Tuesday, June 8, 2010

RENCANA ALLAH LEBIH UTAMA DAN BERHIKMAH



" Tiket encik ini ada masalah, kami tak dapat buat apa2. Saya rasa encik terpaksa batalkan penerbangan ke sabah ini , atau penyelesaian yang lain …. Encik tempah tiket baru."

Kecewa, penat dan kehabisan tenaga dan motivasi.

Begitulah rasanya tempoh tujuh jam tersadai di dataran KLIA yang serba canggih itu untuk menguruskan penerbangan percutian ziarah saya ke bumi sabah namun ianya bagai menunggu jatuhnya buah pisang dari tandannya. Saya bersama keluarga terpaksa menghabiskan masa seharian menempuh pelbagai idea dan pandangan berbeza dari setiap staf MAS yang ada.

Idea dan penyelesaian yang semakin menyemakkan pemikiran dan emosi.

Seawal jam 10 pagi saya menelefon pejabat MAS sekadar ingin memastikan status perjalanan kami dan mengambil tindakan sewajarnya jika ada apa2 perubahan jika perlu.

Bagai hentaman tukul kekepala, saya dimaklumkan tentang pembatalan tiket tempahan saya. Alasannya terdapat dua tempahan sama dari saya dan agen. Siapa pula agen tersebu t langsung tidak dimaklumkan. Perbualan diputuskan dengan aksi biasa mereka … sila tunggu ditalian sebentar ya,nanti saya semak lagi. Lalu semakannya memakan masa panjang hinggakan kita hanya perlu meletakkan semula gagangnya tanda kepenatan menunggu.

Setelah terpukul demikian, saya mengambil talian kedua, dan kali ini dimaklumkan terdapat sedikit masalah pada tiket namun boleh diselesaikan hanya dengan menempah satu tempat duduk di BUSSINESS CLASS dengan harga promosi RM250. Ianya harga yang terpaksa saya bayar diatas kesilapan orang lain.

Dan setelah lelah menunggu kepastian lagi, saya menelefon agen penerbangan namun dimaklumkan tidak pernah membuat tempahan kedua selain pada Disember yang lalu.

Saya bergegas sekali lagi menelefon 1300 dan memasuki ruangan MAKLUMBALAS PELANGGAN, saya menyalurkan masalah disana dan ternyata dalam skrin pegawai bertugas, tiket dan status penerbangan saya tidak bermasalah, saya diminta meletakkan gagang sekali lagi untuk memberinya peluang membuat siasatan.

Hanya berselang dua minit, saya dihubungi dan dimaklumkan STATUS OK untuk penerbangan kali ini tapi perlu ke KLIA untuk memungut tiketnya.

Hati berbunga harapan.

Namun kita hanya mampu merancang, rencana tuhan lebih berkuasa dan menentukan.

Di KLIA bermula jam 1 hinggalah jam 8 malam, saya tersadai meladeni karenah staf yang pelbagai, terpaksa membuat panggilan ke serata pihak memohon pandangan dan penyelesaian juga melayani karenah anak2 kecil saya yang begitu teruja untuk menaiki penerbangan dan kembali bertemu rakan sabahan mereka. Dan yang terutamanya, menahan gemuruh gangguan emosi dan tekanan kecamuk pemikiran dan andaian yang pelbagai.

Dan disanalah bermula satu demi satu masalah tiketnya, dari pembatalan tiket, kepada penukaran sector penerbangan, kepada wajib meminta surat pengesahan dari jabatan pelajaran sabah yang mengeluarkan tiket, kepada kesilapan susunan penerbangan, kepada akhirnya terbongkarnya kesalahan lama agen menguruskan tiket.

Termenung saya bisu merenung masa yang berjalan tanpa menoleh saya lagi, dia pergi meninggalkan saya terkapai-kapai membuat keputusan wajar sendirian.

Keputusan yang bakal meluka dan mengecewakan ramai orang, teringat program yang telah diatur dan terpaksa saya batalkan kehadirannya, terkenang wajah2 balkis dan alumninya yang mengharap, namun mungkin sudah suratan ….saya takkan mampu berlari mengejar masa lagi. Ia bergerak terlalu pantas.

Saya terpaksa mengambil keputusan menangguhkan penerbangan ke tarikh 11 jun untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan. Itupun jika berjaya.

Mungkin ada hikmahnya. Dan sisi positifnya … Mungkin 2 hari dikuala lumpur ini mampu saya isi dengan ziarah kawan2 lama yang bermukim disini.

Maafkan saya, hanya itu yang mampu saya lakukan.

Moga allah mempermudahkan.

No comments:

Post a Comment