Tuesday, April 10, 2012

Mesyuarat Agung Kali Ke 4 Surau Salikin


Kali pertama saya dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Surau Salikin di taman perumahan saya setelah setahun bermukim di sini.

Perjalanan dan pengurusan aktiviti surau juga dijana dengan baik bersama keutuhan jawatankuasa surau yang saya kenali amat memberi kerjasama dan rajin.

Pendaftaran dimulakan seawal jam 9 pagi dan dihadiri seramai 40 - 50 ahli jemaah surau yang regular. Majlis dirasmikan oleh pegawai dari JHEAIPP.

Antara hadirin yang hadir yang akhirnya memberi beban taklif untuk saya dipilih selaku pengerusi surau yang baru menggantikan Prof Zainal Abidin yang terpaksa mengundur diri apabila diikat secara kontrak bersama UPSI dalam tempoh duat tahun.

Mampukah saya menyempurnakan amanah taklif ini ??

Doakan saya, kawan !

No comments:

Post a Comment