Monday, May 23, 2011

Ekspo dan Mewarna



Hari Ekspo Pendidikan Islam semakin mendekat.

Tarikhnya ialah pada 27-30 Mei akan datang.

Rasanya tak sampai seminggu lagi, majlis gemilang ini akan berlangsung.

Dengan kehadiran rapat umum yang pastinya mencecah ribuan manusia.

Apatah lagi penganjurannya diadakan bersempena Majlis Tadarus Al Quran peringkat Kebangsaan pada tahun ini, yang pastinya mengumpul kontinjen peserta dari pelbagai negeri yang akan bertamu.

Pulau Pinang menjadi tuan rumahnya.

Mungkin sedikit elemen kelainan perlu disuntik untuk menjayakan dan memeriahkan lagi pesta ilmu dan pengiktirafan kebolehan peserta bercitra islam ini dimata khalayak ialah dengan mengangkat prestij pertandingan ini semulia mungkin.

Jika sebelum ini, hebahan awam menyimpulkan pengiktirafan pemenang peserta tilawah peringkat KEBANGSAAN hanyalah sekadar sijil, medal dan sedikit saguhati bernot RM 50 dan sebotol air mineral. Lalu dimanakah keGAHannya ....

Teruja saya melalui pelbagai dimensi percaturan dan mesyuarat pengurusan untuk mengabadikan majlis bersejarah ini agar kekal mulia sepanjang zaman.

Lalu idea ini dititipkan para amilin dakwah dipulau yang bermutiara ini.

Kenapa kita hanya ingin mengiktiraf peserta pertandingan sahaja, kenapa tidak kita bersama2 menaikkan prestij kemuliaan Majlis Tadarus itu sendiri. Kita meriahkannya dengan ekspo yang menyajikan sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Hiburan, ilmu, ukhuwwah, pengiktirafan bakat, silaturrahim antara keluarga, ekonomi dan sebagainya perlu dijulang dalam satu pakej yang lengkap untuk tatapan dan manfaat bersama.

Moga dengannya akan menjadi SIMBOL KEGEMILANGAN dakwah dan PAKEJ SEMPURNA dan FLEKSIBELnya Islam.



Dan dengan nada sedrhana tapi penuh keazamannya, idea ini terus bergema : Ayuh kita bersama menyinsing lengan bagi menjayakan majlis terulung ini.

Dan didepan khalayak hadirin agamawan dan pendidik agama , idea ini terus bergetar : Doakan moga kita terlebih dahulu bekerja dengan penuh ikhlas kepada allah tanpa mengharap balasan, dan doakan kita bersama dapat menjayakan majlis ini dan menunjukkan contoh terbaik buat semua.

Moga kita mendapat pahala berterusan jika budaya baik ini menjadi ikutan.

dan dipenghujungnya saya teruja lagi tatkala idea2 ini semakin merancak bunyinya : kita akan pastikan pengiktirafan kepada para pemenang setimpal dengan prestij islam dan dakwahnya, kita akan menganugerahi para pemenang dengan hadiah yang lebih lumayan dan juga semua para peserta dengan saguhati penyertaan istimewa mereka sebagai wakil terbaik setiap negeri.
insya allah kita berjaya mencari sponsor untuk menaja hadiah RM 300 untuk setiap pemenang, moga ianya akan terus meningkat di majlis2 yang akan datang....

Dan saya teruja kerana termasuk dalam jawatankuasa langsung bekerja dibawah organisasi panuh idea ini.

moga allah memberi keikhlasan.

No comments:

Post a Comment