Sunday, September 5, 2010

Sanggul Muslimah

“Salam ustaz. sy mau tnya tentang sanggul rambut muslimat yg jelas kelihatan wpun memakai tudung. yg mana Allah melaknatnya. Sy yg dhoif ini minta penjelasan. trm ksh..”

2 minggu kotak komentar di blog saya kekal tak terusik. Sapaan salam seorang sahabat bersama soalannya membuatkan minda saya berfikir 2 kali untuk menjawabnya. Ianya isu penting yang saya lihat perlu diperhalusi persepsinya bukan sekadar menghambur hokum halal dan haram tanpa kewarasan pertimbangannya.

Sekali lagi saya cuba mengingati matan hadisnya, ia seakan jinak di ingatan tapi meliar di pandangan rujukan dan carian saya. Saya memerlukan sumber hadis yang terperinci untuk membuat andaian dan jawapan konsisten yang menghampiri tepat dan kebenaran. Memberi jawapan dalam tergesa dan gopoh hanya mengundang penyesalan dan kehinaan, kerana itu jalan selamat saya hanya dengan menyatakan maaf saya kurang arif jawapannya.

Setelah membuat pelbagai rujukan dan carian barulah saya diilhamkan destinasi sumbernya . Ianya merupakan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan dicatatkan juga oleh imam Nawawi dalam Riyadhus Solihin berkenaan Bab Haram Lelaki Menyerupai Wanita.

Terjemahan saya secara bebas tentang matan hadis tersebut ialah :
Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda : Terdapat 2 golongan ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (sekarang ini), (pertamanya) golongan penguasa yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu dan memukul manusia dengannya, dan (golongan kedua) ialah wanita yang berpakaian seperti telanjang, meliuk lintuk (gaya dan bentuk badan dan jalannya, menjauhi perintah allah) kepala mereka umpama bonggol unta yang senget, mereka tidak akan memasuki syurga dan mereka tidak akan tercium bau harumnya, walaupun bauan syurga itu mampu dihidu dari jarak tertentu… dalam riwayat yang lain : Bauannya mampu dihidu dari jarak perjalanan selama 500 tahun.

Sememangnya hadis ini jelas menceritakan tentang pengharaman TABARRUJ dan mendedahkan kecantikan tubuh badan wanita dan perhiasannya untuk tujuan godaan dan keghairahan terhadap lelaki.

Melalui hadis ini juga ianya jelas menunjukkan fitnah akhir zaman yang salah satu elemennya didominasikan oleh watak wanita penggoda ini. Mereka diprogramkan untuk menjadi alat pelaris komersial, habuan dan rasuah perniagaan, agen hiburan dan keseronokan dan pelbagai lagi.

Malahan bukan lagi misteri dan perkara menghairankan jika kita melihat para wanita penggoda ini akan menari dan menayangkan tubuh giurnya hanya untuk iklan syampu yang sepatutnya mengfokuskan bahagian rambut dan kepala sahaja. Dan pastinya fokus lebih spesifik kepada wanita berpakaian merah ini hanya untuk iklan sebuah kereta mewah contohnya.
Pendedahan rasul ini yang pertamanya bermakna golongan wanita ini antara penghuni teramai dineraka.

Ianya juga menyerlahkan hakikat bahawa para wanita diberi lebih banyak nikmat kecantikan ,kejelitaan dan kelembutan daripada lelaki, namun malangnya ianya disalahgunakan pada tujuan yang diharamkan oleh tuhan.

Memang mereka golongan yang dipakaikan Allah lengkap dengan nikmat dan anugerahnya, namun mereka bertelanjang dari mensyukurinya.

Lalu mereka mengadakan pelbagai pakej kesesatan godaan samada berpakaian singkat, sempit, jarang , ketat dan mendedahkan. Dan segala kreativiti semakin bercambah kesetiap fesyen pakaian wanita dari hujung kaki kehujung rambut.

Dan kita lihat hari ini pelbagai fesyen rambut dan tudung diperagakan semata2 untuk memberikan kepuasaan nafsu melampiaskan kecantikan diri untuk tatapan umum.

Kerana itu, Rasul SAW menyebut khusus tentang gambaran rambut dan kepala wanita ini yang sengaja disenget manjakan untuk menggoda manusia. Ianya juga memberi idea baru dan promosi hedonisme dengan menyatakan RAMBUT ADALAH MAHKOTA WANITA, lalu pelbagai fesyen terus diteroka untuk memberi kelainan dan keunikan pada sipenggoda ini.

Dewasa kini, pelbagai jenis rambut palsu terdapat dipasaran, pelbagai dye pewarna juga dipasarkan, pelbagai bentuk topi dan skaf yang direka femini juga turut dijual dan semuanya ini termasuk dalam maksud golongan wanita berbonggol unta dikepalanya.

Tersebut dalam satu hadis riwayat imam ahmad dan at tabarani : dari Abdullah bin amru menyatakan : aku mendengar sabda nabi SAW, Suatu hari nanti diakhir zaman, para lelaki dikalangan umatku menaiki kenderaan besar dan laju, mereka berhenti dipintu2 masjid, dan golongan perempuan pula berpakaian seperti telanjang, dan dikepala mereka bonggol unta, laknatilah mereka seseungguhnya mereka golongan tercela dan celaka.

Berkaitan soalan diatas : Adakah sanggul wanita bertudung turut termasuk dalam perkara terkutuk yang dilaknat Allah seperti watak wanita penggoda diatas.

Saya melihatnya sebagai sama jika ianya bertujuan untuk mendedahkan kecantikan, menzahirkan perhiasan yang tersembunyi, menarik perhatian, menggoda dan menimbulkan pesona.

Adapun jika ianya untuk tujuan kesihatan, kebersihan, keselesaan diri atau alasan yang kita mencakupi uzur syarie yang dibenarkan maka ianya harus namun tidak digalakkan. Sebaiknya mereka mencari alternative lain untuk menudungi hijab mereka dengan sebaiknya tanpa menimbulkan syubhat.

Dan bagi para duat pula … berhematlah dalam membuat penilaian dan berdakwah, jangan terlalu sembrono menghukum dan menegur, ianya menyisihkan dan tidak menghimpunkan, ianya menjauhkan bukan mendekatkan..

Pada pandangan saya, nasihatilah golongan tudung bersanggul ini dengan berhemat dan lebih lembut berbanding wanita yang langsung tidak bertudung,gunakan kewarasan hikmah untuk memberikan kesedaran dan ingatlah, tujulah kesasaran kebenaran sedikit demi sedikit sehingga kita samapai ke destinasi yakin dan selamat.

Moga allah memayungi kita dengan hidayahnya.

3 comments:

  1. Salam. Trm ksh byk ustaz kerana sggup menulis untuk menjawab soalan sy. Alhamdulillah, inilah cahaya Allah di dlm sy terkapai2 mencari ilmuNya. semoga Allah meredhai ustaz dan seluruh org2 yg beriman. Amin... Mohon izin ustaz untuk saya menyalin tulisan ustaz berkenaan dgn sanggul muslimah ini. saya mahu terbitkan dalam blog saya. Ble kan Ustaz???

    ReplyDelete
  2. wa alaikum salam... boleh saja, ambil lah sahaja apa sahaja yang ada dalam blog ini sekiranya ia memberi manfaat.

    berkaitan hijab muslimah tersebut... adalah terlebih baik anta sebut bahawa hijab/tudung yang diminta oleh allah bukanlah sekadar menutupi anak2 rambut yang melebat diubun2nya... tetapi yang sebenarnya ialah hijab dan tudung keimanan, kesopanan dan akhlak.

    barulah para pemakainya akan memberikan contoh model muslimah terbaik dalam aklhak dan penampilannya.

    wallahualammm.

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah ustaz. trm ksh bg tunjuk ajar. Sy akn cuba buat sebeknya. kalau ustaz xkeberatan, ble lawat blog saya. BAgilah sedikit komen dan cadangan. saya yg masih mencari ilmu ini, sudah tentu ada salah n silap dalam saya bersama2 menggunakan dunia blog sebagai jalan dakwah.
    http://almuslim-alharaki.blogspot.com/

    ReplyDelete