Thursday, October 27, 2011

Sekalung Takziah


Ustaz Ahmad berada di sebelah kanan.


Kematian ... suatu kenyataan pasti yang harus kita dengar saban hari.

Ianya mengundang pelbagai persepsi dalam memahami dan menyantuni maksud perkataan yang terisrat di sebaliknya.

Mati merupakan saat pemisah antara dunia nyata dan sementara dengan alam akhirat yang serba misteri namun kekal abadi.

Ianya merupakan pemisah antara keseronokan duniawi berpaksikan hiburan dan nafsu kelekaan dibandingkan kelestarian nikmat syurgawi yang pasti penuh dengan keterujaan kebaikan dan rahmat ilahi.

Mati juga merupakan penamat pandangan lahiriah untuk jasad yang bersemadi dalam amannya lahad dan pemisah antara dakapan dan belaian mesra kaum famili berbanding ianya sebenarnya merupakan penguji ampuh dalam membuktikan hebatnya cinta. Hanya mereka yang betul mencintai sahaja akan kekal membelai kasih dalam doa yang dipanjat saban waktu...

Moga kita akan bersama bertemu dalam dakapan kasih tuhan di syurga kelak.

Takziah untuk rakan seangkatan dalam pengajian di Jordan dahulu, al Fadhil Ustaz Ahmad bin Abd Ghani yang telah kembali ke rahmatullah tempohari. Moga Allah merahmatimu.

Engkau telah mendahului kami dan membenarkan janji tuhan untuk kembali kepadanya.

Dan kami, sesungguhnya pasti akan mengikutimu.

Al Fatihah untuk sahabatku ....

No comments:

Post a Comment