Friday, May 6, 2011

Osama di dada Akhbar


Cuak saya menatap akhbar hari itu.

Dengan bebelan dari Obama tentang kejayaan bersejarah penuh gemilang diatas pembunuhan penjenayah paling dikehendaki abad ini, Osama Ben Laden.

Paparan berikutnya mempamerkan keriuhan sambutan penuh kesyukuran di pelbagai tempat seluruh dunia termasuk di zero point tapak jenayah terancang pengeboman World Trade Centre satu ketika dulu. Sambutan diadakan dengan penuh warna -warni, gamat dan tersusun seperti sudah dirancang sebelum ini.

Dan paling memualkan juga laporan akhbar berikutnya memaparkan respon spontan para pemimpin dunia yang senada dengan presiden Amerika itu meraikan kematian seorang lelaki yang bersosok sederhana dengan pakaian biasanya.

Terselit reaksi dari sekutu rapatnya Israel, Perancis, Britain yang begitu gamat mengulang suara Kesyukuran dan Kemenangan ke atas keganasan.

Tapi sayangnya, mengapa ada nada seakan sama dari pemimpin kita yang seagama.

Pastikah kita dengan keganasan yang dilakukan Osama ??? Atau ia sekadar kambing hitam penutup rencana penjajahan Amerika yang sebenarnya.

Saya dipanah soalan rakan yang semeja di Kantin kala itu, Ustaz percayakah Osama dah mati ??



Tanpa berselindung saya mengambil paper dan berkata spontan , Sukar untuk saya mempercayainya atas beberapa sebab :

1) Bukankah sejak 2001 lagi Osama sudah dilaporkan berjaya dibunuh dalam operasi terancang dipergunungan Afghanistan satu ketika dulu. Berita pembunuhannya seolah memaku khalayak dari terus beremosi dan prihatin terhadap seruan dakwah dan mesej islamnya.
Setelah ianya disahkan mati dahulu, siapakah pula yang ditembak sekarang ?? Mingkin 10 tahun akan datang ada Osama lain pula yang kan ditembak lagi.... Tunggu dan Lihat.

2) Gambar Jenazah Osama yang terpamer langsung mengeletek hati saya yang tidak langsung ada pengetahuan tentang photoshope. Namun lakarannya terlalu dangkal untuk menipu seorang budak sekolah menengah sekalipun.
Lantas ulasan berikutnya didada akhbar yang sama membuktikan kepalsuannya yang sebenarnya sudah beredar di alam maya sejak 2009 lagi.

3) Jenazah Osama disempurnakan dengan istiadat agama dengan penuh kehormatan dan disemadikan dilaut untuk mengelakkan pemujaan dan motivasi pembalasan dendam.
Alasan yang memang jelas rapuhnya seoalah tidak pernah mendapat nasihat setiusaha politiknya.
Kenapa perlu tergesa2 melupuskan bahan buktinya, sedangkan 10 tahun masa yang diperlukan untuk membedil dan membunuhnya. Tak bolehkah mayatnya disimpan seketika untuk mematikan hujjah para pembangkang dan peragu kesahihannya.

Sejak bila pula Amerika boleh menyantuni jenazah dan begitu prihatin pada hak2 kemanusiaan sejagat dengan memberikan penghormatan terbaik semasa persemadiannya. Tanpa memejamkan mata pun kita masih terngiang lagi berita kezaliman tentera Amerika di penjara Abu Gharib dan selainnya.

Atau jawapan sebenarnya ialah :

Amerika sekadar mereka cerita, menjaja publisiti dan menguji respon dunia Islam.

No comments:

Post a Comment