Sunday, May 1, 2011

Taysir zawaj


<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE AR-SA

Tips Dakwah Kontemporari

Malam jumaat itu saya seperti biasa diberi podium kecil untuk berucap.

Masyarakat yang dahagakan ilmu dan didikan agama ini amat teruja sebenarnya dengan pengisian kuliah antara maghrib dan isyak. Saya melihat fenomena ini amat berbeza daripada tempat yang biasa saya diami, ternyata untuk mengumpul puluhan pasang mata yang sanggup bersengkang menghadap kitab pengajian amat mudah disini.

Budaya ilmu yang berakar dari pengamalan islam yang baik ini harus diteruskan.

Tahniah juga kepada majlis agama islam negeri yang semakin rancak membudayakan pengajian agama ini untuk terus menjalin pintalkan pemahaman islam yang benar2 dihayati. Berbeda dengan sebelumnya.

Langsung berkuliah, saya menyatakan pendirian saya dalam berkongsi ilmu, bertanyalah dan kritislah dalam menyoal … moga ianya membuka ufuk pemikiran kita dalam memahami sesuatu dalam sudut yang pelbagai. Pertanyaan adalah kunci pada khazanah ilmu yang tersimpan.

Membina pandangan pelbagai dimensi

Saya amat kurang bersetuju dengan cara dakwah sehala. Ianya membeku jumudkan pemikiran.

Janganlah menerima sesuatu dengan hanya mendengar dan menelan, tetapi timbang tara dan hadamlah ilmu selumatnya…

Jika sebelum ini ramai penceramah berkata : Isu anak luar nikah ini sudah menjadi barah masyarakat kita, ianya kesan dosa dan gaya hidup songsang masyarakat kita dan ianya pasti menjemput bala allah yang amat ngeri…..

Para muda mudi juga kurang memenuhi ruangan serambi ilmu di masjid ini, mereka lebih rela dicandukan dengan hiburan dan pembaziran masa melepak dan bertawaf disekitar kampung. Inilah reality lanskap generasi kita yang akan dating pastinya, entah apa warna dan corak masyarakat yang akan hadir dalam kanvas kehidupan Negara kita di masa depan..

Dengarlah dan berfikirlah.

Dan kalau boleh jujurlah wahai sahabat untuk kita bertanya para agamawan ini, apakah kerja yang semampu mungkin kita lakukan untuk menangani fenomena ini.

Sekurang2nya kita mampu membentuk minority masyarakat kecil yang masih menjaga kesopanan diri dan susilanya ini.

Cadangan Nakal Bersulam Hikmah

Berikan cadangan dan alternative tindakan yang boleh kita sebagai individu, sebagai keluarga dan sebagai komuniti masyarakat untuk turut sama berperanan…

Dan jika kita ditanya tentang gejala social impak pergaulan bebas dan cabaran semasa untuk para muda mudi serta cara penyelesaiannya…

Sengaja saya mengacah minda mereka dengan cadangan, jikalau remaja kita yang seusia 17 tahun dan masih bersekolah di tingkatan 5 dah mula nak menggatal dan sudah menunjukkan potensi mereka nak jadi ayah dan ibu … apa kita nak buat ? bolehkah kita menahan mereka.

Pernah terpapar di media cetak taktik remaja ini mengadu sakit kepada ibubapa mereka untuk tidak hadir ke sekolah. Dan selepas para ibubapa ini berpergian ke sekolah, kreativiti mereka akhirnya membolehkan mereka bertemu dan bersekedudukan di rumah. Mujurlah ada kejiranan yang prihatin untuk memberkas mereka sebelum benih sperma sempat dirembeskan.

Jadi, bolehkah cadangan penyelesaian masalah seumpama ini untuk kita jodohkan sahaja pasangan ini segera agar mereka terpelihara dan lebih bertanggungjawab. Biarlah mereka masih dibawah jagaan keluarga masing2 namun hubungan suami isteri mereka terus terjaga dengan kadar rasa kebertanggungjawaban dan kesedaran mereka lebih tinggi.

Tak dinafikan mungkin ini boleh kita namakan sebagai kahwin monyet diusia muda yang tak tahan ujiannya. Perpisahan dan perceraian boleh terputus bila2 masa sahaja. Dan sesuatu yang pasti, pelbagai masalah rentetan perceraian ini pastinya merimaskan kita.

Tapi sejujurnya jika kita ditanya, manakah yang lebih baik dan mulia …. Menjaga anak halal kandungan dari zuriat yang sah taraf atau membela anak luar nikah yang wujudnya tidak berdosa, tapi bayangannya sudah pasti mencalit arang yang bukan sedikit kewajah maruah.

Dan ini mungkin sekadar cadangan, namun ianya lebih baik dari hanya menuding dan menyalahkan.

Dan saya bawakan pada entry berikutnya, pandangan dan cadangan yang lebih berwibawa dan bertanggungjawab untuk menjadi renungan dan alternative perubahan sikap dan minda.

No comments:

Post a Comment