Saturday, June 5, 2010

Rencana Usia Cuti

Dalam merencana usia cuti persekolahan yang akan berlangsung selama dua minggu di pertengahan JUN nanti, saya bercadang untuk menikmati sejenak nostalgia lama yang ditinggalkan.

Jejak kasih untuk kembali semula ke SABAH saya susun dengan pembelian tiket ke KOTA KINABALU pada 9 – 16 Jun ini. Tiada nawaitu lain untuk melancong atau mencuci mata dipergunungan indah kundasang, mahupun menikmati pasiran putih di pulau manukan atau mencari batuan karang dipersisiran terlarang sipadan, hanya yang ada ialah menZIARAHI sahabat lama, bertentang mata, bersua muka dan bertukar bicara.

Mungkin permusafiran sejenak ini mampu memadam sedikit bara rindu dan ingatan pada kesyahduan bayu dibawah gunung tertinggi itu.



Langsung tidak terlintas, rupanya kehadiran saya dikesan awal kalau tidak pun ditunggu beritanya. Mungkin jua tepukan rindu saya tidak hanya sebelah tangan.

Segera saya dihubungi mesej menyertai program mengongsi rasa dan sepatah kata di dua majlis berasingan. Dan keduanya mempunyai ikatan rasa dan memori yang termesra buat saya.

Majlis pertama adalah bersama dengan kepimpinan muda pelajar BALKIS saya yang terdahulu. Dan kemanisannya bertambah tatkala perancangannya disusun atur oleh para aktivis yang merupakan graduan BALKIS terdahulu. Para alumni ini seterusnya tega mengambil kesempatan kunjungan ini untuk terus bersua dan menyimpul manfaat biarpun dalam masa sesaat.

Berikut ialah tentative programnya :

10 JUN 2010 ( Khamis )

0700 – Pendaftaran Peserta
0730 – Taklimat program
0800 – Kuliah Dasar 1 : Ustaz Ahmad Hafizullah Ubaidah
1000 – LDK 1 : Debat Pelajar
1200 – LDK 2 : Cabaran Pendokong Organisasi Islam
1230 – Solat Zohor / Makan
0130 – LDK 3 : Realiti Kepimpinan
0330 – Solat Asar / Minum Petang
0400 – LDK 4 : Sidang Pleno
0500 – Amanat / Majlis Penangguhan Program
0530 – Lambaian Ukhuwwah

Majlis kedua saya ialah bersama rakan dan jawatankuasa surau muhajirin, flat persekutuan likas yang terus menempah saya untuk sama-sama berkongsi masa untuk makan,solat dan bervicara bersama dalam majlis ceramah bulanan pada 10 Jun nanti.

Insya allah, moga kehadiran saya dapat memanfaatkan usia dakwah ini.

No comments:

Post a Comment