Dr. Syed Azman Syed Ahmad,
|
17 Jun 2012
|
(Penulis bersama Saiful Islam)
KAHERAH: Putera sulung Syahid Hassan A-Banna, Ustaz
Saiful Islam menitiskan air mata tidak dapat menahan kesedihan apabila
saya menyampaikan berita sedih perginya seorang pendakwah tersohor dan
guru tarbiyyah bagi setiap pendokong gerakan Islam, Ustaz Yahya Othman.
Perkhabaran berita sedih ini di sampaikan penulis kepada Ustaz
Saiful Islam sewaktu menziarahi beliau yang agak uzur di tengah-tengah
kota Kaherah.
Menurut Ustaz Saiful Islam, beliau telah mengenal rapat Al-Marhum
Ustaz Yahya sejak dari awal tahun 70’an lagi sewaktu sama-sama
menggerakkan pertubuhan WAMY dan IFSSO di serata dunia.

Ustaz
Saiful Islam menyatakan bahawa; ”Kami sering bertemu di muktamar
antarabangsa dan selalu bertukar pandangan. Beliau amat berlemah lembut
ketika berhujah dan memberi pandangan.
"Saya amat sedih di atas pemergiaan sahabat baik saya ini.
Pemergian beliau di tangisi bukan sahaja umat Islam Mayaysia tetapi juga
diseluruh pelusuk dunia. Beliau pergi buat selama-lamanya meninggalkan
kita”.
Menurut Ustaz Saiful Islam, Ustaz Yahya adalah seorang pendakwah
yang gigih dan merupakan penggerak tarbiyyah bagi gerakan Islam melalui
program anjuran WAMY dan IFSSO di serata dunia.
Beliau amat dihormati di peringkat antarabangsa serta menjadi
'penghubung' kepada pimpinan gerakan Islam di seluruh dunia dengan PAS
di Malaysia.
Hubungan beliau yang amat rapat dengan pimpinan gerakan Islam
menjadikan beliau sentiasa di rujuk dan menjadi contoh kepada gerakan
Islam yang lain.
Inilah contoh Sheikul Tarbiyyah yang telah pergi meninggalkan
kita buat selama-lamanya. Airmata kesedihan membasahi semuapimpinan
gerakan Islam yang mengenali beliau.
Pemergian beliau amat di rasai semua dan sukar di cari ganti.
Seluruh kepimpinan Ikhwan Musimin Mesirmenyampaikan ucapan takziah
kepada keluarga beliau.
Selamat tinggal Mujahid Agong Ustaz Yahya Othman...