya dicuri pula oleh fokus dan komitmen menanda kertas peperiksaan pelajar yang masih berbaki... hingga kini barulah saya sempat mengutip nafas untuk mlihat ke alam blog dan penulisan dakwah ini semula.

dan hari ini, teruja saya tatkala menatap kisah nostalgik dakwah ini dari blog http://anakmuaallaf.blogspot.com/, lantas tergerak spontan hati saya untuk menyebarkannya dan bersama mendapat manfaatnya.

AYAH SAYA SUDAH BERSEDIA..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat,seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"

Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?". "Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah"

"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat"
"Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun"
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini"
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"

Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!"

"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.

Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumahitu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?"

Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit.

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalahakhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.

"Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya "Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu"

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.

"Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini" Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu"

"Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat".

"Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi".

"Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yangbahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah
sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.

Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Jejak Kasih Balkis di Tg Aru

Alhamdulillah dalam permukiman sementara saya dibumi sabah tempohari, dengan keizinannya jua saya dapat meneruskan hubungan jejak kasih saya bersama kepimpinan awal dan terkini Balkis yang begitu bersemangat meniti denai dakwah dan tarbiah islam.

Dalam program yang berjalan santai itu saya sempat mengingatkan para aktivis Balkis ini untuk terus melakar kebaikan dimana sahaja mereka berada. Moga kesan kebaikan itu akan menjadi saksi inayah dan pertolongan Allah kepada kita para hambanya.

Dalam sebak mengisi pembuluh hati ini, saya seka air mata dari terus bertakung di jiwa ini, saya sempat berkongsi beberapa nostalgia manis dan pahit semasa penubuhan awal Balkis dahulu. Cerita lama dan memori sebegini seolah menjadi seloka saya mengisi perjalanan dakwah ahli Balkis ini, semoga mereka terus mengikat diri dengan objektif dan dasar murninya. Mereka yang sentiasa berpijak dibumi ingatan asal takkan tersesat walau berkelana jauh didada zaman.

Benarlah kata pepatah, sesat dihujung jalan ... kembalilah kepangkal jalan.

Terima kasih pada semua yang hadir.

Moga bibit ukhuwwah ini akan menumbuhkan sifat mahmudah dan inspirasi dakwah dijiwa kita semua.



Tuesday, June 22, 2010

Program Kepimpinan Balkis

Antara gambar yang menyerikan program kepimpinan Balkis kali ini.

Tapi sayangnya, saya tidak sempat bersama menuntun jejak programnya







Lagi Gambar Sekitar Ziarah di Surau Flat


Antara tarikan utama perhimpunan ilmu kami di surau flat ialah hidangannya bukan sumandaknya


Teruskan tugasan cemerlangmu sahabatku, Ust Khairi.. Pengerusi Surau yang baru.


Bersama menikmati jamuan yang terhidang.


Antara sahabat dan keluarga yang hadir, sememangnya surau ini mesra keluarga dan anak kecil.


Begitulah selalunya, khusyuk dan memberi perhatian.

Friday, June 18, 2010

Ceramah Palestin di Surau Flat Persekutuan Likas

Berteduh dibawah lembayung kasih ilahi, terasa nyamannya udara yang memupuk kesegaran rasa dan hati.

Kunjungan bermakna ke sabah ini terasa makin berseri dengan perjumpaan dan agenda ziarah yang telah dihitung atur lebih awal. Namun kelewatan saya untuk tiba ekoran masalah tiket tempohari sememangnya telah merencat hampir 40 peratus semangat dan motivasi musafir saya. Bayangkan kelewatan itu sebenarnya telah merenggut 2 program besar yang sememangnya saya amat ingin menghadirinya. Satunya ialah Program kepimpinan persatuan pelajar BALKIS yang menghimpunkan ramai anak didik saya dan keduanya slot tazkirah di surau flat yang saya pernah menjadi pengerusi dan imamnya.

Keduanya seolah terlepas dari genggaman harap ini, lalu terus kedalam perencanaan takdir ilahi yang lebih berhikmah.

Namun Alhamdulillah, walau kepulangan saya hanya seketika dan terlewat pula dari jangkaan. Para sahabat masih mampu dan tega melaksanakan program secara bergotong royong menghimpun hadirin yang tidak bercuti, menghebah berita ceramah, menyiapkan tugasan masakan, mengitar semula keceriaan dan akhirnya bersama menghadirinya pada malam penuh makna tersebut.

Tanggal 12 Jun saya diberi izin bercakap semula dihadapan hadirin sahabat lama, bertukar berita dan cerita sambil diselitkan sedikit sebanyak pengajaran dan prinsip sikap yang perlu diambil seorang muslim dalam isu palestin.

Kehadiran yang cukup baik dan bererti, menghimpunkan sahabat2 ditaman lama saya YAKIM JAYA, kawasan sekitar FLAT dan juga di area LIKAS ini, mereka datang bersama keluarga yang memudahkan saya mengikat semula memori lama kenangan ini satu persatu dan seterusnya mengubat rindu dan silaturrahim ini. Hampir 40 orang yang menyambut kehadiran saya disini dengan penuh erti ukhuwwah dan persaudaraan islam.

Setelah usai tazkirah, kami selitkan doa bersama dalam solat hajat penuh khusyuk mengimpikan bantuan yang maha kuasa mempermudahkan segala urusan dan menguraikan segala kekusustan.

Seperti biasa kami akhirinya dengan bersila menghadap makanan penuh nikmat, mensyukuri pertemuan dan bersantai bertukar cerita.

Sungguh, terasa saya masih disana, menjadi pengerusi dan imam, bertemu dan bersua, berjemaah dan membaca yasin, saling tak tumpah seperti tahun2 sebelumnya. Langsung tidak terasa saya sudah meninggalkan mihrabnya hamper 6 bulan yang lalu.

Baunya, pemandangannya, susun atur perabutnya, sejadahnya, mikrofonnya dan para sahabat yang berjemaah bersama adalah rakan tetamu rumah allah yang sama, yang membawa mesej dan sikap yang sama, berjemaah dan berkasih kerana allah.

Moga allah menghimpun kita dibawah naungannya di mahsyar nanti.







Rehlah ke Sabah Merimbun Ceria

Alhamdulillah, setelah hampir seminggu berada di telapak tangan negeri dibawah bayu ini. Terasa kehadiran ini sememangnya amat bermakna dan diterima dengan tangan terbuka.

Dalam dakapan kasih dan ukhuwwah yang terus mengetus ceria, saya laluinya dengan ziarah, perjumpaan, sedikit program ilmiah, berlibur sekejap kegelanggang badminton meladeni tuntutan fizikal dan memenuhi jemputan makan yang tak putus kunjungannya.

Ketika orang lain menghabiskan ribuan ringgit untuk tujuan melancong dan bersantai ini. Saya dan keluarga pula terasa seperti diberi pakej pelancongan yang cukup istimewa.

Dengan penginapan dan pengangkutan percuma, yang disediakan oleh sahabat lama saya Ust Norzam dan Cikgu Saharudin di Taman BDC. Hamper setiap hari juga saya menerima jemputan menikmati sarapan, tengahari dan malam yang diatur oleh para sahabat untuk bersua muka dan bertukar berita.

Maha suci allah, manisnya ukhuwwah ini bukan hanya terasa dihujung lidah bahkan ianya menyerap sebati ke ulu hati ini. Moga ianya berkekalan.

Terasa seolah saya masih sebahagian mereka, terasa 6 bulan kehilangan dari bumi ini terpadam hanya dengan kunjungan julung kali ini umpama kemarau disirnakan hujan sepetang.
Terima kasih para sahabat di atas sambutan hangat tempohari.

Namun, takdir tuhan tiada siapa yang tahu,entah bila kita mampu bertemu semula.

Cuma harapannya, agar doa kita dipanjat terus, bersama saling mendoakan …. Kita kan bersua lagi, beristiqamah dijalan yang lurus, dan berkumpul di jannatul firdaus.

Saturday, June 12, 2010

Bahang Piala Dunia Bermula


Kenangan Bersama Sahabat Seperjuangan di Bumi Jordan

Tanggal 11 Jun bersamaan kehadiran saya ke bumi Sabah ini, sepak mula Piala Dunia 2010 baru saja bermula.

Kehangatannya begitu terasa bila hampir semua orang memperkatakan tentangnya, majoriti kedai mamak, restoran bahkan pawagam mengambil inisiatif mempromosikan premis mereka dengan skrin besar melayang ketagihan dan emosi para peminat fanatik bola ini dimana-mana.

Sorakan sokongan bergema diseluruk ceruk kerusi kedai, begitu juga kutukan sinis dan bodoh juga bersiponggang dibibir peminat setia ini seolah2 hanya dia sahaja yang bijak dan mahir beraksi.

Terhibur dengan aksi perlawanan bolasepak ini sebenarnya tidak salah, apatah lagi turut sama bersukan menyihatkan badan dengannya.

Tapi dewasa kini, semakin ramai yang lebih gemar mengambil sikap negatif bersama kelonggaran riyadhah sukan yang dibenarkan tuhan ini, ada yang menontonnya hingga kelewat malam dan seterusnya dengan selamba rock meninggalkan solat subuh hingga ketengahari gajahnya.

Ada yang melalaikan diri dengan terus menangguh atau meninggalkan kewajipan solat fardhu ini.

Ada juga yang menempah dosa dengan mengutuk dan membazir kata dengan percakapan kotor dan mengarut. Perbuatannya ditonton contoh pula oleh sang anak yang ikut mewarisi sikap kotor ini merentasi generasi.

Dan yang lebih teruk alaf ini bila ada pula yang gemar dan mengizinkan diri dan masyarakat untuk terlibat dengan perjudian yang dihalalkan hanya beralasan sebiji bola dan kemeriahannya.

Dunia islam kini terjajah,pemikiran umatnya dibius dengan hiburan dan sikap tidak peduli dan berkemanusiaan, dan akhirnya agenda musuh ini melekakan kita dari isu ummat dan islam secara tanpa sedar.

Mungkinkah sekarang ini para thinker yahudi dan nasrani sedang mencatur agenda menghanucurkan ummat islam dikala kita leka dibuai aksi piala dunia. segalanya mungkin.

Oleh itu, marilah kita meletakkan sikap kita.

Mengambil yang sewajarnya untuk hiburan dan ketenangan diri. bukannya menjerumuskan diri kearah kefanatikan dan kelalaian diri dari tuhan pencipota.

Marilah kita berterusan mengunjungi rumah allah, menjalin silaturrahim, membuka al quran dan melayani bacaan dan maknanya, mempelajari ilmu dari sudut masjid mana sekalipun, menjaga tutur kata dan yang paling utama - mendahulukan urusan ALLAH dalam setiap pekerjaan berbanding urusan hiburan yang hanya berlegar sekitar bulatan BOLA.

Dahulukan solat, imarahkan masjid dan jadilah hamba ALLAH yang terbaik manfaatnya.

Itulah kesan demontrsai terbaik kita menentang segala zulumat kekejaman musuh islam, Yahudi dan segala agendanya.

KHUTBAH BAITUL MAQDIS...

KHUTBAH BAITUL MAQDIS...

Khutbah ini karangan USTAZ AIZAM MAS'UD dan dibaca ketika menjadi khatib di Masjid Jamik Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya pada tahun 2002

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah s.w.t…

Baru-baru ini kita telah digemparkan dengan berita Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush menandatangani perundangan penuh kontroversi yang memerlukan pentadbirannya mengiktiraf Baitulmaqdis dan bukannya Tel Aviv sebagai ibu negara haram Israel. Perbuatan Bush ini pada hakikatnya hanyalah untuk menyampaikan hasrat orang-orang Yahudi Israel untuk merampas kembali Baitul Maqdis daripada milik umat Islam Palestin bahkan milik kita umat Islam seluruhnya dan inilah sebenarnya cita-cita yang telah lama diidam-idamkan oleh orang-orang Yahudi iaitu untuk merampas kembali Baitulmaqdis dari tangan umat Islam, meruntuhkan Masjidil Aqsa lalu membina semula tempat ibadah mereka yang dikenali sebagai Haikal Sulaiman.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah…

Peristiwa ini sebenarnya mengingatkan khatib kepada tafsiran al-Qur’an yang pernah dibuat oleh Dr. Fadhal Hassan ‘Abbas, seorg pensyarah di University of Jordan di dalam bukunya tentang al-Israk wal Mikraj. Beliau mempunyai tafsiran yang berbeza berbanding tafsiran para ulama klasik di dalam ayat 4 dan 6 daripada surah al-Israk. Di dalam ayat ke-4 yang berbunyi:

وقضينا إلى بني إسرائيل في الكتاب لتفسدن في الأرض مرتين, ولتعلن علوا كبيرا

Bermaksud: Dan kami telah tetapkan terhadap Bani Israel di dalam kitab itu: Sesungguhnya kamu (Bani Israel) akan membuat kerosakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.

Di dalam mentafsirkan ayat ini, Dr. Fadhal mengatakan bahawa orang-orang Yahudi telah ditetapkan oleh Allah s.w.t semenjak di Lauh Mahfuz lagi bahawa mereka akan melakukan kerosakan, kebinasaan dan kehancuran sebanyak dua kali selama mana mereka wujud di atas muka bumi ini. Maka jelas kepada kita bahawa kerosakan yang pertama dilakukan oleh mereka masanya telah pun berlalu iaitu semenjak mereka diutuskan oleh Allah dengan para anbiya sehinggalah perutusan Nabi Isa a.s. Kita dapati di dalam sejarah mereka, dipenuhi dengan kekejaman dan kehancuran…mereka adalah bangsa yang dicop oleh Allah sebagai bangsa yang paling banyak mengkhianati janji, bahkan mereka merupakan bangsa yang paling kejam kerana merekalah bangsa yang paling banyak membunuh para Rasul dan Nabi-nabi utusan Allah s.w.t. Bukannya seorang dua Nabi tetapi lebih daripada seorang bahkan ramai sebagaimana yang digambarkan di dalam al-Qur’an al-Karim di dalam surah al-Baqarah ayat 61:

ذلك بأنهم كانوا يكفرون بآيات الله ويقتلون النبيين بغير الحق ذلك بما عصوا وكانوا يعتدون

Bermaksud: Mereka itu (org2 Yahudi ) telah kufur dengan ayat2 Allah dan mereka juga membunuh Nabi-nabi utusan Allah tanpa sebab, demikian itu kerana mereka itu selalu berbuat derhaka dan melampaui batas.

Bahkan hakikatnya tidak ada perbuatan yang lebih kejam dan lebih zalim di dunia daripada perbuatan membunuh para nabi dan rasul-rasul utusan Allah s.w.t. Inilah sebenarnya kebinasaan atau kehancuran pertama yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t yang mana ianya berlaku sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w.

Kemudian di dalam ayat 6 Allah s.w.t menceritakan pula bagaimana Allah s.w.t akan memberikan sekali lagi kepada golongan Yahudi untuk membuat kerosakan di atas muka bumi ini bahkan ianya merupakan kerosakan terakhir buat mereka sebelum Allah s.w.t mengazab mereka di akhir zaman sebelum berlakunya Qiyamat dan yg lebih pedih di akhirat nanti. Allah berfirman di dalam ayat 6 surah al-Israk berbunyi:

ثم رددنا لكم الكرة عليهم وأمددناكم بأموال وبنين وجعلناكم أكثر نفيرا

Bermaksud: Kemudian kami berikan kepadamu giliran sekali lagi (buat kali kedua) untuk mengalahkan mereka kembali (orang-orang Islam) dan kami limpahkan kamu dengan harta kekayaan dan anak pinak dan kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar.

Kata Dr. Fadhal sewaktu mentafsirkan ayat ini, ini merupakan ayat yang sangat jelas menunjukkan kerosakan dan kebinasaan yang akan dilakukan oleh orang-orang Yahudi buat kali kedua malahan ianya disokong dengan 4 perkara sebagaimana yg tersebut di dalam ayat ini.

Pertama: Perkataan (Karrah) di dalam ayat ini membawa makna Negara. Iaitu di akhir zaman nanti orang-orang Yahudi akan mendapat sebuah negara untuk tempat tinggal mereka, walaupun sepanjang sejarah Yahudi, tidak pernah mempunyai sebuah negara, negara di sini sudah tentulah bermaksud Baitulmaqdis sendiri.
Kedua: Mereka akan mempunyai ekonomi yang kukuh. Sebagaimana diperjelaskan di dalam ayat (wa amdadnaakum bi amwaal) yg bermaksud kami limpahkan kamu dengan harta benda. Jelas kepada kita bahawa pada hari ini ekonomi dunia dikuasai oleh oleh orang-orang Yahudi.

Ketiga: Mereka akan mempunyai keturunan yang ramai. Sebagaimana di dalam ayat ini yang menyebut kalimah (baniin) bermaksud anak pinak. Lihatlah pada hari ini orang-orang Yahudi telah lama mengembangkan keturunannya dengan mengahwinkan anak-anak perempuan mereka dengan berbagai bangsa dan keturunan yang ada di dunia. Bahkan bangsa mereka telah berjaya menguasai banyak orang-orang besar politik dunia hanya dengan mngahwinkan anak-anak perempuan cantik mereka.

Keempat: Mereka akan mempunyai pasukan tentera yang ramai. Ini jelas di dalam tafsiran ayat (aksara nafiiraa) yang ditafsirkan oleh Dr. Fadhal dengan makna pasukan tentera. Tafsiran ini sebenarnya tepat kerana pada hari ini kita telah melihat bagaimana kelengkapan persenjataan ketenteraan yang terdapat pada askar-askar Yahudi, ditambah pula dengan sokongan ala tentera oleh Barat terutamanya Amerika, Britain dan selainnya. Semuanya ini menunjukkan bahawa mereka sudah mula mempunyai kekuatan ketenteraan berbeza dengan sejarah kaum Yahudi sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w sehinggalah kejatuhan Empayer Islam Turki yang tidak pernah mempunyai sebarang kekuatan dari sudut ketenteraan..

Sidang Jumaat yang dirahmati…

Perhatikanlah baik-baik apa yang dimaksudkan oleh ayat 6 di dalam surah al-Israk ini sekiranya kita mentafsirkannya sebagaimana yang difahami oleh Dr. Fadhal Hassan Abbas, seorang ulama tafsir kontemporari di Jordan. Kita akan dapati ianya benar-benar bertepatan dengan realiti orang-orang Yahudi pada hari ini.

Bayangkan sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, kalau dahulu orang-orang Yahudi mampu berbuat kerosakan tanpa mereka mempunyai sebuah negara, tanpa mempunyai ekonomi yang kukuh, tanpa mempunyai keturunan yang ramai malah tanpa mempunyai bala tentera…tetapi pada hari ini sepertimana ayat yang kita sebutkan tadi…mereka telah mempunyai segala-galanya….itulah sebab pada hari ini mereka tanpa teragak-agak berani mengishtiharkan Baitulmaqdis sebagai pusat pentadbiran negara mereka bahkan bakal menjadi Pusat Pentadbiran Dunia bagi orang-orang Yahudi kerana bagi orang-orang Yahudi dunia adalah milik mereka semata-mata…Dan jangan kita terkejut sekiranya orang-orang Yahudi sewenang-wenangnya membunuh kanak-kanak Palestin tanpa sebarang perasaan belas kasihan….kerana mereka itulah juga pada fasa pertama kerosakan dan kebinasaan mereka dahulu, membunuh nabi-nabi dan rasul-rasul utusan Allah…umpama memancung Nabi Yahya, menggergaji Nabi Zakaria dan cubaan membunuh Nabi Isa a.s.

Sidang Jumaat yg dirahmati Allah…

Mengingat kembali saat-saat kejatuhan Baitul Maqdis ianya berlaku ketika runtuhnya Empayer Islam Turki, kota Suci akhirnya diletakkan di bawah mandat Inggeris. Pihak Inggeris kemudiannya menjanjikan sebuah negara bagi umat Yahudi di Palestin melalui Perisytiharan Balfour (1917). Ketika itulah imigran Yahudi dari Eropah mulai membanjiri Palestin.

Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 1947 telah menghasilkan resolusi untuk membahagi Palestin menjadi dua, iaitu 55 peratus wilayah Palestin menjadi milik Yahudi dan selebihnya untuk Arab. Dan setahun kemudian, pada 1948, diumumkan lahirnya negara Israel dengan Tel Aviv menjadi ibu kotanya.

Walaupun begitu PBB tetap menganggap Baitul Maqdis menjadi milik pihak Arab di Palestin. Wilayah Arab Palestin, termasuk Baitulmaqdis dianggap menjadi sebahagian daripada Jordan. Oleh sebab itu kita mengatakan tidak pernah mana-mana pihak di seluruh dunia mengiktiraf kekuasaan Israel terhadap Baitul Maqdis termasuk PBB, tetapi hari ini Presiden Israel dan Amerika Syarikat telah berani membuat kenyataan membawa maksud bahawa Baitulmaqdis akan menjadi milik Yahudi bahkan tempat peribadatan orang-orang Yahudi.

Sidang Jumaat yg dirahmati…

Apa yang dapat kita katakan, kalau inilah ketetapan Allah s.w.t, sebenarnya Dia ingin menguji sejauh mana keimanan kita kepadaNya, sejauh mana komitmen kita untuk percaya kepada janji-janji Allah yang menetapkan bahawa agamanyalah yang pasti mendapat kemenangan di suatu masa kelak. Marilah kita sama-sama merenung akhir surah al-Israk ayat 108 yang berbunyi:

ويقولون سبحان ربنا إن كان وعد ربنا مفعولا

Bermaksud: Dan orang-orang Mukmin itu hanya berkata: Maha suci Tuhan kami, sesungguhnya janji-janji Tuhan kami pasti akan terjadi.

Mungkin inilah akidah yang dipegang oleh salah seorang pemimpin pejuang Palestin ketika ditanya wartawan tentang intifadhah dia menjawab; Hakikatnya rakyat Palestin mempunyai dua pilihan: sama ada menyerah atau terus menentang. Wartawan bertanya pula, “Bijakkah membiarkan penduduk Palestin yang lemah menjadi mangsa dengan meneruskan penentangan ini?” Dia menjawab: Saya ingin menjawab dengan menanyakan soalan ini. Bijakkah kami mengangkat tangan dan menerima penjajahan?

Inilah jawapan yg keluar daripada mulut seorang pejuang tulen Islam, seorang yg berjuang atas dasar imannya kepada janji-janji Allah s.w.t, bahawa kemenangan adalah kurniaan Allah…dia hanya sekadar berusaha dan berjihad, biarpun seketul batu menjadi senjatanya dia tetap mulia di sisi Allah s.w.t berbanding dengan kita yang belum diuji oleh Allah dgn keadaan sedemikian…

Yahudi diperang Judi diTentang

Posted on Jun 10, 2010 by ekhutbah karangan Ustaz Shairazi Atiqullah

السلام عليكم
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ …أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

Firman Allah dalam ayat 76 surah an-Nisa’:
الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ ۖ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفًا

Maksudnya : Orang-orang yang beriman berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berperang di jalan Toghut, oleh itu perangilah kawan-kawan syaitan itu kerana sesungguhnya tipu daya syaitan itu adalah lemah
Kini kita berada dipenghujung bulan Mei yang meningatkan kita semua tentang sejarah hitam bagi umat Islam setiap kali tibanya 15 Mei yang digelar dengan NAKBAH- hari malapetaka dalam sejarah umat Islam terutamanya di Palestin, dengan penubuhan negara haram Israel pada 1948. Pada 12 Mei 2010 baru lalu, Perdana Menteri negara haram Israel, Benyamin Netanyahu, di dalam Knesset menegaskan sekali lagi bahawa Yahudi berhak terhadap bandar Quds dengan alasan kononnya Quds dengan nama dalam bahasa Ibrinya dipanggil Sahyun disebut 850 kali dalam Perjanjian Lama (Taurat sedangkan ia tidak disebut dalam kitab-kitab suci lain. Quds juga disebut 142 kali dalam kitab Perjanjian Baru sedangkan al-Quran tidak menyebut walaupun sekali di antara 26 nama Arab untuk Quds sehinggalah dalam tafsiran al-Quran yang berkembang mulai abad ke 12 dikatakan di sana ada ayat yang menunjuk kepada Quds. Para wakil Arab di Knesset membantah kenyataan Netanyahu dengan menyebut bahawa Quds ialah qiblat pertama umat Islam dan tanah haram ke 3, dengan menuduh Netanyahu cuba memutar-belitkan sejarah. Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Di tanah inilah saksi kepada jihad yang mengorbankan jutaan umat Islam bagi mengembalikan kemerdekaan Palestin. Bagi Yahudi pula, kononnya bumi tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah kampung halaman nenek moyang mereka berasal dari Bani Israel dan Yahudi percaya di tanah itulah terletaknya Bukit Zion tempat tertanamnya Haikal Sulaiman iaitu kuil suci mereka. Manakala Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci di mana Temple of Nazareth yang terletak di tanah tersebut merupakan tempat kelahiran Nabi Isa, tempat Nabi Isa menyampaikan ajarannya dan disalib mengikut pegangan mereka. Sejak zaman nabi Ibrahim lagi yang merupakan moyang kepada keturunan Bani Israel dan Bani Ismail telah mendiami bumi Palestin. Meskipun Yahudi mendakwa Palestin sebagai tanah warisan mereka tetapi Allah sendiri menafikannya antaranya ayat 67 surah Ali ‘Imran :

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya : Bukanlah nabi Ibrahim itu Yahudi dan bukannya juga Nasrani tetapi dia adalah orang yang lurus, bersih (dari syirik dan sesat) dan muslim (berserah diri kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik

Sidang Jumaat yang berkati Allah,
Musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dalam menghancur Islam dan umatnya termasuk dengan merenggangkan semangat persaudaraan Islam dengan menyuburkan semula semangat kebangsaan sempit. Isu Palestin yang merupakan isu umat Islam dialihkan kepada isu negara Arab seterusnya dipinggirkan lagi sebagai isu rakyat Palestin sahaja. Contohilah perjuangan Salehudin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdis tetapi bangkit atas dasar Islam membebaskan masjid Aqsa hasil daripada surat banduan Palestin yang terseksa dalam penjara kerajaan Salib Kristian ketika betapa banyak surat lagi yang dihantar kepada raja-raja Arab sekelilingnya tetapi tidak dihiraukan. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Baituil Maqdis yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Sayidina Umar al-Khottab sebaik sahaja membebaskannya daripada cengkaman Empayar Rom. Bersamalah kita membantu umat Palestin yang merupakan penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat. Jangan tunggu sehingga Masjid Aqsa menyembam tanah baru kita merintih sedih. Jangan kita menjadi umat Islam yang paling lemah iaitu membiarkan sahaja Masjid Aqsa runtuh pada zaman kita hidup. Tirulah apa yang dilakukan oleh umat Islam ketika Majid Aqsa dibakar pada tahun 1969 sehingga mereka bangkit yang menyebabkan hampir seluruh Yahudi dihalau keluar dari bumi Palestin. Kita mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang disertai lebih dari 50 buah negara sehingga ada sukarelawan yang mati ditembak dan ramai lagi yang cedera. Jangan kerana nasihat APCO-pro Zionis menyebabkan pemimpin negara menutup mata atas kekejaman Yahudi ini. Sama-sama kita laungkan خَيْبَرْ خَيْبَرْ يَا يَهُوْد جَيْشُ مُحَمِّدٍ سَوْفَ يَعُوْدُ : Berambus! Berambus wahai yahudi! Tentera Muhammad kan kembali

قَالَ الرَّسُوْلُ  : مَنْ قُتِلَ دُوْنَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دِيْنِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ دَمِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ وَ مَنْ قُتِلَ دُوْنَ أَهْلِهِ فَهُوَ شَهِيْدٌ – رواية الترمذي دان النسائي

Maksudnya: Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya maka dia adalah mati syahid, Sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya maka dia adalah mati syahid dan sesiapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya maka dia adalah mati syahid

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian,
Ketika umat Islam bangkit mengecam laman facebook yang menghina nabi Muhammad s.a.w dengan suatu kumpulan menganjur pertandingan melakar wajah nabi, kemudian pengharaman laman youtube oleh Pakistan yang menghina Islam disamping mengutuk tindakan biadap seorang peguam perempuan Perancis yang telah berusia 60 tahun yang sanggup menarik tudung seorang muslimat di khalayak ramai kerana benci pada Islam maka kita begitu sedih apabila pemimpin Melayu tergamak menghalalkan lesen judi sukan yang boleh merosakkan aqidah dan akhlak pemimpin dan masyarakat dengan alasan memualkan. Jika kita memerhati kepada pegangan agama lain terhadap judi seperti Budha Hinayana menggariskan lima larangan kepada penganut Budha iaitu; ” membunuh, mencuri, menipu, berzina, meminum alkohol dan berjudi”. Kristian pula memberi amaran bagi yang mencari kekayaan secara cepat dan cintakan wang termasuk judi yang menyaksikan majoriti gereja menolak penubuhan pusat judi secara besaran seperti kasino atas dasar ‘melampau’, Manakala Yahudi menetapkan aktiviti judi dibenarkan semasa perayaan Hannukah sahaja sebagai satu bentuk hiburan di musim perayaan Usaha kerajaan UK suatu ketika dahulu untuk menubuhkan kasino secara besaran atas alasan untuk menarik pelancong dan menambah pendapat negara mendapat kecaman dari rakyat. Kebanyakan negeri di Amerika Syarikat masih tidak membenarkan lesen judi atas sebab kesan moral dan sosial. Amat malang di Negara kita adanya umat Islam sendiri yang tidak takut kepada Allah dalam menjadikan judi sebagai budaya. Hanya orang yang tiada agama dan moral sahaja yang sanggup menghalakan lesen judi. Oleh itu kita jangan menjadi rakyat yang tiada agama dan moral untuk menyokong dan bersekongkol dengan pemimpin yang tidak bermaruah. Bersatu haramkan judi, dunia sentosa akhirat bahagia. Bersama menolak pemimpin judi untuk keamanan negara. Kita juga begitu sedih bila mempunyai pemimpin yang begitu sibuk menakut-nakutkan rakyat tentang negara bakal muflis tahun 2019 jika subsidi terus diberi sedangkan sikap pecah amanah, rasuah, ketirisan dalam pengurusan negara yang melibatkan kerugian yang lebih besar daripada subsidi terus disembunyikan. Inilah kesan buruknya bila memilih pemimpin yang bila untung dirasa seorang bila susah rakyat yang dipaksa tanggung
Firman Allah dalam ayat 219 surah al-Baqarah:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Maksudnya : Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: “Dermakanlah – apa-apa) yang berlebih dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir:

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ

Palestin di Minbar

Sebuah lagi artikel Khutbah yang menarik untuk dikongsi mencambah minda sedar umat ini untuk melangkah kearah keredhaan Allah dalam membenci segala kemungkaran dan memacu semangat kearah memartabatkan islam.

Hanya penghayatan penuh kepada agama sahaja mampu mengembalikan kejayaan kepada Ummah dan juga pernyataan sokongan yang hakiki kepada perjuangan palestin.

Mari kita intai antara teks khutbah pilihan berkaitan palestin yang ditulis oleh Saifulislam.blogspot.

"Palestin memanggil kamu pulang kepada Islam" .

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.

Firman Allah SWT:

“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]

Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.

Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Firman Allah SWT:


“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]

Sidang Jumaat, rahimakumullah…

Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.

Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.

Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.

Sidang Jumaat sekalian,

Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil.

Itulah ’sumbangan’ Yahudi.

Kerosakan demi kerosakan.

Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.

Jamaah kaum Muslimin sekalian,

Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?

Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.

Tindakan pertama, adalah dengan MENGECAM.

Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.

Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai BINATANG TERNAK.

Firman Allah SWT:


“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” [al-A'raaf 7: 179]

Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN.

Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka.

Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.

Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:

Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Arahan Nabi Muhammad sallalaahu ‘alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.

Sidang Jumaat rahimakumullaah,

Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas MENGECAM adalah MENCEGAH.

Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk.

Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.

Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.

Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.

Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.

Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.

Firman Allah SWT berkenaan dengan hal ini:

“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya” [Al-Israa' 17: 6]

Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.

Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.

Laporan http://www.ifamericansknew.org menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.

Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

Sidang Jumaat sekalian,

Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat MENGUBAH.

Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua.

Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?

Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?

Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?

Kaum Muslimin rahimakumullaah,

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti” (Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin”tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.

Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.

“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..” [al-Israa' 17: 8]

Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!


ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Surau (Jumaat) al-Munir, Sri Kembangan
12 Muharram 1430H / 9 Januari 2009

Thursday, June 10, 2010

Khutbah Palestina

Terasa lama sudah saya tidak menginjak kaki di susunan tangga mimbar, namun bila terbaca petikan khutbah ini, terdetik rasa membuai diri untuk terus mencari maklumat pencerahan hati dan minda berkaitan palestin.

moga ianya membuahkan kesedaran istiqamah yang berterusan. Juga sebagai koleksi khutbah palestin saya nanti yang berkualiti.

Khutbah ini saya petik dari blog sahabat saya ustaz Norazamuddin Umar.


Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah, iaitu dengan melaksanakan dan memperbanyakkan apa yang disuruh oleh Allah, dan meninggalkan yang dilarang oleh Allah. Mudah-mudahan kita beroleh kejayaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat kelak.

Sesungguhnya antara cara untuk meningkatkan ketaqwaan itu ialah dengan memperbanyakkan zikir dan doa, bertaubat dan beristighfar, menghadiri solat berjemaah di masjid dan surau, membaca al-Quran, menghadiri majlis ilmu, menghampiri orang-orang alim ulama, bertafakur memerhati kebesaran Allah dan mengingati dosa-dosa yang telah dilakukan. Dengan memperbanyakkan amalan sedemikian, diharapkan kualiti ketaqwaan kepada Allah akan meningkat. Sebaliknya, mengabaikan perintah Allah akan mengundang kesusahan dan kesengsaraan terhadap diri kita sendiri

Tajuk khutbah pada hari ini ialah “Isu Palestine; Apa tindakan kita”

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Palestin telah melalui sejarah yang panjang dalam tamadun manusia dan menjadi rebutan kepada tiga agama. Namun demikian, Palestin mempunyai kedudukan yang istimewa di dalam hati setiap muslim sejak zaman-berzaman. Keistimewaan Palestin seperti yang terdapat di dalam Al-Quran, Al-Hadith dan Kitab-kitab Sejarah ialah:

1. Sebagai qiblat pertama umat Islam.
2. Terdapat Masjidil-Aqsa iaitu masjid kedua yang dibina di atas muka bumi. Dan masjid ketiga paling suci selepas Masjidil-Haram dan Masjidin-Nabawi .
3. Tempat berlakunya Israk dan Mikraj.
4. Harta wakaf umat Islam sehingga ke hari qiamat.
5. Tempat kelahiran Para Anbia’



Kezaliman yang dilakukan oIeh rejim Zionis yang bermula pada tahun 1948 setelah terbinanya negara haram Israel telah menyaksikan bukan sahaja isu-isu kemanusiaan semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ia melibatkan isu akidah umat Islam , tanahair, maruah dan peradaban. Sesungguhnya bumi Palestin yang terdapat di dalamnya qiblat pertama umat Islam adalah watan yang perlu dipertahankan oIeh umat Islam seluruh dunia. Apatah lagi Masjidil-Aqsa yang merupakan persinggahan Rasululah s.a.w. sebelum dimikrajkan ke langit, sekarang ini terancam dengan apa yang dilakukan oIeh Yahudi laknatullah terhadap masjid yang mulia ini. Firman Allah dalam Surah Al-Isra’ ayat 1:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ (1)

Bermaksud: “Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haram (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin) yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepada-Nya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada setiap kali bulan Mei ia mengingatkan kita semua tentang sejarah hitam bagi umat Islam yang digelar dengan NAKBAH iaitu hari malapetaka dalam sejarah umat Islam terutamanya di Palestin, dengan penubuhan negara haram Israel pada 1948. Pada 12 Mei 2010 baru lalu, Perdana Menteri negara haram Israel, Benyamin Netanyahu, di dalam Knesset (Parlimen Israel) menegaskan sekali lagi bahawa Yahudi berhak terhadap bandar Quds dengan alasan kononnya Quds dengan nama dalam bahasa Ibrinya dipanggil Sahyun disebut 850 kali dalam Perjanjian Lama (Taurat sedangkan ia tidak disebut dalam kitab-kitab suci lain. Quds juga disebut 142 kali dalam kitab Perjanjian Baru sedangkan al-Quran tidak menyebut walaupun sekali di antara 26 nama Arab untuk Quds sehinggalah dalam tafsiran al-Quran yang berkembang mulai abad ke 12 dikatakan di sana ada ayat yang menunjuk kepada Quds.

Para wakil Arab di Knesset (sidang Parlimen Israel) membantah kenyataan Netanyahu dengan menyebut bahawa Quds ialah qiblat pertama umat Islam dan tanah haram ke 3, dengan menuduh Netanyahu cuba memutar-belitkan sejarah. Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Di tanah inilah saksi kepada jihad yang mengorbankan jutaan umat Islam bagi mengembalikan kemerdekaan Palestin.

Bagi Yahudi pula, kononnya bumi tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah kampung halaman nenek moyang mereka berasal dari Bani Israel dan Yahudi percaya di tanah itulah terletaknya Bukit Zion tempat tertanamnya Haikal Sulaiman iaitu kuil suci mereka.

Manakala Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci di mana Temple of Nazareth yang terletak di tanah tersebut merupakan tempat kelahiran Nabi Isa, tempat Nabi Isa menyampaikan ajarannya dan disalib mengikut pegangan mereka. Sejak zaman nabi Ibrahim lagi yang merupakan moyang kepada keturunan Bani Israel dan Bani Ismail telah mendiami bumi Palestin. Meskipun Yahudi mendakwa Palestin sebagai tanah warisan mereka tetapi Allah sendiri menafikannya antaranya ayat 67 surah Ali ‘Imran :

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلَا نَصْرَانِيًّا وَلَكِنْ كَانَ حَنِيفًا مُسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ



Maksudnya : Bukanlah nabi Ibrahim itu Yahudi dan bukannya juga Nasrani tetapi dia adalah orang yang lurus, bersih (dari syirik dan sesat) dan muslim (berserah diri kepada Allah) dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang-orang musyrik



Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Musuh Islam sentiasa berusaha siang dan malam dalam menghancur Islam dan umatnya termasuk dengan merenggangkan semangat persaudaraan Islam dengan menyuburkan semula semangat kebangsaan sempit. Isu Palestin yang merupakan isu umat Islam dialihkan kepada isu negara Arab seterusnya dipinggirkan lagi sebagai isu rakyat Palestin sahaja.

Kita perlu mencontohi perjuangan Salehudin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdis tetapi bangkit atas dasar Islam membebaskan masjid Aqsa hasil daripada surat banduan Palestin yang terseksa dalam penjara kerajaan Salib Kristian ketika betapa banyak surat lagi yang dihantar kepada raja-raja Arab sekelilingnya tetapi tidak dihiraukan. Kita mesti menghargai betapa bernilainya Baituil Maqdis yang merupakan tanah wakaf milik seluruh umat Islam sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Sayidina Umar al-Khottab sebaik sahaja membebaskannya daripada cengkaman Empayar Rom. Bersamalah kita membantu umat Palestin yang merupakan penjaga kepada tanah wakaf milik kita semua. Ayuh bangun membantu umat Palestin dengan doa, harta dan jiwa raga kita serta memboikot barangan Israel dan sekutunya terutama Amerika Syarikat.

Jangan tunggu sehingga Masjid Aqsa menyembam tanah baru kita merintih sedih. Jangan kita menjadi umat Islam yang paling lemah iaitu membiarkan sahaja Masjid Aqsa runtuh pada zaman kita hidup. Tirulah apa yang dilakukan oleh umat Islam ketika Majid Aqsa dibakar pada tahun 1969 sehingga mereka bangkit yang menyebabkan hampir seluruh Yahudi dihalau keluar dari bumi Palestin. Kita mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya kekejaman Israel yang menyerang konvoi bantuan kemanusiaan yang membawa bantuan perubatan, pendidikan dan pembinaan bagi rakyat Gaza yang disertai lebih dari 50 buah negara sehingga ada sukarelawan yang mati ditembak dan ramai lagi yang cedera



Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Dalam berhadapan dengan cabaran dari Yahudi dan sekutunya Amerika khasnya dan barat amnya, adakah umat Islam pada hari ini telah benar-benar bersedia? Atau umat Islam terus diulit mimpi indah tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang mencengkam dan menindas umat Islam pada hari ini? atau umat Islam hanyut di dalam dunia hiburan atau tenggelam di dalam lubuk duit dan harta sehingga lalai dari perintah Allah. Sesungguhnya bilangan Umat Islam di seluruh dunia pada hari ini bukanlah sedikit, iaitu 1/5 daripada penduduk dunia. Dari sudut ekonomi pula, negara Islam merupakan negara pengeluar minyak terbesar dan pengeksport bahan mentah dan makanan. Tetapi kenapa umat Islam terus diperkotak-katikkan oleh musuh Islam.

Selain dari aspek ekonomi dan politik, kita perlu menilai semula kekuatan keimanan kita kerana itulah yang akan menentukan sama ada orang Islam kuat atau sebaliknya. Seorang Islam yang kuat, ialah yang memiliki keimanan yang kukuh sehingga sanggup mengenepikan kepentingan peribadi dari kepentingan yang lain semata-mata kerana Allah. Berapa ramai pada hari ini umat Islam yang lalai dari kewajipan solat, betapa ramai umat Islam pada hari ini yang terlibat dengan riba, betapa ramai umat Islam pada hari ini yang terlibat dengan perlakuan sumbang, pegang-pegang dan zina, betapa ramai umat Islam pada hari ini yang terlibat dengan judi dan minum arak. Berapa peratuskah yang menunaikan solat jemaah maghrib di masjid dan berapa peratuskah yang solat subuh dimasjid berjamaah. Ini adalah beberapa petunjuk yang menegaskan bahawa umat Islam pada hari ini berada di dalam keadaan yang cukup lemah lantaran suatu penyakit yang tertimpa kepada mereka yang dinamakan dengan wahan; iaitu kasihkan dunia dan bencikan mati.



Sifat kasihkan dunia ini bukan sahaja terkena kepada orang kaya tetapi turut terkena kepada orang miskin. Orang kaya dengan cara kayanya dan orang miskin dengan cara miskinnya. Menjadi orang kaya bukan bermakna orang itu berdosa tetapi melupakan perintah Allah dan mengenepikan soal dosa pahala itu adalah dunia. Bukan sekadar itu, ia akan mendapat dosa di akhirat nanti dari Allah swt. Dunia itu bermaksud dekat, iaitu perkara yang tidak membawa pahala. Manakala akhirat itu lambat iaitu perkara syurga itu akan berlaku selepas mati. Makna lambat dan jauh. Dengan kata lain, apa jua perkara yang tidak membawa pahala, maka itu adalah dunia manakala perkara yang membawa pahala itu adalah akhirat.

Persoalannya, betapa ramai orang yang berebut mencari perkara yang tidak membawa pahala dan meninggalkan perkara pahala. Dengan fenomena ini, bagaimanakah kita boleh melawan musuh Islam sedangkan kita masih dan asyik sibuk mengira harta, kekayaan, permainan, rakan-rakan dan anak isteri sehingga menjejaskan perintah Allah SWT.

Kita sememangnya tidak dapat untuk menandingi kehebatan teknologi persenjataan barat kerana ternyata mereka lebih hebat dari kita. Justeru, untuk menunggu persenjataan kita kuat baru boleh mengalahkan mereka hanyalah satu impian sahaja. Orang Islam perlu membina kekuatan spiritual dan keimanan yang kukuh agar dengan kekuatan ini, orang Islam dapat menentukan apakah keutamaan mereka buat masa ini, apakah kewajipan yang perlu dilakukan dan apakah misi yang perlu di selesaikan.

Sidang Jumaat yang berkati Allah,

Bagi menunjukkan sikap benci dan marah kita kepada musuh-musuh Islam, dan bagi menunjukkan sikap protes kita terhadap orang yahudi di Palestine, marilah sama-sama kita membina kekuatan dalaman kita iaitu kekuatan iman dan keyakinan kita kepada Allah swt.

Antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh Umat Islam

1. Bangun pagi dengan azam untuk tidak menyumbang apa-apa kepada Yahudi serta menyekat kemaraan mereka.
2. Solat Subuh berjemaah di masjid. (Yahudi amat takutkan apabila umat Islam menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid seperti solat Jumaat)
3. Memastikan sunnah Rasulullah SAW diutamakan dan diamalkan.
4. Tanamkan dan sebarkan kesedaran indahnya hidup beragama melalui SMS, email, CD, risalah, blog dan lain-lain.
5. Hadiri majlis ilmu atau membaca bahan bacaan yang mengukuhkan kefahaman kita tentang kejahatan dan tipudaya Yahudi kepada orang Islam.
6. Memperuntukkan sumbangan kepada tabung kebajikan dan dakwah setiap hari.
7. Menyokong dan menyertai mana-mana aktiviti bantahan kepada Yahudi.
8. Memboikot semua rancangan media yang berbentuk hiburan maksiat serta merosakkan akhlak remaja Islam.
9. Menjalankan program yang membina iman ahli keluarga.

Allah berfirman:

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

Orang-orang yahudi dan nasara tidak akan suka melainkan apabila kamu mengikuti jejak langkah mereka. Al-Baqarah: 120.

Sabah .... Kami Kembali.



Bumi Sabah tanah bertuah.

Tanah subur dengan dakwah dan pengalaman.

Tanah tumpahnya rasa cinta dan sayang hampir sedekad lamanya.

Tanah yang diatasnya dibina persahabatan dan kasih sayang.

Tanah indah sesejuk bayu pagi yang menghembus ceria diperbukitan kundasang.

Setenang air jernih dipenuhi terumbu karang bertaraf dunia di kepulauan manukan dan mamutik.

Tanah penuh khazanah alam yang pelbagai ragam dan spesisnya.

dan disanalah termaktub takdir posting pertama saya di arena perguruan ini.

tiada yang mampu memadamkan,

Memori sejarah yang kekal abadi.

Hari ini Jumaat, 11 Jun 2010 , saya akan kembali menginjak kaki mencari serpihan cinta, ukhuwwah dan pengalaman yang tercicir disini.

pastinya ia mengujakan.

selamat menunggu duhai tanah merekah penuh berkah, tanah bumi dibawah bayu .... tanah yang penuh pengajaran dan pengalaman bagi sesiapa yang memanfaatkan waktu permusafirannya.

Wednesday, June 9, 2010

Demontrasi Anti Yahudi

Sesungguhnya Yahudi dan Nasrani takkan menyetujui kita dalam segenap perkara.

Bahkan mereka cuba merosak kita dalam semua perkara. Hinggalah kita menjadi pemikir ala yahudi, akademis ala yahudi, politikus ala yahudi , artis ala yahudi dan segala aspek kehidupan berlandaskan neraca keyahudian mereka.

izinkan saya menggunakan perkataan yahudi laknatullah kerana merekalah bangsa dan ideologi yang kita ingin perangi. Penjenamaan nama Israel yang terkesan dari nama datuk kita yaakub amat memilukan saya untuk terpalit dalam amarah kebencian kita.

yahudi tetap yahudi, dan ideologinya zaman berzaman hanyalah membawa kemusnahan dan kerosakan kepada dunia, kehidupan mereka seterusnya tidak pernah aman untuk mendiam disatu negara tanpa dihalau, dipulau dan dizalimi.

semuanya ekoran perwatakan dan sikap licik jahat yang terpamer pada gen keyahudian mereka dan diangkat menjadi doktrin.



mereka mendakwa sebagai umat terpilih, lalu dengan keistimewaan itu mereka memperbudak dan memperhambakan bahkan membinatangkan semua manusia. kita digelar goyyim yang disamakan dengan golongan binatang tidak bermaruah dan boleh dizalimi bila-bila masa.

Senjata kezaliman, manipulasi dan sistem riba sentiasa diterapkan untuk menindas bangsa lain. lalu dengan kelicikan mereka juga, dunia disogok untuk menerima mereka sebagai sebuah jenama paling popular yang tidak boleh ditolak samasekali untuk menjadi sebuah negara maju, up to date dan bertamadun.

Mereka yang memerangi, hanya akan kekal dengan status dunia ketiga atau diputuskan langsung bantuan dan hubungan dengan dunia luar.

namun bagi kita jangan tersalah andai bahawa kuasa ini supernatural dan tidak terkalahkan, kita umat yang agung dan mulia hanya perlu mengikut landasan sewajarnya untuk menjadi mulia dan berdaulat semula.

marilah kita berdemontrasi mengunjuk rasa kemarahan kepada yahudi ini jika ianya berbaloi dan berkesan mendesak mereka bersikap sopan kepada umat.

mari kita menzahirkan rasa marah kita dengan memboikot barangan mereka supaya mereka tertekan dan berfikir dua kali sebelum mengulang perkara yang sama.

dan yang terutama mari kita bersatu mengunjuk perpaduan islam yang akan mengguris rasa ego mereka untuk gerun dan takut.

dan ketakutan mereka pastinya akan hadir lebih jelas jika kita mengamalkan islam dengan cara hidup yang sebenarnya. hadirlah untuk solat berjemaah, kuasai ilmu pengetahuan, kukuhkan persaudaraan, tutuplah aurat, berfikirlah dengan neraca islam dan memahami setiap permasalahan umat dan bersedia menghulur bantuan segera bila diperlukan.

tunjukkan kitya umat bersaudara walau diufuk mana jasad kita terpisah.

ianya pasti digeruni Yahudi.

dan unjuk rasa ini, tidak boleh bermusim .... unjuk rasa ini perlu dijadikan amalan dan pakaian kita seharian.