Wednesday, June 19, 2013

SYAABAN DAN SINDROM LUPA

Hey kawan,

Salam Syaaban untuk semua dan rasanya masih belum terlambat untuk aku santunkan ingatan mulia ini menjadi mukaddimah perbualan kita kali ini.

Tahukah kalian Syaaban sudah menginjak remaja ke usianya 10 hari, memberikan perkhabaran untuk kita tersedar bahawa hitungan kedatangan bulan mulia Ramadhan semakain hamper kepada kita. Bulan yang Allah janjikan dengan ganjaran terbesar ini sememangnya wajar untuk kita dambakan kerana ia akan mengotakan janji tuhan dengan gandaan pahala yang amat besar juga pembasmiaan dosa yang amat menakjubkan.

Benar kawan, Ramadhan adalah bulan mulia impian setiap orang yang mempunyai iman dan kepercayaan kepada tuhannya.  Justeru, kita memasang harapan akan dapat kembali ke teratak ar -Rahman dengan limpahan rahmatnya dan penerimaannya.

Moga2 kita berjaya menuju ke dalam dakapan syurgawi nanti, insya allah.



Namun dalam kesibukan kita melontarkan harapan jauh mengintai kejelitaan Ramadhan yang semakin menghampir, kita senantiasa terlupa pada kerlingan Syaaban yang seolah2 meminta perhatian kita menatap keayuan untuknya jua.  Sememangnya ramai yang terleka dengan bulan yang Syaaban ini, kalau ada lintasan ingatan sekalipun mungkin ianya lebih didominasikan oleh kumpulan wanita yang belum melunasi hutang Ramadhannya, jadi hendak atau tidak..bulan inilah antara medium terbaik jika bukan terpaksa untuk mereka mengQadha tuntutan Ramadhan yang belum tertunai lagi.

Bagaimana pula dengan golongan homo-sapiens yang bergender lelaki ? Pastinya lebih  banyak yang akan terhenyak seperti penulis sendiri dengan kejutan kecewa dan terkilan tatkala Syaaban sudah berada dipenghujungnya nanti.

Aaah … dah nak masuk Ramadhan rupanya !!Cepatnya masa berlalu… mungkin ayat itulah yang sentiasa 
terpacul dalam memori sejarah silam kita saban tahun. Leka dan sentiasa menangguh azam, akhirnya kita terlepas peluang yang dijanjikan.

Dan kalau inilah fenomena kita setiap tahun, ianya berbetulan dengan agakan Nabi SAW kita ditanya tentang bulan Syaaban yang mulia ini. Nabi lebih banyak berpuasa dalam bulan ini melebihi bulan2 yang lain. Nabi seolah mula menekan gear ibadatnya untuk memanaskan badan menuju kemuncak mihrab pengabdian dan penyerahan sebelum Ramadhan nanti. Ianya aplikasi amali nabi sebagai persediaan bukannya omongan azam kosong untuk berlumba tanpa persiapan lebih awal sebelumnya.

Lalu, dalam satu hadis yang diiktiraf hasan : Nabi ditanya oleh para sahabat tentang puasanya yang agak banyak dalam bulan syaaban berbeza dengan bulan yang lain : Nabi dengan tenang dan memotivasikan menyatakan INILAH BULAN YANG RAMAI MANUSIA LUPA (TTG FADHILATNYA), IANYA BULAN YG TERLETAK ANTARA REJAB DAN RAMADHAN….. Dan dalam hadis yang lain nabi ada menggambarkan tentang akaun amalan dan pahala dosa akan diangkat menuju peti besi allah untuk disteril dan disimpan disana sememangnya dijadualkan penghantarannya pada bulan Syaaban, lalu rasul mengetuk rohani kita dengan menyatakan : AKU SUKA AMALAN AKU DIANGKAT KETIKA AKU SEDANG BERPUASA(SEDANG BERIBADAT MENYERAHKAN DIRI UNTUK MENDAPAT RESTU TUHAN).

Inilah antara hadis yang paling baik untuk dideklamasikan oleh para agamawan untuk memimpin audiens menuju persiapan ramadhan.

Atau kita terkhilaf untuk sama terleka dengan langkahan waktu yang tak pernah berhenti perlahan.

Lalu, tatkala nabi berkata JANGAN TERLUPA TTG SYAABAN …..

Janganlah pula kita akhirnya mengaku : OPS NABI, AKU MEMANG TERLUPA ??

Atau kita lebih senang menyatakan : TAKPA , LAIN KALILAH ??


Atau kalian lebih bersetuju dengan stigma lama : Melayu memang mudah lupa kan ??

No comments:

Post a Comment