Saturday, June 5, 2010

Poster UntukMu Rasulullah

Pertandingan Poster Untukmu Rasulullah berjaya mencapai sasarannya.

Poster yang memenangi pertandingan juga sudah terpamer didinding ruang legar sekolah sebagai pameran dan perang saraf psikologi menarik ramai menilai islam sebagai sebuah agama berdaulat dan bermaruah.

Tatkala saya dimaklumkan awal untuk persatuan pelajar islam ini mengadakan satu kain rentang atau banner kecil sebagai tanda sambutan untuk hari worship day yang berlalu dahulu,dengan tempoh masa yang diberi cuma seminggu saya mula menconggak kebarangkalian dan kemungkinan positif.

Dengan tenaga sukarela BAKTI yang boleh dikerah bila-bila masa, saya merasakan bahawa poster ini bakal tercipta dengan begitu mudah untuk tontonan ramai.



Namun , dari sudut pandang yang lebih positif dan bermanfaat terasa saya akan gagal dalam membawa perasaan menghargai dan memiliki Rasulullah ke jiwa pelajarnya. Ianya akan menjadi satu kerja streotaip yang hanya pihak persatuan dan panitia sahaja yang mampu memanipulasi manfaatnya.

Atas kesedaran itulah , saya bersama beberapa rakan sejawat menghimpun idea untuk menerbitkan satu pertandingan mencari poster terbaik dalam mengungkap rasa cinta dan pemaparan imej agung rasulullah. dan sudah pasti setiap pertandingan ada ganjarannya dan hasilan kerja terbaik akan dipamer mewakili imej islam yang bersih dan terulung.

Keputusan dicapai, pertandingan akan diadakan. Namun apakah mesej dan idea Islamik yang ingin kami ketengahkan. Adakah para peserta nanti mampu membawakan satu konsep poster islam yang menyerlahkan paradigm organisasi kenabian yang tulen.

Apakah perbezaannya dengan agama lain ? Apa pula kelebihan Islam… dan mampukah ia membawa sekejap deria sedar manusia untuk melihatnya dengan mata hati menerjahkan persoalan2 asas agama untuk m,ereka meneliti dan menghakiminya dengan telus dan baik.

Lalu, kami berbincang lagi, hamper sejam idea dikumpulkan bersama dan menatijahkan sedikit inisiatif membutirkan doktrin falsafah agama yang terpuji.

Kita umat islam bukan menyembah nabi Muhammad,dan baginda bukanlah pengasasnya. Kita menyembah Allah dan Muhammad hanyalah seorang dari rasulnya.

Kerana itu kami memilih “ MUHAMMAD SAW RASUL TERAKHIR” sebagai tajuk poster yang melingkari mesej yang ingin disampaikan, beliau adalah rasul sebagaimana nabi yang lain yang telah diseleweng dan disalahanggap ketuhannannya, namun keistimewaannya menempatkannya sebagai penghulu kenabian dan diutus terakhir untuk memimpin umat ini.

Dan kami juga memilih tagline DUTA KESELAMATAN DAN KEBAHAGIAAN sebagai suntikan inspirasi harap dan redha kepada tuhan pencipta.

Syarat tambahan kami hanyalah MASJID sebagai latarnya dan TULISAN ALLAH DAN MUHAMMAD VERSI ARAB adalah sebagai satu keunikan dan keaslian islam yang ingin dipamerkan.

Penganjurannya berlangsung. Penyertaannya tiba walau tempoh tamatnya terpaksa dipanjangkan ke 2 minggu. Namun hasil kreativiti pelajar ternyata baik dan mengesankan.

Akhirnya, terpilih dari puluhan penyertaan yang dihantar.

Hasil nukilan pelajar berikut, terpamer usaha dan kesungguhannya menatijahkan suatu hasil kreatif dan terindah.

Tahniah untuk semua.

No comments:

Post a Comment