Saturday, October 22, 2011

Melunasi Idea Pertembungan JAIS dan BOB LOKMAN

Beliau merupakan salah seorang rakan sepengajian saya di JOrdan, memiliki reputasi keintelektualan yang terpuji dan kredibiliti peribadi yang baik. Ideanya sentiasa mencuri tumpuan sebagaimana bicara sentiasa menarik perhatian.

Menerobos seketika ke blognya, saya mnedapat pelbagai info , idea dan yang utamanya tempo fikir yang berbeza dalam memahami sesuatu, walau kekadang ianya menuntut prinsip untuk berbeza dengan orang lain.

Namun semua kita mencari kebenaran walaupun ianya datang dengan dimensi berbeza dan penuh kepahitan.

Beliau ialah DR. Mazlee Malik, pensyarah di UIAM mengupas isu BOB LOKMAN yang pernah menggeletek hati kita di persada hiburan dan sekarang ingin membuat COME back membersih lorong usia untuk mencari kehidupan yang lebih mulia dan diberkati.

Mungkin ada sesuatu yang berguna untuk kita kongsi dan menjadi lebih menghargai pandangan sesama kita yang mencintai kebenaran dan persaudaraan.


1) PAS tidak sepatutnya mengusung Bob Lokman ke setiap pentas ceramah dan menabalkan beliau seolah-olah 'ustaz' atau 'tokoh agama'. PAS perlu menghormati kepakaran, kepakaran BOB adalah dalam bidang seni dan lawak jenaka.

2) Sepatutnya PAS menghayati Islam yang syumul dan meletakkan setiap orang kena pada tempatnya. Maka sepatutnya PAS sudah menyediakan ruang 'Komedi Islam' untuk pentasan umum arahan Bob Lokman. Contoh boleh diambil dari komedi Muslim terkenal seperti Baba Ali, Allah makes me funny, Aman Ali, Azhar Usman, Muslim Comedy dan lain-lain lagi. Islam itu bukan hanya ceramah.

3) PAS perlu keluar dari kepompong ceramah jika ingin memaksimumkan dakwah. Setiap orang ada kemampuannya sendiri. Harapnya PAS dan Bob Lokman akan membuka jalan untuk genre 'Komedi Islam' dipopularkan di Malaysia. Mungkin dengan cra tersebut audien yang datang akan lebih mencapah, dan juga ramai pelawak lain juga boleh turut serta menyertai kafilah dakwah...

4) JAIS perlu keluar dari kepompong taksub kepartian. Jika tazkirah yang dilakukan dan bukannya 'kelas pengajian', apakah salahnya? mengapa mesti menutup ruang dakwah setiap Muslim. Makanya, bagaimanakah para profesional, para doktor, para motivator, para artis Islamik ingin menyampaikan dakwah, tazkirah ataupun perkongsian kepakaran mereka?

Apakah mereka perlu ambil tauliah juga? mereka bukannya hendak mengajar kitab atau mengajar agama secara berkala...

5) Harap JAIS dapat membantu umat Islam dari pelbagai kelompok untuk merancakkan dakwah dalam pelbagai bentuk. Adalah tidak masuk akal, di dalam satu waktu JAIS beriya-iya mengajak umat Islam untuk menyokong mereka memerangi Kristian dan juga agama lain, tetapi dalam waktu yang sama para pendakwah yang tidak 'berlesen' juga diperangi sama oleh JAIS. Di manakah rasionalnya?

6) Harapan saya pada JAIS agar tidak menghalang program-program dakwah dari pihak mana sekalipun, kecualilah mereka melakukan kemungkaran yang nyata ataupun menyalahi etika dan akhlak. Janganlah isu politik mengkaburi JAIS di dalam melaksanakan tugas mereka.

7) Harapan saya juga agar JAIS dapat membantu semua pihak yang menganjurkan program-program dakwah tanpa memilih bulu jika mereka benar-benar ingin mendaulatkan Islam di bumi Selangor.

8) Harapan saya kepada umat Islam di Malaysia juga, gunakan rasional bukan emosional, gunakan intelektual dan bukannya sentimen atau ketaksuban. Janganlah sibuk menghentam agama lain yang menyebarkan agama mereka dengan penuh kasih sayang jika kita masih tetap dengan mengajak orang ke dalam agama kita dengan kekerasan dan kekuasaan sahaja.


Dr Maszlee Malik
UIAM

No comments:

Post a Comment