Monday, May 23, 2011

Jawatankuasa Mewarna


Saya dilantik sebagai ahlijawatankuasa untuk ekspo.

Satu unit kecil untuk mencetus impak yang besar bagi program ini.

Motifnya ialah menjana kuasa terhebat dari nukleus kecil yang semakin diabaikan.

Nukleus keluarga islam.

Keutuhannya mampu membina daulah islamiah.

Unit kecil ini dinamakan sebagai jawatankuasa mewarna.

Dengan kesan yang tidak sedikit, diharap pertandingan ini mampu mengundang hadirin untuk membentuk rapat umum dalam memeriahkan dan berkongsi citra majlis gemilang ini secara bersama, bahkan akan menceriakan juga para penggerai yang terlibat.

Kuasa keluarga bukannya satu perkara yang remeh.

Terbaru, mungkin berkat doa seorang ibu yang kerinduan.

Memohon petunjuk dan bimbingan, agar bertemu anak yang telah lama terpisah ekoran himpitan takdir kehidupan.

lalu, allah mengabulkannya.

tapi mungkin caranya berbeda. Unik dan tak mampu ditangani minda kecil kita.

Ianya pepohon hikmah untuk ummah manusia.

harga sebuah jejak kasih, ialah runtuhan sebuah madrasah anak yatim yang mengorbankan 16 nyawa setakat ini.

dan dibalik puing2 kemusnahan ini, terpatri sebuah ikatan lama. ikatan ibu dan anak, akhirnya mereka disatukan dalam payungan rahmat tuhan.

.................................

Dan kami sememangnya telah lama memasang angan.

agar pertandingan ini bukan hanya sekadar persaingan mencari artis paling unik dengan warna warni alam

tapi kami mengimpikan hubungan kasih sayang dan talian kasih ini akan terus terjalin untuh.

Dengannya kami mencadangkan, pertandingan ini dilangsungkan secara berkeluarga, moga disebalik fokus melihat aksara warna diatas kepingan kertas putih, tangan yang saling membahu mencorak ikatan, hati bertaut kemesraan dan kasih sayang terjalin berpanjangan.

moga matlamat ini mampu menghadirkan ceria dan rahmat tuhan.

No comments:

Post a Comment