Saturday, September 8, 2012

Usai Nadwah 2012

Hey Kawan,

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga kami menamatkan modul latihan kepimpinan pelajar islam di sini. Program yang bertaraf KEBANGSAAN itu sememangnya mencabar dan penuh dengan kejutannya yang tersendiri.

Tahukah anda kawan.

Pulau Pinang menjadi tuan rumah untuk memimpin gerak kerja dan sambutan besar bagi acara melestarikan hasrat murni untuk membidani kelahiran bakal2 pemimpin muda negara suatu hari nanti yang berjiwa islamik dan berwatak agama dalam kehidupan diri dan keluarganya.

Tahun ini, saya antara para jurulatih dakwah dan fasilitator yang terpilih untuk merealisasikan hasrat murni ini.

Bersama dengan gabungan para asatizah yang mendahulukan pengorbanan dan ithar mereka, kami merencanakan modul latihan ini agar ianya bukan saja berbentuk nadwah keilmuan untuk para pimpinan bahkan ianya sewajarnya menjadi nadwah praktikal dan amalan buat semua yang terlibat. Sekiranya program ini gagal mengalih hati peserta ke butang perubahan dan amal,saya kira program ini sememangnya telah gagal sepenuhnya.

Ya, Selamat datang diucapkan kepada semua kontinjen dari seluruh negara ke negeri P.Pinang yang akan menjadi tuan rumah Nadwah Kepemimpinan Islam Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan kali ke-9 pada 3 hingga 6 September 2012.

Para peserta akan bernadwah dan berkampung di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau




Alhamdulillah, setelah kerangka modul untuk nadwah ini digubal dengan sentuhan agenda murni dan kreativiti yang terbaik, ianya juga telah berjaya diuji di peringkat negeri dengan
jumlah yang sama iaitu 240 orang peserta, ianya juga nadwah yang berjaya dengan memaksimakan aktiviti mengasah dan menggilap bakat kepimpinan pelajar ke tahap maksima di samping meletakkan konkrit kesedaran agama ke tahap yang sewajarnya. Ianya juga telah dibengkelkan semula untuk mengatasi beberapa kelemahan kecil dengan penambahbaikan yang memerlukan perincian yang besar dan komitmen.

Dan, kami sememangnya telah bersedia fizikal dan mental untuk tujuan murni ini.

Namun, nadwah dan modulnya yang kami rancang sebaik mungkin untuk melahirkan kepimpinan ini penuh dengan saspen dan kejutannya, kami hanya mampu merancang modul dan latihan ...... tapi modul dan latihan Allah rupanya lebih baik dan mengujakan.

Didikan dan Cetakan Allah, siapakah yang boleh menandingi kehebatan perancangan dan agenda Allah ini .

Kami diuji akhirnya dengan MODUL KEKURANGAN AIR dan seterusnya KETIADAAN ELEKTRIK buat beberapa ketika. Ianya memang menguji diri. Mengacah kesabaran dan menimang pergantungan yang terhebat dan berkuasa hanyalah ALLAH sahaja.

Alhamdulillah, moga amalan kami diterima oleh nya sebagai amal soleh yang berkekalan.




No comments:

Post a Comment