Friday, May 28, 2010

Dialog Antara Agama (2)

Sekadar Jawapan (Siri 2)

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, “Kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah Tuhan yang perlu disimpan? Kita jawab dengan soalan ini, “Kuku juga anugerah Tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?”

8) Sami Budha vegetarian bertanya, “Kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Bukankah zalim namanya itu kerana bunuh hidupan bernyawa?” Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ada nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) satu ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab, "Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar" Kita jawab seperti ini, “Habis tu, kita cuma berdosa kecil sahajalah jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ada deria?” Jangan membunuh sembarangan!

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "Habis tu, awak makanlah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus" Jangan cuba di rumah! Menjengkelkan!

11) Sami Budha berkata lagi, "Makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab, "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan jugakan? Lagi besar penyakitnyakan? Lembu yang ragut rumput hari-hari pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kisah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi janganlah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Bukankah khinzir itu ciptaan Allah, kenapa orang Islam tak makan babi? Jawapannya mudah, “Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.”

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari-hari sembah Ka’abah. Islam bukan sembah Ka’abah, tapi Ka’abah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Ka’abah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah. Ka’abah cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yang sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari-hari pijak gambar Ka’abah (sejadah). Jika ada gambar Ka’abah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Ka’abah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah. Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut Nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum baginda kan betul juga? Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Segala persoalan yang nyatakan di atas, sebenarnya memang benar-benar ditanya oleh orang bukan Islam secara spontan kepada orang Islam. Mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yang ilmu hanya ala kadar berasa was-was dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was-was dengan agama yang dianutinya. Hadapi serangan kuffar tanpa sebarang rasa gentar!

Dialog Antara Agama

Tertarik saya dengan beberapa persoalan berkaitan agama disini. ianya saya petik dari blog sahabat dan kenalan lama saya di UMS sabah dahulu saudara Mursidi Amat, ianya boleh dilayari di blognya musliminmukhlisin.blogspot.

Kebijaksanaan dan hikmah sentiasa diperlukan bilatiba masanya.

Kekadang soalan tidak perlu dijawab, kekadang soalan lebih bijak dijawab dengan soalan, kekadang soalan patut dijawab dengan loyar buruk dan kekadang juga lebih baik diberi penampar.

Namun hidup ini akan terus diselebungi dengan soalan.

Carilah kebaikan dalam soalan2 ini dan jawapannya. Teruskan membaca.

Salam wasilah ukhuwah fillah.

Golongan kafir selalu mempersoalkan hakikat kebenaran Islam. Walhal kelompangan agama mereka terdedah melalui kedangkalan ilmu para penganutnya. Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran? Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut lima kali sahaja di dalam Al-Quran. Mengapa? Hal ini kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk mempaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan? Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan para nabi dan rasul-Nya. Walau bagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Islam percaya Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan? Di dunia yang fana ini, hanya Nasrani (Kristian) sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, pada akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir? Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Analogi mudah, jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.Kita jawab seperti ini, “antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam saja? Bukankah Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja?”
Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran : 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa?
'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)'? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagungan-Nya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan ' I '.

Lagu Sekolah Bernada Sumbang

Hidup ini penuh misteri dan tandatanya. Tiada manusia yang dilahirkan bijak dan tahu segalanya. Kita diminta sentiasa belajar dan berusaha menjadi manusia terbaik dan terbanyak memberi manfaat.

Begitulah kehendak Allah kita yang terbina dalam konotasi firmannya ayat kedua surah Al Mulk, allah menguji kita untuk mencari dan menganjari manusia yang terbaik amalan dan manfaatnya bukan terbanyak dan tertinggi kedudukan jawatan duniawinya.

Dan tiada yang lebih bermanfaat daripada membentuk jiwa manusia untuk mengikut acuan tuhannya, tunduk dan merasai jiwa kehambaan serta mengembalikan akidah kepercayaan ini kepada yang layak dan berhak sahaja.

Inilah tugasan warisan kenabian yang seharusnya menyedari fungsinya yang begitu penting dan berharga.

Kehidupan dan kemuliaan seorang guru dan murabbi bukan hanya pada kerukunan rumahtangganya, bukan juga pada ketinggian DG jawatannya, bukan pula pada banyaknya kenalan dan kabel ukhuwwahnya, tapi kemuliaan ini terpahat pada usaha didiknya yang menyemai benih iman di dada keyakinan umat ini. Membersihkan onar maksiat dan menjernihkan jijik dogma kepercayaan yang dianuti merupakan tugas sukar yang seharusnya ditangani penuh sedar dan peka. Walau kekadang usahanya hilang dibawa angina lalu tanpa wujud sebarang pingat sanjungan mahupun secebis pujian menggalakkan.

Jernih dan tenang air sedikit berkocak dimuara kali, riak perubahan melonjakkan keruh Lumpur mengotorkan seketika permukaan, percikan airnya kekadang mencemar dan membasahkan baju, namun angkasa langit langsung tidak terganggu, ia umpama sang mata melihat ceria setiap galak dan lagak mereka yang berpayung dibawahnya.

Sempena hari guru disekolah kami, pihak sekolah menyajikan kepada para pelajar 2 lagu tambahan untuk dinyanyikn penuh ceria. Membangkitkan semula semangat mahu berjaya, berjuang dan mendokong aspirasi sekolah dan pengasasnya.

Setiap pelajar diminta menghafaz dan menyanyikannya dengan penuh rasa bangga.

Tiada yang terkecuali, bahkan pengetua dalam sambutan mini hari guru telah menyiapkan satu slide show khas berkenaan lagu tersebut dan beliau sendiri mendendangkannya penuh semangat dihadapan pentas. Nyanyiannya Bravo dan amat cemerlang.

Saya sebagaimana biasa melihat toleransi beragama harus ada dimana-mana, apatah lagi nabi menyepikan kasihnya bagi mereka yang menyakiti zimmi bukan islam. Biarkan mereka dengan agama dan amalan budaya mereka, jangan bunuh mereka sebagaiman jangan bunuh adat, tempat ibadat dan kepercayaan mereka yang diamalkan dalam komuniti mereka.

Tapi bila terjelas diwajah saya, liriknya yang amat memuja pengasas, memugar rasa sayang dan patuh pada kesepakatan agama kristian. Hati saya tidak lagi merasa setenang tadi. Apatah lagi di atas pentas terdapat jua seorang dua pelajar islam yang turut sama mendendangkan lagunya.

Kelihatan anak2 st Xavier seronok dan sama-sama teruja menyanyikan lagu tersebut, apatah lagi dengan vocal sampingan dari pengetua sekolah amat membangkitkan semangat.

Mereka terus bernyanyi : hail….. hail …… hail..!

We Are Lasallians ( Lagu 1)

We Come From All Nations
United In Our Cause
We Share A Common Vision
We See The Same Bright Star
We Race Or Creed It Matters Not
So Tall And Proud
We Hail You St John Baptist
We Are Lasallians

Our Founder Saint La Sale
Was Born Of Nobble Rheims
He Lived A Life Of Privilege
But Heard A Higher Call
It Was For The Children
The Last, The Lost And The Least
For Whom He Gave
Up Wealth And Fame

As First Lasallians
We Are One
But We Are Many
And From All The Lands On Earth We Come
We Share A Dream
A Sing With One Voice
I Am , You Are, We Are Lasallian

Our Faith Of Our Foundation
No Matter How We Pray
To The Poor We Give Our Service
To Brighten Up Their Day
We Are Community
Each Other We Uphold
Our Motto Signum Fidei
Join Us Both Young And Old

Today The Need Remains
For Man Like De La Salle
Continuing His Mission
Working For The Good Of All
We Are Brothers To Each Other
Across All Walks Of Like
And We Shall Ever Shine Like Stars
Through Trail By Fire And Strife


Hail , Hail Alma Mater ( Lagu 2)

Hail , Hail Alma Mater
Hail To De La Salle
We’ll Hold Your Banner High And Bright
A Shield Of Green And White
We’ll Fight To Keep Your Glory Bright
And Never Shall We Fail
Hail ! To Thee Our Alma Mater !
Hail ! Hail ! Hail !

Sayangnya sahabat, lagu ini tidak sesuai kepada kita umat islam. Ia lagu memuji paderi dan organisasi kristiannya. Pantaskah ia dilagukan anak2 muslim kita.??

Saya dalam dilemma.

Mencongak tindakan untuk menasihat.

Moga allah memberi bantuan dan kemudahan.

Tuesday, May 25, 2010

Sijil Halal Lagu Sekolah

Esoknya, sebelum sempat saya memulakan pengajaran. Saya diterpa persoalan serang hendap ini.Bagaimana pula lagu sekolah yang kedua ustaz ?

Rupanya persoalan semalam belum terungkai sepenuhnya.

Kali ini ustaz nak kena jadi mufti pulak kot ? ujar saya cuba berseloroh.

Telitilah lagu kedua ini, terjemahkan ia, sahabat2 akan dapati jawapannya semudah itu. Jika ianya mempunyai unsur pemujaan tokoh, wujud elemen syirik menduakan tuhan, menyeru dan memohon selain dari Allah, bercanggah dengan syariat islam, maka hukumnya adalah tetap haram. Jika sebaliknya ia adalah halalan toyyiban.

Dan dalam islam ini, yang halal itu jelas dan yang haram itupun jelas. Pilihlah yang terbaik dari keduanya.

Untuk kalian, lagu sekolah kami ialah :

Alma mater’s call (lagu 2)

All through our college a voice is resounding
Promptly respond to your duty’s sweet call
Harken you all for the trumpet is sounding
Your mater’s proclaiming her watchwords to all

Forward her children dear, ever with hearts sincer
Render with joy to your meter her due
All that is vile reject, heavean will e’er protect
Sons of st Xavier valiant and true

Labour conquer your motto still bearing
Forward with courage in ways that are just
True to your standard be doing and daring
As faithful xaverians in heaven your trust

Persoalannya, bolehkah ada haram separuh dan halal separuh. Bagaimana jadinya nanti , HALAM kot … sekadar meminjam istilah ustaz ismail kamus.

Apa pandangan sahabat semua tentang ini.Babi halal separuh ???

Ceria Lagu Sekolah

Lagu Sekolah

Minggu lalu saya memasuki kelas SIVIK dengan sedikit cemas apabila dimaklumkan ada pencerapan dari ketua panitianya untuk menilai prestasi pengajaran setiap cikgu.

Saya yang berorientasikan subjek agama dan arab agak terasa sedikit kekok dan canggung bila dinilai dalam kondisi yang bukannya kemahiran dan favourite kita. Namun saya gagahi dengan persiapan dan cuba untuk belajar sebaiknya. Bukankah pelajar yang baik itu ialah pelajar yang sedia untuk belajar dari kesilapannya, apatah lagi guru.

Lalu saya bersedia sebaiknya dan melaksanakannya di dalam kelas sebaik yang mungkin. Nasib tajuk saya hari itu adalah membicarakan tentang sekolah dan sejarahnya, saya langsung bawakan elemen perpaduan dan kesatuan dikalangan pelajar dalam mengharumkan nama sekolah. Dan untuk itu, lagu sekolah memainkan peranannya yang terbaik sekali.

Dan hari itu bergemalah lagu sekolah di setiap kelas SIVIK saya, dan melarat pula ke kelas-kelas agama saya. Terasa saya berjaya menerapkan semangat patriotisme dan semangat kekitaan mencintai sekolah pada tempatnya yang tersndiri.

Usai nyanyian penuh semangat, terdapat dengungan suara bisikan para pelajar bercakap sesama sendiri. Saya mengabaikannya sahaja hinggalah bangun seorang pelajar berkata : Ustaz , bolehkah kita pelajar islam menyanyikan lagu ini?

Kenapa tidak ? jawab saya .“takde lah sebelum ini kami diberitahu oleh guru2 agama terdahulu supaya jangan ikut menyanyikan lagu ini kerana liriknya bercanggah dengan aqidah islam.Ia Haram.Betulkan ustaz ???”

Ianya menyebut perkataan GOD bukannya Allah.

Dalam lagu pun sebut BLESS ST XAVIER, dia kan paderi kristian yang kafir. Mana boleh kita doakan kesejahteraan dan syafaat untuknya . sampuk seorang pelajar lain cuba berhujjah.

Saya hanya mampu tersenyum….

“Unjukkan ustaz lirik lagu sekolah tu, untuk mempastikan haram atau tidak pada sesebuah lagu, kita mesti melihat senikatanya. Keduanya kita melihat pelaku dan penyanyinya dan ketiga melihat keadaan atau tempat nyanyian tersebut” sengaja saya lontarkan sedikit idea tentang dunia seni dan hiburan supaya mereka cepat memahaminya.

Saya meneliti lirik berikut :

God Bless St Xavier ( lagu 1)

God Bless St Xavier
School That I Love
Stand Beside Ud
And Guide Us
Through The Day
With The Light From Above
Heart Bestowing
Flame Be Glowing
Loving Radiance From Above
God Bless St Xavier
My Home Sweet Home

Senyuman saya kian melebar. Pelajar tak sabar menunggu jawapan dan pengisytiharan saya. Terusik saya dengan semangat ingin tahu mereka. Curiosity !

“maka dengan ini saya penyimpan mohor besar raja2, mengisytiharkan ……. Lagu god bless st Xavier sama sekali tidak boleh dinyanyikan dan ianya bercanggah dengan aqidah islam, mereka yang pernah menyanyikannya di minta bertaubat dan meminum air tanah untuk membersihkan jiwanya.”

Terlopong pelajar mendengarnya seketika. Tak sangka sampai begitu dahsyat fatwa yang terdengar di telinga mereka. Horrible !!

Kan aku dah kata, memang tak boleh … HARAM. Nasib baik aku tak nyanyi sama. Ujar pelajar yang bertanya tadi kemenangan.

Opps, silap- silap . Penyimpan mohor besar tersilap umum tarikh, lagu tersebut adalah halal dan boleh dinyanyikan.

GOD dalam lagu tersebut boleh merujuk kepada mana2 tuhan pun dan kita memohon allah memberkati kita.

ST Xavier yang dimaksudkan oleh lagu tersebut pula bukannya fizikal tubuh seorang paderi kristian yang telah mati dalam kekufuran, tapi ianya merujuk kepada sekolah kita. ST Xavier Instition. Kalau tak percaya … rangkap kedua dan terakhir sudah menjelaskannya secara detail dan terang.

God Bless St Xavier, School That I Love

God Bless St Xavier, My Home Sweet Home

Cit.. poorah, apalah ustaz ni, kasi gempak kami aje! Macamanalah penyimpan mohor besar raja2 boleh tersilap tarikh ya…! Gamat kelas pagi itu dengan tawa pelajar beramai2.

Monday, May 24, 2010

Melayani Karya Murabbi Cinta

Murabbi cinta adalah karya keduanya yang saya tatapi kini.

Trilogy buku dakwah cintanya telah setia berada dalam koleksi peribadi saya.sesudah aku terima nikahnya dan bercinta hingga kesyurga saya menatang pula buku ini untuk melihat hegemoni nasihatnya berkembang dan berakar meniti falsafah cintan-cintun para remaja, menduga kesetiaan dan kerukunan rumah tangga para suami dan isteri serta mengajar etika keibubapaan yang sedikit sebanyak membantu kita memahami tuntutan fitrah ini dengan lebih positif dan bermakna.

Lanjutan dari dua buah buku terdahulunya, saya sudah menduga kupasan isunya adalah tentang melaksanakan keratan rentas menilai kehidupan sebuah perhubungan. Hubungan yang dibina dengan menganmbil rasul sebagai tauladannya bakal mengukir kebahagiaan dan kerukunan.



Hidup tidak selamanya sempurna, hari-hari suram sering muncul mengganggu kita, namun kebijaksanaan kita menanganinya dengan ilmu dan contoh hidup yang dihadirkan seorang rasul tercinta amat membelai kita.

Lihatlah bagaimana seorang rasul yang dibebani masalah ummah mampu melayan bicara malam seorang isterinya yang membicarakan falsafah cinta dan rumahtangga dalam kisah 11 wanita dan Abu Zarínn. Apatah pula kita yang kekadang dicelah soalan remeh bagi kita seumpama warna cadar, baju raya anak2, susunan perabut dan kekadang tentang karenah bisnes wanita seperti hai-o, hpa mahupun Tupperware. Siapakah kita kalau menidakkan semua keprihatinan kita mendengar celoteh isteri dan kehendaknya sebagaimana nabi melayani bicara aisyah dengan kisah rumahtangganya.

Baca juga tentang romantika nabi melayani isteri dan membelainya dalam menimbulkan kehangatan cinta dan kerukunannya, sebagaimana kita patut belajar dari nabi cara menghidupkan suasana keimanan dan mengatur fikrah kehambaan itu meresap kepemikiran isteri2nya yang bakal menjadi ibu kepada seluruh umat islam.

Benarlah abu saif ketika menyatakan …. Andai cinta itu ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan ia ada noktah dan penghujungnya.

Belajarlah dengan Murabbi Cinta, insan agung yang mengajar kita erti sebuah kehidupan.

Meladeni Secangkir Teh Pengubat Letih

Baru-baru ini kembara ilmu saya berlabuh pada dua buah buku karangan penulis dan blogger terkenal Abu Saif.

Idea pemikiran baru dan anjakan paradigma kritis yang sentiasa disinggungnya dalam susunan rantaian bahasa yang diatur indah umpama kepingan mozek marmar berseni menghasil satu arca yang istimewa nan menghiburkan sentiasa menggamit minat saya meninjaunya.



Mungkin kerana pernah melalui secebis sudut pengalaman yang sama, pernah bertapak dipermusafiran ilmu di lembah yang sama, menguliti kitab dan masyayikh yang diminati hampir sama, pernah bersua susuk fizikal dan terpukau merdu suara nasyid FIRDAUSnya dahulu, saya kira ianya antara indicator pemangkin untuk saya mengikuti susur galur pemikirannya, apatah lagi saya kekuatan bahasa seninya, jiwa pendidiknya, semangat pejuangnya serta idealis mindanya amat mengujakan saya.

Alhamdulillah saya berjaya menamatkan permusafiran mengutip ibrah pengajaran dalam travelog hidup yang penuh tarbiyah dan digarap dalam bentuk sebuah catatan dakwah. Buku yang bertajuk Secangkir Teh Pengubat Letih adalah kenangan dan pengajaran dakwah sepanjang kembara dakwahnya di bumi khilafah terakhir, Turki.

Kekangan dan halangan sentiasa menjadikan manusia ini hidup berfokus dan berani mendepani cabaran. Umat yang terdidik dengan pengorbanan dan perjuangan akan cepat mematangkan generasinya. Inilah antara analogi mudah yang ingin dibawakan kepada kita tentang rakan seagama kita nun jauh disana.

Ideanya mungkin jua untuk mencetuskan pemurnian sejarah islam yang sekian lama ditohmah dan direkayasa dalam bentuk negative dan busuk.

Sudah menjadi lumrah perjuangan, mereka yang benar sentiasa terbuang dan terhalang, manakala juak2 penjajah dan pengadau domba akan menggunakan segala peluang terhidang untuk meracuni pemikiran ummah dan menyingkirkan kebenaran.

Namun, janji allah pasti akan zahir. Sekira datangnya kebenaran segala bentuk dan rekaan penipuan dan pendustaan akan terserlah jua. Hero tetap hero walaupun matinya terbuang, jagoan tetap terhormat walau kuburnya tidak ketahuan dan begitulah yang berlaku dengan Sultan Abdul Hamid yang merajai khilafah terakhir ini dimomok dan didustai sejarah perjuangan islam nya menentang penjajahan dan hari ini sekularisme meratah rakus tubuh turki hingga ke sumsum tulangnya.

Pembacaan sebegini juga menimbulkan keinsafan bahawa agama akan mempertautkan kita, umat beraqidah ini akan sealiran walau disudut mana mereka berbaring. Dan umat yang satu akan tetap mendoakan kesejahteraan saudaranya.disini juga kita ditemukan dengan kelebihan bangsa masing2 yang dengannya menimbulkan keunikan dan keistimewaan, darinya kita akan mempelajari sesuatu.

Khilafah yang hilang menuntut pengorbanan, maka diatas jemala tanggungjawab generasi kitalah yang memikul pundak amanahnya.

Moga pembacaan sebegini menimbulkan kesedaran dan siap siaga kita mendepani amukan licik zaman.

Wednesday, May 19, 2010

LITAR MEMORI DI WORSHIP DAY (2)


Tekun - Warga St Xavier menumpukan sebentar fokus mereka pada bicara agama, bicara yang bersadur kalam tuhan pasti lebih lunak dan mendamaikan hati.


Sehati sejiwa - moga allah pertautkan hati ummah ini.


Wajah pengarah program - kepimpinan dalam pembikinan.


Jamuan - secangkir teh pengubat letih.


Hidup Berukhuwwah - secubit biskut dinikmati bersama.

LITAR MEMORI DI WORSHIP DAY (1)

Litar memori masih bergetar merakam peristiwa yang berlaku tempohari. Perancangan yang terncana berlangsung lancar dengan rahmat yang maha esa.

Kalau ia membuktikan sesuatu, moga ianya membawa tanda kami hamba minoritimu di St Xavier tetap mendapat pertolongan dan inayahmu. Janganlah sesekali engkau lupakan kami disini duhai tuhanku. Biar kami melukut kecil ditepi gantang, namun hakikatnya kami tetap bangsa yang izzah dengan agamamu.


Komitmen - walau bulan dipagari bintang, para guru wanita dan pelajarnya masih tetap setia memberi kerjasama dan sokongan tegar pada setiap aktiviti islam.


Disiplin dan bersih - pelajar beratur mengambil wuduk dengan tertib menyuci dosa.


Yasin - jantung quran dihayati dan dijaga kesihatannya.


Pasrah - dalam lingkungan chapel dan majoriti insan yang angkuh untuk tunduk padaMU, kami sanggup menghina diri sujud padaMU, ampunkan segala dosa kami.


Cekap - para aktivis BAKTI teliti menyusun dewan solat untuk kemudahan semua.

Tuesday, May 18, 2010

WORSHIP DAY

Berlangsung dalam suasana penuh ketenangan. Mungkin berkat persepakatan dan kerjasama semua, program tersebut berjalan lancar dan penuh makna.

Sememangnya tradisi sekolah ini ada banyak yang misteri dan baru bagi saya. Keupayaan saya untuk menerima dan mengadaptasikannya bersesuaian dengan ruh keislaman amat diperlukan segera. Respon positif dan segera saya sentiasa terpanggil untuk meneroka pelbagai perkara baru dan sensitive antara agama.

Kali ini, saya diamanahkan untuk mengendalikan satu program agama bersempena worship day. Ia juga dikenali sebagai FOUNDER DAY. Ianya perhimpunan keagamaan untuk setiap agama menerapkan nilai kebanggaan dan kecintaan pelajar pada leluhur dan asas peneroka dan pengasas bagi setiap agama.

Setiap agama disini menjalankan aktiviti masing2 serentak pada 17 mei tepat jam 8.30 pagi. Terdapat perhimpunan Kristian, Katolik, Buddha, hindu , sikh dan juga islam pada masa yang diatur sama.

Saya menerima tugasan ini dengan tenang kerana saya tahu dibelakang saya sudah berdiri para aktivis BAKTI untuk membantu. Mereka ceria menerima tugasan ini.

Setelah beberapa siri mesyuarat kami laksanakan, alhamdulillah, ajk kali ini dapat bertindak aktif dan positif serta cekap menyusun dan beraksi. Terima kasih kepada saudara Syed Hamzah yang menyerlahkan aura diktatorismenya namun dapat diterima semua.

Namun saya jelaskan kepada mereka lebih awal, islam tidak menjadikan rasulullah saw sebagai pengasas agama islam. Ia adalah agama anutan semua nabi2 yang diutuskan ilahi. ia agama Allah SWT kepada kita semua.



Kerana itu, kami beranggapan aktiviti yang paling sesuai tika itu ialah program pemantapan rohani dengan pengisian slot bacaan yasin dan solat hajat. Apatah lagi tarikh peperiksaan pertengahan penggal sudah hamper kegerbangnya hujung mei nanti.

Persiapan kemas diatur seawal jam 7.30 pagi. Petugas BAKTI terus bertungkus cermat menyusun dewan solat dan program dengan teliti. Unit p.a system pula cekap bertindak memastikan acara terus cerlang kejayaannya.

Pelajar berpusu2 datang ketapak program sebagaimana terencana, mereka diiring kesisi surau untuk berwuduk dan bersedia untuk yasin dan solat sunat. Bantuan rakan guru dan pelajar tingkatan 6 amat membantu kelancaran pengurusan wuduk dengan sumber pili air yang amat terhad. Natijahnya, pelajar dapat berada dan tenang di saf mereka tepat pada masanya.



Saya terus mengambil posisi khalifah memegang mikrofon dan memulakan bacaan yasin sambil diikuti jemaah yang hadir. Tenang hari itu disimbah simfoni merdu bacaan yasin yang sengaja saya bawakan dengan rentak perlahan untuk keselesaan bersama. Saya rasakan biarlah saya berjalan bersama dengan level terendah disini supaya keseragaman bacaan nanti mampu menimbulkan khusyuk dan syahdu dijiwa kami.

Seusai bacaan yasin saya teruskan dengan solat hajat memohon perkenan yang maha berkuasa. Mengharap, merintih dan merayu bantuan moga kami dibantu setiap kerlipan mata dan tarikan nafas terhela. Dan yang saya takkan lupakan doa penuh makna ini untuk tatapan dan peringatan semua : YA ALLAH, kami hambamu yang lemah, maka bantulah kami… kami hambamu yang hina, maka muliakanlah kami,sesungguhnya kami tahu manusia yang mulia disisimu ialah mereka yang menjaga dan mematuhi perintahmu dan manusia yang hina ialah mereka yang ingkar dengan laranganmu ya allah. Ya allah, muliakanlah kami dan ampunkanlah segala nista kesalahan kami.

Dan tika minit berbaki seketika cuma, saya bangun memberi salam tazkirah sebagaimana dirancang. Saya kumpulkan ingatan semua untuk menghargai nikmat anugerah tuhan. Menjadi hamba yang sentiasa berpegang teguh dengan agamanya dan mensyukuri segala nikmat ilahi yang hadir percuma buat kita.

Saya bangkitkan sekejap persoalan kejayaan dan peperiksaan. Umat islam harus menjuarai pentas kecemerlangan. Mereka tidak boleh alpa dan tergelincir dari mercu keunggulan, nabi menyifatkan kita sebagai umat yang gemilang …maka kenapa kita kotorinya dengan semangat hilang, kita palitkannya dengan jijik imej muslim yang terhidang. Bangun dan sedarlah… kita umat islam perlukan kebijaksanaan dan sememangnya kita berhak memilikinya.

Dan tika hanya saat sahaja berbaki seketika, pelajar agama lain pula sedah menuruni tangga dan kembali ke kelas ilmu semula.

Segera saya zipkan penggulungan tazkirah saya untuk kita kembali kepada pergantungan dan doa kepada allah, allah sukakan mereka yang sentiasa berdoa kepadanya. Dan dihujungnya sempat saya nyatakan tegas, berdoalah dengan penuh pengharapan, hulurkanlah permohonan pada tuhan nescaya dia akan mendengar dan menyahutnya.

Kita umat islam harus berdoa terus kepada tuhan , gunakanlah bahasa yang kita fahami dan bersungguhlah ketika meminta, dan mintalah terus direct kepada alah. Allah tidak pernah melantik orang tengah atau broker untuknya, tidak sebagaimana pak menteri dan golongan atasan yang penuh birokrasi, allah amat berbeza. Doalah hanya kepadanya … sambil hati saya melayang jauh ke sudut gua hati mereka yang bukan islam yang mengerumuni kami, ya allah berilah hidayah kepada mereka semua.

Dan tepat jam 8.45 pagi, acara kami berakhir.

MALAS

Entah mengapa dalam masa kebelakangan ini, jemari saya terasa lenguh dan kebas untuk menulis, idea dan kronologi peristiwa yang merencah ceria hidup ini terus bertakung dan melimpah buak untuk keluar dari pertapaannya.

Namun apakan daya, keinginan itu terpaksa dipendam dilubuk niat hanya kerana keupayaan fizikal saya yang tidak mengizinkan. Saya kira bukanlah waktu atau kesibukan yang menjadi penghalangnya, kerana hati ini telah saya pahat azamnya untuk terus berkarya disini selagi ada hayatnya, biar butiran kalimah yang terpamer diskrin mampu memadam rindu lama, mampu mengubat jiwa yang terluka, mampu melorek tinta bermanfaat dan mampu mempertaut ilmu dan amal. Mungkin bila tiada lagi coretan di skrin ini, tiadalah lagi insan pemiliknya di alam fana ini.

Tapi alasan utamanya adalah alasan biasa, alasan yang biasa meruntuhkan sebuah peradaban dunia dan mampu menggugah generasi bertamadun kepada kebejatan fikrah hanyalah satu alasan lima huruf iaitu MALAS.

Perkataan yang paling senang disebut dan ianya alasan yang amat mudah untuk diberikan semalas pemiliknya. Bayangkan jika satu kesalahan dilakukan pelajar sekolah untuk tidak menyiapkan kerja rumahnya, dan bila tiba hari penghantarannya dia gagal kerana keMALASannya, lalu ditanya guru untuk mencari sebabnya agar tidak menghukum tanpa budi bicara, maka dengan muka selamba dan berat mulut MALASnya dia menjawab tanpa perlu membebankan otak MALAS berfikirnya dan menyatakan MALAS CIKGU !!



MALAS adalah virus perosak merbahaya kepada peribadi, ianya meruntuhkan kewibawaan diri dan menjatuhkan maruah kemulian seseorang. Individu malas berfikir hanya akan menunggu jawapan dan gembira bila ada pertolongan dari rakan sekitarnya walaupun belum pasti jawapan itu benar-benar betul. Dan berapa ramai manusia pemalas ini yang akhirnya menghempaskan kaca hidup mereka kelantai reality apabila mereka mudah diperbpdohkan, terlalu mempercayai dan tidak mahu berfikir, mencari jalan mudah untuk berjaya, menipu dan berhasad dengki dan seterunya memperjudikan nasib ditangan perjudian hanya untuk mencari secebis keuntungan tanpa usaha.
Dan bahaya yang lebih bahaya ini hadir jika para USTAZ dan ahli agama juga sukakan KEMALASAN. Malas untuk beribadat, malas memperbaiki diri dan malas menuntut ilmu, ianya virus mudarat yang hanya akan memberi imej buruk pada institusi keagamaan.

Lalu kita akan saksikan ada ustaz yang gemar mencedok berita palsu dan disebarkan, ada ustaz dan agamawan menjawab hokum agama berdasarkan sedap rasa dan pendapat sendiri, ada juga yang hanya suka digelar ustaz bola dan ustaz badminton yang kurang senang menunjukkan diri di rumah allah kerana takutkan riya’. Ada pula yang hanya pandai menuding jari dan melupakan kelemahan diri sendiri. Ada yang kurang beribadat dan yang terbanyaknya malas berfikir.

Terkejut saya suatu hari tatkala balik dari mengambil anak saya disekolah dengan motorsikap kapcai EX-5 saya, anak saya pula gemar bertanyakan soalan walaupun suaranya sering tenggelam diangin lalu, dia bertanya tentang tempat tinggal tuhan. Dalam menjaga fokus dijalanan, juga terbazirnya suara penerangan saya dalam perjalanan dan situasi sebegitu, saya mengambil pendekatan dengan mengatakan : ABAH TIDAK TAHU.

Lalu, tanpa sedar anak perempuan saya terus mengomel, MEMANGPUN, USTAZ MEMANG TAK TAHU BANYAK PERKARA. Terkejut dan tercabar instinct keustazan saya, takkan anak sekecil ini boleh membuat kesimpulan kejam kepada institusi keustazan yang disana tersimpuh salah seorangnya ialah ayahnya. Terus saya bertanya kembali untuk mempastikan kata2nya tadi. Dia terus mengulangnya dengan lancar tanpa memikirkan risikonya seolah2 dia adalah satu rakaman suara yang dipetik katanya dari entah sesiapa.



Saya tidak menghiraukan hiruk pikuk dijalanan lagi, saya pedulikan lurus dan bengkok jalan dihadapan, fokus saya terarah pada tembakan sinis puteri saya tadi, mana boleh berkata begitu…. Seorang ustaz kena tahu macam2 perkara, dia mesti mendalami pelbagai jenis keilmuan dan sudi belajar bila2 masa, dia juga harus bersedia untuk diberikan pelbagai tugas tanpa dolak dalih, jangan hanya kerana dia seorang ustaz maka dia hanya mampu menjadi imam dan baca doa sahaja, jangan hanya kerana dia ustaz dia hanya perlu berada disurau sahaja, (dan semakin teruk jika para ustaz pula tak mampu jadi imam dan tidak kelihatan ditangga surau), seorang ustaz harus cuba untuk memperdalami ilmu pengurusan, ilmu ekonomi dan ilmu bimbingan kaunseling. Ianya harus menjadi tempat rujukan ramai yang bukan hanya berbicara tentang hokum bahkan tentang alam, tentang geologi, astronomi dan sebagainya.

Dr. Abd Majid Zandani dalam bukunya TAUHID AL KHALIQ banyak memberikan contoh hidup kepada kita berkaitan perkara ini, ketika membahaskan ilmu aqidah dan kewujudan akhirat, beliau membawakan teori reality yang sinonim dengan fitrah, emosi bahkan logic manusia dan disokong dengan bukti empirical berdasarkan sains dan alam. Tatapilah bukunya untuk mencari kelainan berhujah dan mengukuhkan keimanan dalam aqidah keislaman kita.

Saya terangkan sikit sebanyak berkenaan ilmu dan pelbagai konsep yang sesuai untuk garapan telinga dan minda anak kecil. Puteri saya menjawab, Memang betul, ustazah yang cakap begitu…., dan belumpun habis dia bercakap , si abang yang terdiam sejak dari tadi menyampuk : memang ustaz2 anas pun cakap, kita memang tak tahu banyak perkara tentang ALLAH dan ZATnya, kita hanya kena tahu apa yang disebut dalam quran dan nabi Muhammad sahaja. Alhamdulillah..sejuk saya mendengarnya.

Moga ia memberi pengajaran buat saya, jauhilah kebodohan dan kefanatikan dalam semua perkara. Jangan biarkan anak2 kecil seperti ini memahat STIGMA : USTAZ MEMANG TAHU BANYAK PERKARA diminda mereka, entah apa pula pandangan orang dewasa ya…?

Tapi malangnya, dewasa ini, kemalasan yang sinonim dengan kebodohan itu pula menjangkiti saya.

Ya allah ubatilah saya, bantulah saya bangkit semula.

Ya allah, aku minta perlindungan padamu dari kerisaaun dan keluh kesah stress, juga dari kelemahan (bodoh) dan kemalasan, ya allah jauhilah kami dari sifat penakut dan kedekut, dan juga dari bebanan hutang dan kezaliman mereka yang berkuasa

Sunday, May 16, 2010

IJTIMAK GURU PENDIDIKAN ISLAM SELURUH PULAU PINANG.

IJTIMAK GURU PENDIDIKAN ISLAM SELURUH PULAU PINANG.

Berlangsung pada 7 dan 8 mei di dewan millennium, kepala batas dalam suasana penuh muhibbah, gemilang dan banyak memberi manfaat.

Dalam keterbatasan kewangan yang melanda kantung dana untuk aktiviti agama dan dakwah, tidak keterlaluan untuk saya merakamkan syabas buat pengemudi SPI di pulau pinang yang hadir dengan idea kreatif menganjurkan ekspo pendidikan islam disini.

Dengan membariskan aktiviti penuh berinformasi dan menghiburkan, ia menghadirkan nostalgia dan kesan komunikasi yang begitu baik dan sempurna.

Apatah lagi, dengan penganjuran Majlis MTQ peringkat Pulau Pinang yang diadakan seiring dengan ekspo ini membuka ruang untuk memeriahkan majlis dan mempromosikan kehangatan persaingan kepada audiens luar. Ia bukan sahaja memberikan kesan dakwah yang baik bahkan berjaya menjimatkan kos pengendalian majlis MTQ ini yang telah dicuri dan dihentikan bajetnya.

Syabas sekali lagi bilamana ekspo ini juga berjaya menghimpunkan para agamawan dan guru pendidikan islam dan bahasa arab dari setiap ceruk penang ini. Ijtimak yang menghadirkan begitu ramai petugas dakwah sebenarnya yang akhirnya menghubungkan semula silaturrahim antara para guru dan agamawan ini untuk merncana dakwah yang lebih tersusun.

Saya sendiri berjaya menyimpul semula tali perkenalan yang telah lama terpisah antara para rakan dari Jordan dan sahabat se-sabah dahulu.

Tahniah dan terima kasih.

Antara acara yang peragakan untuk semua ialah :

1) pertandingan MTQ
2) gerai jualan
3) boot derma darah dari hospital seberang jaya.
4) Konsert nasyid dari nazrey raihan dan mestica
5) Forum agama ust zahazan dan panelis yang lain.
6) Ijtimak guru pendidikan islam
7) Pertandingan mewarna kanak2
8) Dan lain2 lagi.

Syabas untuk semua. Moga allah memberi ganjaran yang sebaiknya.









Selamat Guruku



CIKGU,
SELAMAT HARI GURU
HAPPY TEACHER'S DAY

SAJAK GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

(dipetik dari Panitia Islam SMK Teluk Bahang di
http://pismktbg.blogspot.com)

Wednesday, May 12, 2010

Memori Lama Majlis Ceramah Maal Hijrah Di SXI

Antara gambar yang sempat saya kutip dari beberapa kotak lensa kamera para pelajar Bakti. Setelah sekian lama, rasanya memori gambar ini masih mampu menceriakan ingatan.


Group Sajak yang menghiburkan.


Bersama kumpulan nasyid BAKTI yang baru suam2 kuku gegarannya.


Tidak dilupakan para AJK BAKTI yang banyak berjasa.


Penghargaan bersama anak2 didik di St Xavier seusai ceramah.

Tafsir Surah Nuh ( Bahagian 7- Terakhir)

وَقَالَ نُوحٌ رَبِّ لَا تَذَرْ عَلَى الْأَرْضِ مِنَ الْكَافِرِينَ دَيَّارًا (26) إِنَّكَ إِنْ تَذَرْهُمْ يُضِلُّوا عِبَادَكَ وَلَا يَلِدُوا إِلَّا فَاجِرًا كَفَّارًا (27) رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا (28)

26. dan nuh berkata lagi : wahai tuhanku, (binasakan mereka) dan jangan engkau tinggalkan walau seseorang pun orang kafir (untuk hidup).

27. sesungguhnya mereka kalau dibiarkan hidup, nescaya akan terus sesat dan melahirkan dari keturunan mereka manusia yang jahat lagi kufur.

28. ya allah, ampunkanlah aku dan kedua ibubapaku, dan juga untuk semua yang memasuki rumahku (dalam keadaan beriman kepada Allah samada) dari kalangan lelaki atau wanita, dan jangan engkau berikan kepada orang yang zalim itu kecuali kecelakaan (dunia dan akhirat)

Doa Nabi Nuh A.S kepada Allah

Pada ayat 26-28 barulah beliau mengakhiri doanya dengan sempurna dan rayuannya kepada Allah di akhir perjuangan dakwahnya yang panjang dan penuh kesulitan. Pada ayat 26 diungkapkan doa Nabi Nuh A.S memohon kepada Allah supaya menghapuskan sekalian manusia yang zalim hingga tiada seorang pun dibiarkan tinggal di muka bumi kerana jika dibiarkan mereka tinggal di muka bumi nescaya mereka akan menyesatkan yang lain.

Nabi Nuh menutup doanya dengan memohon kepada Allah agar mengampunkan dosanya, kedua ibubapanya, mereka yang masuk ke dalam rumahnya dalam keadaan beriman dan sekalian mukmin dan mukminah. Manakala beliau mendoakan kepada orang-orang yang zalim supaya tidak ditambahkan sesuatu selain daripada kebinasaan.

Mungkin satu persoalan yang bermain diminda kita, bolehkah seorang manusia mendoakan keburukan dan kecelakaan kepada orang lain ? Jika tidak, kenapakah nabi semulia dan setabah Nuh akhirnya sanggup mencerca dan melaknat kaumnya. Adakah ini bukti keharusan melaknat orang yang jahat dan sesat atau nabi Nuh sendiri telah melakukan dosa dan kesalahan menghukum dengan doa kecelakaan kepada kaumnya sendiri.

Perkara ini sebenarnya telah diperjelaskan Allah dalam episode tragic dakwah yang diharungi Nuh dengan tabah. Tatapilah ayat 32 surah Hud yang menjelaskan bahawa doa laknat dan kecelakaan sebenarnya tidak pernah diminta dan dicetuskan oleh nabi Nuh, bahkan ianya adalah pemintaan angkuh sombong kaumnya yang sentiasa memuncak kebenciannya kepada dakwah Nabi Nuh, hingga mereka sanggup berkata : Wahai Nuh, kamu ini hanya pandai berkata2 dan bercerita, jika kamu benar, pohonlah doa kepada tuhanmu menurun laknat dan kecelakaan kepada kami sekiranya engkau sememangnya berada dipihak yang benar.

Bahkan kesabaran nabi nuh begitu terpuji apabila ia terus sanggup menerima panghinaan dan cacian daripada kaumnya dan meneruskan dakwah tanpa mengambil langkah balas memohon laknat kepada mereka. Beliau terus bersabar dengan akhlak dakwah terpujinya hinggalah turun ayat ke 36 surah hud yang menyatakan pengumuman ilahi berhubung dakwah dan penderhakaan kaumnya, Dan tatkala kami wahyukan kepada Nuh, sesungguhnya (telah sempurnalah tugas dakwahmu) dan tidak akan beriman lagi (walau seorang pun dari kaummu) kecuali mereka yang telah beriman denganmu sebelum ini, dan janganlah lagi kamu bersedih atas perbuatan engkar mereka itu.

Dan seterusnya, nabi Nuh diberi tugasan baru dalam arena kenabiaannya dengan bukan lagi bermain kata2 dakwah, tapi dengan bisu suaranya nabi Nuh ditugaskan Allah membina sebuah bahtera penyelamat besar, dan dengannya Allah menyatakan: binalah sebuah bahtera besar dan janganlah lagi kamu berbicara dengan mereka, sesungguhnya mereka semua akan (binasa) tenggelam.

Maka jelaslah kepada kita, prinsip kenabiaan ini ialah mematuhi perintah allah walau apa sahaja yang diwahyukan, para rasul akan tega melakukannya dengan taat tanpa pernah ada rasa cuak mengingkarinya.

Iktibar dan pengajaran

Gambaran perjuangan Nabi Nuh A.S dalam surah Nuh ini dapat menjadi bekalan kepada para pendakwah (da’ie) untuk meneruskan perjuangan dan pengorbanan mereka….walaupun kehidupajn ini penuh dengan ujian dan tribulasi serta terpaksa menempuhi kesusahan demi kesusahan, mereka tetap teguh (thabat) di atas jalan ini kerana inilah satu-satunya jalan yang dapat membawa manusia kepada Allah dan mendapat kebahagiaan yang hakiki di dunia dan di akhirat.

Rujukan dan Sumber :

1. Sofwah Tafaseer – Muhammad Ali Sobuni , Darul Fikr
2. Tafsir Quranil Aziim – Abul Fida’, Ismail Ibn Katheer – Dar Mufeed
3. Tafsir Fi Dzilal Al Quran – Assyahid Sayyid Qutb
4. Rujukan ISMA - Tafsir Surah Nuh

Tafsir Surah Nuh ( Bahagian 6)

مِمَّا خَطِيئَاتِهِمْ أُغْرِقُوا فَأُدْخِلُوا نَارًا فَلَمْ يَجِدُوا لَهُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْصَارًا (25)

25. (ya allah) dengan kesalahan mereka itu, tenggelamkan mereka (dalam marak api nerakamu) dan mereka (pasti) tidak akan menjumpai sesiapapun yang dapat membantu mereka (dari azab allah)

Pada ayat 25 dijelaskan akibat yang diterima oleh orang-orang yang zalim di dunia dan Akhirat dengan sebab kesalahan-kesalahan, dosa-dosa dan maksiat-maksiat, mereka ditenggelamkan di dalam banjir dan kemudian dimasukkan ke dalam neraka.

Sesungguhnya kejahatan akan dibalas dengan kejahatan samada secara cepat ataupun lambat. Kemurkaan Allah apabila datang tidak akan mengenal sesiapa lagi, ia akan melanda siapa sahaja tidak kira golongan itu kaya atau miskin, tua atau muda, kecil atau besar, berketurunan bangsawan ataupun rakyat biasa.

Kerana itu jugalah allah menghantar satu signal pengajaran lain kepada kita dalam kisah nuh ini iaitu sesungguhnya keturunan manusia itu tidak boleh menyelamatkan kita dari kemurkaan allah. Benarlah kata pujangga : iman tidak boleh diwarisi walau oleh seorang nabi yang bergelar nabi sekalipun.

Dan Nabi Nuh mengajar kita lagi dengan kesabarannya apabila anak yang dikasihinya juga tenggelam binasa dalam keangkuhan banjir besar yang menenggelamkan semua manusia yang engkar kepada Allah dan sering menderhaka melakukan maksiat.

Kisahnya kita pelajari dari surah Hud ayat yang ke 45-49 tatkala banjir mula mengganas dan membaham rakus sesiapa yang tidak menaiki bahtera, tika kegilaan amarah banjir itulah nabi Nuh melihat kerdil tubuh anaknya dilambung gelombang, lalu timbul spontan naluri kebapaan yang pantas mengajak anaknya menaiki bahtera bersamanya, terjadilah dialog antara mereka antara pujukan ayah dan kedegilan anaknya, namun jelas anaknya terus engkar pada ayah dan keesaan tuhan. Lalu allah memusnahkannya walaupun dia berasal dari leluhur kenabian yang tulen.
Lantas berlangsung pula dialog Nuh meminta hidayah untuk anaknya, Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: "Ya Tuhanku sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan sesungguhnya Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya ".

Doa Nabi Nuh ini diucapkannya setelah beliau gagal memujuk anaknya Kan'an agar naik keatas bahtera bersama-sama dengan orang-orang beriman lainnya. Beliau menagih simpati Allah supaya menyelamatkan anaknya Kan'an, sambil menyeru: "Anakku adalah keluargaku, Engkau pernah berjanji akan menyelamatkan keluargaku iaitu supaya aku membawa mereka kedalam bahtera, Engkau tidak pernah mungkir janji, malahan semua janji-Mu adalah benar belaka".

Nyatalah dari permohonan diatas bahawa keinginan Nuh ialah agar anaknya yang enggan menurut nasihat itu terselamat dari tenggelam. Dan juga tentu saja permohonan itu diajukan oleh Nuh setelah terjadi dialog antara beliau dengan anaknya. Tetapi anaknya tetap menuruti jalan pilihannya sendiri. Akhirnya Kan'an tenggelam.

Allah SWT. menegor Nabi Nuh: " Hai Nuh, sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu yang Aku perintahkan agar engkau bawa mereka ke dalam bahteramu supaya mendapat keselamatan, sesungguhnya perbuatannya perbuatan yang tidak baik" Allah SWT. menegor Nuh (as) lagi: " Janganlah engkau memohon kepada-Ku sesuatu yang engkau tidak mengetahui hakekatnya ". Dalam ayat ini ada pengajaran yang tersirat, iaitu kita dilarang memohon sesuatu yang bercanggah dengan ketentuan Allah terhadap makhluknya kerana kononnya kedudukan orang yang berdoa itu istimewa disisi Allah, atau memohon agar menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh Allah.
Kita hanya boleh berdoa supaya dipermudahkan jalan (taufiq) untuk melakukan sebab sebab yang boleh membawa kebahagiaan. Ataupun memohon petunjuk (hidayah) agar mengetahui Sunnah Allah dan ketentuan-Nya yang masih belum kita ketahui. Dan tentu saja pada waktu yang sama kita hendaklah memperbanyak amal salih dan mempertingkat amal kebajikan serta ihsan kepada semua pihak.

Maksudnya: Nuh memohon: Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu sesudah peristiwa ini, daripada memohon sesuatu yang aku tidak mengetahuinya bahawa segala yang terjadi adalah berlandaskaan hikmah kebijaksanaan-Mu semata. Sekiranya Engkau tidak ampuni aku lantaran dosa memohon ini yang di dorong oleh sifat kebapaan terhadap anaknya dan terlalu mengharap kasih sayang Tuhannya, dan sekiranya Engkau tidak kasihani aku dengan menerima taubatku, nescaya aku akan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang merugi, padahal pada mulanya aku hanya berusaha kiranya aku mendapat keuntungan dengan bebasnya semua anak-anakku dalam mentaati Mu, Engkau adalah lebih Maha Mengetahui daripadaku.

Permohonan Nuh kepada Allah untuk anaknya bukanlah suatu maksiat. Ini hanya kekeliruan dalam ijtihad dengan niat yang baik. Tetapi perkara itu dapatlah digolongkan sebagai suatu kesalahan kerana ia tidak patut timbul dari manusia seperti Nabi Nuh yang cukup tinggi ilmunya dan istimewa kedudukannya disisi Allah.

Kekhilafan seumpama ini boleh terjadi dikalangan para Nabi, supaya mereka dapat merasakan betapa perlunya mereka kepada pendidikan dan bimbingan daripada Allah dari masa ke masa.

Sesungguhnya faktor keturunan dan warisan bukanlah faktor yang terlalu menentukan baik atau buruknya seorang manusia. Baik buruknya seseorang sangat tergantung dengan kesediaan individu itu sendiri dan keadaan persekitaran yang mengelilinginya. Dan kalaulah warisan atau keturunan menjadi faktor yang sangat menentukan nescaya semua anak cucu Adam akan sama tabiatnya, dan nescaya semua manusia hari ini yang berasal daripada orang-orang yang beriman dalam bahtera Nabi Nuh akan beriman kepada Allah semuanya.

Sesungguhnya Allah akan memberi balasan kepada manusia di dunia dan diakhirat setimpal dengan keimanan dan amalan mereka, bukan atas dasar keturunan mereka. Allah tidak akan memberi pertolongan atau keistimewaan kepada seseorang atas dasar hubungannya dengan ayahnya atau datoknya walaupun mereka itu daripada kalangan para Nabi atau Rasul.

فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلَا أَنْسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلَا يَتَسَاءَلُونَ (١٠١)
Apabila sangkakala ditiup maka tidaklah ada lagi pertalian nasab (keturunan) di antara mereka pada hari itu , dan tidak pula mereka saling bertanya. (Al Mukminun/23: 101)

يَامَعْشَرَ قُرَيْشٍ لاَ يَأْتِيْنِى النَّـاسُ بِأَعْمَالِهِمْ وَتَـأْتُوْنِى بِاْلأَنْسَابِ
Hai sekalian Quraish, janganlah hendaknya manusia mendatangi aku dengan membawa amalan mereka, sedangkan kamu pula mendatangi aku dengan membawa keturunan. (HR Tarmizi)

Tuesday, May 11, 2010

Belajar dari Realiti

Jumaat itu.

Suasana redup tengahari jumaat itu menceriakan iskandar dan Danish yang sedang menikmati makanan tengahari itu disebuah restoran yang sarat dengan pengunjung. Lokasi yang sesuai dan dekat dengan tempat kerja menjadikan ianya tempat yang paling strategic untuk mereka menyantap makanan dengan penuh bersemangat.

Gulai lemak cili padi yang berlaukkan ikan kembung itu pantas disuapkan iskandar ke mulutnya, pedas tapi sedap. Sekilas matanya menoleh ketepi jalan, ianya singgah ke susuk tubuh seorang gadis muda yang sedang melintas jalan, spontan bibirnya memuncung kearahnya dan berkata , Danish, cuba kau tengok tu ?

Apa dia is ? tu, anak pak mat tu, kau tengoklah pakaian dia,terbelah sana sini, : jawab iskandar menerangkan. Shila tu memang macam tu, aku dah biasa tengok dah , kejap lagi kau tengoklah …. Mesti ada sekor mamat datang bawak dia naik motor, ntah mamat kilang mana ? berkepit lah tu, ntah kemana perginya. Jumaat pun ntah sembahyang kat mana ? sampuk Danish pula

Setan

Ntah la, …. Aku pun heran. Macamana la mak bapak diaorang boleh benarkan, pak mat tu kan orang masjid, selalu solat dekat masjid. Tapi anak dia …hush, mengalahkan setan. Amin anak dia yang sulong penagih dadah, zikri yang nombor dua tu bulan lepas kena tangkap polis pasal curi kabel, ha dan yang no 3 ni , shila ….esok lusa kau tengoklah, pasti mengembong perut dia tu…kata iskandar menambah, sambil tangannya menghirup sup daging disebelah kirinya.

Aku setuju, is… kau ingat lagi pasal minggu lepas yang heboh jumpa mayat bayi kat tangga masjid. Spesis budak macam ni la yang buat kerja. Tak tahu halal dan haram. Jelas Danish.

Ya, la.. mula2 seronok2 jumpa, dating, pegang2 pastu berzina, dah pandai buat dosa tu tapi tak pandai nak jaga, ditambah pula dengan dosa yang lain pula, dibunuh pula bebudak kecik tak berdosa tu… kan baik kalau diberi pada orang yang tak ada anak. Memang hati binatang betul diaorang ni. Jelas iskandar kesal.

Yalah, memang jenis tak menghormati agama, tak tahu dosa pahala, bua malu mak bapak je. Orang macam ni , kena sula dan potong kemaluan lagi bagus. Danish mengeluarkan pendapat gila2nya.

Ya la, kalau aku dapat tahu sapa punya kerja, aku baker dan bagi makan dengan anjing baru tahu, iskandar sama mengeluarkan perasaan marahnya.

Kewajipan

Angin yang sepoi2 bahasa menyaman dinginkan tubuh mereka, apatah lagi tatkala itu mereka meminum air batu campur yang memang menyelerakan, terasa nikmat makan itu mengaliri kerongkong ke usus mereka dengan penuh keseronokan.

Tiba2 iqamah jumaat dari surau berdekatan menyedarkan mereka, ternyata imam sudah menghabiskan khutbah keduanya dan mula mengangkat takbir.

Segera mereka menghabiskan sisa ABC yang masih berbaki, …. Ish, sempat lagi ni, cepat sikit iskandar … nanti terlepas jumaat pula.

Bergegas kaki mereka melangkah kemasjid bersebelahan surau untuk menunaikan fardhu jumaat.

Slot tengahari isnin itu berjalan lancar, walaupun suasana diluar surau agak lengang dan kosong kerana hari itu diisytiharkan hari bebas kokum, Ia akan diganti pada hari sabtu nanti untuk acara gotong royong perdana, tapi kehadiran ajk BAKTI untuk program sahabat amat mengujakan saya.

Kehadiran tanpa jemu, dan kesungguhan berpartisipasi dan komitmen mengambil manfaat dalam program kecil tersebut sesungguhnya sungguh mengkagumkan saya.

Bilangan mereka kecil, tapi komitmen dan kualiti niat dan kesungguhan yang ada pada mereka saya amat puji. Inilah barisan hadapan yang saya harapkan untuk membangun budaya ilmu dan islam disekolah ini nanti. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Dengan artikel tarbiyah yang saya karang spontan dari pengalaman lama, saya sengaja bentukkan ia menjadi peristiwa reality yang kerap berlaku sekitar kita, ianya adalah lumrah hidup bukannya khayalan fantasi yang kabur.

Dan situasi ini saya bawakan kehadapan mereka, menggamit pandangan dan soalan mereka, sengaja saya timbulkan konflik tandatanya, sengaja saya bangkitkan kontra pendapat, sengaja saya dedahkan fakta yang pelbagai dan sengaja saya berikan pelbagai tips dalam menghurai kekusutan penyusunan idea dan fikrah pelajar ketika mengemukakan pandangan dan hujjah.

Dan saya sengaja membiarkan perdebatan dan kontradiksi idea antara mereka membakar semangat ingin mencari kebenaran dan tidak malu mengeluarkan pandangan.

Mereka yang sesat dilebuh maklumat saya pandu kepangkal jalan, mereka yang teraba mencari arah idea saya berikan sedikit clue membantu, mereka yang terover saya redakan kelajuannya dan mereka yang pendiam saya baker sedikit ego senyap dan telinga tebalnya. Semuanya untuk memastikan mereka berjiwa islam dan berhujjah dengan idea yang mampu menyelamatkan mereka dari lembah kesempitan dunia kepada kemuliaan dan keluasan ilmu dan rasional islam meliputi wawasan dunia dan akhirat.

Becok akhirnya mereka berbicara, rancak mengeluarkan pandangan walau kekadang bertatih dan terpaksa dibantu. Tidak mengapalah… inilah barisan hadapan BAKTI yang saya perlu sabar melatih dan melukis potret jatidiri muslim pada setiap pemikiran dan perwatakan mereka.

Dan antara soalan perbincangan yang saya kemukakan berdasarkan cerita reality tersebut :

Apa pendapat kamu tentang sikap :

1) Shila.

2) Pak Mat

3) Apa yang kamu buat selepas menjumpai anak yang dibuang. Bagaimana jalan penyelesaian menangani kes buang anak ini.

4) Sanggupkah kamu mengambil anak luar nikah ini sebagai anak angkat satu hari nanti.

5) Setujukah kamu dengan sikap Iskandar dan Danish.

Tafsir Surah Nuh ( Bahagian 5)

قَالَ نُوحٌ رَبِّ إِنَّهُمْ عَصَوْنِي وَاتَّبَعُوا مَنْ لَمْ يَزِدْهُ مَالُهُ وَوَلَدُهُ إِلَّا خَسَارًا (21) وَمَكَرُوا مَكْرًا كُبَّارًا (22) وَقَالُوا لَا تَذَرُنَّ آَلِهَتَكُمْ وَلَا تَذَرُنَّ وَدًّا وَلَا سُوَاعًا وَلَا يَغُوثَ وَيَعُوقَ وَنَسْرًا (23) وَقَدْ أَضَلُّوا كَثِيرًا وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا ضَلَالًا (24)

21. Nuh berkata : kaumku ini sentiasa menderhakai aku (tidak mendengar seruanku) dan mengikuti orang yang (tidak boleh menjadi contoh) samada kepada hartanya mahupun zuriat keturunannya kecuali kerugian (dan kebodohan)

22. Dan mereka terus dengan keangkuhan mereka ( dalam menyesatkan manusia)

23. Mereka berkata : Janganlah kamu tinggalkan tuhan berhala sembahan kamu (dan mengikuti nuh), jangan kamu tinggalkan (ikon mulia yang akhirnya dipotret sebagai patung) tuhan yang lima dan diberi nama wad, suwa’,yaghuts, yaúuq dan nasar.

24. Mereka telah menyesatkan ramai manusia, dan nuh berkata : (ya tuhanku) janganlah engkau tambahkan kepada mereka yang zalim kecuali kesesatan (dan azab)

Pengaduan Nabi Nuh A.S kepada Allah

Bermula dari ayat 21-28 adalah pengaduan Nabi Nuh A.S kepada Allah setelah selama 950 tahun menyampaikan dakwah dengan penuh tekun dan sabar menghadapi kaumnya yang ingkar serta degil utk menerima kebenaran

Dalam pengaduan ini Nabi Nuh A.S menyatakan keingkaran kaumnya menerima hidayat setelah sekian lama diberi bimbingan, amaran dan peringatan serta ditawarkan janji-janji rezeki yang mewah, anak yang ramai serta kesenangan hidup, namun mereka tetap mengikut pemimpin-pemimpin yang sesat dan akibatnya tidak lain melainkan kerugian kepada mereka.

Pemimpin-pemimpin itu juga melakukan berbagai-bagai tipu helah utk menambah kesesatan orang ramai. Di antara tipu daya mereka ialah mereka menggalakkan orang ramai supaya berpegang teguh dengan berhala-berhala yang dianggap mereka sebagai tuhan-tuhan.

Tafsir Surah Nuh ( Bahagian 4)

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11)
وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12)

10. Maka aku katakana kepada mereka : mintalah ampun kepada tuhanmu sesungguhnya Dia maha pengampun

11. (Kesannya) Allah akan menurunkan (rezeki) hujan kepada kamu dengan banyaknya.

12. DIA juga akan menambahkan kepada rezeki harta dan zuriat keturunan, seterusnya dijadikan bagi kamu perkebunan yang subur dan sungai – sungai (yang mengalir.)

Walau bagaimanapun penentangan itu berlangsung keras, nabi nuh tetap menyeru agar kaumnya supaya mencari keampunan Allah. Hanya rahmat dan keampunan Allah sahajalah yang akan menyelamatkan manusia dari kemusnahan dan bencana bikinan hidup ini.

Kemudian, pada ayat seterusnya Allah menghubungkan antara istighfar dengan pemberian rezeki yang banyak dan mewah.Di antara rezeki yang mewah ialah sumber air hujan yang lebat yang menumbuhkan tanam-tanaman dan yang mengalirkan air sungai, serta rezeki yang luas, mempermudahkan manusia mendapat zuriat dan harta kekayaan. Bahkan boleh dikatakan : istighfar adalah kunci kepada rahmat dan rezaki allah.

مَا لَكُمْ لَا تَرْجُونَ لِلَّهِ وَقَارًا (13) وَقَدْ خَلَقَكُمْ أَطْوَارًا (14) أَلَمْ تَرَوْا كَيْفَ خَلَقَ اللَّهُ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا (15) وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا (16) وَاللَّهُ أَنْبَتَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ نَبَاتًا (17) ثُمَّ يُعِيدُكُمْ فِيهَا وَيُخْرِجُكُمْ إِخْرَاجًا (18)وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ بِسَاطًا (19) لِتَسْلُكُوا مِنْهَا سُبُلًا فِجَاجًا (20)

13. (Hairannya !)Bagaimanakah kamu tidak takut pada kehebatan Allah.

14. DIAlah yang menjadikan kamu melalui pelbagai peringkat (yang tertentu).

15. Tidakkah kamu melihat bagaimanakah Allah menjadikan langit (tersusun sebanyak) tujuh lapisan bertingkat-tingkat

16. Dan dijadikannya pula bulan yang bercahaya (memantul cahaya) dan matahari pula sebagai obornya (sumber cahaya)

17. Allahlah yang menumbuhkan kepada kamu daripada tanah ini (seperti hidupan ) tumbuhan ini.

18. Kemudiannya allah mengembalikan kamu kedalam tanah dan akan mengeluarkannya (semula satu hari nanti untuk dihitung dan dihisab)

19. Allah juga menjadikan bagi kamu hamparan bumi ini (yang meluas)

20. (Semoga kamu) dapat melaluinya dengan pelbagai cara dan jalan. (samada dengan ketaatan mahupun kekufuran)

Bukti-bukti kekuasaan Allah

Pada ayat 13, beliau menarik perhatian kaumnya kepada bukti-bukti kekuasaan Allah dan mengemukakan persoalan kehairanan terhadap kelakuan mereka yang sewenang-wenang dan tidak menghormati Allah. Disinilah beliau memperlihatkan kekuatan hujah akal yang juga mesti dimiliki para pendakwah, menggunakan logic, pemikiran rasional, memperhatikan kejadian alam semulajadi, melihat kejadian manusia dan menginsafi kelemahan diri adalah antara strategi dakwah kenabian yang telah dipraktikkan keberkesanannya turun temurun.

Manakala ayat 14 pula menerangkan tentang peringkat-peringkat perkembangan manusia. Penentangan manusia biasanya berpunca dari keangkuhan dan kejahilan mereka sendiri, sekiranya mereka diajak untuk menilai dan memerhatikan kekerdilan dan kekurangan diri yang ada, juga kiranya manusia terdedah pada bahaya maut dan kekurangan upaya untuk melindungi diri, pastinya manusia akan segera mendamba harap pada tuhan yang penuh dengan kekuasaan dan kehebatan.

Seterusnya ayat 15 beliau telah menarik perhatian kaumnya kepada penciptaan alam iaitu penciptaan tujuh langit yang bertingkat-tingkat. Allah mengingatkan tentang keajaiban langit yang diberi percuma kepada kita. Langit dijadikan Allah begitu luas dan besar tanpa tiang untuk memegangnya. Pada langit tersebut terdapat bulan yang mengeluarkan cahaya dan matahari sebagai lampu yang terang. Pemikiran tentang keajaiban alam ini akan mendatangkan kekaguman kita kepada tuhan pencipta sistem alam dan cakera suria kehidupan ini.

Manakala pada ayat 17 dan 18 Nabi Nuh A.S menarik perhatian kaumnya sekali lagi kepada kejadian diri mereka sendiri yang diciptakan dari tanah, kemudian mereka akan kembali ke tanah semula apabila mati dan akan dibangkitkan semula dari tanah selepas mati. Keingkaran manusia pada kebangkitan semula adalah kejahilan tahap pertama yang allah sendiri memperli manusia dengan pernyataan bahawa bumi yang mati tanpa hidupan dan tidak bergerak dan tanah yang dulunya gersang lagi kontang, dalam sekelip mata boleh dihidupkan Allah dengan hijau tumbuhan dan rimbunnya pepohon yang bergerak indah ditiup angin dan bayu yang dihantar Allah.

Seterusnya Nabi Nuh A.S menarik perhatian mereka kepada nikmat kemudahan hidup di muka bumi yang luas. Nikmat yang diperolehi sepenuhnya oleh manusia yang bijak bersyukur dan mengenali diri dan penciptanya.

Friday, May 7, 2010

Basah Darah di Ingatan Syuhada' Ilmu

Masihkah kau ingat …….. tika tempo emosi mula stabil, pelajaran dituntut penuh kesungguhan, tika kita sudah mula menyesuaikan diri dengan alam berhawa panas bumi mafraq ini…. Dan hatipun sudah mula jatuh cinta dibumi bertuah ini, alam tenang dengan suasananya, kita ceria dengan rutinnya…

tiba-tiba dentuman berita kemalangan ngeri pula menghentak keras pendengaran kita, seumpama baru semalam kita berjumpa dan bermesra , hari itu 5 orang sahabat seperjuangan pergi lebih awal dalam satu kemalangan yang cukup tragis dan menyayat hati…

4 sahabat JPA dan seorang KPM terkorban dalam nahas yang cukup tragic memberi impak sedih yang bukan sedikit tekanannya, saudara fahrunnizam dari johor, rashimi azru, surzaidi abdul rahman, …… zainol aman dari kelantan dan zikri dari selangor antara nama-nama syuhada’ilmu yang terpahat gugur dimedan aqabah tahun 1995 dulu….,

beriringan jenazah ini diusung dengan penuh penghormatan tentera, menaiki pesawat khas menuju tanah air dan disenmadikan disana…moga roh tuhan merahmati mereka dan pastinya, kitalah yang akan meneruskan sisa baki perjuangan mereka.

Wednesday, May 5, 2010

Minda Analitikal

Minda Analitikal

Membina barisan kepimpinan islam yang penuh komitmen dalam menjiwai watak keislaman bukanlah satu perkara yang mudah.

Apatah lagi kepimpinan organisasi islam yang berfikiran positif mendepani segala mehnah dan ujian memerlukan mereka berfikiran kreatif, bijak berhikmah, cepat membuat keputusan dan melebihkan peranan sabar dalam kehidupan.

Lalu pernah saya berkongsi cerita bersama anak2 BAKTI dalam program usrah mingguan kami, Program Sahabat Islam.

Setiap pendakwah perlu bijak dan kreatif dalam meyeru umat manusia kembali berpaut pada tali agama, seorang agamawan dan pendakwah tidak hanya boleh menuturkan kata-kata HARAM, DOSA dan NERAKA kepada semua dalam apa keadaan sekalipun.

Tugas seorang rasul juga bukannya mudah, ia memerlukan hikmah dan kekuatan minda dalam mendepani cabaran semasa dan mehnah manusiawi yang pelbagai.

Sebagai tamsilannya, tatkala berdepan dengan isu kebejatan social dan perzinaan seorang ustaz tidak hanya boleh berkata sekadar haram berdosa dan mendapat laknat allah, penjenayahnya akan dimasukkan kedalam neraka dengan pelbagai azab seksaan dari allah disediakan untuknya.

Tetapi seorang ustaz pula bercakap lebih dari itu :

1) katakanlah bahawa zina sememangnya membawa keseronokan kepada diri, tapi ianya akan melemparkan penghinaan dan keaiban kepada masyarakat, bayangkan seorang perempuan yang dizinai seseorang, pastinya ia mempunyai ayah ibu yang sentiasa menjaga dan menatang manjanya, mungkin ia juga adalah isteri seseorang, ibu ataupun makcik seseorang yang amat mereka hormati dan sayanginya.
Jika ianya terjadi kepada diri,keluarga dan wanita yang kita sayangi, dimanakah lagi kehormatan dan keseronokan yang kita cari selama ini, ia terpadam dengan pencabulan maruah diatas jenayah zina yang dilakukan.

2) Zina perlu dijauhi bermula dengan mengawal diri dari tercebur ke dalam pergaulan bebas tanpa batasan, membebaskan diri dari agama dan berpeleseran anatara lelaki dan perempuan akan menjadikan manusia cepat terjerumus dan binasa dilembah kehinaan zina. Bercinta, dating, berdua-duaan, berkhalwat dan berpegang tangan adalah muqaddimah pertama kepada perzinaan.
Cuba ingati pesan ini : mencium pipi babi lebih baik daripada menjamah tangan seorang perempuan yang bukan mahramnya, ini kerana babi yang dianggap jijik dan busuk itu hanya najis jika disentuh tapi ianya tidak menjanjikan dosa, kenajisannya boleh dibasuh dengan menggunakan bilasan air dan tanah sebagaimana disyariatkan.
Tapi persentuhan kulit yang bukan najis ini pula sebenarnya menuntut sebuah dosa besar penderhakaan kepada tuhan yang seterusnya merangsang sebuah perzinaan yang penuh dosa.

3) Jika tidak kita takuti zina dan hukuman nerakanya, takutlah kesan zina yang akan berlaku pada diri kita, zina dan perlakuan sumbang kita hanya akan membawa kita menerima pembalasan tuhan dalam tempoh duniawi lagi.
Seseorang yang sudah terlanjur dan curang, pastinya akan disandingkan jodohnya dengan perempuan yang sama lagak nakal dan kesyaitanannya.Maka jika kita menginginkan jodoh yang terbaik untuk membina rumahtangga bahagia kita, juga membentuk genetik zuriat cemerlang asuhan baik dari isteri tersayang kita, maka kita sendiri perlu mempastikan kesolehan kita. Jika tidak apa ertinya ayat tuhan : lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan wanita jalang untuk jantan yang songsang.

4) Sebuah dosa yang hadir pada manusia tidak akan berhenti dengan satu dosa, bahkan ianya akan merebak kepada dosa yang berpanjangan. Kerana itulah dosa berpegangan tangan akan membawa kepada dosa khalwat, dosa khalwat membesar kepada zina, dosa zina membawa kepada dosa kehamilan luar nikah, dosa hamil membawa kepada dosa pembunuhan bayi tidak berdosa. Pembunuhan membawa kepada penipuan dan menutup jejak, dan dosa ini akhirnya terus berpanjangan tanpa noktahnya hinggalah kesaat kematiannya.

5) Jika tidak takut pada cercaan dan pandangan buruk masyarakat, maka insafilah dan takutlah pada keganasan virus penyakit yang boleh membaham manusiawi dengan rakus taring giginya membenam kepada pelaku seksual ini supaya segera bertaubat.
Kuman siplis, ghonarea dan virus HIV yang membentuk AIDS diciptakan tuhan untuk menggerunkan hati tegar manusia yang sudah lupakan agama dan etika murni social. Maka biarlah para soldadu tuhan ini menyerbu memberikan peringatan kepada manusia derhala ini. Moga semuanya beroleh pengajaran dan keinsafan.

Ya, seorang guru perlu kreatif dan membina revolusi pemikiran agama anak didik mereka, jadikan mereka cepat dan cekap menyelesaikan masalah dan bukannya sekadar menununggu penyelesaian masalah dari guru semata-mata.

Dalam perjumpaan tersebut, saya memberikan mereka soalan ini, soalan menguji minda dan kemampuan mengklasifikasi data dan membuat keputusan tepat dalam masa yang singkat.

6 pelajar iaitu Azman, Kapoor, Qayyum , Roslan, Matsum, Atan adalah ditempatkan di tingkatan 4a, 4b,4c,4d,4e dan 4f mengikut keputusan pmr seperti berikut :

• Roslan adalah ditempatkan dalam kelas berprestasi lebih tinggi dari Kapoor
• Qayyum dan Azman ditempatkan dalam kelas yang paling tinggi atau paling rendah.

1. Jika Atan ditempatkan dalam kelas berprestasi lebih tinggi daripada Azman, siapakah ditempatkan dalam kelas 4A.

2. Jika prestasi Matsum adalah lebih baik daripada Roslan dan Atan, kelas yang Roslan ditempatkan ialah :

3. Jika prestasi Atan adalah lebih rendah daripada Qayuum,siapakah yang berprsetasi paling rendah atau berada dikelas 4F.

4. Jika prestasi Kapoor adalah lebih tinggi daripada Atan, dan Roslan ditempatkan dalam kelas 4C, maka Matsum adalah ditempatkan dalam kelas ……


Selamat menjawab.

Tafsir Surah Nuh ( Bahagian 3)

قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا (5) فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلَّا فِرَارًا (6)
وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آَذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا (7) ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَارًا (8) ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا (9)

5. Nuh berkata lagi : wahai tuhanku, aku telah menyeru kaumku malam dan siang.

6. (Tetapi ianya tidak memberi kesan kepada kaumku ) seruanku tidak menjadikan mereka menerimanya kecuali lari (dan engkar)

7. setiap kali aku mengajak mereka (dengan keinginan) supaya dosa mereka diampunkan, mereka (mengambil sikap) meletakkan jemari mereka ketelinga, menutup muka (berpaling), angkuh dan sombong engkar.

8. kemudiannya aku mengajak mereka secara terang-terangan (jelas didepan semua orang tanpa takut dan gentar)

9. (ketika yang lain pula) aku mengajak mereka dengan jelas dan tersembunyi. (dengan cara keras dan lembut, dengan cara tegas dan memujuk)

Dakwah dan perjuangan Nabi Nuh A.S

Pada ayat 5 hingga 9, Nabi Nuh A.S menjelaskan tentang usaha-usaha dakwah dan perjuangannya yang panjang, yang gigih dan yang tidak putus-putus tanpa mengenal siang mahupun malam. Di samping itu, Nabi Nuh A.S menyampaikan dakwah secara berterusan, berlemah lembut dengan hati yang menginginkan hidayah dan kebaikan buat semua manusia dan sentiasa bersedia mengambil segala peluang yang ada serta menggunakan segala cara dalam usaha menyampaikan dakwahnya dengan penuh kreativiti samada secara terang-terangan dan secara sulit

Episode dakwah berstamina lasak dan bernafas panjang ini dipertontonkan kepada kita oleh nabi nuh bersama kaumnya yang juga dirakamkan alquran dalam pelbagai dimensi penceritaan. Kisahnya dirakam berselerakan didalam 43 surah alquran termasuk yang terperincinya dalam surah Hud, melaluinya Allah bentangkan rentetan kronologi penceritaan yang lebih spesifik mencetuskan kepada kita lebih pemahaman tentang kisah nabi yang soleh ini. Ia bermula dari ayat 22 hinggalah ayat 49 yang juga berlatarkan permulaan kisahnya dengan kedegilan dan penentangan kaumnya pada dakwah. Mereka menentangnya bukan kerana tidak mengakui akhlak,keperibadiannya dan hujjah ilmu yang dibawanya tapi mereka mencipta segala alasan remeh untuk menidakkan dan memperkecilkan dakwahnya termasuklah kata penghinaan kaumnya dalam ayat 27, kami tidak mengikutimu adalah kerana engkau manusia (yang bukan kaya, tak setaraf dengan kami) dan pengikutmu juga bukanlah antara manusia bangsawan, bijak pandai dan orang kaya, engkau langsung tidak mempunyai apa2 keuntungan/kelebihan jika kami mengikutimu, kerana itulah kami anggap engkau hanyalah seorang pembohong.

Penentangan kaum nabi nuh ini tidak pernah mematahkan semangat kental dakwahnya, baginda rasul terus berdakwah dengab pelbagai cara, tanpa mengenal penat dan lelah. Nabi Nuh menggunakan teknik dakwah yang pelbagai untuk menarik perhatian dan juga memberi kefahaman dan hidayah kepada kaumnya.

Antara teknik dakwahnya ialah :

1) Memujuk dan mengajak dengan penuh lemah lembut dan banyak bersabar dengan karenah dan ujian yang dipersoalkan kaumnya. Menggunakan pendekatan dakwah fardiah yang memberi fokus kepada satu-satu individu.
2) Menyatakan secara jelas dan lantang dengan ucapan yang bernas dan teratur. Dakwah ini menggunakan ceramah dan sesi penerangan sebagai langkah utamanya.
3) Menggunakan teknik perdebatan dan dialog terbuka bersama kaumnya, dengan hujah ilmu dan kebijaksanaan yang dimilikinya, beliau menyeru dengan penuh komitmen dan kesungguhan.
4) Menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan dalam berdakwah, tidak mengharapkan harta benda, pangkat, wanita, pujian dan sebagainya. Hanya mengharapkan bantuan dan keredhaan allah semata-mata.
5) Menggunakan logic akal dan berhujah berorientasikan pemikiran tentang alam semulajadi dan benda hidup yang dapat dilihat (dan bukannya benda abstrak semata-mata) untuk memudahkan manusia berfikir dan membuat perbandingan.
6) Menggunakan doa sebagai wasilah memujuk dan memberi amaran terhadap pengkhianatan kaumnya.

Sebaliknya, kaumnya telah lari daripadanya dan terus degil mempertahankan kesesatan dengan menyumbat jari dalam telinga, menutup muka dengan baju, angkuh dan melarikan diri dari mendengar bicara dakwahnya.

Tafsir Surah Nuh ( Bahagian 2)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

إِنَّا أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ أَنْ أَنْذِرْ قَوْمَكَ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (1)
قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ (2) أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ (3)
يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرْكُمْ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذَا جَاءَ لَا يُؤَخَّرُ لَوْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (4)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang.

1. Sesungguhnya kami telah utuskan Nabi Nuh kepada kaumnya untuk memberi peringatan kepada mereka sebelum datangnya balasan azab seksa yang pedih (kerana keengkaran mereka)

2. Nabi Nuh berkata : wahai kaumku ! sesungguhnya aku adalah pemberi nasihat (berita baik dan buruk) kepada kamu.

3. Hendaklah kamu menyembah Allah dan bertakwa kepadanya serta mentaatinya.

4. (Nescaya) DIA akan mengampunkan segala dosamu dan menangghuhkan ajalmu hingga tiba masanya, sesungguhnya Ajal yang ditetapkan Allah itu tidak akan berubah, kalaulah kamu semua mengetahuinya.

Sumber Risalah dan ‘Aqidah

Permulaan surah ini menjelaskan sumber risalah dan ‘aqidah dengan menceritakan perutusan kerasulan Nabi Nuh A.S utk mengembalikan kaumnya ke pangkuan Tauhid dengan memberi amaran dan peringatan yang amat jelas sebelum mereka ditimpa azab yang amat pedih.

Nabi Nuh memulakan dakwahnya dengan menyeru kaumnya kepada ‘ubudiyah lillahi ta’ala dan menjadikan taqwa kepada Allah menguasai setiap perasaan dan tindak tanduk serta memberi ketaatan kepada Rasul. Ini juga sebenarnya memberikan kita keyakinan bahawa semua agenda dan risalah kenabian yang bermula dengan pelopor awalnya nabi Adam hinggalah ke penutup organisasi nubuwwah iaitu nabi Muhammad adalah sama dan tidak pernah terseleweng. Inilah kesatuan fikrah dan kiblat dakwah yang sama yang dibawa oleh seluruh mereka yang cintakan kebenaran.

Pada ayat berikutnya, Nabi Nuh A.S menerangkan ganjaran ‘ubudiyyah kepada Allah, ketaqwaan kepada-NYA dan ketaatan kepada Rasul-NYA dengan mendapat keampunan dari dosa-dosa yang lalu juga penangguhan hisab hingga ke masa yang ditentukan oleh Allah iaitu hari Akhirat. Dan Nabi Nuh A.S menerangkan bahawa masa yang telah ditetapkan Allah itu adalah satu masa yang pasti datang apabila tiba waktunya dan tidak akan ditangguh lagi.

Balutan Amarah itu Masih di Ingatan

Duhai saudara seperjuanganku (versi Travelog ilmu Jordan)

Masihkah kau ingat… parut memorandum bukan sedikit, calarnya mampu mengalir darah, busungnya masih bertakung nanah, bukan sedikit pengorbanan yang ditagih dan terpaksa kita bayar ,bahkan ada yang mencagarkan kelas markaz lughah mereka untuk itu…..

namun, hikmatnya pasti tuhan saja yang tahu… dan kita juga tahu, bahawa kita sebenarnya sudah boleh mengikat muafakat, menyimpul bicara dan melangkah bersama, lalu idea penubuhan PRISMA sudah pastinya akan menjadi kenyataan… dan antara hero demo yang menonjol akh Wan Rumaizi pastinya meraih popularity besar memegang tampuk kepimpinan awal….

Pandai juga kita berdemokrasi dulu ya..siap dengan pilihanraya lagi, ya itulah hadiah permusafiran .jauh berjalan luas pengajaran dan pemandangan kita.

Masihkah kau ingat…. Dalam membalut luka memo yang masih berbekas, mengubat kesan amarah bakarnya yang masih mengelupas serta menutup parut calarnya yang masih berdenyut, PRISMA bersama kepimpinan barunya mengambil jalan awal penuh berani memulihkan deria dan rasa kekitaan dan kebersamaan, inilah universiti kita …inilah permukiman kita..sama ada kita suka atau tidak, qalam sudah berhenti menulis, suratan luh juga sudah terlipat… hanya redha dan pasrah tanda penerimaan.

Rangka hari kebudayaan Malaysia buat julung kali kita persembahkan dengan objektif mengukuhkan semula baki semangat belajar yang masih bersisa, memulihkan semula hubungan dengan pihak universiti dan para warganya, memperkenalkan budaya etnik islam di nusantara dan seterusnya mengulit resah dan rengekan kita pada musibah yang baru berlalu.

PAstinya antum masih ingat, di atas pentas qaah malik husein itulah kita berpesta… pastinya kelibat Khairul azman dan Fazly dengan lenggok boria penangnya, kami pulak anak kelate dipimpin ust zamri halim dan awang had mendominasi pentas dengan lagu dikir ala enjit-enjit semut itu… (sampai hari ini ana masih teringatkan alunan liriknya dan sesekali ana selitkan dalam aktiviti pengukuhan bahasa arab dalam kelas ), tak lupa juga pencak tari dari raja iswan merajai pentas dengan demo dan gimiknya… tak lupa juga akh Hasnor hamdi bersama 2 kembar karatenya melakukan KATA bersama, dan disaingi juga oleh Akh Abd Hafiz arifin dan kamarullizam untung dengan terajang Taekwandonya.

Itupun belum lagi di suntik lontaran vocal penuh syahdu sang arjuna Nizam Bakar dengan lenggok nasyidnya yang membuai rasa, dan yang tak terlupakan gelagat raja lawak dan raja iklan … noryusri bersama akh muslim, naje dengan iklan selamber gilernya. Alangkah manisnya saat-saat itu…. Dalam duka ada suka, dalam sendu ada senda, dalam tangis ada tawanya.. adakah detik manis itu kan berulang lagi ??

Monday, May 3, 2010

Tafsir Surah Nuh ( Bahagian 1)

TAFSIR SURAH NUH

Ringkasan dan Nota Kuliah Tafseer di SMK Abdullah Munshi
Pencatat : Ustaz Hafizullah Ubaidah, Gelugor, Pulau Pinang

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

إِنَّا أَرْسَلْنَا نُوحًا إِلَى قَوْمِهِ أَنْ أَنْذِرْ قَوْمَكَ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ (1) قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي لَكُمْ نَذِيرٌ مُبِينٌ (2) أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاتَّقُوهُ وَأَطِيعُونِ (3) يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُؤَخِّرْكُمْ إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذَا جَاءَ لَا يُؤَخَّرُ لَوْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (4)قَالَ رَبِّ إِنِّي دَعَوْتُ قَوْمِي لَيْلًا وَنَهَارًا (5) فَلَمْ يَزِدْهُمْ دُعَائِي إِلَّا فِرَارًا (6) وَإِنِّي كُلَّمَا دَعَوْتُهُمْ لِتَغْفِرَ لَهُمْ جَعَلُوا أَصَابِعَهُمْ فِي آَذَانِهِمْ وَاسْتَغْشَوْا ثِيَابَهُمْ وَأَصَرُّوا وَاسْتَكْبَرُوا اسْتِكْبَارًا (7) ثُمَّ إِنِّي دَعَوْتُهُمْ جِهَارًا (8) ثُمَّ إِنِّي أَعْلَنْتُ لَهُمْ وَأَسْرَرْتُ لَهُمْ إِسْرَارًا (9)


Nabi Nuh 'Alaihis Salaam

Nabi Nuh adalah cucu Nabi Idris dan salasilahnya keatas sampai kejalur Syith anak Nabi Adam. Jarak antara Nuh dan Adam adalah 10 abad (1000 tahun). Nuh adalah Rasul Allah yang pertama yang diutus ke atas bumi ini , sedangkan Adam, Syits dan Idris yang diutus sebelumnya hanyalah bertaraf Nabi saja, bukan sebagai Rasul kerana mereka tidak memiliki umat atau kaum.

Kisah Nabi Nuh disebut pada 43 tempat di dalam Al Quran. Malahan nama beliau dijadikan sebagai salah satu nama surah dalam Al Quran iaitu Surah Huh. Beliau termasuk salah seorang daripada lima Rasul yang bergelar Ulul ‘Azmi. Sungguh banyak penderitaan dan cubaan yang menimpa beliau semasa beliau menjalankan tugas sebagai Rasul, bukan saja dari kaumnya tetapi juga dari keluarganya sendiri seperti dari isterinya dan anaknya. Beliau berdakwah siang dan malam selama 950 tahun namun kaumnya yang beriman kepadanya hanya 80 orang bersama dengan isteri isteri mereka masing-masing (menurut riwayat Ibnu Abbas).

Beliau mempunyai empat orang anak. Seorang daripada mereka bernama Kan’an . Dia durhaka kepada ayahnya dan tidak beriman kepada Allah. Kan'an mati ketika banjir dan taufan melanda bumi ketika itu kerana keengganannya mengikuti perintah ayahnya agar menaiki bahtera.

Adapun tiga anaknya yang lain iaitu Sam , Ham dan Yafith terselamat kerana patuh kepada ayah mereka dan beriman kepada Allah. Penduduk bumi hari ini adalah keturunan dari tiga orang anak Nuh tersebut. Dan menurut riwayat Imam Ahmad: Dari Sam lahirlah orang Arab dan dari Ham lahirlah orang Habsyi dan dari Yafith lahirlah orang Rum. Wallahu A’lam

Pendahuluan

Surah Nuh mengandungi 28 ayat. Ia merupakan antara surah Makkiyah iaitu surah yang diturunkan dimekah dengan topic utamanya ialah pembentukan aqidah muslim dan kekuatan jiwa. Keseluruhan surah ini menceritakan perutusan Nabi Nuh A.S mnyampaikan dakwah kepada kaumnya dan mungkin kerana itulah juga Allah menamakan surah ini sempena namanya.

Surah ini juga menjelaskan pengalaman pahit getir dakwah seorang Nabi iaitu Nuh yang juga digelar sebagai Sheikh AL Anbiya’ menghadapi kedegilan dan kesesatan kaumnya, kesabarannya menahan segala keperitan dakwah melayakkannya dinobatkan sebagai Nabi Ulul Azmi, satu pengiktirafan yang cukup agung dari Allah yang maha esa diatas keupayaan dan kejayaan dakwahnya melangkaui tempoh masa yang cukup panjang.

Dengan perjalanan dakwah yang mencecah 950 tahun, sememangnya nabi nuh layak digelar ikon dakwah tertua dikalangan para nabi yang mana allah angkat kisahnya untuk menjadi pengajaran kepada semua orang yang beriman.Di samping itu, surah ini juga menggambarkan perjuangan yang penuh dengan kesusahan, kepenatan yang menuntut kepada kesabaran, pengorbanan dan kegigihan para rasul dalam menyebarkan dakwah kepada manusia yang sesat, degil, menderhaka, angkuh dan pandai membuat tipu daya dan helah.

Bukan sekadar retorik penceritaan, bahkan Allah sengaja ingin mengajar kita menteladani kisah nabinya yang mulia ini berdakwah, dengan penuh kebijaksanaan hikmah, kreativiti pujukan, didikan dan asuhan,malahan dalam memberi amaran dan berhujjah dengan pelbagai teori kebaikan untuk mengajak manusia menginsafi keesaan tuhan. Juga mengajar sikap pengharapan dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah tanpa takut dan gentar dalam menyatakan kebenaran, juga menjejak sifat kesungguhan dalam mencintai hidayah dan kebaikan ini kepada kaumnya sehinggakan tiada terpancar dan sirna cahaya mataharinya siang dan malam kecuali kita akan melihat susuk tua kenabian ini tetap tabah dan konsisten menyeru kaumnya tanpa lelah berputus asa.

Moga dengan penelitian kita menikmati bahasa dan cerita alquran ini akan menambahkan kemanisan iman dan keterbukaan ufuk idealisme dakwah yang seharusnya dihadamkan para pencinta islam ini dimana sahaja kita berada. Biarlah kembara dakwah kita didalam kehidupan ini menjadi travelog hidayah yang akan memandu kita kearah keredhaan Allah sentiasa.

Saturday, May 1, 2010

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

UNTUKMU RASULULLAH

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DENGAN KERAJASAMA PERSATUAN PELAJAR ISLAM BAKTI MENGANJURKAN SATU PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PERINGKAT SEKOLAH YANG BERTEMAKAN UNTUKMU RASULULLAH.

EKSPRESIKAN CINTA ANDA PADA RASULULLAH.

HADIAH MENARIK DAN MISTERI MENANTI ANDA !

SYARAT PERTANDINGAN
1. TERBUKA KEPADA SEMUA PELAJAR SXI YANG BERAGAMA ISLAM.

2. PENYERTAAN DITERIMA SECARA INDIVIDU ATAU BERKUMPULAN YANG TIDAK MELEBIHI 3 ORANG

3. TIDAK BOLEH MENGHANTAR LEBIH DARI SATU PENYERTAAN SAHAJA

4. POSTER HENDAKLAH ASLI DAN TIDAK DIPLAGIAT

5. DITULIS DIATAS SEHELAI MANILA KAD (SILA DAPATKAN MELALUI USTAZ ATAU USTAZAH)

6. MENGANDUNGI PERKARA BERIKUT :
a) TEMA : MUHAMMAD SAW UTUSAN TERAKHIR ( DUTA KESELAMATAN DAN KEBAHAGIAN )
b) MEMPUNYAI LUKISAN MASJID
c) TERDAPAT PERKATAAN ALLAH DAN MUHAMMAD DALAM TULISAN ARAB
d) TERCATAT HADIS BERIKUT : SABDA NABI MUHAMMAD SAW : TIDAK SEMPURNA IMAN KAMU SEHINGGALAH KAMU MENGASIHI SAUDARAMU SEBAGAIMANA KAMU MENYAYANGI DIRIMU SENDIRI.
e) NAMA AHLI KUMPULAN DICATAT DISEBELAH BELAKANG POSTER.

7. TARIKH TUTUP PENYERAHAN ADALAH PADA 7 MEI 2010.

8. POSTER YANG DIHANTAR MENJADI MILIK PANITIA DAN TIDAK AKAN DIPULANGKAN.

9. KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD.

10. PEMENANG AKAN MENERIMA HADIAH MISTERI DAN POSTERNYA AKAN DITAMPAL DIBAHAGIAN HADAPAN SEKOLAH (BERHAMPIRAN PEJABAT)

Seputar Lensa Majlis Perpisahan Ustazah Siti Atiqah


Wajah kesedihan dan poyo anak2 BAKTI yang ditinggalkan.


Antara tetamu yang hadir


Barisan depan wakil Bakti


Saguhati dari Panitia. Terima Kasih !!