Wednesday, June 26, 2013

Kisah Seorang Budak & Mercedes Benz

Hey kawan,
 
Selalunya kita alpa dengan kehidupan. Lorong kehidupan ini biasanya akan kita telusuri sepantas yang mungkin dengan signal angan2 kita sengaja membiarkan ianya sentiasa terpasang. Aaaah, bila dewasa nanti aku ingin menjadi itu dan ini . Kalaulah nanti aku kaya , aku akan membuat begini dan begitu...
 
Memasang impian tidak salah, tetapi yang kesalnya bila kita akan sentiasa mengabaikan barangan yang paling berharga untuk kita, ianya tak lain tak bukan iaitu saat ini dan hari ini. 
 
Kita banyak menghabiskan masa menangis kecewa dengan hidup kita saat lalu atau juga kerana asyik menjeling gosip kisah lalu lalang orang di sekeliling, ataupun juga kita hanya ghairah memburu impian hingga kita gagal menikmati sesuatu yang amat berharga buat kita. 

Ingatlah, nikmatilah kehidupan hari ini dengan penuh bermakna kerana hari esok hanya akan hadir bila segalanya kita lalui dengan sempurna dan diberi makna. Kita yang akan memaknakan kehidupan ini dengan nilai dan kesedaran kita. Untuk itu, hargailah masa2 anda saat ini.
 
Bersama sebuah cerita yang saya kutip dari sebuah blog yang menggamit inspirasi.


Al-kisah seorang pemuda yang berjaya pulang ke kampungnya dengan kereta barunya Mercedes yang baru dibelinya. Pemuda tersebut memandu agak cepat untuk jalan di kampung. Namun pemuda itu berhati-hati melihat samada ada kanak-kanak yang tetiba lari keluar daripada tepi jalan dan memperlahankan kereta jika ternampak sesuatu.

Ketika kereta pemuda melalui jalan kampung yang cerun itu, tiada kanak-kanak yang keluar. Tetiba, ada sekeping bata yang terbaling ke pintu kereta Mercedes barunya. Pemuda terus menekan brek dan 'gostan' ke tempat di mana bata tersebut dibaling.

Pemuda yang marah tersebut terus keluar dan menolak seorang kanak-kanak 12 tahun ke arah keretanya dan terus menjerit marah.

“Apa ini? Siapa kamu? Apa yang kamu buat? Ini kereta baru TAHU? Dan bata yang kau BALING ITU AKAN menyebabkan hilang banyak wang!!! MENGAPA kamu buat DEMIKIAN?? JAWAB!!!”

Budak tersebut memohon maaf….

Abang… sorry… jangan marah… Saya minta maaf tapi saya tak tahu apa nak buat,” budak tersebut merayu.

“Saya membaling bata tersebut kerana tiada kereta lain yang hendak berhenti,” kata budak itu sambil menangis-ngangis teresak-esak…

Jari budak itu menunjukkan ke arah bawah cerun jalan tidak jauh daripada tempat kereta Mercedes pemuda itu dipark.

“Itu abang saya,” kata budak itu. “Abang saya termasuk cerun dan terhempas daripada kereta rodanya… dan saya tidak dapat mengangkat abang saya,” tambahnya dengan nada teresak-esak.

Sambil pipinya dipenuhi air mata dan hidung berhingus, budak itu merayu pemuda kaya tersebut, “Boleh abang tolong angkat abang saya naik ke kerusi rodanya. Abang saya sangat sakit tapi dia terlalu berat untuk saya angkat.”

Pemuda itu tersergam, terdiam dan tersentuh. Menelan air liur dan meredakan bengkak tekak akibat menjerit, pemuda itu cepat-cepat pergi membantu abang budak yang cacat itu ke kerusi roda semula. Pemuda kemudian mengeluarkan kain sapunya untuk mengelap luka abang budak tersebut dan memberitahu dia, “Jangan bimbang, semuanya ok.”

Budak yang dimarahinya tadi berkata, “Terima kasih abang… semoga Allah membalas hati baik abang.”

Terlalu terkejut dengan situasi tersebut, pemuda itu tidak berkata apa-apa sambil melihat budak itu menolak abangnya balik ke rumah. Pemuda itu berjalan ke arah kereta Mercedesnya. Kesan kerosakan tampak jelas, tapi pemuda itu berkata pada dirinya, ia akan membiarkan kerosakan itu kekal di pintunya sebagai mesej mengingatkan diri – “Jangan lalu kehidupan dengan cepat sangat sehingga ada orang yang terpaksa membaling bata untuk mendapatkan perhatian kita!”

Allah sentiasa berada di sisi kita dan mendidik dan membisik ke jiwa dan hati kita. Apabila kita tiada masa untuk mendengarnya, Allah terpaksa membaling bata ke arah kita – supaya kita sedar dan berfikir. Semoga kisah ini dapat dijadikan renungan bersama kita semua.. insyaAllah
 
sumber: http://www.nizarazu.com/kisah-seorang-budak-mercedes-benz/

Wednesday, June 19, 2013

SYAABAN DAN SINDROM LUPA

Hey kawan,

Salam Syaaban untuk semua dan rasanya masih belum terlambat untuk aku santunkan ingatan mulia ini menjadi mukaddimah perbualan kita kali ini.

Tahukah kalian Syaaban sudah menginjak remaja ke usianya 10 hari, memberikan perkhabaran untuk kita tersedar bahawa hitungan kedatangan bulan mulia Ramadhan semakain hamper kepada kita. Bulan yang Allah janjikan dengan ganjaran terbesar ini sememangnya wajar untuk kita dambakan kerana ia akan mengotakan janji tuhan dengan gandaan pahala yang amat besar juga pembasmiaan dosa yang amat menakjubkan.

Benar kawan, Ramadhan adalah bulan mulia impian setiap orang yang mempunyai iman dan kepercayaan kepada tuhannya.  Justeru, kita memasang harapan akan dapat kembali ke teratak ar -Rahman dengan limpahan rahmatnya dan penerimaannya.

Moga2 kita berjaya menuju ke dalam dakapan syurgawi nanti, insya allah.



Namun dalam kesibukan kita melontarkan harapan jauh mengintai kejelitaan Ramadhan yang semakin menghampir, kita senantiasa terlupa pada kerlingan Syaaban yang seolah2 meminta perhatian kita menatap keayuan untuknya jua.  Sememangnya ramai yang terleka dengan bulan yang Syaaban ini, kalau ada lintasan ingatan sekalipun mungkin ianya lebih didominasikan oleh kumpulan wanita yang belum melunasi hutang Ramadhannya, jadi hendak atau tidak..bulan inilah antara medium terbaik jika bukan terpaksa untuk mereka mengQadha tuntutan Ramadhan yang belum tertunai lagi.

Bagaimana pula dengan golongan homo-sapiens yang bergender lelaki ? Pastinya lebih  banyak yang akan terhenyak seperti penulis sendiri dengan kejutan kecewa dan terkilan tatkala Syaaban sudah berada dipenghujungnya nanti.

Aaah … dah nak masuk Ramadhan rupanya !!Cepatnya masa berlalu… mungkin ayat itulah yang sentiasa 
terpacul dalam memori sejarah silam kita saban tahun. Leka dan sentiasa menangguh azam, akhirnya kita terlepas peluang yang dijanjikan.

Dan kalau inilah fenomena kita setiap tahun, ianya berbetulan dengan agakan Nabi SAW kita ditanya tentang bulan Syaaban yang mulia ini. Nabi lebih banyak berpuasa dalam bulan ini melebihi bulan2 yang lain. Nabi seolah mula menekan gear ibadatnya untuk memanaskan badan menuju kemuncak mihrab pengabdian dan penyerahan sebelum Ramadhan nanti. Ianya aplikasi amali nabi sebagai persediaan bukannya omongan azam kosong untuk berlumba tanpa persiapan lebih awal sebelumnya.

Lalu, dalam satu hadis yang diiktiraf hasan : Nabi ditanya oleh para sahabat tentang puasanya yang agak banyak dalam bulan syaaban berbeza dengan bulan yang lain : Nabi dengan tenang dan memotivasikan menyatakan INILAH BULAN YANG RAMAI MANUSIA LUPA (TTG FADHILATNYA), IANYA BULAN YG TERLETAK ANTARA REJAB DAN RAMADHAN….. Dan dalam hadis yang lain nabi ada menggambarkan tentang akaun amalan dan pahala dosa akan diangkat menuju peti besi allah untuk disteril dan disimpan disana sememangnya dijadualkan penghantarannya pada bulan Syaaban, lalu rasul mengetuk rohani kita dengan menyatakan : AKU SUKA AMALAN AKU DIANGKAT KETIKA AKU SEDANG BERPUASA(SEDANG BERIBADAT MENYERAHKAN DIRI UNTUK MENDAPAT RESTU TUHAN).

Inilah antara hadis yang paling baik untuk dideklamasikan oleh para agamawan untuk memimpin audiens menuju persiapan ramadhan.

Atau kita terkhilaf untuk sama terleka dengan langkahan waktu yang tak pernah berhenti perlahan.

Lalu, tatkala nabi berkata JANGAN TERLUPA TTG SYAABAN …..

Janganlah pula kita akhirnya mengaku : OPS NABI, AKU MEMANG TERLUPA ??

Atau kita lebih senang menyatakan : TAKPA , LAIN KALILAH ??


Atau kalian lebih bersetuju dengan stigma lama : Melayu memang mudah lupa kan ??

Friday, June 14, 2013

Hibernasi Khutbah

Salam kawan,

Lama rasanya saya berhibernasi dalam suasana sepi saya sendiri. Pelbagai insiden kehidupan berlalu percuma tanpa sempat untuk berkongsi bersama. Entahlah, adakah jemari ini masih punya aura dan suara untuk berbicara. Harapnya ia tidak kematian rasa. Moga kita masih terus menyambung rahim ukhuwwah kita diteratak bisu ini bersama lagi.

Selang beberapa jumaat yang lalu, saya diberi lorongan oleh TG Ustaz Rosli Osman, Imam Besar masjid at Taqwa, Bertam Indah untuk menyampaikan khutbah rasmi hari guru peringkat pulau pinang di masjidnya. Dengan jemaah yang melimpah sehingga membilang anak tangga dan beranda masjid, saya dipermudahkan dengan teks khutbah sempena hari guru yang diselaraskan oleh JPN PP sendiri. Dengan sedikit selang seli tambahan dari olahan bahasa saya sendiri, saya menyampaikan amanah untuk guru pada tanggal 17 Mei yang lalu. Moga ianya bermanfaat untuk dikongsi teksnya bersama.


KHUTBAH HARI GURU 2013

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ,
فَيَا عِبَادَ اللَّهِ!

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
          Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang jumaat yang dikasihi sekelian, marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah S.W.T dengan sebenar-benar taqwa serta melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya, mudah-mudahan kita berbahagia di dunia dan di akhirat.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah
Kerjaya guru merupakantugasmulia di sisi Islam, apatahlagimembabitkandisiplinilmuberkaitan agama. Islam sebagaisatu agama yang mementingkanilmupengetahuan, memandangtinggimartabatseorangpendidiksamaadaberkaitanilmuduniawidanukhrawi.

Tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan hari yang amat bermakna bagi setiap warga guru. Guru pasti diingati, dihargai dan diraikan dengan sewajarnya. Tidak kiralah siapa pun yang pernah mengajar kita, banyak atau sedikit ilmu yang dicurahkan, tidak kira apa bangsa atau agamanya, mereka tetap guru kita. Merekalah yang mengajar kita membaca, menulis dan mengira supaya kita  menjadi insan yang berilmu. Oleh yang demikian, adalah wajar untuk kita mengiktiraf sumbangan dan jasa guru terhadap pembangunan masyarakat dan negara.Ianya selari dan bertepatan dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini “Guru Malaysia : Satu Aspirasi Satu Agenda”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Dewasaini, pelbagaiberita yang bolehdikirasebagaikeadaan di manamartabat guru cubadirendahkan. Segalanilai-nilai yang perluadabagisetiap yang menuntutilmu, tidakdiamalkan. Hal inimenyebabkankeberkatandaripada Allah itutiada. Makadenganitu, masyarakatberilmutetapakanlahirnamundaripadaaspek yang bukankitacari.
Sebagaiperbandingan, padamasasekarang, sangatramaiahliprofesionaldaripadabidangmasing-masing yang tampakhebatpadakacamatamanusia. Merekamenunjukkanprestasi yang baikdalammenjalankantugasmereka. Namun, kitaakandapatmelihatperbezaanantara orang yang menjagaadabdan yang sebaliknya. Seseorangakanbenar-benarikhlasdalammenjalankantugaskesandaripadaadabterhadap guru.
Oleh yang demikian, adab-adabterhadap guru dalam menuntut ilmu sangat penting. Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidaklagi mengajar kita.Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggitentangsesuatubidangsehinggamampumengajar orang lain. Olehsebabitulah menghormati mereka adalah dituntutolehsyaraksebagaimanafirman Allah SWT :
Maksudnya : Allah meninggikandarjat orang-orang yang berimandiantarakamu, dan orang-orang  yang diberiilmupengetahuan agama( darikalangankamu) beberapadarjat. Dan ingatlah, Allah mahadalampengetahuannyatentangapa yang kamulakukan.

Muslimin yang dirahmati Allah
Pernahdiceritakantentang Imam Syafie menghormatigurunya. Padasuatuhari, sedangbeliaumemberikuliahkepadaribuanpelajar-pelajarnya, masuklahseorangbadwi yang amatcomotsertaamatbusuksekali.Melihatsahajabadwiitumasuk, Imam Syafielantasberhentidaripadamemberikuliahdanmendekatibadwiitusertamemeluknyadenganerat. TergamamanakmuridnyamelihatperlakuanImam Syafieitu. Selesaisahajamemberikuliah, makabertanyalahanakmuridnyakepada Imam Syafiemengapabeliaumemelukbadwitersebut.Imam Syafieberkatabahawawalaupunbadwiitubusukdancomot, tetapibadwiituialahgurunya.Sebabitudia memeluk badwitersebutsebagai caramenghormati guru. Makin terpegunpelajar-pelajarnyaapabiladiberitahutentangbadwi yang jahilitumenjadi guru Imam Syafie.
Jawab Imam Syafie, "Padasuatuhari, sedangakumenuliskitabfekah ,akumempunyaisatumasalahiaitubagaimanakahhendakmengenalidanmembezakan di antaraanjing yang cukupumurdengananjingyang belumcukupumur. Laluakufikirtentubadwitahukeranabadwibanyakmemeliharaanjinguntukmengawalkambing-kambingmereka.
Aku pun bertanyahaltersebutkepadabadwi yang akupeluktadi.Badwiitumenerangkanbahawaanjing yang cukupumurmengangkatsebelah kaki belakangapabilakencing, manakalaanjing yang tidakcukupumurtidakmengangkatkakinyabilakencing.Denganpanduanbadwiitulah, makaakudapatmenyiapkankitabkuitu." 
Begitulahceritanya.Walaupunterlalusedikitjasabadwiitukepadanya, Imam Shafieamatmenghargainyadanmenghormatisehinggamenggelarnya guru.Saidina Ali R.A  jugapernahberkata“Barangsiapa yang mengajarakuwalaupunsatuhurufmakaiaadalahtuankepadaku:”.
SidangJumaat yang dirahmatiAllah ,
Dalam menjana tranformasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, tugas guru bukan sekadar menjadi mudarris(pendidik), tetapi guru juga sebagai mua’llim ( penyampai yang benar), sebagai murabbi (pengasuh dan pendidik anak-anak dengan kasih sayang), sebagai muaddib (pembentuk adab dan akhlak anak-anak), dan sebagai mursyid(pembimbing ke arah kebenaran). 

Kehidupan seorang guru tidak dapat lari dari hidup secara berjemaah atau dengan kata lain “Hidup Bermasyarakat” Apabila kita jauh dari sanak saudara dan ahli keluarga , maka orang yang paling hampir dengan kita ialah jiran tetangga atau lebih dikenali sebagai masyarakat. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda :
مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فَلَيْسَ مِنْهُمْ وَمَنْ أَصْبَحَ وَهَمُّهُ غَيْرَ اللهِ فَلَيْسَ مِنَ اللهِ
(رواه الطبراني)
Maksudnya :“Sesiapa yang tidakmengambilberat di atasurusan orang musliminmakabukanlahdiadarikalanganmereka. Dan sesiapa yang padapagiharimengutamakanperkaraselaindaripada agama Allah makabukanlahdiadaripadagolongan yang diredhai Allah.”
Lihatlahtokoh-tokohulamanusantaraseperti Prof. Dr. Hamka, Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi, Tuan Guru TokKenalidanramailagi, merekatelahmencurahkanbaktidalammenyampaikanilmudanbergiataktifdalammasyarakat. Kesinambunganusahamerekaitusewajarnyaditeruskanolehgenerasipendidikmasakini.



Sidang Jumaat yang dihormati,

Kita tidak boleh meletakkan peranan membentuk akhlak dan peribadi anak-anak kita hanya kepada guru-guru di sekolah sahaja. Ibu bapa serta ahli masyarakat sewajarnyamemainkan peranan secara bersama. Gunakanlah ruang permuafakatan melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk menjana idea dan menyelesaikan masalah.
Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak diberikan kasih sayang dan perhatian secukupnya. Usaha mendidik anak-anak sebenarnya bermula darirumah, terutamanya dalam mendirikan solat secara istiqamah, membaca, memahami serta menghayati isi kandungan al-Quran.Ianya selari dan bertepatan dengan hasratKementerian Pelajaran Malaysia yang telah memperkenalkan “sarana  ibubapa” dan “sarana sekolah” sebagai inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibubapa, komuniti dan sektor swasta kearah bersatu dan menyokong satu matlamat iaitu membantu murid berjaya. Penglibatan semua mampu mengubah sistem pendidikan negara kearah kecemerlangan dan kemenjadian murid seperti yang diharapkan.

Sidang Jumaat yang dihormati;
Justeru, sempenaHari Guru yangdisambutsetiaptahun, kitaperlukembalimengenangjasa guru yang banyakmembantu agama, bangsadannegara. Hal inibertepatandengansarananBaginda SAW yang mengajarumatnya agar sentiasaringanmulutuntukmengucapkan ‘terimakasih’ kepadasesiapasahaja yang berbaktikepadamereka.Sesungguhnyasegalaamalbaktiseorang guru dalammenyampaikanilmu yang bermanfaatkepadaanakdidiknyaakanmelayakkandirinyamendapatganjarankebaikan, meskipunsetelahpergimenghadapilahi.
Mengakhiri khutbah pada hari ini mimbar menyeru dan berpesan, marilah kita menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru melalui tindakan berikut:
Pertama:    Mendoakan kebahagian buat guru-guru, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
Kedua:       Menziarahi guru-guru untuk mengeratkan silaturrahim.
Ketiga:       Menghulurkan apa juga bentuk sumbangan mengikut kemampuan  masing-masing kepada institusi pendidikan.
Keempat:   Berkatalah dengan lemah-lembut dan jangan sekali-kali menyakiti hati guru.
Kelima:      Ucapkanlah terima kasih kepada guru-guru dan semua insan yang pernah menabur bakti dan budi kepada kita.

Buat para guru , teruslah beristiqomah dengan penuh keikhlasan dan kesabaran dalam menyampaikan ilmu  kepada anak bangsamudah-mudahan akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t.

Firman Allah dalam surah al-Jumu’ahayat 2:
هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (2)


بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيم.