Thursday, October 20, 2011

Andai kita dijemput ke ISTANA ??


Sesungguhnya kehidupan kita hanya sementara. Sedangkan tanggungjawab dakwah kita terlalu berat dan banyak.

Bantu membantu dan mempermudahkan penyampaian Islam dengan cara yang bijak dan berhemah adalah antara langkah wajar dan baik untuk di ketengahkan.

Berdepan dengan isu dan polemik tidak akan membawa kita kemana2, begitu juga menebalkan persepsi kita untuk bersikap fanatik dan menolak kebaikan orang lain juga hanya meruntuhkan nilai positif islam ... untuk itu hanya dengan memantapkan diri dengan ilmu dan menyulamnya dengan perasaan ukhuwwah islamiyyah yang bersih mampu menjernihkan keadaaan dan memungkinkan kelangsungan dawkawah dan kebaikan.

Allah itu indah dan sukakan keindahan....

Tertarik saya dengan analogi Imam Al Ghazali menggamit kita menyedari kegelojohan hati dan diri dalam menilai keutamaan dan kebaikan.

Beliau bersahaja mencetuskan persoalan : andai kita dijemput mengadap Sultan, dan tempoh yang diberikan sebelum perjumpaan itu hanyalah dalam masa sesingkat seminggu. Apakah persediaan yang kita akan laksanakan dan utamakan buat menjadikan pertemuan itu satu sejarah tersendiri yang amat bermakna dan berkesan.



Tanpa memberikan andaian jawapan jawapan yang banyak, al Imam Ghazali dengan segera mengemukakan pandangan bahawa kehidupan ini hanyalah sementara umpama bilahan hari dan masa yang berlalu, ianya pasti tiba ke penghujung disaat kita dijemput tuhan rabbul jalil.

Lalu untuk itu, adakah kita akan mempersiapkan diri dengan perbuatan mengumpul keseronokan dan kelekaaan dalam hidup kita, begitu juga dengan kemalasan dan kebodohan diri mencari hanya sekadar erti rehat dan relaz semata2.

Ya, sudah tentu kita akan bertindak dan memilih keutamaan amalan kita untuk pertemuan gemilang dan penuh makna itu nanti.

Maka Al Ghazali meneruskan lagi, sewajibnya kepada kita untuk terus menilai diri dan keutamaan yang disukai sang RAJA, memilih warna yang disukai RAJA, menyukai apa yang disukai para RAJA dan mendalami sepenuhnya topik diskusi berdasarkan minat dan kesukaan RAJA.

Untuk itu, perlukah lagi kita berdebat dan berjela membazir masa di depan polemik dan isu, hanya untuk menegakkan benang basah atau sekadar membetulkan pandangan yang kita pegang benar berdasarkan persepsi kita sahaja.

Ya, marilah berlapang dada.

Tinggalkan ilmu dan amalan yang tidak membawa kita semakin dekat kepada Allah.

Dan cubalah semampu mungkin untuk tidak terlibat dalam mencarai KASIH allah tapi dengan tanpa sengaja menCEDERAkan banyak hati para umat islam yang kasihkan Allah..

Moga kita mampu mengubahnya .

No comments:

Post a Comment