Monday, April 26, 2010

Menembak di PKBM

Antara perkara yang paling mengujakan saya dalam perkhemahan kali ini ialah mengikuti pertandingan menembak antara kadet pada selasa 20 april yang lalu.

Seperti anak kecil yang lain pada 30 tahun dahulu, saya sememangnya amat kagum pada uniform dan kesegakan para anggota tentera dalam barisan kawad mereka yang tersusun. Apatah lagi tatkala mereka memegang senjata dan tega mengacukannya kepada sesiapa sahaja yang berani meragut dan membahayakan keselamatan Negara.

Semangat suka dan ingin menjadi tentera tumbuh mekar bersama memori saya semasa berumur 8-12 tahun, saya sememangnya suka melihat watak keperwiraan tentera berdepan dengan segala episode pertempuran dan cabaran mereka, filem sarjan hassan dan bukit kepong kala itu sentiasa meninggalkan kesan afektif pada jiwa kecil ini untuk membesar menjadi seorang yang tega dan cekal menjadi seorang perwira yang kemudiannya saya modified review setelah beransur remaja kepada pejuang agama.



Memegang senjata buat pertama kali kala itu menceriakan saya, bahkan keterujaannya sememangnya tampak jelas dan mampu dibaca beberapa orang kadet saya. Tatkala mereka mengadu keletihan dan hilang fokus ekoran rentak pertandingan tanpa rehat yang berlangsung setiap hari mengganggu mereka, saya hadir meniup semangat melawan dan fokus perjuangan, spontan hadis nabi ini saya bacakan jujur kepada mereka : nabi menasihatkan kita para ibubapa mendidik generasi ini dengan perkara yang berfaedah, ajarlah anakmu dengan 3 perkara, berenang, menunggang kuda dan memanah.

Ketiganya amat penting dalam membentuk jatidiri muslim yang kuat dan berjiwa kental.

Pertamanya mengangkat imej islam di mata masyarakat dengan kualiti umat yang kuat berusaha dan berkualiti, keduanya memenuhkan ruang fikir dan agenda umat ini dengan aktiviti yang berfaedah dan membina kredibiliti diri, ketiga memahirkan muslim dengan asas untuk sentiasa bersedia membantu agama dimana sahaja yang diperlukan.

Dan memanah itu dizaman sekarang boleh kita terjemahkan sebagai kemahiran menembak, ianya mengajar kita untuk fokus kepada sasaran dan matlamat hidup kita.
Mengajar berani, berhati-hati dan mengikut peraturan yang disarankan.

Dan dalam latihan hari selasa tersebut, saya diberi peluang untuk mencuba dan merasai keseronokan dan keterujaan saya untuk menembak.Saya diberi 20 peluru hidup dalam kelopak yang kemudiannya saya pasang ke M-16 saya. Dalam jarak 100 meter, saya bersama rakan guru yang lain diberi arahan untuk menembak 5 butir peluru dalam 4 kedudukan iaitu meniarap, duduk, melutut dan berdiri.



Saya terus mengacukan muncung M-16 itu tepat kesasaran yang saya nampak kecil dihadapan saya, sasaran yang bertanda V itu membawa 5 markah penuh bagi setiap penembak, bulatan kedua pula membawa 4 markah dan setiap peluru yang mnegenai luar bulatan tapi mengenai sasaran akan diberikan 3 markah. Setelah mendengar arahan, tembakan saya lepaskan satu-persatu mengikut arahan setiap kedudukan. Selesai menembak, kami guru dibawa melihat target dan hasil tembakan kami.

Alhamdulillah, tembakan saya masih mengenai sasarannya walau tidaklah setepat mana, mungkin ini tembakan kali pertama saya. Saya mendapat bacaan 0 0 7, bermakna 7 tembakan saya mengenai sasaran diluar bulatan 5 dan 4, saya mendapat 21 markah sahaja daripada 100 markah penuh.

Kadet2 saya menunggu berita dengan sabar dan lantas mereka menggelarkan saya JAMES BOND, 007, Ustaz dah dapat LICENCE TO KILL.

Dan esoknya saya menembak lagi, diberi peluang menyertai pertandingan antara guru PKBM dalam pertandingan menembak piring sejauh 150 meter.

Diundi dalam kumpulan CHARLIE, kami seramai 4 orang guru PKBM berentap dengan sahabat yang lain dari kalangan guru ini, dalam masa tak sampai 2 minit pasukan ALFA akhirnya menewaskan BRAVO, dan kami kemudiannya menewaskan DELTA. Pertembungan saat akhir antara kami dan DELTA menyaksikan kami berjaya menumbangkan 4 piring tersebut kurang dari 12 saat.

Setelah diisytiharkan sebagai pemenang kami diminta menyudahkan 40 peluru berbaki yang masih dikelongsong senjata kami.

Petang itu, saya pulang dengan rasa bangga dan kepuasan sebagai penembak. Sekurang-kurangnya saya pernah cuba untuk mematuhi ajaran nabi untuk belajar menembak.

Tembaklah sasaran anda setinggi yang boleh, kiranya tidak berjaya ia akan mengenai sasaran kedua tertinggi.

alhamdulillah, lengkaplah tetralogi artikel PKBM saya.

Sunday, April 25, 2010

Gamat PKBM

Perkemahan PKBM gamat lagi.

Rutin siangnya bermula dengan jadual pertandingan yang padat bermula seawal jam 7.30 pagi jentera akan bertolak ke lokasi pertandingan. Hanya acara rempuh halangan dan kawad kaki sahaja yang berlangsung diperkarangan kem.

Namun para kadet diwajibkan bagi bersolat subuh dan bersarapan awal sebelum memulakan acara pagi dengan kawad dan kemudiannya diagihkan mengikut jadual pertandingan.

Kadet kami berada dalam kompeni C melibatkan 4 buah sekolah yang lain, maka jadual pertandingan kami bermula hari ahad ialah rempuh halangan, isnin pandu arah, selasa menembak dan rabu ialah kawad kaki.

Kesemua acara ditempuhi kadet dengan penuh semangat dan komited yang tinggi.

Selesai acara biasanya diawal jam 2 petang para kadet akan bersantai dikemah masing-masing ataupun bersiap dengan training dan pendedahan teknik dan strategi baru untuk mengharungi setiap acara pertandingan.

Setelah isnin sampai ke usia senjanya, saya menunggang motorsikal untuk menjadi tetamu rumah allah di masjid tun sardon gelugor, giliran ustaz Shamsuri Ahmad memberi kuliah tidak saya lepaskan begitu sahaja, suka saya mendengar kupasan hadis terpilih dan tafsir surah an Nisa’yang dibawanya setiap bulan. Giliran bermalam di kem saya serah dan maklumkan pada sahabat saya Cikgu Hifzan.

Namun ketenangan malam itu mula berkocak serabut, saya dimaklumkan belasan pelajar wanita yang kerasukan hysteria menggamatkan suasana, ada yang berlari, menangis, menendang dan memaki hamun adalah lumrah fenomena malam itu.

Deringan telefon saya juga tidak bisu malam itu, selang 5 minit pastinya ada panggilan meminta diangkat sedangkan saya masih belum mahu berganjak dari dewan masjid yang berakhir jam 10 malam itu.

Selepas itu saya dimaklumkan ada beberapa ustaz dan tenaga pengubat dari luar kem telah datang untuk memberikan bantuan. Moga ia meredakan sedikit kekalutan yang berlaku.

Esoknya, saya dimaklumkan pelajar kadet saya juga diganggu, dengan jelmaan mayat tergantung, wajah lembaga menyeringai dipohonan tua belakang perkemahan, juga ada yang mendakwa lembaga halus menyelinap kedalam badannya hingga tangisan, sendu dan teriakan tumpah tanpa dapat dikawal, jiwa kacaunya menyebabkannya sesak nafas dan diberi bantuan klinikal.

Begitulah resamnya, hamper 4 hari malam-malam kami di kem hilang ketenangannya, malamnya menyaksikan pertandingan acara yang ke5 mungkin, iaitu acara menghalau hantu dan menenangkan pelajar perempuan hysteria diperkarangan masjid tentera tersebut.

Namun saya berbangga apabila kadet saya melaporkan, kadet SXI mengambil langkah proaktif dan terkedepan apabila menjadi jentera dan perisai awal membaca yasin dan melaungkan azan untuk sama2 mengambil peranan mengubat kondisi sulit yang berlaku.

Tahniah kadet, moga semangat ingin membantu itu kekal membara dalam kehidupan kalian, dan jadikanlah al Quran itu sebagai perisai dan pendinding diri dan keluarga.

Friday, April 23, 2010

Kuliah PKBM

Perkemahan PKBM adalah sesuatu yang amat baru dan mengujakan saya.

Ianya pengalaman yang tidak pernah saya kecapi sebelum ini, samada disekolah menengah dahulu mahupun setelah menjadi guru di sabah.

Ianya seperti memahat travelog baru dalam kamus hidup saya.

Biarpun terpaksa berulang alik dan bergilir menjadi pemantau pergerakan kadet, biarpun masa cuti hujung minggu juga terpaksa dibayar galang gantinya, namun ianya amat berbaloi dan sukar dilepaskan.

Disini saya terdedah dengan suasana baru. Aspek keselamatan, pergaulan bersama tentera, cara hidup dan aktiviti mereka. Disinilah saya cuba memahami dan mengadaptasi suasana baru ini kedalam maklumat fikrah saya. Mana yang baik saya pertimbangkan untuk rujukan dan yang buruk sepatutnya kita tinggalkan.

Setelah seharian bersama kadet beberapa hari sebelumnya, saya hadir untuk solat maghrib di masjid tentera. Namun kehadiran saya agak lewat dan hanya sempat berjemaah bersama kumpulan kedua.

Seusai solat, saya melihat para kadet seperti malam sebelumnya bergelimpangan tanpa arah melepaskan keboringan dan lelah seharian, malahan ramai juga yang sedang menunggu bateri hanset mereka penuh dicas, tiba2 datang seorang hamba allah membuat pengumuman untuk semua kadet berkumpul mendengar tazkirah, mengambil peluang mengaut sedikit pahala dan ilmu untuk bekalan pulang nanti, bukan hanya mempertaruhkan kesihatan fizikal semata2.



Dan tiba2 tanpa nama saya diundang untuk memberikan pengisian, saya terus menoleh kehadapan dan tersenyum hamba allah tersebut yang akhirnya saya kenali sebagai USTAZ AZMIR, ustaz lama sekolah SXI dahulu. Rupanya dia sudah mengorek maklumat awal saya dari pelajar dan sengaja membuat surprise tanpa saya sempat bersedia awal.

Saya berbelah bahagi, kondisi diri yang jarang memberikan tazkirah kala ini, saya kira mungkin mempengaruhi, juga kejutan tiba2 itu menyebabkan cairan maklumat minda islami saya beku seketika.

Tatkala melihatkan kemas sila para kadet menunggu arahan dan tazkirah, saya senyum dan terpaksa jua tampil kehadapan. Mungkin ini suratan takdir saya berkongsi sesuatu, bukan mudah nak berceramah di kem tentera kan…..



Kesempatan itu saya sambut awal dengan penekanan berkaitan jatidiri kadet islam, saya bercakap seputar tajuk asas islami seperti solat, ilmu, quran dan maruah diri. Saya sentuhi setiap topic dengan contoh dan cerita tertentu, moga kepenatan badan kadet dapat menerima santainya ilmu ini meresap keperdu otak sedar mereka.

Dan peluang berbicara ini tidak saya lepaskan peringatan tertentu buat kadet, biarpun pahit dan mencili peribadi, saya terpaksa zahirkan kekecewaan saya dihadpan mereka. Saya gagaskan kemuliaan islam berdasarkan kepada kepatuhan dan komitmen menjaga agama, saya singgung kisah sejarah pertama bagaimana umar membuka palesti dan kisah keduanya berselang dengan keajaiban tentera solahudin membukanya buat kali kedua.

Ironinya, keduanya berkaitan dengan daya tahan tentera islam. Kepatuhan dan ketaatan adalah factor kekuatan dan kejayaan umat islam. Kita memenangi pertempuran dan peperangan ini dengan kebaikan iman dan taat manakala musuh tewas kerana kebiadapan jahat dan amalan maksiat mereka.

Lalu saya tegaskan, kecewa saya melihat para kadet yang boleh berkompromi bersama melakukan mungkar dengan MANDI SEPARA BOGEL BERALASKAN SPENDER, meletakkan maruah diri sehina tanah yang dipijak saban hari. Mereka yang suka melihat aurat sendiri, pastinya akan suka melihat aurat orang lain dan ianya sudah pasti akan sanggup membuka dan menelanjangi aurat manusiawui yang lain.

Kecewa juga saya berkaitan factor masa, disiplin asas yang sepatutnya menjadi teras mulia keunikan para kadet tentera mereka remehkan. Kerana itu saya melihat kadet tidak peka pada waktu makan, waktu mandi, waktu main dan apatah lagi waktu solat. Saya terus menembak jarak dekat satu jemaah kadet yang baru datang solat maghrib kala itu tika senggang waktu isyak hanyalah berbaki 8 minit. Barulah mereka terkocoh datang menunaikan tuntutan agama itu tanpa rasa bersalah.

Dan, saya amat berharap moga semua kadet nanti dapat berusaha memperbaiki diri, mulakan perubahan walau sekecil mana pun ia, bukankah kejayaan melakar sesuatu yang agung itu bermula dengan langkah lorekan yang pertama.

Dan ingat, biarlah allah sahaja yang mengetahui usaha dan kesungguhan kita, moga allah memberi bantuannya.

Saya sudahi ucapan saya dengan lafaz salam dan doa penuh ketenangan.

Moga ketenangan malam itu berpanjangan.

Tapi sayangnya, takdir tuhan mengatakan TIDAK ………..

Perkhemahan PKBM

Seminggu lamanya saya bertapa di Kem 2 Rejimen Askar Melayu Sungai Ara, Pulau Pinang dalam Perkhemahan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) yang berlangsung dari 16 hingga 22 hb April yang lepas. Ianya satu tugasan baru yang saya terima di sekolah baru ini sebagai guru pembimbing pasukan kadet bersama seorang lagi rakan bekas Wataniah, cikgu Hifzan.



Seramai 28 orang Kadet dari sekolah kami yang mengambil bahagian dalam acara tahunan itu bagi kali ini. Acara yang pengisiannya bukan sekadar berkhemah, bermain dan tidur, tapi ianya diselangi dengan 4 acara pertandingan yang telah disusun atur bagi menguji kewibawaan setiap pasukan akdet sekolah yang datang bertanding.

Antara acara yang dipertandingan ialah kawad kaki, menembak, rempuh halangan dan pandu arah.

Di peringkat awal, seramai 33 orang yang tersenarai pendek untuk mengikuti perkemahan ini namun kekangan izin ibubapa dan waris membantutkan usaha untuk mencukupkan jumlah platun lengkap itu. Mujurlah acara setiap pertandingan hanya akan dikira berdasarkan 25 kadet terbaik setiap sekolah sahaja. Dengan kekuatan 28 orang anggota dari pelbagai tingkatan ini menjanjikan saingan yang agak tidak konsisten, dengan saiz fizikal yang tidak sekata juga memperlihatkan keupayaan awal kami yang sedikit goyah.

Penelitian saya pada peringkat awal sebagai guru pembantu yang tidak mempertaruhkan apa2. Penyertaan kami hanyalah untuk memperbaiki latihan, mendapatkan pendedahan dan mencetuskan disiplin anggota. Jauh sedikit dari mencabar kadet sekolah yang begitu mantap saiz fizikalnya (purata pelajarnya hanya dari menengah atas), tersusun kelengkapan peralatannya, terserlah kewibawaan disiplin dan pengaruh kepimpinan sarjan kadetnya juga kredibiliti pembimbing dari rejimen askar melayu sebagai penaungnya.

Kami diletakkan dibawah 2 rejimen semboyan diraja melayu bersebelahan kem sg ara ini, jaraknya yang agak jauh dari sekolah menjadikan sesi latihan dan kawad disekolah jarang sekali dihadiri para kopral pembimbing disini.



Namun kesempatan berkampung ditempat tersebut menjadikan hubungan kami bersama 2 kopral mahadi dan shukri amat rapat dan sentiasa prihatin. Ditambah dengan komitmen luarbiasa sarjan shamsuddin yang sentiasa memantau kecukupan peralatan dan keperluan kadet kami.

Jumaat 16hb, kami bergerak dengan trak menuju ke kem Sg ara dengan komitmen yang tinggi. Meninggalkan halaman persekolahan untuk sesi pelajaran yang bukan formal tapi bermakna, meninggalkan sentuhan keluarga untuk dibelai keras disiplin dan peraturan yang begitu tegas, meninggalkan seketika nikmat keselesaan dan rutin untuk dibentuk jatidiri melalui cabaran dan kesusahan.

Moga para kadet saya mampu berubah menjadi warga sekolah yang lebih berdisiplin nanti.

Tuesday, April 20, 2010

Jangan Jadi Binatang !!

Jangan jadi binatang, manusia lebih mulia dari makhluk tidak berakal itu.

Jangan jadi macam haiwan ! Ibadat adalah tanda syukur dan ketaatan hamba kepada tuhannya.

Mana mungkin kita samakannya dengan perbuatan binatang yang duduk mematuk dan merangkak hina melata dimuka bumi. Kerana itu ibadat kita juga patutnya mempunyai standard dan piawaian sunnah yang disahkan oleh nabi sendiri.

Ibadat merujuk perkara kepatuhan kepada suruhan nabi dan ketundukan kepada tuhan, ianya mungkin ada hikmah tersembunyi, namun ketaatan tanpa bicara dalam melaksanakannya adalah amat dituntut.

Begitulah sedikit coretan pesan saya pada para pelajar yang datang dengan persoalan memeranjatkan.



Usai kuliah maghrib malam itu, saya didatangi dan dikerumuni oleh beberapa orang pelajar SMK Abdullah Munshi.

Mereka seolah ingin menghakimi saya atas perkara yang saya tidak pasti, namun raut serius dan ingin tahu mereka seolah memuncak terpancar diwajah jernih mereka.

Terpaksa sekejap saya permisi dari Cikgu Salman, Warden asrama yang ingin meladeni tetamu baru berkunjung ini didewan kantin sekolah.

Ustaz, kami ada sedikit kemusykilan, boleh kami bertanya? Bukankah tatkala kita turun dari qiam untuk sujud kita kena gunakan tangan dahulu. Kan hadis nabi ada menyebut : jangan kita sujud umpama sujud unta !!

Terkial senyum saya mendengar soalan mereka, ternyata kemusykilan mereka berasas tapi kenapa mesti soalan ranting sebegini yang mereka utama dan seriuskan.

Oh, begitu, jadi kamu lihat Ustaz sujud macamana ?

Tulah kami lihat ustaz sujud dengan lutut dahulu baru meletakkan tangan.

Kan lebih senang dan selesa sujud dengan lutut dahulu, ianya lebih mudah daripada menggunakan tangan dahulukan, lutut boleh mengampu berat badan apabila kita turun dari sujud, barulah kita memilih ruang mana yang kita boleh letakkan tangankan.

Sekilas mata saya melihat antara mereka ada yang mengangguk tanda setuju, namun seorang bingkas pula menyatakan khilaf pandangannya :Tapi ustaz, saya selesa dan senang menggunakan tangan dahulu. Lagipun ianya hadis rasulullah dan cara rasul bersolat, dan bukankah rasul dah larang kita sujud cara unta, betulkan ustaz !!

Baiklah, izinkan ustaz menjawabnya.

Pernah atau tidak kamu melihat unta duduk dari qiamnya. Itulah tafsiran pada kata2 nabi jangan sujud sebagaimana unta.

Mereka serentak mengeleng kepala sebagaimana andaian awal saya.

Baiklah, hadis yang kamu nyatakan itu adalah dari hadis Abu Hurairah sebagaimana berikut : Apabila kamu sujud, janganlah kamu turun sebagaimana turun dan duduknya unta, kamu hendaklah meletakkan dua tangan dahulu sebelum lutut. ( Satu hadis yang kemudiannya saya rujuk berstatus Sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tarmizi, Abu Daud, Nasaie, Bukhari dalam Tarikh Kabirnya, Baihaqi dan lain2nya. )

Ianya hadis yang kuat dan diterima pakai oleh sebahagian ulama’hadis. Ianya juga dikuatkan dengan beberapa hadis lain yang menunjukkan perkara yang sama.Kerana itu juga mazhab maliki menganggapnya sebagai satu cara sujud mereka.

Hadis ini membawa makna larangan dan suruhan, larangan untuk tidak meniru gaya duduk unta dan suruhan untuk sujud dengan tangan.

Dan melalui perbahasan usul Fiqh : AL AMRU LILWUJUB, maknanya suruhan dari nabi bermakna wajib. Ekoran itulah ada beberapa pihak yang mengganggapnya penting dan akan menjejaskan kesahan solat, namun pendapat terbanyak dalam mazhab maliki menganggapnya sunat.



Terdapat perbezaan pula pada pandangan mashab yang lain, mereka menerima hadis yang menyatakan nabi meletakkan lutut dahulu sebelum tangannya.

Adapun pandangan imam syafei, imam ahmad, hanafi dan beberapa ulama’ adalah berdasarkan hadis Wail bin Hujr yang diriwayatkan oleh 4 pemilik sunan, ibnu khuzaimah, baihaqi, dan hakim dalam mustadraknya.

Ianya juga hadis yang kuat kerana didokong oleh beberapa hadis yang lain menunjukkan nabi turun untuk sujud dengan lututnya dahulu sebelum tangannya.

Pemudah Kesimpulan.

1) Saya melihat berlaku perselisihan pandangan ini akan memberikan kemudahan kepada kita untuk solat mengikut keselesaan sendiri untuk lebih mendekati khusyuk selama mana tidak bercanggah dengan sunnah nabi yang sah. Kedua2nya adalah pandangan yang boleh diterima dan tiada kesalahan untuk mengamalkan keduanya.

2) Tertarik saya dengan pandangan Ibnul Qayyim Al Jauziyyah dalam Zadul Maadnya yang mengupas persoalan ini berdasarkan pandangan bernas berikut.Hadis Wail lebih tepat untuk dijadikan hujjah berdasarkan beberapa perkara antaranya ialah :

i) hadis abu hurairah seolah-olah berlaku pertukaran lafaz. (hadis mudhtarab) ianya kerana terdapat hadis lain yang seakan sama menyebut , juga diriwayatkan oleh abu hurairah : apabila kamu sujud , mulakanlah dengan lutut dan kemudiannya tangan , jangan kamu sujud umpama unta. (rujuk zad maad jilid 1 ms 157)

ii) terdapat kesilapan pula pada ayatnya, ayat pertama menyatakan jangan sujud seperti unta, dan sujudlah dengan tangan dahulu. Bagi mereka yang berbudaya arab akan melihat unta turun dengan tangan dahulu, oleh itu berlaku sedikit keganjilan bila nabi menyuruh jangan meniru unta tetapi nabi sendiri menyuruh kita turun dengan tangan seperti unta.

iii) Konsisten nabi menyatakan amalan ibadat tidak akan menyerupai rutin hidup dan perangai kebinatangan, maka kita perlu menjunjung taat berdasarkan rasa mulia seorang hamba manusiawi. Sebab itulah antara lain nabi melarang kita solat seperti patukan ayam, jangan berpaling seperti musang , jangan duduk iftirasy seperti binatang buas dan jangan meletak sujud tangan seperti anjing dan lain2 lagi
iv) Hadis ini diriwayatkan dengan menyatakan nabi dilihat sujud dengan lututnya dahulu, riwayat berdasarkan perbuatan lebih diterima amalannya berbanding riwayat berdasarkan sebutan atau perkataan

3) Kita perlu bersikap rasional dalam menerima apa sahaja pandangan yang tidak membelakangi kebenaran dan sunnah nabi. Kepercayaan dan amalan yang berteraskan ilmu akan lebih diyakini dan diterima.

4) Berilah keutamaan kepada isu yang pokok dan penting dalam agama serta meletakkan isu perbincangan ranting dan khilaf ini ditempat yang sewajarnya untuk percambahan ilmu.

5) Segala hikmah dan kebenaran adalah milik allah jua.

Rujukan saya :

1. Subulus salam – Imam An Sana’ni Jilid 1 , Ms 359
2. Zaad maad – Imam Ibnul qayyim Al Jauziyyah – Jilid 1 Ms 155-163
3. Fiqh islami Wa adillatuhu – Dr Wahbah Zuhaili , Jilid 1 Ms706

Kuliah Pertama

Setelah hampir 4 bulan berkelana di bumi tuhan yang baru ini, saya lebih suka menyendiri, bersikap low profile, melihat sekeliling, mencari ketenangan, menyaring kesempatan dan seterusnya menyesuaikan segala keluarbiasaan rutin kehidupan disini.

Disini saya suka berada dibelakang,bersusun di saf menjadi makmum, mendengar bacaan imam, mengunjungi rumah allah yang pelbagai, mencari keserasian dengan jiwa, mengintai hidayah dan tapak yang terbaik untuk mengisi diri dengan kebajikan. Setiap rumah allah mempunyai keistimewaan masing-masing, fizikalnya, infranstrukturnya, jemaahnya, ahli jawatankuasanya, semuanya memberi input kepada ketenangan dan keserasian berjemaah.

Dan dipulau mutiara ini, rumah allah bercambah menggamit pengunjung dalam jarak yang sederhana dan tidak jauh. Disekitar rumah saya contohnya terdapat hampir 5 masjid dan surau berdekatan yang tidak mencecah jarak 500 meter sekalipun.

Syukur alhamdulillah, dan saya lebih selesa berkunjung ke Surau Kuarters Kastam di Gelugor setakat ini.

Sepanjang tempoh itu juga saya cuba untuk mencari tempat2 pengajian untuk menambah ilmu dan mengulang semula ingatan pada persoalan ibadah dan isu semasa islam.

Namun, kekadang terasa sedikit kekosongan, mungkin keinginan untuk berkongsi ilmu kembali meruap dipenghujung jiwa saya. Alhamdulillah, dengan permintaan seorang rakan di Abdullah Munshi, saya diberi ruang untuk memberi sedikit pengisian ilmu kepada pelajar asrama.



Tugasan itu saya terima dengan hati terbuka. Mungkin perkongsian ilmu dan kebaikan ini dapat mengajar diri saya dan mengingatkan tentang kebesaran tuhan selalu.

Moga kuliah ini menyedarkan hati saya yang sentiasa lalai dengan waktu dan ilmu, moga ia mampu mengecas semula iman dan ibadat saya. Moga ia juga mampu membersih dosa dan karat jahiliah dalam diri ini. Bukankah dengan memberi itu kita akan beroleh kebahagian.



Akhirnya saya memilih TAFSIR SURAH NUH sebagai permulaan topic kuliah saya, manakala Ust Khairul Asfani sahabat saya memilih isu semasa dan konpirasi FITNAH akhir zaman sebagai momentum kuliahnya.

Ya allah, terimalah sumbangan ilmu kami yang sedikit ini. Ajarkanlah kami mengamalkan ilmu sebagaimana kami menghamburkannya pada manusiawi.
Dan bantulah kami mendidik jiwa kami dan insane yang lain. Segalanya hanya untukmu.

Saturday, April 17, 2010

Mengutip Mutiara Ceramah Agama

Antara keinginan saya apabila berada di Pulau Mutiara ini ialah untuk mengikuti dan mendampingi sebanyak mungkin majlis2 agama dan ilmu yang baik. Alhamdulillah, dalam permusafiran ini saya mendapati dipulau kecil ini rupanya terdapat pelbagai mutiara ilmu berharga yang mudah dikutip oleh sesiapa sahaja yang mengingininya.

Terdapat beberapa masjid mahupun surau yang setiap bulan akan mengeluarkan jadual khas KULIAH DAN CERAMAH di tempat mereka untuk maklumat dan tarikan publisiti untuk orang awam. Lambakannya bukan sekadar mengisi kekosongan maghrib dengan pengisiannya bahkan terdapat kuliah ilmu hujung minggu, kuliah waktu Dhuha dan juga kuliah khas untuk wanita.

Malahan pula ianya diisi oleh mereka yang sudah terbukti keahlian dan keilmuan mereka dibidang masing-masing. Antara tempat yang berdekatan dengan area kediaman saya di gelugor ialah Masjid Jelutong, Masjid negeri, Massjid sungai Gelugor, masjid USM, masjid raudhatol ulum bukit jambul dan lain-lain lagi.

Dengan lambakan mutiara yang pelbagai inilah, saya menyimpulkan tindakan ilmu saya juga harus berstrategi, teringat pasar kraftangan di sabah yang juga digelar umum sebagai pasar filipin sememangnya terkenal dengan rantai mutiara yang begitu indah susunan dan buatannya, namun melalui pemerhatian dan informasi mereka saya diberitahu bahawa mutiara ini terdiri dari pelbagai gred, ianya dinilai berdasarkan saiz, kilau cahayanya, fizikalnya yang bulat dan keaslian air masinnya. Jangan mudah tertipu dengan nama mutiaranya, ia sememangnya berbeza mutu dan nilai harga antara gred mutiara ini.

Atas factor itulah juga saya memikirkan tindakan yang sewajarnya, birlah saya mengutip mutiara yang berkualiti dan bernilai, moga ianya tidak membazirkan masa saya dan merencatkan nawaitu saya dalam mengejar dan menyebarkan hidayah dibumi tuhan ini.

Minggu lepas saya sempat mengutip satu mutiara bergemerlapan, insya allah moga ianya mampu saya rangkaikan dalam kalungan ilmu yang sempurna satu hari nanti.



Berikut adalah ulasan majlis diblognya sendiri.

12 April 2010, Pulau Pinang:- Dr Mohd Asri Zainul Abidin malam semalam mengadakan kuliah tafsir di Masjid Jelutong Pulau Pinang. Kuliah itu dihadiri oleh sekitar 500 hadirin. Turut hadir YB Exco Agama Negeri, Tuan Haji Abdul Malik Kassim.

Kuliah mingguan Dr Mohd Asri itu membahaskan mengenai tafsir ayat dalam surah Yusuf. Beliau menerangkan beberapa poin penting dalam ayat 4 dan 5 surah tersebut mengenai mimpi Nabi Yusuf AS serta perbualan baginda bersama ayahandanya, Nabi Yaakub.

Dalam pada itu, Dr Mohd Asri juga turut memberikan ulasan mengenai kes sebatan yang dikenakan ke atas Kartika Sari. Beliau berkata bahawa bukanlah beliau bersetuju seratus peratus akan pengguguran hukuman sebat, namun suasana yang kondusif perlu diwujudkan sebelum melaksanakan hukuman itu, “Suasana itu mesti sesuai untuk memungkinkan hukuman dilaksanakan.”

Namun dalam pada masa yang sama, beliau juga melahirkan kerisauan bahawa kemungkinan wujud ‘people above the (syarie) law’ dengan pengurniaan pengampunan yang mungkin menyebabkan suasana jadi mengelirukan di masa hadapan.

Dr Mohd Asri turut ditanya mengenai isu semasa yang semakin berleluasa iaitu zina serta pembuangan bayi. Fenomena yang tidak sihat dan berleluasa ini kata beliau, disebabkan bahawa kesukaran yang diwujudkan oleh sesetengah manusia dalam agama yang menyukarkan perkara yang halal seperti perkahwinan menyebabkan penzinaan berleluasa.
Wujudnya juga birokrasi dalam agama serta istiadat yang memaksa juga menyebabkan lebih ramai memilih jalan zina daripada berkahwin. Beliau juga turut membidas golongan agama yang lebih suka menghukum daripada memberikan solusi kepada permasalahan semasa yang berlaku dalam masyarakat setempat, “Dalam zaman ini, pendakwah perlu menggunakan hikmah (kebijasanaan) dalam mengatasi isu semasa.”

Beliau turut memberikan pandangan bahawa bantuan zakat perlu diperluaskan skop pembahagiannya, termasuk kepada mereka yang ingin mendirikan rumah tangga. Zakat yang dikutip jutaan ringgit setiap tahun wajar untuk diperuntukkan kepada pemuda-pemudi yang ingin bernikah bagi mengatasi masalah penzinaan.

Kuliah tersebut berakhir pada jam 9.30 malam.

Thursday, April 15, 2010

Maahad Muhammadi LilBanin

Tersadung mata saya dengan bilangan mesej yang melimpah hingga ke angka 41.Nasib baiklah tangan ini masih mampu berpegang pada kekunci laptop ini, kalau tidak mungkin saya rebah kehairanan seketika.

Rasanya seminggu lamanya saya tidak update dan menjamah kotak email tersebut sama sekali ekoran tugasan rutin yang pelbagai.

Lalu dengan penuh berhati-hati saya membuka ruangan mesej yang tersimpan, rupanya banyak email berkenaan facebook dan komentar rakan lama terpamer menyusup ke akaun saya.

Dengan bertitlekan Zaman Sekolah Maahad Muhammadi melalui buku maya sahabat saya Ust Abdullah Hamzah, hati saya seperti terpanggil untuk meninjau dan menziarahinya seketika.



Dan, kejutan seterusnya saya terima dengan perasaan penuh syukur.

Pertama … alhamdulillah, melalui laman ini dia telah memasukkan nostalgia gambar zaman persekolahan dahulu, zaman budak2 hingusan yang ingin belajar hidup. Penuh berombak semangat, berjiwa pemberani dan penuh idealis wawasan yang masih belum tersingkap misterinya menjadikan kami tetga mendada amarah dan apajua rintangan.

Keduanya, tika pulang bercuti hari raya cina yang lepas, saya sempat mengambil album lama kami adik beradik yang disimpan kemas oleh ibu, tapi sayangnya hamper kesemua gambar lama persekolahan seakan musnah dicemburui hasad air basah yang entah dari mana. Kesemua gambarnya kabur dan harapan saya untuk menatapnya turut lebur. Dan sekali lagi alhamdulillah, teknologi kini mampu menyelamatkan keadaan, terima kasih kepada rakan yang prihatin.

Ketiganya … walau dalam nada pasif pengunjung yang bisu dan pemerhati senyap, saya meneliti setiap ungkapan komen, usik mengusik, bertanya khabar, mencoret nostalgia, menyulam data dan maklumat, menyaring memori dan menyimpan maklumat baru tentang rakan seperjuangan yang telah missing in action dalam mencari locus standy dan kendiri masing2.

Tersenyum sendirian dalam masa yang agak lama, jika dilihat orang pastinya saya sudah boleh dicop kurang waras, namun apakan daya sentuhan nostalgia ini telah menarik kewarasan dan rasional saya dari alam reality nyata, saya dibius lali dengan pelbagai episode nostalgic silih berganti menjengah keperdu minda sedar saya.

Ya, alangkah indahnya saat2 itu.

Dan melaluinya juga saya mampu untuk menjejak beberapa nama rakan lama yang terpisah, dengan variasi kerjaya dan kehidupan berbeza, kami meneruskan kehidupan kami dalam sisi dan dimensi yang berbeda, hanya kepada tuhan kami mengharapkan keredhaan.

Dan.. moga anak2 didikan Maahad Muhammadi Lelaki ini mampu menjelajah keseluruh dunia menabur bakti di hidangan kehidupan masyarakat.

Terkenang pada sahabat karib yang lama tidak bertemu seperti Joharee Mohamed, Akmalnizam, Burhan Che Daud, Maturidi, Pasangan kembar korea Ibrahim dan Fauzi, Rifqi dan lain2 yang tidak seangkatan dengan saya ke Timur Tengah.

Wednesday, April 14, 2010

MTQ Kedua

Pertandingan MTQ bagi acara pure-tadarus ini berlangsung buat kali keduanya di SMK Bukit Gambir.

Ianya melibatkan acara tilawah al Quran dan juga hafazan. Saingannya saya lihat agak sengit dan kelebihannya sudah pasti berpihak kepada sekolah agama.

Kemampuan mengaplikasi ilmu quran bukanlah sesuatu yang mudah dan terdedah kepada umum, ianya memerlukan minat, kebolehan dan kecekalan mengharungi nafas2 seni dan indah menikmati kelazatan kalam tuhan ini.

Kerana itulah, wajaran dan rasional kemenangan ini biasanya berpihak kepada para pelajar sekolah agama.



Namun, saya suka melihat pertandingan ini dalam kacamata tarbiah islam dalam membentuk jiwa muda menemui kelazatan dan keindahan jati diri muslimnya. Kerana itulah adat pertandingan untuk melihat kalah menang itu menjadi hanya factor sampingannya sahaja.

Proses tarbiah manusia ini memerlukan masa dan usaha yang panjang dan jerih. Ianya bukan sekadar memetik suis automatic dikilang pembuatan barangan. Ianya memerlukan daya tahan dan stamina perjuangan yang bukan sedikit.

Pemupukan rasa bertuhan dan menyanyangi Islam ini dihalusi dengan kecintaan kepada asasnya yang meliputi Quran, ibadah Solat, perjuangan nabi dan sebagainya.

Moga kesan kecil pertandingan ini yang menyirami tunas muda ini untuk terus maju mencintai quran dan mendampingi quran sepanjang hayatnya. Moga tugasan ini dipilih antara amalan terbaik kita para guru pendidikan islam.



Acara ini saya bawakan dua orang pelajar baru sebagai pendedahan, baru menginjak ketingkatan dua dan tiga adalah satu tempoh yang sesuai untuk saya menyemai dan membajainya dengan persediaan sewajarnya.

Mereka ialah Zulhamizan dari tingkatan 2 yang menunjukkan komitmen jitu meneliti setiap bacaan qari akademi quran dan merekodnya dalam ingatan sebelum membacanya tenang, saya yang terkebelakang dalam ilmu tarannum ini hanya mampu menyumbang dalam pembetulan makhraj dan juga tajwid bacaannya. Untuk lagu dan tabaqatnya, saya serahkan melalui kaset Qari Abdullah Hasin untuk menunjuk ajarnya.

Alhamdulillah, pendedahan awal ini kelihatan merenjiskan ceria kesungguhan diwajahnya, moga ianya sentiasa begitu.

Syed Husaini dari tingkatan 3 pula adalah peserta hafazan kami, dengan kekuatan menghafaz 4 surah iaitu yasin, sajdah, mulk dan jumuah, saya tiupkan semangat untuknya berjaya. Kami sama2 menghafaz dan bertasmik. Ianya seolah rutin yang saya ingin terapkan baginya sebelum dan sesudah pertandingan MTQ ini nanti. Biar anak muda ini belajar dari pengalaman gurunya, jika guru boleh menghafaz pelajar juga pasti mampu melakukannya.

Ceria pertandingan akhirnya tiba ke penghujungnya.

Saya kagumi hafalan pelajar di pulau mutiara ini, ianya lebih baik berbanding hafalan anak2 kami di negeri sabah dahulu. Dan mungkin satu bonus kredit patut diberikan, kepada aura jemaah TABLIGH yang mengangkat al quran ini dan dipermudahkannya dalam dua kategori iatu HAFIZ dan ALIM yang akhirnya menjadi teras ikutan pelajar2 yang cintakan agama.

Keputusannya sebagaimana diduga, sememangnya berpihak ke sekolah agama yang mempunyai peserta yang bacaannya amat merdu, berlahjah arab dan cukup teliti tajwidnya.

Syabas pada para pemenang.

Monday, April 12, 2010

MTQ di Pulau Mutiara

Pengalaman Baru

Berlangsung pada hari sabtu yang lalu pertandingan Majlis atdarus alquran peringkat saringan zon timur laut, pulau pinang melibatkan hampir 20 buah sekolah.

Ia berlangsung di SMK Methodist Perempuan yang jaraknya kira-kira 20 minit perjalanan daripada sekolah saya.

Suasana awal pagi sebagaimana dijanjikan agak tenang dengan kehadiran peserta seolah berperingkat, kami mendaftar untuk pertandingan seawal jam 8.15 pagi dikantin sekolah.

Rupanya acara ko-kurikulum melibatkan pasukan beruniform disekolah itu juga berlangsung pada masa yang sama menjadikan keadaan agak sesak diperingkat awal dengan kepelbagaian pakaian dan lagak pelajar yang tidak mencerminkan acara majlis tilawah alquran diadakan.

Saya cuba melupakan kesesakan itu dengan mendaftar awal dua acara yang kami ikuti iaitu nasyid dan syarahan lelaki. Saya mempertaruhkan pengerusi BAKTI untuk acara syarahan ini yang sudah berlatih bersama saya secara intensif selama seminggu lebih lamanya. Acara yang saya harapkan saingan dan harapan berbanding pasukan nasyid yang masih diperingkat pendedahan dan latihan. Kami cuma bergantung kepada suara solo yang seraknya agak unik sekali, manakala harmoninya … biarlah irama terbang bersama lagunya.

Pertandingan ini kami sertai bersama maruah persaingan dan cabaran yang saya letakkan dibahu para pelajar bertuah ini. Mereka bagi saya membawa nama dan imej agama yang sama sekali tidak boleh diperlekehkan. Mereka harus membuktikan sesuatu walaupun ianya datang dari pelajar sekolah muibaligh dan muallaf.

Memo Negatif

Pendaftaran berlangsung sederhana, dengan beberapa sekolah sudah mula mengambil langkah selamat menarik diri dari persaingan. Mungkin alasannya tidak bersedia dan tidak mahu memalukan nama sekolah, atau kerana terpedaya dengan surat jemputan daripada PPD yang hanya mahukan penyertaan yang diyakin boleh menang sahaja, yang sekadar nak tunjuk muka dan cari makan … minta fikir berulangkali. Satu jemputan yang saya kira bersikap negative dan hanya mematahkan semangat pemupukan dan kebangkitan jiwa islami dikalangan pelajar sekolah disini.

Kemudiannya, Pertandingan masih berlangsung gamat, saya pula sudah pasti bersedia di dewan syarahan untuk memantau acara yang berlangsung. Melihat hujahan, isi, persembahan, intonasi dan gaya setiap wakil yang bertanding. Peribadinya, saya melihat banyak kelompangan dan ketirisan pengurusan yang berlaku, juga diperingkat persaingan dan standard hujahan dan teks yang dikemukan, seolah tidak mencapai standard isi syarahan sebenar.

Cabaran Bermula

Memegang nombor 14, pelajar saya Hazmizal memulakan hujjahnya, gamat dewan terdiam seketika, mata bagai tidak berkelip melihat gaya pemidato baru mengungkap setiap hujahan katanya, dewan tersihir seketika untuk pasrah menuruti setiap bicara dan ungkapannya. Hati saya pula berdebar kencang, berdetik sesaat demi sesaat untuk melepaskan nafas yang tersekat, mampukah dia menghabiskan syarahannya.

Umpama anak borek bapak rintek, pelajar asuhan saya juga terbius dengan hujahan bicara hingga terlepas deringan loceng, penutup kesimpulannya hadir setelah 30 saat tamat masa 7 minit yang diberikan.

Apapun alhamdulillah, kerana dia mampu menyempurnakan tugasan yang diberikan sebaiknya, dengan hafalan dan hujahan yang tersusun, saya pasti dia mampu menempatkan standard saingan diperingkat yang tertinggi, sedangkan peserta sebelumnya hanyalah menggulung hujah yang jauh dari cukup isi dan penutupnya, ramai juga yang gulung tikar dengan membawa teks dan membacanya selamba diatas pentas acara.

Debar Persaingan

Berbaki dua pencabar dibelakang yang belum beraksi, saya gementar dalam tenang, tugasan kini hanya dibahu mereka untuk mengatasi standard tinggi yang telah pelajar saya letakkan.

Sorotan kepada pelajar berbaju hijau, datang dengan sokongan padu rakannya, rupanya dia membawa title cemerlang sekolah agama al Mashoor, salamnya padu bergema dan rawak jasmaninya juga menjanjikan cabaran, tapi sayangnya hanya buat seketika… dia pasrah melirik selamba kepada 4 lembaran teks yang dibawanya. Membacanya dengan penuh semangat hinggalah kebatas minit yang terakhir.

Tiba pula giliran palajar berkot, saya dimaklumkan dia punya kekuatan untuk jadi juara, saingan terhebat abad ini, entah dari sekolah mana saya belum dapat pastikan… tatkala salamnya bergema, hadirin terpaku ceria, kami dipana dengan kemerduan dan keaslian suara pidato yang gemersik dalam seriusnya, yang tegas dalam lemak merdunya, memang suaranya amat sesuai untuk acara ini, muqaddimahnya lancar dan bersantun kata, dia pasti tepat sebagai pencabar terbaik kami hari itu. Gulungan hujahnya lancer namun tiba minit keempat dan sebelum loceng pertama dibunyikan, entah mengapa gemuruhnya datang, dan akhirnya dengan gopoh dia menamatkan saingan sebelum sempat loceng pertama 5minit dibunyikan.

Deretan Penantian Natijah

Terkedu saya dalam ritma sendu yang berbeza, namun mungkin ini ritual kemenangan sulung saya dipulau mutiara ini, saya yakin dan pasti, hati berbunga bukan lagi dengan harapan .. tapi kepastiannya menjangkau 85%, insya allah.

Acara ditamatkan dan kami semua menuju dewan.

Tenang dan spontan, tanpa perlu ucapan sesiapa, seorang hakim datang memberi sedikit ulasan nasyid dan kemudiannya menyampaikan watikah pertandingan.

Pemenang dan wakil bagi zon timur laut ini ialah bagi acara nasyid ialah SMK Perempuan Al Masyhoor, dan syarahan lelaki ialah Masyhoor Lelaki dan syarahan perempuan ialah Methodist Perempuan. Tahniah dan terima kasih.

Tanpa tempat kedua dan ketiga, tanpa markah dan hadiah, tanpa salam, tanpa segalanya.

Noktah.

Dan saya toleh pemenangnya, pelajar berbaju hijau dari smk al masyhoor, pelajar yang memegang dan membaca teks adalah pemenang pertandingan syarahan kami bagi zon timur laut.

Entah tahniah atau takziah yang patut saya berikan.

Wallahuallam.

Saturday, April 10, 2010

Dua Kiblat

Firman Allah :

“Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang mendongak ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan”. (al-Baqarah : 144)

Satu Kiblat …. adalah lambang penyatuan umat Islam.

Satu Solat ….. menjadi syarat ketulenan dan bukti keislaman manusia.

Satu Jemaah …. menjadi asset keunggulan dan kekeuatan ummah.

Satu Pergerakan …. Ialah Semboyan disiplin, kepatuhan dan kecergasan muslimin.

Satu Saf …. pula merupakan formula asas merasai manis ukhuwwah dan perpaduan.

Satu Sejadah …. Merupakan symbol kebersamaan dan tawaduk hati.

Tapi sayangnya hari ini kita berbilang kiblat.

Kiblat keduniaan lebih disembah dari petunjuk ketuhanan.

Arah dan didikan ASTRO yang memacu arah Kiblat kekadang lebih dipercayai dan diutamakan dari kiblat solat yang sentiasa memanggil manusia sujud dikaki abid menghina diri.



Apatah lagi kiblat kita rupanya kabur dan tak pernah menuntut kepastian.

Arahnya juga tak pernah kita pedulikan, apatah lagi tuntutan perpaduan, kesatuan dan keimanan yang diunjuk bimbingannya.

Kitalah raja pak turut dalam segala hal, suka meniru dan tak pernah kreatif. Suka menerima dan meminta tanpa ingin bersikap memberi dan berkorban.



Akhirnya kiblat kita tidak berfungsi positif.

Ia hanya symbol yang mudah dan biasa.

Ia menjadi barang dagangan murahan akhirnya.

Ia dipatri diatas sejadah dengan potret kaabah tersergam indah.

Ia ditatarias dengan begitu asyik hingga melalaikan.

Dan malangnya, sejadah dibilik agama saya mengandungi dua gambar kaabah.

Gambar yang memukau dan seterusnya menyihir saya hingga buta kelekaan.

Sejadah yang saya letakkan dahi semasa sujudnya, meletakkan pandangan mata pada qiamnya.

Ia betul2 merimaskan. Mana mungkin Kaabah ada dua. Mana logic kiblat terekstrak dua.
Atau itu tandanya … kita menyembah dua tuhan yang seiras.

Jelik dengan satu-satunya sejadah yang ada. Kiblat dagangan murahan yang didapati mudah dipasaran.

Kesal dengan yang ada. Namun terbazir jika dibiar tiada. Lebih baik dua kiblat palsu itu berada dikaki saya dan dahi ini saya sujud diatas corak geometrinya saja.



Ia lebih selesa dan tidak menyilau leka.

Moga hati lebih khusyuk dan solat makin diterima. Walillahil Fadhlu Wal Minnah.

Friday, April 9, 2010

Kiblat oh kiblat !!

Tiba disekolah SXI seawal Januari.

Saya menari mengikut rentak rutinnya seorang pengembara.

Menyapa, berjabat ukhuwwah, mengenal situasi, membaca persekitaran, mengadaptasi kelainan, mengubah kebiasaan dan merencana perubahan.

SURAU SXI, inilah markas dan pusat tarbiyah. Dipenjuru kekotak empat segi inilah saya memasang konkrit BAKTI, persatuan agama islam sekolah saya. Memasak elemen keterikatan pada rumah allah ini. Menyemai rasa segar dan indah bersama, tenang beribadat dan selesa berprogram antara langkahan awal permusafiran ini.

Dibawah bumbung inilah kami baru mula mengenal usrah, mengisi kekosongan rohani, mencumbui hidayah, memeluk rahmat allah hendaknya, disini kami mengatur saf berjemaah, mula tega untuk mengalunkan azan, solat bersama, melatih kepimpinan imam muda dan melakar kepatuhan disiplin makmum, keseragaman, kebersamaan dan kesatuan digarisan satu kiblat yang sama.



Kiblat…. Siapa akan mempertikaikan kiblat. Ia telah diorientasikan begitu dan akan terus kekal begitu. Tentunya lagi bukan saya yang baru berdiri belumpun setahun jagung. Saya hormati dan akur percaya pada kesolehan mereka yang pernah menabur jasa iman diSXI dulu.
Tapi gelisah ini timbul jua. Gelisah menunggu kepastian jawapan kiblat. Dari tuhan tentunya.

Rakan saya menimbulkan sangsi, kenapa kiblat kita tidak berjejeran lurus seperti arah masjid benggali berdekatan, ataupun memandang depan menghadap hotel bayview umpama gagah masjid kapitan keling dengan sejarah lamanya.

Maaf kawan… saya baru dan terlalu jahil pasal arah disini.

Tapi ibadat perlukan keyakinan, saya bergegas mencari kompas. Alat panduan arah yang amat berjasa itu. Menyelongkar maklumat di panitia Kemahiran Hidup dan Kadet Bersatu, tapi hampa. Seharian terbazir dalam pencarian yang kosong.

Mujurlah ada kawan di Pengakap yang prihatin dan banyak membantu. Beliau membekali saya dengan kompasnya.

Dan seterusnya dengan debar saya mencubanya. Setelah terlebih dahulu merujuk laman web e-solat mendapatkan bacaan kiblat untuk negeri pulau pinang.

Bacaannya ialah 291 34’ 37’’.

Lurus dan sedikit senget kekiri.

Sedangkan kami menghala ke kanan sebanyak 35 darjah. Jauhnya perbezaan saiz bukaan jaraknya. Astaghfirullah… ampunkan kami tuhan.



Lekas saya mendail sahabat lama, Ustaz Jumat dijabatan mufti sabah, meminta nasihat dan pandangan.juga panduan penentuan arah kiblat asas yang patut dibuat.

Dengan data telefon yang diberikan kawan saya itu, saya menghubungio jabatan mufti pulau pinang memohon panduan dan pemastian.

Ustaz anuar menjawab ditalian, setelah salam dan sedikit berbasa basi awalan, saya meminta ajar dan panduan merungkai kemelut yang kusut.

Huraiannya menyenangkan, semudah menulis surat pada jabatan mufti dan mereka akan turun menanda kiblat dan memastikannya.

Jabatan mufti pulau pinang boleh dihubungi di talian 04-2630634.

Insya allah saya akan susulinya dengan surat secepat mungkin.

Thursday, April 8, 2010

Yahudi Terlaknat



Kospirator Dunia

YAHUDI …. Merekalah bangsa kospirator kelas pertama dunia, merancang agenda, memplot adu domba, menyusun atur watak dan babak antagonis, pereka dan perunding imej terhebat dunia, mewarnakan siapa sahaja dengan berus lukisan ajaib bikinan media mereka, bahkan sejak berabad lama mereka merempah-ratuskan ramuan persengketaan manusiawi dengan kelicikan minda penipuan mereka.

Itulah YAHUDI. Nama jelik yang dipakukan tuhan keatas batang tubuh pengkhianat ajaran ilahi. Mereka rela menconteng arang mengubah warna suci kitab mulia mereka dengan gubahan tangan penderhakaan mereka sendiri.

Dengan jangan hairan kalau Allah sendiri mendedahkan kerakusan dan kebejatan mereka membantai sendiri para rasul dan utusan Allah yang diutuskan kepada mereka.

Bahkan mereka sanggup dan teruja melakukan apa sahaja.

Jejak Hijrah Berhikmah

Tatkala Rasulullah SAW pertama kali menjejakkan kaki ke Yathrib, baginda menukar suasana muram bersalut kesumat dendam suku kaum aus dan khazraj, mereka bersilih ganti membeli darah dan nyawa dalam perang saudara yang tak pernah surut seolah itulah budaya dan ceria perayaan mereka membantai damai dan persaudaraan, Rasul datang mengubah ceria dalam suasana kota yang segar bercahaya. Gemerlap cahaya iman dan ukhuwwahnya menyinari setiap pelusuk kota yang mulia ini.

Persis manusia berhati gelap, para yahudi takkan tega melihat damai. Apatah lagi kedamaian dan kerukunan ini sebenarnya merampas impian dan harapan lagenda mereka. Impian memiliki nabi penyelamat berbangsa yahudi yang akan memayungi perlindungan kepada mereka dan menelanjangi setiap langkah kaum GOYIM yang bukan berbangsa Yahudi. Luluh hati mereka bila tersedar, rupanya kitab suci yang ditatang bagai minyak oleh para pendeta mereka menanti hadirnya seorang penyelamat rupanya tidak kesampaian. Ia direnggut dengan hijrahnya Nabi berbangsa arab.

Mereka terus galak berkonspirasi. Mengatur konflik dimana ruang yang terhidang. Memasang perangkap disetiap lurah dan denai sengketa.

Ujian Kiblat

Nabi hijrah ke Madinah, disekelilingnya para konspirator dunia ini mengintai peluang.

Turun ayat Allah meminta nabi bersolat ke Baitul Maqdis. Sedangkan asalnya nabi pernah dan lebih suka menghadap kiblat pertama nabi ibrahim di Kaabah,Baitullah sebagaimana ketika baginda di Mekah terdahulu. Nabi tunduk patuh mengikut walau dalam hati berdetak permohonan, alangkah mulianya Kaabah di Mekah.Wajahnya kemas menadah langit sambil dalam hati terangkat harapan.

Riang dan penuh gelak ketawa, para konspirator dunia ini bercanda kemenangan. Mungkin ini suntikan motivasi pertama mereka menentang kerdil semangat dan dokongan nabi baru ini.

Baitul Maqdis kiblat Yahudi, Muhammad terpaksa meniru kiblat kami untuk mengabui mata manusia, dan kamu pun tahu bukan, Muhammad lebih suka mekah, tapi tuhannya sudah tidak menyayanginya dan mendengar impiannya, mungkin itulah percikan kejian mereka mematahkan momentum dakwah yang baru bertunas.

Nabi mengadap ke baitul maqdis selama 16 atau 17 bulan, dalam doa harapan dan kejian persaingan.

Getar jiwa Rasul

Marilah bersama penceritaan alquran melayangkan episode demi episode kisah kegelisahan hati dan kekuatan harapan dan impian ini. Hanya para pemberani yang tabah sahaja yang sanggup mengharungi terowong gelap masalah ini.

Tatapilah ayat 143 hingga 150 surah al Baqarah ini. Rasailah getar hati nabi, dongaklah bersama pengharapannya, rindulah pada keajaiban munajatnya dan yakinlah pada janji Allah yang esa, tuhannya.


وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلَّا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلَّا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ (143) قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ وَإِنَّ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ الْحَقُّ مِنْ رَبِّهِمْ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ (144) وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ بِكُلِّ آَيَةٍ مَا تَبِعُوا قِبْلَتَكَ وَمَا أَنْتَ بِتَابِعٍ قِبْلَتَهُمْ وَمَا بَعْضُهُمْ بِتَابِعٍ قِبْلَةَ بَعْضٍ وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ إِنَّكَ إِذًا لَمِنَ الظَّالِمِينَ (145) الَّذِينَ آَتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (146) الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ (147) وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُوا يَأْتِ بِكُمُ اللَّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (148) وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَإِنَّهُ لَلْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (149) وَمِنْ حَيْثُ خَرَجْتَ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ لِئَلَّا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَيْكُمْ حُجَّةٌ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِي وَلِأُتِمَّ نِعْمَتِي عَلَيْكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (150)


Akhirnya allah sempurnakan tuntutan agama ini, kiblat sengaja dilengahkan pertukarannya semata2 mengundang kagum dan kepatuhan para YAHUDI yang masih memegang kitab mereka. Menguji keimanan mereka mengintai setiap plot kisah nabi ini dari sorotan kitab suci mereka.

Memang telah tertulis, nabi akhir zaman ini lahirnya di mekah, hijrahnya ke madinah, berkiblat sejenak ke baitul maqdis, beralih kemudiaanya ke Kaabah, tidak memakan sedekah tapi menerima hadiah, diantara dua rusuknya terdapat tanda kenabian.

Dan sememangnya itulah yang termaktub, namun jiwa kesat mereka memadam terus api hidayah dan kebenaran yang baru mula menjulang.

Pemansuhan Kiblat

Kiblat ….. inilah perkara pertama yang dimansuhkan dalam islam.

Kerana itu jugalah allah melampirkan tiga ayat penukaran kiblat ini serentak dan berkronologi. Ayat tersebut ialah 144 dan kemudiannya 149 dan 150 berikutnya. Tiga penegasan yang diungkap tuhan dalam nada : Berpalinglah wajahmu menghadap arah Masjidil Haram.

Kenapa perlu 3 kali ? Itulah soalan yang sentiasa menerjah kekotak minda kita.

Lalu dinyatakan oleh Al Qurtubi melalui riwayat Ibnu Abbas, inilah perkara pertama yang dinasakhkan, ia memerlukan penegasan. Yang pertama untuk orang yang melihat kaabah, yang keduanya untuk mereka pernah melihat kaabah tapi telah berhijrah, dan yang ketiganya untuk semua manusia dipelbagai daerah.

Dan alangkah indahnya tafsiran ibnu kathir menyatakan ayat pertama menunjukkan allah mendengar permohonan rasul dan memperkenankannya, ayat kedua jelas menyatakan allah juga meredhai dan tidak akan meninggalkannya, itulah kebenaran dari tuhan sejak azali lagi, dan yang ketiga inilah hujjah konkrit serampang dua mata pada yahudi yang takkan mampu mempertikai kitab suci mereka sendiri dan musyrikin arab yang mengkagumi kaabah sebagai rumah tuhan dan mengkagumi lagi sikap pemberani nabi muhammad yang sanggup dicela untuk perubahan demi perubahan.

Demi sebuah uniform perpaduan umat bertuah ini.

Dan mungkin gelisah nabi datang lagi …. Melihat enteng dan remehnya umat kini menghayati nilai sebuah kiblat.

Apatah lagi …. Memastikan pandu arah kiblat yang tepat untuk solat pun tidak diangkat agenda terpenting ibadah pun hari ini.

Dan akhirnya tanpa sedar, kita bersolat dalam kiblat yang salah dan sesat … sepanjang tahun, dan mungkin sepanjang umur kita.

Tapi hari ini…. Hati saya pula digeletek gelisah, diganggu soalan seorang rakan yang meragui kiblat di SURAU SEKOLAH saya kini.

Terasa getar sendiri, mengharap pasti, menanti jawapan KEPASTIAN dari allah yang maha esa.

Tuesday, April 6, 2010

Israel Nama Mulia

ISRAEL adalah nama mulia yang diserahkan keunikannya kepada Yaakub,sebagai pengiktirafan tuhan untuk hambanya yang istimewa. Dan jika sahih maksudnya mengikut bahasa Hebrew asalnya, Isra bermakna hamba dan iel membawa maksud tuhan. Dialah hamba Allah yang disayangi dan dipuji Tuhannya.

Dengan rezeki anak yang ramai, yaakub melalui drama tragiknya bersama yusof anaknya. Namun keturunan mulia inilah seterusnya membentuk nama BANI ISRAEL. Nama yang pada asalnya mulia dan terhormat menjadi hina dan jijik dengan penderhakaan dan penentangan kaumnya. Tapi allah kekalkan ungkapan itu diatas pundak bani Israel bukan sebaliknya.

Bahkan allah seterusnya melampirkan perkataan YAHUDI sebagai ganti pada gelaran keturunan mulia ini. Ianya gelaran yang disebutkan ALLAH selepas kebangkitan nabi, dan selepas kekufuran mereka kepadanya.

Tahukah anda perkataan yahudi diulang sebut sebanyak 8 kali dalam al quran dan kesemuanya dalam nada berbentuk kutukan, kejian dan laknat.

Dan inilah hakikat dan cara al quran mengajar kita berpolemik, dengan kesedaran dan bukannya amarah, allah memisahkan kita dari mempergunakan nama mulia ini untuk tujuan yang salah.

Hakikatnya, kalau penceritaan alquran berhubung kisah kesolehan dan kebaikan, allah sengaja menggunakan kalimah bani Israel, dan apabila berkaitan keengkaran al quran sama sekali tidak berkompromi kecuali menggunakan istilah kejian dan kekufuran iaitu YAHUDI.

Dalam menelanjangi kebobrokan minda kita menolak nama israel ini. Golongan Kristian lebih teruk mempercayai mitos dongeng kultus nama ini.



Mungkin satu perkara menarik yang ingin saya kongsikan disini ialah kenapakah Allah memberikan nama Israel kepada nabi Yaakub. Bukankah dianya sudah bernama dan diangkat menjadi Rasul.

Hikmatnya sebenar tidak terjangkau oleh kita, mungkin gelaran hamba allah yang membawa maksud Israel itulah yang didambakannya, bukti pengiktirafan tuhan pada ketaatannya.

Mungkin sebagaimana nabi ismail mendapat nama, isma’ bermaksud dengar, dan iel adala tuhan. Tika luput umur nabi ibrahim kegerbang senja, dia masih berterusan memohon doa untuk dikurnia zuriat, munajatnya dengan penuh khusyuk diterima dan didengari tuhan. Lantas pengabulannya ini membekas nama ISMAEL kepada watak mulia nabi ini.

Namun lain pula versi bible yang saya miliki, Al kitab cetakan lembaga al kitab Indonesia tahun 2006.

Yaakub mendapat keistimewaan ini kerana ketokohan dan kewibawaannya.

Ia sama sekali berbeza dan sukar ditandingi. Gelaran ISRAEL bukannya calang2 dan rendah tarafnya. Itulah gelaran kemenangan GUSTI peringkat universe yang belum pernah dimiliki selainnya. Kemenangan gusti melawan tuhan dan bukannya manusia.

Untuk menjadi lebih akademik,ambillah bible anda dan bukalah surah pertama kejadian, bab 32 dan ayat 22 hingga 32 dibawah tajuk pergumulan (gusti) Yaakub dengan ALLAH.

Dan ayat 28 ini membuktikan segalanya , Siapakah namamu? Sahutnya Yaakub.lalu berkata orang itu :namamu tidak akan lagi disebut Yaakub, tetapi Israel sebab engkau telah bergumul melawan allah dan manusia dan engkau menang.

Jika begitu, ternyata Yaakub lebih hebat dari Allah bagi mereka. Pantas lagikah untuk mereka berkiblatkan Allah yang ditewaskan sebagai tuhan sembahan.

Moga paparan ini mampu mengerlipkan minda fikir kita mencongak lebih jauh.

Mungkin benar, dunia ini penuh kontroversi dan konspirasi.

Israel Terindah (1)

Lewat penulisan saya melalui artikel berjudul Memilih nama anak yang baik, saya disapa dengan beberapa persoalan dakwah oleh ikhwah yang hadir melalui ruang sembang yang disediakan.

Mereka memberi komentar berbeza dalam nada dan emosi ukhuwwah yang menggunung hormat.

Dalam dimensi berbeza, saya dijengah mesej berikut, kalau begitu ustaz bolehlah saya namakan anak saya MOHD ISRAEL, bukankah dia nama nabi yang soleh ! entah nadanya berbau sinis, lelucon , ayat pernyataan atau sekadar memulangkan paku buah keras pada saya.

Senyum saya sendiri bila diacah persoalan ini. Niat berkongsi idea dan informasi berjaya menarik sedikit perhatian para pengunjung blog yang berpurata 20 sahabat sehari. Saya kira ianya sudah memadai untuk menjala pahala atas perkongsian ilmu jika ada. Juga membuka ufuk minda dalam menerima perbezaan pendapat dengan etika perbincangan yang penuh berhemat.

Untuk itu, saya ingin mempertaruhkan kenyataan ini, sekiranya nama ISRAEL melambangkan lambang soleh kenabian, kenapa tidak ??



Sedihnya … dewasa ini, dunia islam telah berjaya ditipu dalam konspirasi licik bangsa yahudi ini. Mereka telah berjaya mencetak dalam pemikiran umat untuk membenci dan mencebek kemuliaan nama rasul mulia ini.

Dengan penggunaan nama ISRAEL ini, mereka sebenarnya mempunyai agenda pengukuhan motivasi untuk bangsa tertindas mereka, menggandingkan umat mereka dengan versi nama nabi mulia ini akan memberi sentuhan semangat keagamaan ulung untuk mereka, ruh bani Israel dan keturunan mulianya, dan ALLAH juga meredhai mereka dan bakal memenangkan mereka.
Dengan kelicikan minda penipuan kelas pertama,mereka menarik kesatuan atau sekurangnya simpati umat kristian yang pernah berakar dari satu keturunan. Justeru, tenaga dan fokus penentangan hanyalah diacung untuk tumbukan sungkit kemuka umat islam bertuah ini.

Sedih lagi … apabila para penulis kita, para pendemontrasi kita, pimpinan jamaah islam kita akhirnya tanpa silu melaungkan ungkapan JAHANAM ISRAEL !! ISRAEL PENGHISAP DARAH. HANCURKAN ISRAEL !!

Dan sebenarnya kita terperangkap dalam permainan licik para konspirator yahudi ini.

Dan kerana itulah DR SOLAH ABDUL FATTAH ALKHALIDI membawakan idea perjuangan islam yang sepatutnya tulen dan bebas dari amarah jahiliayah dengan menggunakan kalimat YAHUDI sebagai ganti kepada kultus nama mulia ISRAEL, nabi allah YAAKUB.

Tegas beliau dalam kitabnya bertajuk Kenyataan Quran berhubung isu Palestin.
Jurnal Palestin Muslim, Tahun 1994.

Tuntasnya, dimanakah kita ??

Monday, April 5, 2010

Vilks – Spesis anjing terbaru

Tatkala umat islam diajar etika toleransi beragama, menghormati dan membenarkan pengamalan agama lain dilaksanakan tanpa paksaan dan tentangan, umat lain bersikap semberono dan menyongsang arus.

Tika allah memperingatkan adab berhujah dan berdakwah, jangan sampai meludah kelangit dan tertimpa kemuka sendiri dengan mencaci maki teori ketuhanan agama lain tanpa asas dan adab yang kemudiannya mengundang cacian bagi Allah, umat lain sewenangnya menyonteng arang dikanvas tulusnya peribadi rasul.

Tika umat islam menyanjung semua nabi sebagai tanda keimanan dan ideology agama, umat lain sewenangnya melemparkan penghinaan pada watak utama kenabian dengan sikap yang cukup jelik dan berbau permusuhan.

Dan kini muncul lagi pencacai keharmonian agama bernama Vilks yang sekadar mengumpan glamour dengan arca anjing jelik dan laknatnya.



Berikut petikan yang saya kutip dari blog zaid akhtar, sahabat seJordan.

Roger Endel Lars Vilks lahir pada 20 Jun 1946 adalah seorang seniman@kartunis Sweden. Vilks lahir di Helsingborg, Sweden. Dia mendapat Ph.D. dalam bidang sejarah seni dari Universiti Lund pada tahun 1987 dan bekerja di Oslo National Academy of the Arts pada 1988-1993. Dari tahun 1997 - 2003 dia menjadi profesor dalam bidang teori seni di Bergen National Academy of the Arts. Sebagai ahli teori seni, Vilks adalah pendukung teori institusi seni.

Vilks menjadi terkenal pada 1980 sebagai pencipta patung kayu dan Nimis Arx. Namun kini dia menjadi lebih terkenal apabila dia melukis karikatur Nabi Muhammad bertubuh anjing. Gambar-gambar itu hendak dipamerkan dalam sebuah pameran seni tempatan di bandar kecil Tällerud di Värmland, Sweden pada bulan Julai 2007 tetapi dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

Malang sekali, akhbar tempatan, Nerikes Allehanda pula begitu berani menyiarkannya dengan alasan kebebasan bersuara. Tindakan tercela itu kemudian dituruti oleh tiga akhbar Sweden yang lain.

Tindakan itu mendapat bantahan rasmi daripada Iran, Pakistan, Afghanistan, Mesir dan Jordan serta Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC). Al Qaeda yang berpusat di Iraq menawarkan $50.000 kepada pembunuh beliau. Gunilla von Bahr, duta Sweden ke Iran telah dipanggil untuk menerima surat protes daripada kerajaan Iran.
Pada 9 Mac 2010, tujuh saspek komplot pembunuhan ditangkap di Ireland. Seorang wanita kulit putih, Colleen R. LaRose dari Philadelphia, Pennsylvania berusaha merekrut militan Islam untuk membunuh Vilks.

Friday, April 2, 2010

Perkampungan MTQ, SXI 2010

Hari ini Jumaat adalah penghulu segala hari, ia merupakan hari kebesaran dan kemenangan bagi umat islam.

Perayaan yang sepatutnya diisi dengan kesyukuran , amalan dan kebajikan. Bukannya sogokan hiburan, santai rehat, tidur relax dan kemaksiatan.

Tanggal 2 April pula jatuh pada hari jumaat, dan agama Kristian mengangkat masa ini sebagai keramat dan mengabadikannya sebagai tanggal GOOD FRIDAY, ia dianggap sebagai hari perpisahan dan kematian JESUS disalib diatas pancang Salib. Tarikhnya tak dapat dipastikan tetapi hari jumaatnya tetap dalam ingatan mereka, kerana itulah mereka menganggap Jumaat pertama pada bulan April ialah masanya. Masa melahirkan kesedihan dan mengingati segala tulus janji dan pengorbanan nabi mereka, ….

Kalaulah ia tidak diselewengkan oleh tangan2 manusia. Sayangnya …..



Namun aqidah kita menenangkan dan menerangkan, kalaulah agama lain itu masih relevan dan benar membawa kalimah tuhan. Nescaya kedatangan rasul dan quran menjadi sia-sia. Objektif kedatangan Rasulullah SAW ini adalah untuk menyelamatkan manusia dan membawa hidayah serta membetulkan penyelewengan agama yang berlaku.

Hari ini,sekolah kami mengumumkan cutinya. Halaman sekolah sunyi dan kosong dari pengunjungnya.

Lalu kami coordinator Panitia Pendidikan Islam di sekolah ini mengambil inisiatif mengumpulkan pelajar yang akan mewakili sekolah di pertandingan Majlis Tadarus Al Quran akan datang untuk latihan intensif dan bimbingan pertandingan.

Perkampungan ini bermuka seawal jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.

Dihadiri seramai 17 pelajar yang mewakili pelbagai genre pertandingan MTQ nanti termasuklah nasyid, syarahan, hafazan dan tentunya tilawah. Saya bersama Ustazah Atiqah pula bergilir menjadi fasilitator dan guider tak bertauliah kepada mereka.

Pagi jam 8.45 majlis dimulakan dengan al Fatihah bagi memohon keberkatan dan keselamatan program. Saya susuli pula dengan sedikit tazkirah ringkas, objektif pertandingan serta harapan saya bahawa kami yang mewakili SXI nanti bukanlah sekadar pencukup korum dan formality pertandingan, bukan juga sebagai pak pacak dan hang cangkul yang hanya berperanan sebagai pelakon tambahan, tapi saya laungkan kepada mereka bahawa SXI harus berani mencabar dan mengaum sebagai pesaing terhebat diatas pentas pertandingan. Bawalah imej agama ini sebagai standard mulia yang diimani dengan membuktikan kepompong pelajar agama dibawah tempurung majority bukan islam ini juga mampu mengukir sejarah terhormat. Mereka yang sentiasa sedia bermujahadah dan terlatih membuat pengorbanan dalam elemen kesusahan yang pelbagai pastinya mampu menghadapi segalanya.



Pagi itu, latihan berjalan intensif walaupun ditahun pertama ini saya tidak mampu menyemai dan menapis peserta sebaiknya kerana kekurangan informasi dan pendedahan kemahiran pelajar. Tapi bagi saya , barisan sedia ada ini juga mampu membawa perubahan dan cabaran saingannya tidak boleh dipandang sinis.

Saya lebih cenderung melatih pelajar dalam arena Syarahan, hafazan dan tilawah manakala ustazah lebih selesa mengarah sketsa nasyid.

Saya berharap inilah saf wakil SXI yang akan menggegarkan dan saya bayangkan mereka sebagai kelompok FROM ZERO TO HERO. Insya allah.

Syarahan : Md Hazmizal
Tilawah : Zul Hamizan
Hafazan : Syed Husaini

Nasyid : Fadhil, Haziq Hazwan, Syed Hamzah, Faizan, Yuzaiman, Harith”bOb”, Faizul hisyam, Alif, Saifullah omar dibawah kendalian Daniel Bajunaid.

Pertandingan akan berlangsung 2 hari pada pertengahan April nanti, moga kami dapat membuat yang terbaik. Allah Musta’an.