Friday, August 17, 2012

Lembaran Ramadhan


 

Hey Kawan, 

Lembaran rahmat tuhan dalam ramadhan kali ini semakin menghampiri penghujungnya.

Lembaran terakhir menuju lebaran ini seharusnya kita manfaatkan sebaiknya. Sesungguhnya ramadhan takkan sama sekali sama dengan pelbagai kemeriahan bulan2 yang lain, ianya amat unik dan istimewa dengan sulaman rahmat, maghfirah, ukhuwwah, rasa bertuhan, keprihatinan dan melebihkan orang lain (ithar), dan juga mendapatkan sijil pembebasan dari api neraka kemurkaan Allah.

Ternyata setiap ramadhan berbeza dengan yang lain.

Moga ramadhan kali ini juga dapat mencetuskan keistimewaan tersendiri buat kita, biar ia menitipkan pengalaman hati yang terindah buat kita, biar ia segar membalut keazaman hati kita yang dulunya sentiasa pecah, luka dan kecewa. Bukankah ini ramadhan terakhir kita ?

Ramadhan kali ini agak berbeza buat saya. Ia Ramadhan yang penuh dengan tanggungjawab. Tanggungjawab mengisi ruang kosong keilmuan, menyuntik elemen kesedaran dalam beribadah dan seterusnya menuntun massa untuk kekal berombak semangat dan motivasi kebaikan sepanjang Ramadhan yang ada.

Ramadhan kali ini membawa saya menjelajah.

Saya diberi tanggungjawab menyampaikan TAZKIRAH.

Memperingatkan dan memberi amaran. Memotivasikan dan menyuburkan iman dan kesedaran.

Disamping memperbanyakkan versi bukti dan saksi untuk saya dihadapan Allah suatu hari nanti dengan mempelbagaikan tempat sujud saya dirumah2nya yang bertaburan di dunia ini. Saya juga Alhamdulillah dapat bertemu mata dengan para pendamba kasihnya yang tega untuk memilih taat dari sesat, memilih ibadat dari penderhakaan dan memilih mujahadah dari kelalaian.

Benar, bertemu dan meyambung silaturrahim bersama mereka yang kasihkan Allah ini amat mendamaikan jiwa, kekadang dari cebisan kata spontannya mampu untuk menyampaikan sisi tazkirah buat para duat dan pemberi tazkirah, cetusan kraetiviti agama dan kesungguhan mereka juga memanifestasikan qudwah buat diri para penutur ilmu serta kesopanan mereka menyantuni dan menghormati menghidupkan hati kita untuk kekal menjalin kasih kerana Allah. Walau wajah tidak pernah bersua, nama sama sekali tiada dalam memori kenalan, tapi aura dan jernih hati mereka mempertautkan rasa bahagia dan kebersamaan kita. Moga inilah yang dikatakan berkasih kerana Allah, bertemu dan berpisah semata-mata mencari keredhaannya.



Moga dengannya kita mampu menyelinap dalam senarai mereka yang dinaungi arasynya nanti.

No comments:

Post a Comment