Tuesday, May 17, 2011

Ibu PUSAT Kebaikan.



Allah menjadikan manusia dengan sebaik2 dan seindah penciptaan.

Tatkala merenungi magik penciptaan manusia yang begitu menakjubkan ini, kita juga bakal terpana kekaguman meneliti keindahan struktur pancaindera dan fungsi fizikal manusia yang disusun atur seperti arca terindah yang diilham dan diukir artis terhebat dengan penuh abstrak keseniaan. Keindahannya memukau sesiapa yang melihatnya.

Takjub dan kufur. Majoriti manusia lelah dihambat permainan licik helah sang duniawi.

Pasrah dan tunduk. Hanya sebahagian yang beryukur.

Dan tatkala nabi pula diberitakan tentang kebaikan, siapakah insane terbaik buat diabadikan kebaktian.

Maka tenang jawab sang murabbi insane ini, Hormatilah dan taatilah ibumu.

Konsistensi baginda mengungkapkan pengiktirafan jasa ibu lantas memugar rasa syukur dan azam penuh kebaktian buat insane mulia ini. Pastinya.

Ibu manusia terbaik buat dijulang namanya.

Ibu insane terbaik untuk dibalas jasanya.

Biar berabad lamanya, biar berkilometer jaraknya.

Jasa ibu pasti dipahat baktinya.

Kerana dialah PUSAT segala kebaikan…..

Namun, secantik dan seindah manapun manusia, pasti ada cacat celanya.

Disebaik sebongkah kejelitaan manusiawi, allah sengaja meninggalkan sekelumit kecil kecacatan fizikalnya.

Secebis parut kehodohan untuk erti kehidupan yang terindah.

Perhatikanlah semula sekujur jasad ini, koreksi semula setiap inci kulitnya. Walaupun secantik manapun manusia, sudah pasti ianya dicalit luka lama, parut yang takkan hilang, selagi ia kekal bernyawa, selagi ia bernama manusia.

Dan parut itulah yang bernama PUSAT….

PUSAT yang terpinggir dari diingati dan disayangi.

PUSAT yang langsung tidak pernah dipopularkan dan dimegahkan, bahkan wujudnya seolah ingin dikuburkan terus dari jasad lahiriah ini.

Apakah ertinya ciptaan tuhan ini ??? Wujudnya pasti mengundang hikmah, buat siapa yang ingin berfikir…

PUSAT yang sentiasa setia mensimetrikan saiz manusiawi, mungkin sebagai tanda aras wasatiyyah manusiawi. Dan mungkin sebagai symbol persamaan yang akan hadir andainya kita bernama manusia, tiada bezanya untuk ditunjuk dan dimegahkan.

Ianya tetap akan kelihatan berlubang polos dan berkerutu hujungnya, mungkin secalit daki sahaja yang akan membezakanya. Atau bezanya ialah kedalamannya atau kejelasan timbulnya dengan gelaran manisnya PUSAT BUJIL, dalam dialek bahasa kelantanku.

Tapi sedarkah kita …

PUSAT ialah abstrak terindah dari tuhan.

Diukirnya melunjur ditengah tubuh manusia untuk kekal member peringatan.

Walau siapapun kita dan dimana sahaja kita berada.

Kita adalah anak seorang IBU.

Kita lahir dari pengorbanan dan kesusahan seorang IBU melahir dan membesarkan kita dalam kepayahan tembuni kecil dalam kegelapan rahim yang menyendat nafas kita.

Kita disuap penuh sabar dalam rutin harian sang IBU yang penuh jerih bebanannya. Dengan sabar dan kasih. Dengan sedar dan penuh perhatian.

Sesungguhnya parut ini akan terus kekal bersemadi di tubuh kita.

Kekal memberi ingatan.

Walau sejauh mana kamu berada, walau setinggi mana kamu melompat, walau sedalam mana kami menyelam…

Pulanglah …. Dan berbaktilah….

Ibumu sentiasa menunggu kepulanganmu…

No comments:

Post a Comment