Wednesday, June 23, 2010

Jejak Kasih Balkis di Tg Aru

Alhamdulillah dalam permukiman sementara saya dibumi sabah tempohari, dengan keizinannya jua saya dapat meneruskan hubungan jejak kasih saya bersama kepimpinan awal dan terkini Balkis yang begitu bersemangat meniti denai dakwah dan tarbiah islam.

Dalam program yang berjalan santai itu saya sempat mengingatkan para aktivis Balkis ini untuk terus melakar kebaikan dimana sahaja mereka berada. Moga kesan kebaikan itu akan menjadi saksi inayah dan pertolongan Allah kepada kita para hambanya.

Dalam sebak mengisi pembuluh hati ini, saya seka air mata dari terus bertakung di jiwa ini, saya sempat berkongsi beberapa nostalgia manis dan pahit semasa penubuhan awal Balkis dahulu. Cerita lama dan memori sebegini seolah menjadi seloka saya mengisi perjalanan dakwah ahli Balkis ini, semoga mereka terus mengikat diri dengan objektif dan dasar murninya. Mereka yang sentiasa berpijak dibumi ingatan asal takkan tersesat walau berkelana jauh didada zaman.

Benarlah kata pepatah, sesat dihujung jalan ... kembalilah kepangkal jalan.

Terima kasih pada semua yang hadir.

Moga bibit ukhuwwah ini akan menumbuhkan sifat mahmudah dan inspirasi dakwah dijiwa kita semua.



2 comments:

  1. ustaz hafizullah... ana mohon doa dari ustaz agar ana bisa bersama balkis, sesungguhnya ana masih belajar, sedih terasa kerana ustaz tidak sempat melihat diri ana yang baru, yang telah ditarbiysh, tetapi seribu kesyukuran dipanjatkan kerana ana terpilih menjadi penyambung perjuangan ustaz... syukran ya ustaz.. semoga ALLAH bersama kita

    ReplyDelete
  2. Asiah Yusro ??? Terasa asing nama itu . Seakan tak pernah menjengah memori lama minda ustaz. Semakin ditekan punat search diminda tua ini,semakin bersiponggang senarai lama nama2 anak didik ustaz diSMP ,namun belun juga ustaz berhasil mengingati... Mungkin juga kerana minda tua ini yang sudak lesu dan disapa nyanyuk.

    Mungkin gambar boleh membantu...

    Ustaz ke laman mawar sakinah, teruja ustaz melihat kandungan yang pelbagai,berguna dan konsisten. ianya amat baik.... teruskan dakwah penulisanmu. Ramai follower yang berukhuwwah disana, manfaatkan dan jala lah pahala semaksimanya.

    tapi sayang, ustaz tak ketemui empunya blog. potretnya tersembunyi dalam kelopak indah akhlaknya. Moga kuntuman mawarnya terus mewangi dan mengharum taman mahmudah...

    Asiah di SMP tahun bila ? Tingkatan 5 apa dahulu ? Lepas tu kemana ? dan manakah bumi tarbiyah tuu ...

    akhirnya, terima kasih kerana mawar pulang ke taman , akhirnya seperti sireh pulang ke gagangnya, moga terus istiqamah.

    sama2 lah kita saling mendoakan.

    ReplyDelete