Saturday, January 14, 2012

Bermusuh dengan Masa


Hey Kawan,

Bermula tahun baru 2012 yang menjelang ini, genaplah DOZEN yang ke tiga untuk sang NAGA haiwan gagah kalender Cina menemani saya. Jika ia mampu untuk berbicara menyampaikan pesan, saya rasa pastinya salah satu pesanannya untuk saya ialah .....

Umur Mu telah bertambah dan saat untuk Mu bertemu tuhan semakin hampir, Sudahkah kamu bersedia dan bersiap ... Kamu bukan sahaja berlumba dengan masa sekarang ini . Bahkan mungkin juga masa sudah menjadi musuh Mu kala ini, masih adakah ruang untuk mu bersantai, libur dan ketawa ???

Bermusuh dengan masa ?? Pantaskah kita mengangkat senjata menentang nya ??
Mampukah kita menewaskan masa ??

Teringat saya pepatah arab yang kerap kali kita gamatkan pembacaannya, malahan ianya telah lama kita kumat kamitkan dalam ingatan kita sepanjang waktu tatkala menjadi pengembara ilmu dibumi allah dahulu. Pepatah arab yang berbunyi keras : WAKTU ITU UMPAMA PEDANG, SEKIRANYA KAMU TIDAK MAMPU MENAHAN DAN MENGALAHKANNYA, DIA AKAN MEMANCUNG DAN MEMBUNUHMU ...

Jika begitu Teman, adakah masih boleh kita anggap masa sebagai rakan dan kawan... kawan tidak akan membunuh dan memancung, kawan takkanpernah mengkhianati dan menyusahkan rakannya dengan dakwaan dan soalan2 panas dari tuhan untuk masa yang dibazirkan percuma di dunia, juga waktu remaja yang tersisa binasa. Bukankah semuanya berkenaan masa ?? Dan masa adalah musuh yang perlu kita tewaskan mereka dengan segera .... sebelum kita di dakwa tuhan kerananya...

Yakinkah kalian sekarang, bahawa masa bukan lagi rakan kita kan...

Kalau ia bukannya musuh ... bagi kita bangsa melayu, rasanya perkataan tepat untuk kita ialah MASA IALAH PESAING DAN PENCABAR KITA, BERSIAP SIAGA SETIAP SAAT UNTUK MENJATUH DAN MENEWASKAN KITA ...

Bukankah kita sentiasa menyatakan.... RASANYA MASA AMAT MENCEMBURUI SAYA , dan cemburu tidak akan bertakhta dalam hati kecuali pesaing yang setara dan sentiasa mengintai peluang untuk mematahkan kita...

Tiada lagi yang boleh saya coretkan disini, saya berlumba dengan masa. Bimbang ia terbazir tanpa manfaatnya.

Nampaknya ... SAYA LEBIH MENCEMBURUI MASA UNTUK DIBAZIRKAN PECUMA TANPA FAEDAHNYA ....

Fikirlah teman... Mungkin masa akan menjadi MUSUH kita yang sebenarnya di akhirat sana !!



1 comment:

  1. mujur ada orang yang paham apa itu masa.
    http://kliansclan.blogspot.com/

    ReplyDelete