Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Bermotivasi



Salam Ramadhan untuk semua ....

Mari kita memasuki gerbang ramadhan ini dengan rasa penuh kehambaan.

Menjiwai watak manusia beriman yang diprogramkan untuk menjadi insan bertakwa yang mengenal erti kehidupan.

Tahu menjaga hati, mampu mengawal diri dan perasaan.

Kiranya bulan ini adalah medan tarbiyyah.

Didikan terhebat di arena ini ialah untuk BOLEH MENGATAKAN TIDAK ....

Bukan sekadar tidak makan dan minum ....

Tetapi menyeluruh kepada semua aktiviti yang dibenci Tuhan

Biar kita mampu berkata : TIDAK

Tidak kepada makanan yang haram dan meragukan...

Tidak juga kepada makanan yang memudaratkan...

Tidak juga kepada makanan yang menjadikan kita HAMBA MAKAN...

Tidak juga kepada segala aspek pemakanan yang tiada nilai islam yang berpaksikan kehalalan dan tayyiban kebaikan.

Moga kita semakin teguh bermotivasi..

Berdiri mulia sebagai ummah terhormat..

Dengan Citra islam yang berdaulat

dengan maruah diri yang bermartabat..

Dan kita... berjaya mengaplikasi PUASA SEBAGAI BENTENG..

Bukan dengan bertahan dengan hanya lapar dan dahaga.

Tapi kita sepatutnya bertahan dengan didikan agama ini..

yang mengajar kita erti halal dan haram..

erti kehambaan...

Sememangnya di atas setiap kehilangan itu ada nikmat baru yang berkilauan..

Sebetulnya, dibalik kelaparan itulah kita merasai manisnya nikmat makanan

manisnya persaudaraan.

manisnya sifat kemanusiaan

manisnya hikmah peribadatan

manisnya ibrah keilmuan

dan yang paling utama ... manisya rasa bertuhan.

( Tatapilah bahan bacaan berkaitan motivasi Ramadhan yang digarap melalui pemahaman Hadis2 Nabi agar kita sentiasa terbuka ufuk minda dan naluri keinsanan menuju keredhaan tuhan)

No comments:

Post a Comment