Sunday, December 25, 2011

GAS - Mengangkasa Budaya Solehah

Sejuk mata memandang, anak2 kecil diajar tunduk bersujud kepada yang esa

Hey Kawan,

Rahmat tuhan dan kurnianya.

Akhirnya kami jawatankuasa Surau Salikin di Bertam Putra berjaya melaksanakan amanah yang ditugaskan atas pundak kami dengan jayanya.

Penyempurnaan program dilaksanakan secara kolektif bersama kerjasama erat tanpa berbelah bahagi daripada rakan seperumahan, jawatankuasa surau dan juga rakan Rukun Tetangga yang memberi komitmen hebat sepanjang program berlangsung.

Program yang dirangka dengan penuh sedar dan insaf tentang tanggungjawab sosial untuk membentuk budaya dan iklim solehah dipermukiman dan perumahan ini yang semakin disengat dengan arus pemodenan yang kurang sihat dan imej bejat sosial yang di frame kan para penuntut muda sebuah kolej perubatan yang terlalu sosial mengancam jiwa fitrah anak2 yang masih kecil , ianya lantas mengapikan semangat keprihatinan para rakan surau untuk menjernihkan semula kesedaran bukan sahaja untuk para peserta cilik, anak kecil ini bahkan juga untuk para ibubapa pencorak warna jatidiri di atas lanskap putih fitrah anugerah rabbani ini.
Memupuk ukhuwwah, acara makan bertalam disajikan dengan menu berkhasiat yang menyelerakan

Percayalah kawan.... kiranya ia hadir dari kesedaran untuk menjaga kepentingan jiwa dan harta berharga milik kita. Kita pasti takkan pernah mengeluh letih dan berpeluk lutut dipinggiran sahaja, bahkan saya penuh takjub melihat para ibubapa yang datang mendaftarkan anak2 kecil mereka ini dengan bayaran seminima RM 10 dengan deretan kereta yang menepati masanya. Mereka datang menyerahkan amanah, mereka datang bersama doa, mereka datang membentuk pakatan untuk melihat HIJRAH SOLEHAH berlaku dalam citra baru suasana rumah mereka nanti.

Khusyuk ditaman ilmu - seawal rebung anak dididik mencintai agama

Dan yakinlah kawan, mereka para ibubapa ini bukan sekadar datang dan pergi... bahkan merekalah yang menjadi penunggu dan petugas setia .... mengawasi, membentengi dan melaksanakan program hingga ke akhirnya. Percayakah kalian jika saya nyatakan disini petugas keselamatan yang menjaga surau dalam gelap malam hingga ke subuh berjumlah 30 orang.

Alhamdulillah ... dengan kepercayaan dan komitmen begini, saya mengharapkan anak2 ini akan terbentuk dengan iklim solehah sebagaimana saya lebih mengharapkan ianya juga berjaya mengetuk jiwa ibubapa untuk lebih terkedepan menampilkan akhlak dan biah yang lebih solehah.
Islam Power - mengaplikasikan kesihatan dan kekuatan jasmani dalam diri

Moga ... Ibubapa lah yang terlebih dahulu berubah sebelum mampu dan bermimpi untuk mengubah anak2nya.

Harapnya juga ... konsentrasi jiwa kecil yang dibentuk ini akan berterusan ... dan untuk itu, kami warga surau menyatakan resolusinya :

1. MOHON PARA IBUBAPA UNTUK MENJADI PELOPOR DAN PEMBIMBING KEBAIKAN UNTUK ANAK2.
2. KEAMPUHAN DOA DAN HARAPAN KEPADA ALLAH ADALAH AZIMAT PENYELESAIAN SETIAP MASALAH DALAM KELUARGA.
3. PIMPINLAH PARA ANAK UNTUK MENDATANGI SURAU SENTIASA DENGAN BIMBINGAN ADAB DAN NILAI KESOPANAN YANG TERPUJI.
4. UNTUK MEMASTIKAN KELANSUNGAN KOMITMEN INI, PROGRAM SURAU MEMPERUNTUKKAN RUANGAN SETIAP MALAM AHAD UNTUK PROGRAM KHUSUS UNTUK PARA REMAJA DAN ANAK2 DENGAN PENGISIAN YANG SEMEMANGNYA MENJURUS DENGAN MINAT DAN KESEUAIAN MENTALITI REMAJA.


Aktiviti apakah ini ????? Cuba teka ???

No comments:

Post a Comment