Monday, October 4, 2010

Jam oh Jam !



Jam saya rosak lagi.

Entah ini buat kali yang ke berapa.

Terasa tangan ini seperti tidak serasi dengan jam.

Sejak di usia tingkatan lagi, terasa tangan saya selesa memakai jam, bahkan ianya sudah menjadi kebiasaan saya memilikinya untuk mempermudahkan saya menilik masa dan menilai mutunya.

Tapi seakan jam pelbagai jenama dan harga ini tak pernah betah berada lama di tangan ini. Ia seakan mempunyai badi tersendiri.

Entah ketulahan apa yang ada, jam takkan berdiam lama ditangan kiri saya.

Kebiasaannya jam tersebut tidak akan bertahan lama, sama ada ia rosak dan kekadang ianya hilang ghaib begitu saja. Paling lama ianya akan bertahan seingat saya tak lebih dari setahun setengah, selepas itu ia akan membuat hal.

Mungkin tangan ini agak panas agaknya.

Kerana itulah saya suka membeli jam murahan yang dijual bertaburan dipasar malam di kota kinabalu dulu, harganya semurah RM 25 yang di beli berjenama tiruan tahan dipakai selama setahun. Rasanya amat berbaloi berbanding jam semahal RM 120 yang dihadiahkan isteri sempena ulangtahun perkahwinan juga bertahan hanya setahun.

Kali ini saya membeli jam lagi, entah buat kali ke berapa. Tersenyum isteri saya melihat kegelisahan saya bila tidak berjam ditangan, dengan penuh memahami diajaknya saya menuju ke kedai TIME GALERIES di TESCO untuk memiliki jam lagi.

Setelah wang RM 79 bertukar tangan, jam tersebut sah menjadi milik saya pada tanggal 8 Ogos yang lalu.

Kali ini saya berazam mencipta rekod peribadi, mempertahankan usia dan ketahanan jam ini agar terus bergaya di tangan saya. Azam saya untuk tidak sesekali menjatuhkannya walau dengan tidak sengaja, membasahinya walau untuk berwuduk mahupun meletakkannya bebas di almari yang mungkin dicapai anak2 kecil saya.

Begitu teliti dan konsisten saya bertekad dan mengaplikasinya seharian. Cuba untuk bertahan dan terus bertahan. Mungkin ianya akan menjadi reality.
Siapa tahu…..

Dan siapa juga yang tahu , bila kelmarin selepas menziarahi raya ke rumah adik ipar saya di Taiping, Perak. Tiba2 jam itu terungkai talinya sendiri.

Tanpa salam dan apa2 tanda. Tanpa mahu mengasihani saya.

Tersepuk saya di kerusi khayalan, rekod saya lebur dalam pembikinan impian. Hanya bertahan tidak lebih dari DUA BULAN.

Rekod juga bukan …..! Mujur masih ada warranty nya.

3 comments:

  1. Assalamualaikum ust.
    alhamdulillah akhirnya dapat juga bertinta untuk meninggalkan komen di sini.
    mungkin ust perlukan jam tali kulit.
    mungkin ianya lebih sesuai.
    siapa tahu...

    ReplyDelete
  2. Syukran atas pandangan syaza.

    Mungkin juga tapi ustaz tak berapa sukakannya.

    ia terdedah kepada peluh dan kelembapan.

    ianya meninggalkan aroma bau yang tidak enak di deria hidu.

    bagaimana pengajian syaza skrg di upsi ?

    moga semuanya berjalan lancar.

    kali ini, ada 13 graduan upsi dipostingkan ke sekolah ustaz di st xavier penang.

    pada mereka ustaz harapkan sinar dalam membentuk kekuatan Islam pada anak2 muda BAKTI disini.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, pengajian syaza di UPSI semuanya baik-baik shj buat masa ni.
    2 minggu sekali, kami ada usrah.
    oh, insyaAllah ust.

    ReplyDelete